Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya
  • PDF
(64 votes, average 4.66 out of 5)

Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

Dalam penulisan ini, saya ingin menyentuh 3 perkara berkenaan hari raya yang sering dilakukan oleh umat Islam. Apakah pandangan Islam terhadap Mercun, pemberian duit raya dan ucapan ‘Maaf Zahir Batin'?.

Main Mercun

fireworks.jpg
Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

 

Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.

fakta
 

 

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-

1)   Mudarat Kepada Diri

Ini tidak perlu lagi dihuraikan. Cukup laporan akhbar ini sebagai fakta : BUKA DI SINI

hadiah hari raya

2)   Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

Baca Di Sini 

3)   Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.

Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.

Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.

Isu Duit Raya

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.

Ucapan Maaf Zahir Batin

Ucapan Maaf Zahir Batin sering diberikan oleh rakan dan taulan sempena hariraya ini. Amalan maaf bermaafan asalnya adalah bersifat ‘neutral' dan boleh diteruskan di hari raya ini asalkan ungkapan kemaafan yang dipinta dan yang diberi adalah beserta penyesalan yang benar atas segala kesilapan yang dilakukan.  

Ia selaras dengan objektif Ramadhan bagi mencapai keampunan Allah SWT sebagaimana di fahami dari Hadith :

جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،

Ertinya : "Datang kepadaku Jibrail lalu berkata : " Celaka ke atas seorang hamba yang sempat bertemu Ramadhan dan keluar darinya tetapi tidak mendpaat keampunan terhadap dosa-dosanya, lalu aku (Rasulullah s.a.w) berkata : Ameen. (tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu'la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja'd ; Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad - no: 644)

Bagi seseorang yang berdosa dengan Allah SWT, amat diharapkan beroleh keampunan di bulan Ramadhan ini.

Bagaimanapun, jika melakukan dosa dari jenis kesalahan kepada manusia lain seperti mengumpat, memfitnah, memukul, merendahkannya, mencuri duitnya dan lain-lain. Seolah-olah keampunan yang sepatutnya diperolehi dari ramadhan tergantung kepada keampunan manusia yang pernah dizalimi ini.

Tatkala itu, mangsa sahaja yang mampu mengampunkan orang yang menzaliminya.

Pada hemat saya, objektif mendapatkan keampunan Allah sukar untuk dicapai sebaiknya jika tidak ada proses maaf bermaafan di hujung ramadhan atau di awal Syawal.

Mengambil peluang cuti dan bertemu di hari raya sebagai waktu yang sesuai untuk meminta ampun. Oleh kerana itu, saya secara peribadi tidak nampak sebarang masalah dalam amalan ini selagi mana ia dilaksanakan dengan ilmu dan ikhlas. Wallahu ‘alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Ramadhan 1428 H

7 Oktober 2007

ULANG SIAR : 26 Ramadhan 1429 H = 26 Sept 2008 

 

 

 


 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #80 mohon shareaini 2011-08-25 20:23
salam ustaz,
mohon share,jzkk
Quote
0 #79 bace ngn ilmu,bkn ngn emosiapai 2011-08-25 10:29
assalamualaikum .......
buat saudara HariRaya, Islam itu mmg mudah tp jgn terlalu dipermudahkn....kite sbg umat Islam sememangnye tertakluk pd garis2 pnduan syariat yg tlh ditetapkn dimana ianye b'sangkut-paut dgn pahala & dosa.....artikel2 UZAR mmg smue artikel yg m'beri kebaikkan pd umat Islam,bkn menyusahkn.....mudahnye,ble kite disekat drp bnda2 yg disukai (cz b'canggah ngn Islam), so kite akn kate ia menyusahkn????sdgkn hukum hakam itu diberikn b'dasarkn penyelidikan n penelitian yg merujuk pd dalil2 yg kuat.....Islam itu dtg utk m'bawa rahmat sekalian alam.so segala hukum hakam yg de dlm Islam itu bkn utk menyusahkn manusia (apatah lg umat Islam) tp smemangnye utk m'beri manfaat kpd manusia
Quote
0 #78 Khilaf Duit RayaRodin 2011-08-25 09:36
Dalam konteks duit raya, setuju dgn apa yang UZAR terangkan. Nak tmbh sikit, di zaman fitnah ini, kertas duit itu masih lagi harus hukum penggunaanya, jadi, bagi yg materialistik, elok tidak diberi atau sedikit sahaja. beri nasihat dahulu kpd kanak2 (seumpamanya) spt ini. Agar jgn di minda mereka terbentuk pemikiran yg menyatakan kertas itu adalah hala tuju masa depan mereka.

Allah Almighty Knows Best
Quote
0 #77 Khilaf mercunRodin 2011-08-25 09:35
Dalam konteks mercun, jelas haramnya jika bermain 1)kerana riya, takabbur dll, 2) Main di masjid2 dan rumah ibadat, 3) Melampaui batas dalam bermain (hala rumah orang atau orang secara sengaja, 'modify' pelik2 mercun tu dgn sengaja yakni tahu modifikasi itu boleh bawa bahaya, dan seumpamanya).

harus atau fardhu kifayyah jika perkara di atas diatasi dan dengan tujuan dibawah 1) untuk menghalau babi, lotong, dll dlm kebun, 2) mendapatkan gambaran atau idea contohnya pembelajaran dari segi balistic atau projectile engineering (mercun roket dll) dan seumpamanya yg bermanfaat utk agama dan masyarakat utk fisabilillah di generasi masa depan.

bsmbg...
Quote
0 #76 mohon sharesouq 2011-08-25 09:26
salam ustaz..mohon utk share artikel ustaz ni..
Quote
0 #75 replypembenci mercun 2010-10-02 07:34
bagus..saya pong
Quote
+3 #74 Setujuadam 2010-09-23 22:46
x jauh dr masjid di tempat kdiaman sy ade sbuah tokong cine.kbetulan pada salah satu mlm terawikh,ade upacara sembahyang oleh kaum cine.mereka tidak membakar mercun2 mereka shingga habis sunat terawaikh di masjid,tp sedih mlihat anak2 kecil dan dewasa bermain mercun disekitar masjid
Quote
0 #73 Teruskan usaha Ustaz, semoga diberkati.Abdullah 2010-09-21 12:22
Sesungguhnya dakwah yang benar ialah dakwah atau seruan supaya berpegang teguh kepada kebenaran, seruan kepada iman dan amal, seruan kepada jihad, rasa keterikatan dan kesabaran serta seruan kepada pengorbanan dan penebusan. Adalah merupakan satu kebiasaan atau satu perkara yang bersifat tabi'ie bahawa suara-suara kebenaran itu menjadikan pada pendokongnya terdedah kepada cabaran-cabaran dari pada penaja kebatilan dengan sikap mereka yang melampau, makar jahat serta tipu helah mereka. Allah s.w.t mengingatkan:

HNDNFN(RDOHNFNQ COER -N*NQI FN9RDNEN 'DREO,N'GP/PJFN EPFRCOER HN'D5NQ'(P1PJFN HNFN(RDOHN #N.R(N'1NCOER

Yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Surah Muhammad, Ayat: 31).
Quote
0 #72 menyusahkan???abu 2010-09-18 04:19
memang kena susah la..takkan nk masuk syurga lenggang kangkung..makan tido makan tido jer...nabi dan sahabat bergadai nyawa berjihad nk berdakwah sebarkan agama...malangnya umat ni terlalu manja...tu tak boleh..ni tak boleh...semua bnda nk komplen..buat blog sendiri la
Quote
-1 #71 mercunfey 2010-09-15 23:17
saya mmg menyampah dan benci dgn mercun termasuk org yg jual, edar, buat dan main. ini kerana saya benar2 benci kepada bunyi bising dan rasa amat terganggu. bila ada kes kemalangan berkaitan dgn mercun, saya akan rasa puas hati. jadi ini membuatkan saya tertanya, wajarkah saya berperasaan begitu?
Quote
-1 #70 menyusahkan umat? pendendam?fey 2010-09-15 23:08
saya mmg tak paham berkenaan artikel ustaz yg dikatakan menyusahkan umat. apa yg ustaz tulis semuanyer berpandukan hadis dan al-quran. bukan pendapat sendiri. adakah saudara HariRaya merasakan islam itu menyusahkan sampai boleh memberi komen begini? Bg saya cuma org yg merasakan Islam itu menyusahkan boleh berpendapat sedemikian. Islam itu mmg dah mudah. Nak rasa nikmat mudah tersebut, dekatkan diri kepada Allah, ikut Al-Quran dan Hadis serta sunnah Nabi.
Quote
0 #69 tak tahumohd 2010-09-15 17:29
assalamualaikum ....... saya ingin tanya apa hukum kaum lelaki memakai emas putih...
Quote
0 #68 berkaitan duit rayaabgkajang 2010-09-15 09:42
salqm ustaz....

kawan saya ada kemusykilan...dia seorg ktangan kerajaan...telah diberikan satu pemberian berbentuk voucher pembelian oleh sebuah syarikat yang turut diberikan kepada pekerja-pekerja syarikat sempena hari raya aidilfitri...

utk makluman ustaz syarikat tsbt memg sudah sedia ada kontrak kerja dgn jbt kawan saya....

apa hukum ustaz....nasihat yg boleh diberikan....

bagaimana pula dengan hamper, hadiah atau mungkin wang pemberian sykt yg mmg sedia ada mempunyai kontrak....
Quote
-1 #67 takkan nak artikel yang menyedapkan hatisafarin 2010-09-15 02:21
kekadang ape yang dikatakan ustaz memang tak pernah terfikir macam sampul duit raya tu. seorang ustaz yang bertul2 ustaz mesti berhati2 dalam setiap amalan yang dilakukan.

tu yang perkara kecil pun ustaz komen pasal benda2 kecik ni yang senang sangat kita terbabbas.
Quote
0 #66 http://jamalrafaie.comJamal Rafaie 2010-09-10 06:59
Selamat Hari Raya buat ustaz sekeluarga..
Quote
0 #65 Doa tidak diterimaPeace 2010-09-09 20:59
Dari awal ramadan saya mendoakan bala bencana/musibah kepada pembakar2 mercun di tempat saya. Tak ada seorang pun yang kena.
Mereka bagaikan yahudi laknatullah yang dengan sombongnya menggangu jemaah menunaikan solat isyak dan terawih. Malahan ada yang sengaja menghalakan mercun ke arah masjid. Tak tenteram hidup dibuatnya.

Kaum cina pun main mercun berpada2, tak macam melayu yang main tak ingat mati. Tukang seludup, jual dan main bukannya kaum lain, melayu jugak.
Semoga golongan yang sombong dan mementingkan diri sendiri ini dimusnahkan Allah.
Tak kena di dunia di alam barzakh dan akhirat nanti tahulah azabnya.
Quote
+1 #64 mercun no 9AZRINA ISMAIL 2010-09-08 20:46
salam, soalan boleh ke kadang2 isteri perlu membuat sesuatu mencari keredaan Allah swt tanpa beritahu suami dulu atau tak bagi tahu langsung
Quote
0 #63 Mudah apa, tak susah leMe 2010-09-08 17:33
Sdr HariRaya,
Sila beri contoh artikel mana yg dikatakan menyusahkan. Nak juga sy tahu, sbb selama ni sy kira ok aja.
Yg lum kita dpt nak buat masa ni, mohon pada Allah agar satu hari Allah bukakan jln utk lakukan.
At least niat yg baik dah ada.. kan gitu
Quote
0 #62 saya pun sokong ustazkamal 2010-09-08 13:46
assalamualaikum ...
saya rasakan apa yang disampaikan oleh ustaz adalah baik dan baik juga bagi kita untuk meninggalkan apa yang silap dan telah menjadi adat dan kebiasaan. Kadang-kadang "zon selesa" tidak membantu kita untuk menerima teguran. Sedangkan ketika saya mengedarkan artikel ustaz berkaitan Facebook, ramai juga menghentam saya di tempat kerja saya... sedangkan saya cuba untuk mengingatkan rakan-rakan yang lain tentang bahayanya. Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.... InsyaAllah...
Wassalam...
Quote
0 #61 Alhamdulillah,, Wahyuddin Kaherah-Mesir 2010-09-07 22:14
adess,,, sedihnye tak dapat beraya kat umah UZAR,,, nak wit raya,,,huhuhu :P (Gurau je)

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ALLAH Rabbul Jalali Wal Ikram, dgn nikmat IMAN & ISLAM kurnianNYA dpt kita harungi Ramadhan hingga hampir ke penghujungnya :cry:

"Beruntunglah bg yg berusaha menghampirkan diri dgn ibadat yg ikhlas utk mendapat keredhaan ALLAH dlm RAMADHAN, & sangat merugilah bg sesiapa yg tiada merasakan apa-apa kelebihan yg ada dlm RAMADHAN"

saya harap altikel? yg membincangkan hal umat mengikut situasi semasa seperti ini sangat penting diketengahkan oleh golongan ilmuan, utk membuka pemikiran umat islam yg segelintirnya terbelenggu dgn nafsu dan budaya? yg tidak sepatutnya dicontohi, tambahan pula masih ada yg membiarkan diri terus dlm keadaan jahil & enggan utk TAHU,,, so, berdoalah agar tidak tergolong dari golongan ini,,

Alhamdulillah,, saya kerap membaca & cuba mengikut gaya(penulisan) UZAR menjawab & cara jawapan yg dikemukakan oleh UZAR menarik(bagi yg membaca)& mudah difahami (walaupun ringkas tp padat),

"Mari berdoa agar dipermudahkan segala urusan dakwah di samping sentiasa mengharapkan Rahmat & Nusrah Allah yg sememangnya tidak akan merasa cukup seseorang Hamba itu dari RAHMAT & BARAKAH dariNYA"

"Ilmu->Iman->Amal->Ikhlas->Tawadhu'->Sabar->Taqwa"
Quote
0 #60 nicezik 2010-09-07 14:46
tq..baru saya tau,,yg boleh,,,tq..new one,,,for me...
Quote
0 #59 ...keperluan maafmayang 2010-09-07 12:59
Dalam kes ini tak perlu isteri saudara meminta maaf kepada isteri lelaki tersebut. Kesalahan yang dilakukan (zina) itu tidak berkait dengan isteri lelaki tersebut. Dosa jenayah zina adalah dosa dengan Allah. Si isteri lelaki tersebut bukan pemilik kepada suaminya, ianya tetap dosa disisi Allah samada perbuatan zina itu diredhai atau tidak diredhai oleh si isteri lelaki tersebut.

Apa yang penting ialah taubat isteri saudara hendaklah berterusan menyesali perbuatan tersebut kerana dengan taubat nasuha sahaja insya Allah diampunkan. Ini kerana jenayah zina tersebut merupakan jenayah yang melibatkan hudud, maka ianya perlu kepada taubat dengan Allah sahaja.
Quote
0 #58 Keperluan Maafali 2010-03-17 16:18
salam ustaz.

isteri sebelum berkahwin dengan saya telah malakukan zina dengan suami orang. perbuatan ini diketahui oleh isteri lelaki tersebut.

isteri lelaki tersebut pernah menghubungi isteri saya pada masa itu untuk mendapatkan penjelasan tetapi dielak oleh isteri kerana takut dan dinasihati oleh suami wanita tersebut supaya tidak menjawab panggilan isterinya.

kini, isteri telah insaf, bertaubat dan telah menjadi seorang isteri yang baik utk saya malah berusaha melakukan yang amalan terbaik kepada Allah.

adakah isteri masih perlu meminta maaf kepada wanita tersebut walaupun kejadian tersebut telah lama?

saya ada meminta isteri untuk menghubungi wanita terbabit utk meminta maaf, tetapi isteri bimbang kerana takut keadaan akan menjadi lebih buruk ke atas rumah tangga wanita tersebut?

adakah taubat isteri sudah memadai?
Quote
0 #57 Hukum menggunkan duit raya anak-anakasamadji 2009-10-14 23:20
Salam Ustaz,

Tak pasti macamana nak post soalan. Saya ingin bertanyakan hukum ibu/bapa menggunakan duit raya yang diperolehi oleh anak-anak sebagai contoh belanja barang keperluan dapur atau bayar bil air/letrik

wassalam

UZAR : jika anak2 tu masih belum baligh, maka tiada masalah, khususnya anak yang masih dalam tangungan ibu bapanya. Malah jika sudah baligh pun..Nabi pernah menyebut : "kamu dan hartamu adalah milik bapamu"

Ada penjelasan lanjut tentang hadis tu, tapi ringkasnya, ia boleh digunakan oleh ibu bapa.
Quote
0 #56 tak baik tulisan awak nih..Dr Aisyah 2009-09-27 06:24
salam kpd UZAR dan pemberi komen,

saya agak terkejut baca komen ni. saya tak kenal awak tapi saya rasa awak janganlah terlalu emotional dan menuduh UZAR pendendam. Kita baru saja keluar dari Madrasah Ramadan dan baru meraikan kemenangan kembali kepada fitrah 1 syawal lalu, tiba tiba awak tulis komen macam ni. Memang tak baik dan tak patut.

Saya harap awak muhasabah lah balik diri awak tu..
Quote
0 #55 saya sokong ustaz!ummumadinah 2009-09-26 22:49
salam ustaz dan pemberi komen.

komen ini datang selepas artikel mercun,duit raya dan maaf zahir batin.
saya sependapat dengan ustaz,macam abu saif sahabat ustaz kata,kita melihat bergantung pada macamana kita melihat.abu saif guna english HOW.

saya hairan kenapa pemberi komen kata tulislah artikel pro kebaikan dan elakkan isu yang menyusahkan,dak wahlah dengan mudah,etc.

apakah salah ustaz menyentuh satu adat yang memang boleh menjurus pada fitnah yang sekian lama sebati dalam diri melayu?
bukankah ini dakwah demi membetulkan umat?
artikel saya lagi tajam.saya tak yakin sesuatu yang tak betul dapat dibetulkan hanya atas tiket berdakwah secara mudah.bolehkah kita kata arak,babi,judi halal demi memudahkan dakwah?
itupun ustaz lembut deliverynya,say a tulis terang terang bahawa mostly muslims kita ni jadikan "sempena syawal yang mulia,kupohon maaf atas teritu terini" sebagai tiket menghalalkan umpatan dan kezaliman pada mangsa sewenang wenang.ada sms yang tulis terkata,terpuku l dan seribu terrrrr lagi.
salahkah kita tegur budaya minta maaf tanpa tanggungjawab seperti yang nabi,imam syafie dan ghazali ajar?ada rukun kena ikut,bukan sekadar ucap,kena mengaku terperinci apa diumpat.
akhir kata,macam ustaz kata,kalau yang baca interprete macam dendam,itu persepsi dia yang jenis pendendam agaknya....harap jangan baca mood dendam ye....
Quote
-2 #54 Permudahkan, Jangan menyusahkan UmatHariRaya 2009-09-23 04:42
:-) Ustaz....

Saya harap ustaz dapat menghasilkan artikel yang pro-kebaikan.
Jangan suka mengenengahkan isu-isu menyusahkan umat Islam.

Berdakwahlah secara mudah dan senang agar semua munusia minat dan mencintai Islam, bukan dalam sesetengah artikel ustaz yang keras dan menghentam seperti ustaz seorang pendemdam.

Semoga Islam nampak lebih mudah, senang dan mudah dipraktikkan oleh umat manusia. Saya melihat, Islam bergitu mudah dan senang diamalkan selaras dengan syiar Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah.

UZAR : thanks. namun demikian. cara persepsi bacaan banyak bergantung kepada diri pembaca itu juga. Bukan sekadar teknik penulisan semata. Kalau si pembaca jenis pendendam maka kebanyakan yang dibacanya akan dirasakan sepertinya..
Quote
0 #53 eid mubarakfikry 2009-09-19 09:10
salam...
buat uzar sekeluarga,sela mat menyambut Hari Lebaran..moga sentiasa dlm rahmat & kasih sayang ALLAH.. :-)
"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
ameen..
Quote
0 #52 Minta izin linkmusafir 2009-09-18 17:34
Salam

Info yang bagus.
Uzar, minta izin link ke email kawan.

Terima kasih.
Quote
0 #51 insuransmohd 2009-09-18 17:18
Salam ustaz.. Maaf sebab soalan ni agak menyimpang dari tajuk.. saya nk tanye tentang insurans, dimana baru2 ni syarikat insurans AIG ada menghubungi saya.. adakah insurans syarikat ini halal di sisi Islam?

uzar : tidak
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 79 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya