Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Ramadhan : Apa Perlu Faham & Buat
  • PDF
(56 votes, average 4.82 out of 5)

Ramadhan : Apa Perlu Buat? 

Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

ramadan_kareem_2010.jpg

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .


Bonus & Belanjawan

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita

Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?

Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .

Mengapa kita seronok mendapat duit ?

Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.

Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?

Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.

Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?

Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?

Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?

Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t dan TENTUNYA REDHA ILAHI.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain.

Manakala pada  belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan adalah seperti :-

bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
   
bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

bullet button

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA

Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.

Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.

"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun" 

TAWARAN BONUS LUAR BIASA

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Perlakuan dosa juga bertambah serius di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana perlakuan dosa didalamnya adalah sesuatu yang serius.

SYAITAN KENA GARI?

Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).

Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.


2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.


3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

 

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)


5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)


6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).


7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.


8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )


9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.


10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.


11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

 

Sekian dan Ramadhan Kareem..

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

28 Syaaban 1428 H

10 September 2007

 


 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #94 MrFahmi 2011-08-14 09:08
Salam Ust..boleh saya tahu method kajian ustaz semasa buat Phd dulu? kualitatif atau kuantitatif?
bagaimana dengan reka bentuk kajian?

Bleh tak saya dapatkan artikel jurnal karya ustaz?
Quote
0 #93 pantang dalam RamadhanNur 2011-08-12 09:39
Salam UZAR,
Saya menunggu hari untuk bersalin...alhamdulillah masih dapat puasa penuh dan btrawikh. Saya ingin tahu seandainya saya bersalin dalam bulan ramadhan ini (hujung ramadhan), adakah memang terputus segala amalan terutamanya 10 mlm terakhir tersebut? Adakah saya masih boleh melakukan amalan tertentu dan mengharapkan lailatulqadar?
Quote
0 #92 Keliru & Was2Lin 2011-08-06 12:51
Posts: 3
View Profile
Email
Mesej Peribadi (Online)

(No subject)
« Sent to: Ummi Munaliza on: Today at 12:24:03 PM »

Jawab
Quote
Padam


Salam ustaz.


Ketika menyediakan slides utk pembentangan 'perkahwinan' saya sangat risau akan terangsang krn saya RASA saya mudah terangsang. Namun, saya buat juga sambil berdoa agar nafsu terjaga. Saya berhenti pukul 4pg kerana terlalu letih. Untuk hilangkan was2 keluar mani @ tak(sy selalu was2), saya check dulu sebelum tidur. Masalahnya, ada sesuatu yang saya KIRA berwarna kuning (tak pasti).
Saya keliru, apakah wanita boleh keluar air mani apabila naik syahwat (selain bersetubuh/beronani/berkhayal yang bukan2)?
Saya pilih untuk mandi wajib (menghilangkan ragu) selepas sahur nanti. Tapi selepas sahur, saya tidak sempat mandi - telah masuk waktu subuh. Apakah status puasa saya?

tolong bantu saya..
Quote
0 #91 hadis palsu fadilat tarawihahmad 2011-08-04 08:06
salam ustaz..mohon ustaz untuk terangkan mengenai hadis palsu fadilat tarawih setiap malam yang banyak disebarkan melalui emel.
Quote
+1 #90 puasawardah_sofea 2011-08-03 22:35
salam..ust..
adakah boleh bagi org yg tidak boleh berpuasa makan pada siang hari di bulan ramadhan seperti prmpuan nifas dan haid?saya keliru kerana terdapat beberapa hal yang mewajibkan seseorang itu menahan diri dari makan minumnya walaupun puasanya sudah batal..bolehkan ustaz tolong jelaskan secara detail..syukran. :-)
Quote
0 #89 Doa berbuka puasakomener 2011-08-03 08:22
Quoting ibn:
Slm ust. sya nk tau apa status doa iftar y diamalkan sbilgn besar umat Islam (Allahumma laka shumtu.....)

UZAR : Sebenarnya, apa sahaja doa boleh dibaca, cuma doa yang nabi baca adalah yang saya sertakan itu.


Doa yang ditanya tersebut ada disebutkan di dalam kitab-kitab ini :-
Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi
Syarah Sunnah Al-Baghawi
Syu'abul Iman
Sunan As-Soghir Al-Baihaqi
Sunan Abi Daud
Mu'jam Al-Ausat
Mu'jam As-Soghir At-Tabarani
Majmu' Syarah Muhazzab
Minhaj At-Tolibin
Fathul Wahab
Raudhat At-Tolibin
Minhaj Al-Qowim
Iqna'
Mughni Muhtaj
Hasyiah Al-Jamal
Nihayah Al-Muhtaj
Hasyiah Al-Bajirmi

Ada doa lain juga yang diamalkan. Sila rujuk Fadhilat Ramadhan karangan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya rah.a.
Quote
0 #88 Kes serupaPerniagaan Internet 2011-07-31 14:30
Quoting along:
salam ustaz.saya amat sdih dgn sikap bapa mertua yg sepengetahuan saya tidak prnah berpuasa penuh di bln ramadhan selama ini dan TIDAK PERNAH MENGGANTIKAN PUASA TSBT DAN MMBAYAR FIDYAH.


Sama seperti saya kes ini, ustaz.

- Admin Perniagaan Internet
PerniagaanInternet.my
Quote
0 #87 terima kasihMasita Rahman 2010-08-12 19:04
saya mohon share dlm blog saya ye Ustaz, sgt menarik.. :-)
Quote
0 #86 kaffarahnur 2010-08-12 05:59
salam..ustaz..bayaran kaffarah jika isteri dan suami terlakukan ijmak di siang bulan ramdhan..jatuh hukum kaffarah tu untuk si suami atau si isteri??
Quote
0 #85 'D91HBAhmad Shauqee Al-Kelantani 2010-08-11 23:54
Saya ada soalan berkenaan Point No.7. Makna perkataan 'D91HBular atau urat?
Quote
0 #84 terawihnurr 2010-08-11 20:04
salam uzar,
saya nk tanya psl solat sunat terawih, masa imam membaca surah Al-fatihah kita wajib senyap dan hanya membaca fatihah apabila imam membaca surah kan? mohon kepastian? sbb saya tgk ada yg baca fatihah ikut imam.
salam ramadhan
Quote
0 #83 witirjulia 2010-08-11 19:03
salam UZAR, sy cuma nak tahu kebiasaanya kita buat sunat witir selepas solat sunat taraweh, adakah boleh kita menunaikan solat sunat lain di antara selepas traweh hingga sebelm solat subuh setelah membuat sunat witir?
Quote
0 #82 mohon bantuzoowhyree 2010-08-11 16:44
salam uzar..bagaimana cara pengiraan fidyah bagi puasa yg ditinggalkan dan bagaimana pula bilangan puasa yang lampau tidak dapat diingatkan?adakahh perlu kira lump sum atau bagaimana?
Quote
0 #81 Mohon Izin Copyismail 2010-08-11 16:10
Assalamualaikum ...
Mohon dicopy Atikal2 ustaz untuk dimasukkan dalam blog saya..Jazakallahu khair.
www.aL-KeLaNTaNy.blogspot.com
Quote
0 #80 mohon Copy..Mohd Ismail 2010-08-11 16:04
assalamualaikum Ustaz..
Mohon copy Atikal2 ustaz untuk disebarkan..
Jazakallahu khai!!
www.aL-KeLaNTaNy.blogspot.com
Quote
0 #79 Salam Ramadhan & AmpunHadi Rofiee 2010-08-11 15:48
Salam sejahtera UZAR.

Artikel ini menarik khususnya pada keratan ini: ''Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini''. Saya sangat terkesan dengannya. Saya akan berhati2 & berwaspada.

Terima kasih UZAR. Selamat berpuasa. :-)
Quote
0 #78 Permulaan puasa di perantauanSuzaini 2010-08-11 08:26
Salam ustaz..saya ada satu pertanyaan...sekarang ni saya berada di Vietnam...menurut Imam di Masjid Ho Chi Minh 1 ramadhan di vietnam ialah pada 12/8/10 manakala di Malaysia ialah esok (11/8/10)...Jadi saya perlu ikut yg mana? Utk pengetahuan Ustaz saya bertugas di Pelantar minyak (offshorea) dan tidak bermastautin di Vietnam.. harap ustaz dpt beri penjelasan...TQ

UZAR : ikut hari mula puasa dan raya daratan yang paling dekat dgn pelantar minyak tersebut.
Quote
0 #77 Hendak tahuPembaca Setia 2010-08-11 05:26
Salam Wrmt, hendak bertanya, kalau solat sunat tarawih itu kita niatkan sekali sahaja lalu dihabiskan hingga rakaat kedua puluh boleh ka? So, tidak perlu berniat balik2 ketika ingin mengambil rakaat baru. Terima kasih Ustaz. Salam

UZAR : salam, tidak boleh krn setiap dua rakaat adalah berasingan.
Quote
0 #76 ...^_^ 2010-08-11 03:41
selamat menyambut bulan ramadhan... jadikan ramadhan ini sebgai rmdhn yg trakhir buat kita....
Quote
0 #75 salamsyahmikaberi 2010-08-11 02:53
selamat berpuasa,semoga mndpt barokahNya amin..

p/s: minta share ya akh! :-)
Quote
0 #74 mohon izin copyayeesha hanna 2010-08-09 21:13
Ustaz, mohon copy beberapa artikel dari blog ustaz. :-)
Quote
0 #73 minta copy artikelmohd rushdan 2009-09-12 22:18
Salam ustaz , saya nak minta izin,nak copy mana-mana artikel dalam blog ustaz untuk di masukkan dalam blog saya.Jasa baik ustaz amat saya hargai. Terima kasih

UZAR : SILA
Quote
0 #72 Perkara yg mmbatalkn puasaIsmail 2009-09-11 14:03
Assalamualaikum UZAR,
Sy ade tbace 1 artikel mnyebut mengorek idung,telinga x mmbatalkn puasa berdasarkan firman Allah:
"Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." (al-Baqarah 2:187)

Minta sangat UZAR perjelaskan ttg prkara ini...Terima kasih...

UZAR : SAYA dah jelaskan di artikel tajuk " batalakh puasa kit ajika.." sila rujuk di sana ye
Quote
0 #71 maaf di maafiDewaZaidy 2009-08-30 16:52
lebih baik kalo kite jadikan amalan memaafkan kesalahan manusia yg lain setiap malam sebelum tidur...wallahualam..
Quote
0 #70 Pencariibn 2009-08-29 21:15
Slm ust. sya nk tau apa status doa iftar y diamalkan sbilgn besar umat Islam (Allahumma laka shumtu.....)

UZAR : Sebenarnya, apa sahaja doa boleh dibaca, cuma doa yang nabi baca adalah yang saya sertakan itu.
Quote
0 #69 fadhilat terawih...HUSNA 2009-08-27 20:05
salam ustaz..sy ada kekeliruan sikit ttg fadhilat terawih..ada rakan yang bg tau jumhur ulama' n malah majlis fatwa negara kita pun telah menyatakan bhw fadhilat2 tarawih ini semuanya palsu...pe komen ustaz?dah tu untuk ape fadhilat y dah ada?adakah untuk semangat beribadat d bln puasa?

UZAR : fadhilat terawih yang setiap hari tu palsu, tapi ada fadhilat yang sohih seperti dapat pahala menghidupkan seluruh malam jika bersama imam sehingga habis dan lain-lain.
Quote
+1 #68 sedikit soalan fiqhmoja2 2009-08-27 19:41
salam alaik ustaz.
maaf mahu bertanya. ada seorang ustaz yang mengatakan bahawa membuang air besar dan seandainya najis masuk kembali akibat sembelit dsb maka batal puasa. memang adakah nas yang sahih berkenaan ini atau ini hanyalah qias dari ulama saja? memang benarkah batal?

maaf andai soalan ini sudah ditanya sebelum ini.

UZAR : Jika najis tu masuk balik tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal, tentulah TAK BATAL PUASA, tapi kalau sengaja buat main najis keluar masuk, memang batal :-)
Quote
0 #67 maaf...ibnghani 2009-08-26 15:58
slm ust...sy brharap sngat2 agr ust dpt trngkn prkra ni :-?

tlh mnjadi amln kita sbgai mslimin utk sntiasa memohon maaf ssama kita stiap kali mnjelang 1 syawal...mnrut pndpt sy, adlh lbih baik jika kita brmaaf-maafn ktka ingn mnymbut bln ramadhan mmandangkn bln puasa inilh medan trbaik utk kta mngumpul phla sbnyk yg mgkn...krna stkt yg sy tahu, amln sseorg akn trhijab slgimna dosa ssama mnsia msih blm slsai...ttpi skrng ini tlh mnjdi trend msyrkt kta yg mngucpkn slmt brpuasa & hnya brmaaf-maafn ktka mnjlang 1 syawal shj...jd, sy ingin dptkn kpstian, waktu mnkh yg lbh afdhal kta mmohon maaf, pd awl ramadhan @ 1 syawal? atau mgkn ust dpt mmbrikn dalil @ nas yg mnggalakkn kta brmaaf-maafn pd 1 syawal...

mgkn ada yg mngatakn prsoalan x prlu dtmbulkn, tp tiada slhnya jk skdr ingn mndptkn kpstian...

yg mnghrp... :sigh:

UZAR : Amalan bermafaan sentiasa digalakkan oleh Islam tanpa mengira tarikh dan waktu. Tiada kelebihan khas untuk minta maaf di awal Ramadhan sbgimana yang didakwa kerana hadis tersbeut adalah tidak benar.

Tapi jika bermafaan, kerana baru teringat dan sedar serta ingin raih pahala ramadhan, ia harus dilakukan di awal ramadhan.
Quote
0 #66 solat witiras 2009-08-25 23:44
salam ustaz..saya nak tanya, dalam solat witir, duduk antara 2 sujud tu bacaannya sama ke dengan solat biasa? atau xde bacaan? minta penerangan ustaz. tq..

UZAR : SALAM, ye sama
Quote
0 #65 waktu berpuasaQ 2009-08-25 22:42
salam ustaz..
sy ade persoalan..

jika sy naik kapal terbang yg mengambil masa perjalanan 7 jam dan waktu departure adalah pukul 12.30am waktu malaysia,adakah sy perlu ikut waktu imsak malaysia iaitu dlm pukul 5.45am?walhal waktu berbuka di negara asing itu adalah dlm pukul 4pm waktu malaysia..

i've been thinking bout this and hope u can help me..thank you..

UZAR : imsak guna waktu Malaysia, buka ikut waktu destinasi jika mampu, Jiak tak mampu, berbuka kerana musafir
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 84 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Ramadhan : Apa Perlu Faham & Buat