Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Penipuan : Kerjaya, Universiti. & Sekolah

Penipuan : Kerjaya, Universiti. & Sekolah

  • PDF
(27 votes, average 4.93 out of 5)

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya,

Universiti & Sekolah : Awasinya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Soalan

Assalamualaikum wrt wbh,

Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx.

Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?.

Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan?

Al-Hulu

PHD?

Jawapan

Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan.

Bentuk penipuan sememangnya amat banyak. Sebagai asas pengharaman Allah SWT berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" ( An-Nisa : 29)

Harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam mengharamkan seluruh bentuk penipuan, baik dalam masalah jual-beli, mahupun dalam pelbagai jenis macam mu'amalah.

Seorang muslim dituntut untuk berlaku jujur dalam seluruh urusannya, Sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari)

Dan baginda juga bersabda:

"Tidak halal seseorang menjual suatu perdagangan, melainkan dia harus menjelaskan ciri perdagangannya itu; dan tidak halal seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya." (Riwayat Hakim dan Baihaqi)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Sebab barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami." (Riwayat Muslim, 1/99)

Antara penipuan dalam bentuk semasa adalah seperti berikut :-

1) Mengupah dan berpakat dengan rakan untuk membeli dan memuji barangan jualan sendiri di hadapan pelanggan, dengan niat untuk mempengaruhinya dan meyakinkan kebaikan barang yang dijual. Ia disebutkan pengharamannya di dalam hadis Nabi SAW :-

ولا تَنَاجَشُوا

Ertinya : dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash'" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/752)

Menurut penafsiran Ibnu Abbas ‘Najash'  adalah : "Engkau (berpakat) bayar harga barang itu lebih dari harga biasa, yang bukan sebenarnya, tetapi dengan tujuan supaya orang lain menirunya." Cara ini banyak digunakan untuk menipu orang lain. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

2)  Membeli sijil universiti bagi menunjukkan diri berkelayakan tetapi sebenarnya hanya penipuan. Ada juga yang membeli gelaran ‘Dr' dan ‘Profesor' bagi mendapatkan keistimewaan dan kemulian tertentu di dalam masyarakat. Ia juga adalah haram secara sepakat ulama  sudah tentu disebabkan 'penipuan'.

Adakah ia tulen, halal diperolehi & digunakan?

3) Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman. Ada juga yang mereka cipta gelaran 'Dr' untuk melakukan lagi kursus motivasi dan diri masing-masing bagi menaikkan dirinya di mata pelanggan. Berfungsi sebagai motivator, kosultan dan 'pakar' tetapi hakikatnya  inilah manusia yang tiada keyakinan diri, terpaksa bergantung kepada penipuan untuk terus hidup dan laku. 

4)  Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.

5)  Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja. Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya.

Pendidikan, kerjaya & syubhah
 

Saya faham, bahawa adakalanya sukar untuk menolak kerana yang meminta bantuan adalah rakan baik kita atau adik beradik kita, tapi sedarlah tiada alasan untuk membantu penipuan ini. Jika yang dibantu itu berjaya kelak, pihak majikan merasa kecewa dan tetipu kerana prestasinya tidak sebagaimana tulisannya.

6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis MA atau Phd untuk kita. Ia juga satu bentuk penipuan yang memberikan kesan kepada seluruh pendapatan hasil penipuan itu. Selain orang yang mengupah, orang yang bersedia untuk diupah dan menjalankan khidmat ‘tolong buat' ini juga dikira menipu dan pendapatannya adalah haram kerana membantu kepada perbuataan dosa.

Sepatutnya melambangkan kecekapan minda dan kajian

7) Bagi para pensyarah universiti pula, meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan adlaah satu jenis penipuan. Ia tidak dianggap satu penipuan jika ditulis oleh orang awam biasa kerana ia tidak bertujuan mendapat pengiktirafan akademik. Walaubagaimanapun penulisan oleh ahli akademik pada lazimnya dinilai sebagai satu bentuk 'prestasi peribadi' oleh pihak universiti, ia juga membolehkannya mendapat kenaikan pangkat serta gaji setelah mendapat merit tertentu dari ‘hasil kajian' mendalamnya. Justeru, jika hasil ini adalah hasil ciplak yang dibuat secara pintar serta berpura-pura kononnya itu adalah hasil buah fikriannya yang bijak sedangkan ia bukan darinya, ia juga adalah suatu penipuan yang diharamkan.

8) Mencipta testimoni yang mengakui kehebatan program yang dikendalikan atau barang yang dijual, sedangkan ia hanyalah rekaaan sendiri sahaja. Mungkin ramai akan terpengaruh hasil testimoni yang begitu hebat tadi padahal ianya hanyalah tiruan. Ketika itu, perniagaan orang ini menjadi hilang berkat dan haram pendapatannya.

9) Membodek para pensyarah universiti agar memberikan markah ‘kasihan' untuk lulus. Jika terdapat sebab musabbab yang utuh untuk pemberian markah maka ia mungkin menjadi harus dan halal, walaubagaimanapun tetapi jika ia diberikan tanpa hak dan justifikasi yang boleh diterima Islam. Para pensyarah ini bakal menanggung tanggungjawab besar di akhirat kelak. Ini kerana, sijil yang dimiliki dianggap mewakili tahap kecekapan ilmu, kemampuan kajian dan minda seseorang dalam sesuatu bidang khususnya, jika pencapaian sijil itu dilakukan dengan ‘soalan bocor', ‘curi soalan' dan markah tanpa hak. Maka ia tidak layak memegang sijil itu, jika ia perolehi sijil itu. Semua orang kelilingnya akan tertipu dengan sijilnya itu, ia juga mungkin menyesatkan orang dengan sijilnya tadi. Awas.

10) Pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja. Menurut kefahaman saya, ujian dan peperiksaan adalah sebuah ujian kemampuan pelajar dan ujian juga buat pensyarah yang mengajar, iaitu untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, tidak dinafikan terdapat pensyarah yang bimbang peratusan gagal di kelas bimbingannya terlalu teruk, maka ia memberikan ‘soalan bocor' , dengan itu, tahap lulus akan meningkat dan bolehlah kelihatan dirinya sebagai pandai mengajar. Ia juga satu bentuk penipuan yang banayak berlaku samada di univeristi mahupun di sekolah. Semuanya adalah haram tanpa syak lagi.

11) Mencipta statistic palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan yang dibuat, Jika ia digunakan untuk sebarang tujuan komersial dengan upah profesional, ia adalah pendapatan haram. Jika ia dilakukan untuk menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan, ia juga adalah satu penipuan. Saya kerap mendengar, para motivator berkata : "Menurut kajian saya, begini...." Kita berharap ia adalah kajian sebenar dan bukan satu dua kes yang dijumpainya.

Ibnu Sirin pernah menjual seekor kambing, kemudian dia berkata kepada si pembelinya: 'Saya akan menjelaskan kepadamu tentang ciri kambingku ini, iaitu kakinya cacat.'

Begitu juga al-Hassan bin Shaleh pernah menjual seorang hamba perempuan (jariyah), kemudian ia berkata kepada si pembelinya: "Dia pernah mengeluarkan darah dari hidungnya satu kali."

Walaupun hanya sekali, tetapi 'jiwa seorang mu'min merasa tidak enak kalau tidak menyebutkan cacatnya itu, sekalipun berakibat menurunnya harga.

Justeru, eloklah kita berfikir kembali pendapatan kita, samada ia halal atau haram. Kerjaya kita samada ia datang dengan sijil dan jawatan palsu atau benar. 

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jaranag kenikmatan semenatar ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia.  Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Jumada Akhir 1427 H

20 Jun 2007

 

 

 000011012542



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #46 ingin tahunor lisa 2011-05-14 12:33
adakah berdosa jika sy menipu dalam menulis resume utk pengalaman kerja walaupun dalam syarat pemohonan kerja tersebut tidak memerlukan pengalaman kerja? :sad: :sad: n apakah yg patut sy lakukan??
Quote
+1 #45 Minta izin paste dlm blogYidan 2010-07-19 07:20
Ustaz macam biasa pinjam utk paste dalam blog ana.

dppkj.gofreeserve.com/
Quote
0 #44 Mengambil upah assignmentMariam 2010-07-18 07:44
Assalamualaikum ustaz.
Apa pandangan ustaz jika sy mengambil upah untuk membuat assignment seorang kawan yang sedang mengikuti program pengajian master.
Terima kasih
Quote
0 #43 meniru dlm examoutspoken 2010-06-13 19:09
salam.. apa hkumnye kite mndpatkan pkrjaan ataupun mlnjutkan pljraan dgn kptusan exam yg kite tiru?
Quote
0 #42 markah kesianabid 2010-06-10 23:21
Akm, Uzar, bagaimana dgn memberi markah ksian utk mmberi motivasi
Quote
0 #41 berikan jalan keluarsalim 2010-06-09 17:35
jalan keluar ialah dengan membayar zakat; dan resit tersebut bioleh digunakan untuk deduct jumlah cukai pendapatan.

Pembaca lain... cuba elakkan bahasa yg tak sepatutnya... sebenarnya ramai syarikat / organisasi yg mengamalkan benda yg sama bagi mengelakkan cukai.. tak bohong tapi duit itu disalurkan untuk perkara yg tak sepatutnya.

Satu isu lagi, hendaklah diketahui dimana wang cukai pendapatan itu disalurkan.. adakah ia ikut konsep halal dan toyibba..

Jadi.. bayarlah zakat dan infaqkan harta anda.. ramai yg memerlukan
Quote
0 #40 bodoh atau malas?shahrul 2010-06-08 01:05
soalan macam ni pun ada? tak kan tak tahu hukum menipu itu berdosa? [censored] atau malas ni?
Quote
0 #39 Bg sy..S.Roma 2010-06-04 03:13
Bg sy... Haram la sebab di kira menipu... jika anda tak puas hati pun dgn kerajaan (Sy cakap JIKA... bukan mesti), anda tidak boleh menipu... Nabi tak ajar kita menipu wor...
Quote
0 #38 jwpanhamba Allah 2010-06-03 19:57
sudah tentu ianya haram..salah..ustaz x kan jwb soalan2 sebegini..sy tlg jwb yer..
Quote
+1 #37 e-mel ustazalif amar 2010-06-03 19:55
salam hadi....e-mel ustaz ialah webmaster@zahar uddin.net
Quote
0 #36 cari resit untuk elak cukaimuhammad 2010-06-03 06:36
assalamualaikum ustaz

soalan saya berbunyi begini
"apakah hukumnya jika saya cube mengelak dari membayar cukai pendapatan dengan membuat resit sendiri atau mengumpulkan resit orang lain lalu digunakan untuk diri sendiri.?"
Quote
0 #35 sokongJam Azan 2010-06-02 07:53
Salam ustaz,

Saya suka penerangan yang ustaz nyatakan.
Segalanya amat lengkap sekali.
Syabas. :-)
Quote
0 #34 tukar kerjagurl 2010-06-02 00:16
salam ustaz, skrg saya kerja di syarikat insurans. Saya di "buy over" dari co lama, skrg co lama maybe akan "buy over" saya balik. adakah "buy over" ni kira menyekat rezeki org lain yang minta kerja di co itu. Mcm pemain bola sepak lak kena buy ni. :zzz sekian, wassalm.
Quote
0 #33 keizinanabdul hadi 2010-06-01 22:12
Salam Ustaz. mungkin saya agak terkeluar drpd perbincangan.

saya ingin menghasilkan e-buku percuma mengenai beberapa persoalan yg berkaitan dgn perniagaan internet. persoalan2 itu akan sy timbulkan berdasarkan artikel2 Ustaz di laman web ini. jwpn2 nya pula, saya akan olah berdasarkan jwpn ustaz & saya akan sampaikan dlm bentuk yg mudah difahami. I'allah, mungkin Ustaz dapat memeriksanya nanti. jd, ana nk minta keizinan drpd Ustaz berkaitan dgn hal ini???

mfkan sy kerana menulis di ruangan ini. saya ingin menghantar 'private message', tp tidak ketemu emel ustaz. pohon mf Ustaz.
Quote
0 #32 terima kasihct 2010-06-01 21:03
lama ustaz tak post artikel & jengah shout box... :-)

terima kasih kerna repost artikel2 lama yg tak terbaca sebelom ni
Quote
0 #31 Hutang atas HutangRasputin.Chechenyvc 2010-06-01 18:17
Salam Ustaz,
Adakah itu HIWALAH sekiranya tidak melibatkan RIBA?
Quote
0 #30 tentang jenama sesuatu produkBen Othman 2010-06-01 18:13
Salam pada saudara,
Adakah RayBan buatan Cina tidak original?Bukankah syarikat RayBan memberi hak patent kpd kilang Cina untuk membuat cermin mata tersebut?Sekiranya tidak, jelaslah ianya barang tiruan dijual dgn harga original dan pada pendapat saya ia suatu penipuan.
Quote
0 #29 Penipuan : Kerjaya, Universiti. & SekolaNorhalijah 2010-06-01 18:06
Salam pada semua,
Secara amnya penipuan dalam bentuk apa pun dan untuk matlamat apa pun adalah salah, haram dan berdosa.Apatah lagi penipuan melibatkan keupayaan dan kelulusan kerana penipuan merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara.Menipu layak sebagai doktor misalnya akhirnya akan membunuh pesakit dan menipu layak sebagai ahli fiqh muamalat akhirnya akan memporak perandakan ekonomi.

Walaubagaimanap un di dalam peraturan peraturan dan undang undang biasanya terdapat ruang untuk pengecualian (exception ) dan ini sekiranya ianya melibatkan keperluan asas dharuriyah yang lima (khams ) Ada ulama yg membenarkan kelonggaran tetapi dgn syarat syarat ketat.Hiyal atau hilah mungkin termasuk dalam kategori ini.

Justru itu , tidak dinafikan bersifat jujur adalah satu sifat mumtaz (terpuji/excellent ) akan tetapi bersifat terlalu lurus seperti pepatah Melayu "lurus bendul 'kadangkala tidak kena pada tempatnya.Misalnya,seseor ang yg ingin bekerja walaupun tidak ada pengalaman di bidang kerja yg dipohon ,boleh meyakinkan bakal majikan bahawa beliau ada ilmu teori tetapi sedikit pengalaman dan akan bersungguh sungguh memahirkan diri dan bekerja keras.Inilah yg dilakukan oleh calun pekerja bukan Melayu, mereka yakin dan meyakinkan dan dapat kerja walaupun tidak berpengalaman.
Hal ini sebenarnya tidak merugikan majikan kerana setiap pelatih diberi 6 bulan untuk membuktikan prestasi.Akan tetapi sekiranya pada awal lagi sudah mengalah dan dengan jujur mengaku tidak ada pengalaman natijahnya anda tidak akan dipilih bukan kerana tidak ada pengalaman tetapi tidak ada keyakinan

Apa pendapat Ustaz?
Quote
0 #28 tipu tuab_luqman 2010-06-01 17:55
tipu la tu jon oii...
Quote
0 #27 TipuSufie 2010-06-01 16:17
Penipuan banyak berlaku kini dan dimana2.Saya kira kitalah yg perlu berusaha mengurangkannya .

Di Universiti,bany ak juga pensyarah meletakkan namanya di PAPER kajian yg dia tidak terlibat secara sepatutnya,hany a tumpang nama saja.Ada yg hantar PAPER student ke Confrance dan bubuh namanya,nama si pembuat tak tercatat.Saya kira kerajaan perlu mengetatkan syarat , adakan pemantau dan membuka fail aduan.Satu lagi jika Universiti pentingkan Quality janganlah samakan PAPER yg dihantar ke Conference ternama dgn conference yg berbayar.Ini nak dapat nama hantar PAPER tapi kene bayar? masalahnya kerajaan membenarkan perkara ini berlaku dgn. berleluasa.Saya cadangkan PAPER yg dihantar ke conferece berbayar ni meritnya sikit berbanding dgn conference ternama.
Quote
0 #26 tentang jenama sesuatu produkayub 2010-06-01 09:17
salam uzar.. saya ada buka kedai cermin mata, saya beli bingkai2 di china dan ada yg dibeli dengan supplyer.. bingkai2 ni ada cop made in italy.. so pelanggan fikir ia betul dari italy tapi hakikatnya ia adalah buatan china.. adakah ini termasuk penipuan uzar? contoh rayban,semuanya buatan china,tapi saya tak cakap rayban itu original..tapi saya juga tak cakap ia buatan china..apa hukumnya uzar? ketika ini terlalu banyak barang tiruan..
Quote
0 #25 mintak copydaq 2010-06-01 02:24
salam
ustaz mintak copy article
Quote
0 #24 Hutang atas Hutangwardah 2010-05-31 23:45
Salam..bagaimana sekiranya A berhutang dgn B, pd masa yg sama B berhutang dgn C..lalu B meminta agar A membayar kpd C..adakah dibenarkan speti yg biasa berlaku terutama dalam kalangan pelajar skrg?
Quote
0 #23 enipuan : Kerjaya, Universiti. & SekolahBen Othman 2010-05-31 18:42
Salam pada semua,
Saya kagumi kejujuran saudara/saudari mengenai perkara di atas.Sepatutnyalah nasihat bersasaskan dalil dari ustaz Zaharudin kita ikuti.

Walaubagaimana pun untuk pengetahuan umum ( general knowledge ) perkara plagiat, beli ijazah dan beli akuan pengalaman sudah menjadi semacam 'biasa' dan dipraktikkan orang dari atas hingga bawah.
Pengawal keselamatan Nepal mengaku bekas tentera Gurkha dan dapat gaji 2 kali ganda pada hal pegang senapang pun tidak pernah.Dato dan Datuk dapat pangkat dan projek kerana akuan palsu dari manager bank yg subahat mengaku mereka ada duit di bank.Doktor bawa balik ijazah beli dari luar negara dan pesakit jadi mangsa dll.

Tetapi lepasan IPT tidak ada PENGALAMAN kerja dan enggan dapat akuan palsu menyatakan dia BERPENGALAMAN akan terus mengganggur.Untuk mereka di dalam kumpulan ini , jangan putus asa cuba cari kerja dan solat hajat /tahjud banyak banyak.Insya Allah akan selesai masalah.Jangan menipu kerana akan terbongkar juga rahsia.
Quote
0 #22 Ingin Tahu?afiszone 2010-05-31 18:23
Salam Uzar..

Sya ingin brtanya sblm ini sya berkerja sebagai kerani di salah sebuah syrkt pghantaran surt..

Syrkt trsbt ada kerjasama dngan syrkt yg menjual arak dlm proses pghantrn dokumen shj..

Adakh gji yg sya peroleh itu haram??
Quote
0 #21 resumeeddy 2010-05-31 18:04
Salam Ustaz,
saya bekerja di sektor oil and gas, faktor gaji banyak ditentukan oleh jumlah tahun berkerja, saya nak bertukar ke co lain so saya kena update cv, cth nya pengalaman sebenar saya enam tahun tapi saya letak dlm cv tu lapan tahun, reasonnya ialah dari segi nature kerja enam dan lapan tahun tiada banyak beza, malah saya sekarang ni pun banyak buat kerja utk level 8-10 tahun, jadi bolehkah saya letak dlm cv tu lapan tahun?

UZAR : tidak diharuskan sdr, yakinlah bahawa walau dengan melatakkan 6 tahun, gaji yang diperolehi adalah sufficient dan barakah. atau yakinkan majikan semasa interview bhw walau 6 tahun tetapi kerja nature 8 tahun. Saya pernah hadapi situasi sebegitu, dan prestasi semasa interview mampu mengubahnya
Quote
0 #20 Re Kerjaya, Universiti. & SekolahAhmad Bin Othman 2010-05-31 08:31
Assalamualaikum ustaz,

Saya telah membaca penenrangan ustaz mengenai penipuan tentang Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ?resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.Saya adalah dlm categori ini & telah menyeksa jiwa ini,saya bertaubat dengan berterus terang dgn ketua jabatan tempat saya bertugas & menerima kebolehan saya bekerja tetapi tidak beritahu dengan jabatan HR (gaji),tempat resume disubmit. Apakah hukum gaji saya? Apakah pandangan ustaz adakah patut saya berhenti kerja? terima kasih

UZAR : tak perlu berhenti kerja, cukup taubat, banyakkan sedeqah secara berterusan dan tingkatkan kualiti sehingga tahap yang expectation majikan.
Quote
0 #19 Adakah ia penipuan?zaim 2010-05-31 03:50
1. Asslamualaikum, ustaz,nk bertanya apa hukum mengambil lesen terbang? Dan hukum menggunakan 'kabel' yakni orang dalam dlm sesuatu institusi mndpatkn sesuatu pmohonan,cam biasiswa n pinjaman, biasanya orang lakukan ini utk mengelak persaingan.

Dan soalan mengenai agensi penghantaran pelajar, ada sesetengah agensi yg digunakan tidak mengikut prosedur yg ditetapkan oleh kementerian dlm mengambil seat utk pengajian mana2 universiti, bahkan ada pelajar yg tidak layak turut mendapatkannya, sedangkan seat tersebut layak utk orang yg lebih baik, tetapi disebabkan mengunakan agensi ini, ia tetap dapat mengambil pengajian tersebut, tanpa melalui tapisan seperti orang awam.. bagaimana ustaz situasi mcm ini?
Quote
0 #18 masukkan nama dalam senarai temudugaMohammad Azri 2010-05-30 14:22
Assalamualaikum .Isteri saya sedang menjalani latihan yg dianjurkan kerajaan negeri.Beliau dibayar sejumlah elaun, ditempatkan di sebuah jabatan.Bertugas dalam bidang perjawatan, menapis permohonan jawatan kosong.Masalahnya, kadangkala dia diarahkan oleh ketua memasukkan nama2 tertentu dalam senarai pendek untuk temuduga dengan alasan mereka ada surat sokongan dari menteri/yb dan sebagainya.bagaimana jika individu itu tidak benar2 layak? bukankah menutup peluang org lain?bagaimana status halal elaun isteri saya yg memasukkan nama tersebut?bagaimana pula jika (insyaAllah) nanti dia bekerja tetap, dan diarahkan melakukan tugas serupa?
Quote
0 #17 Pandanganingenier 2010-05-30 09:19
Salam
Mohon pandangan ustaz:
1) Seorang pekerja merasa teraniaya kerana tidak diberi peluang kenaikan pangkat dan gaji ekoran bosnya mengutamakan kroni. Malahan pekerja tadi merasakan gaji yang dibayar tidak setimpal dengan kepakarannya. Lantas membuat keputusan sendiri dengan mengambil/mencuri harta syarikat.
2) Pekerja claim OT melebihi masa kerja sebenar atas alasan syarikat tidak mengambil kira kos-kos yang ditanggung pekerja semasa menjalankan kerja (petrol, bil telefon dan sebagainya)
Maaf soalan keluar tajuk.


UZAR : kedua-duanya tidak dibenarkan di dalam Islam dan haram hukumnya.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Ruangan Iklan










RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 39 guests
You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Penipuan : Kerjaya, Universiti. & Sekolah