Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Selain
itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي
الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا
وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي
حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ
الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007
(DISIARKAN SEMULA DI MUKA HADAPAN WEB PADA 12 FEB 2009 )
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya ingin bertanyakan tentang hukum melakukan pertukaran hadiah sempena perayaan Christmas. Situasinya adalah dimana golongan kami sebagai orang Islam dipejabat adalah kurang berbanding orang bukan Islam. Seperti biasa perayaan ini akan diatur sebagai salah satu aktiviti sosial untuk pejabat kami bersama & mengeratkan silaturrahim. Untuk mengelak daripada dipandang tidak elok & sombong oleh orang bukan Islam jadi adakah ia kesalahan untuk kami orang Islam utk turut serta aktiviti ini? Niat disertakan adalah semata-mata utk perpaduan & silaturahim. Tidak sama sekali untuk mengagung atau membenarkan ajaran atau agama mereka.
Sila bantu perjelaskan permasalahan ini.
dalam kepercayaan tahun baru cina banyak kepercayaan tahun yg memberi tuah atau tidak serta di kainkan dengan peng suei untung nasib dan juga perilaku haiwan tertentu.
terima Kasih
mohon share, copy & paste artikel ini.
syukran
jgn jadi ignorant..tahun baru cina bkn utk agama..itu adalah untuk kaum cina..faham..bkn utk agama buddha etc
apakah hukum memegang botol arak yang masih penuh airnya dan berkerja di bahagian yang menjual arak
apakah hukumnya?
baru baru ini saya pergi ke sebuah pasar raya
dan saya ternampak sekumpulan pekerja melayu sedang menyusun botol arak di rak-rak dipasar raya tersebut.apakah hukumnya?
sekian terima kasih.
How about celebration during Chinese New Year? Is it cannot be celebrate too? Just curious.
Thank you.
Harith Ng
Saya inginkan penjelasan drp ustaz ttg satu soalan yg diajukan oleh kawan saya..dia pernah bernazar untuk menyedekahkan sebanyak 50 alquran dan berjamaah di setiap masjid yg disedekahkan alquran itu..apabila hajatnya dimakbul oleh allah..dia telah menyempurnakan sebahagian dr nazarnya itu...tapi sehingga kini blm selesai lg krn kekangan utk mendapatkan masjid yg berdekatan dgn tempat tinggalnya..adakah boleh dia bayar kifarah dgn berpuasa berturut-turut 3 h dn dlm masa yg sama akn menunaikan nazarnya itu secara beransur-ansur.. harap ustazdpt berikan jawapanya..terima kasih ustaz..
mengapakah manusia zaman sekarang tidak berbakat mencari ilmu dengan membaca dari asyik kerap bertanya? (selalu sangat bagi soalan2 yang berulang-ulang yang ditanya orang lain) barangkali diaorang boleh dapat jawapan yang serta merta dari ustaz kut kalau tanya terus kepada ustaz.
walhal artikel2 yang ditulis di laman web ini lagi semuanya elok2 belaka malah boleh mengubah cara pemikiran dari mundur ke arah bentuk progresif atau matang. maka baca lah wahai saudara-saudari sekalian, baca dan fahamilah secara perlahan-lahan.
saya senebarnye keliru antara solat dhuha dan solat isyraq... menurut buku yang saya bace solat isyraq ditunaikan ketika matahari sedang naikiaitu lebih kurangjam 7.00 pagi...bukankah itu waktu syuruk(waktu habis subuh) dan kalau kita tertinggal solat subuh, kite tak boleh solat dalam masa syuruk, kene tunggu 28 minit selepas itu... bagaimana pula solat isyraq yang dikatakan boleh ditunaikan dalam masa matahari sedang naik?
Minta izin untuk dikongsikan bersama rakan.
TERIMA KASIH
saya mohon izin untuk kongsi maklumat ni kepada rakan2..
Saya ada sedikit kemusykilan. Bagaimana kalau membeli atau mencari bunga-bungaan untuk sesuatu tujuan seperti mandi bunga dan menyuruh sesorang yang dikatakan lebih alim membaca atau berdoa untuk sesuatu tujuan dengan harapan orang tersebut doanya lebih dimakbulkan Allah?
Terima kasih atas response dr ustaz.
UZAR : beli bunga untuk tujuan syirik , maka hukumnya haram.
mandi bunga saya tak pasti tapi bagi saya ia lebih kepada khurafat. kalau org alim dan soleh nak tolong doa, tak perlu mandi bunga. boleh buat dari rumah dia sahaja.
brdasarkan hadis yang UZAR tunjukkan dalam point 6, kita dilarang mnjual arak juga kerna dilarang untuk meminumnya.
maka adakah sama hukumnya jika kita kerja di kedai makan yg mnjual daging yg tidak disembelih (walaupun sedikit jumlahnya)?
mohon pendapat UZAR..saya dahului dgn jzkk..
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR
kebetulan 14 feb. pulak ustaz pulang.kami akan setia menanti rancangan 'TANYALAH USTAZ' jumaat,sabtu,ah ad nanti,insya Allah..semoga dpt bkongsi dan tambah ilmu lg buat manfaat kami semua..
allah hummabafik fik
saya mahu bertanyakan pandangan ustaz mengenai menangani isu ibu bapa saya.
Untuk pengetahuan ustaz, bapak saya TERLALU BENCI dgn ibu saya. reason yang diberikan sangat tidak logik diterima akal.
sudah bertahun2 dia tidak bercakap sama ibu saya.kalau ada pun mesti dalam nada tengking.masalahnya, bapa saya tanak melepaskan ibu saya dgn alasan nanti ibu sy tuntut harta seperti mana arwah isteri pertama dia buat.
t'lalu banyak pengorbanan ibu saya kepada bapa saya tetapi tiada satu pun diingati oleh bapa saya.berpuluh ribu duit mak saya abis tlg ayah saya m'bayar hutang serta projeknya.tetapi ayah saya telah HARAMKAN duit nya kepada ibu saya.duit belanja rumah semua ibu saya yang setelkan termasuk makanan.jika saya minta duit belanja pada ayah saya dia akan haramkan jika saya kasi duit itu kepada mak saya. saya kesiankan mak saya, kami ada mencadangkan mak utk menuntut fasakh.tetapi dia tanak sebab kesiankan ayah saya yang dah tua.ayah saya skarang berumur 74 manakala ibu saya 62.
saya cuba menasihati ayah saya tetapi setiap kali itu saya akan ditengking atau hendak dipukul.
bukan itu sahaja, ayah saya putuskan silaturahim antara saudara2 sebelah dia serta mak saya serta tidak mengizinkan kami berjumpa dengan semua saudara mak saya.jika dia layan kami baik tidak apa. oleh sebab kerana takut saya selalu menipu ayah saya bila hendak pergi sebarang majlis di sebelah pihak ibu saya.
Apa pandangan ustaz? bagaimanakah mahu memberi kesedaran kepada ayah saya?berdosakah saya kerana menipu ayah saya semata mahu berjumpa dengan sanak saudara emak saya?
Ustaz,saya sudah tidak tahan tinggal dirumah yang tidak aman ini.sangat sakit bila melihat ayah melayan ibu saya macam sampah.ayah saya juga gemar memburukan ibu saya pada orang2 kampung serta kawan2nya.hatta kepada anak2nya juga!masalahnya apa yang diceritakan semuanya direka oleh beliau!kini abang2 saya pula benci kepada ibu saya.(abg2 merupakan anak ayah saya dgn isteri pertama)
Terima kasih.
P/S: saranan untuk pasangan yang sah di sisi syarak sahaja!
UZAR : skdr beli utk ambil peluang tawaran diskaun, tiada masalah . lagiun diskuan byk kerena tahun baru cina, bukan krn valentine.
Jika hadiah ti diberi sempena valentie ia tetap aharam, jika disimpan dan diberi sempena lain-lain..ia bergantung kpd 'sempena' apa
Ust..ana ingin memohon keizinan daripada ust supaya ana dapat menggunakan artical ust ni dalam blog ana agar dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat ana..syukran
Ada yang mengatakan, ianya boleh dan wajar kerana setidak-tidaknya ia mengelakkan para hadirin tersebut dari terlibat dalam sambutan Valentine yang menyalahi syarak tersebut.
Namun saya berpendapat, memandangkan sambutan Valentine inipun sudah menyalahi akidah, maka biarpun kita "menghiasnya" agar mematuhi syarak Islam pun ianya tetap menyalahi akidah. Bagaimana pandangan ustaz?
Mohon kebenaran untuk dikongsikan bersama rakan.
TERIMA KASIH
Saya nak ambil peluang ini untuk berkongsi dgn awak jawapan kepada soalan " Namun saya ade persoalan pada sambutan perayaan yang lain yang spesifiknya adalah hari jadi. Kerana hari jadi ini asal usulnya adalah sambutan pagan. Jadi apakah hukum menyambut hari jadi? "
sila lawat site ini www.arabnews.com/.../
dan kalau berpeluang cari buku ini ISLAMIC FATAWA REGARDING WOMEN
(Syari?ah Rulings given by Grand Musfti of Saudi Arabia Sheikh Ibn. Baz, Sheikh Ibn. Uthaimin, Sheikh Ibn. Jibreen and others on matters pertaining to Women) - dalamnya terkandung persoalan...
Questions related to Aqidah (Faith)
The Ruling Concerning Celebrating Birthdays.
Q : What is the ruling concerning celebrating birthdays?
Response : Celebrating birthdays has no source whatsoever in the pure shariah. In fact, it is an innovation, since the Messenger of Allah s.a.w. said,
?Whoever introduces anything into this matter of ours that does not belong to it shall have that action rejected.?
This was recorded by both al-Bukhari and Muslim. In a version recorded by Muslim and by al-Bukhari in definitive muallaq form ,
Whoever performs a deed which is not in accord with our affairs, that deed is rejected.?
ada sambungannya, tapi tak muat nak copy n paste di sini.
Moga2 dgn izin ALLAH, saya dpt membantu menjawab persoalan tadi
RSS feed for comments to this post