Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat
  • PDF
(66 votes, average 4.86 out of 5)

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &

Yang Jangan DiLakukan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


</center><br /><span style=
 

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

 

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

 

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

 

Selamat Hari Raya Idil Fitri

 

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

 

 

Sekian dahulu,

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Ramadhan 1428 H

9 Oktober 2007
Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #89 Salam AidilfitriZairi 2011-08-27 15:00
Terima kasih untuk artikel ini.
Semoga kebaikan yang diperoleh pada bulan Ramadhan tidak menjadi sia-sia.

Salam Aidilfitri 2011 kpd semua! :lol:

"Taqabbalallahu minna wa minkum"
Quote
0 #88 Tukaran barang bagi duit anak yatimZal 2011-08-26 21:07
Ustaz, sy adalah AJK Kebajikan di pjbt saya. Saya telah merancang untuk mengadakan program bersama anak yatim dan telah mengutip sumbangan melalui tabung derma. Oleh kerana jumlah yang berjaya dikutip tidaklah besar, bolehkah saya menukarkan duit tersebut dgn membeli barangan berbentuk fizikal spt buku dan sebagainya utk kegunaan anak yatim tersebut? Atau perlu menyerahkan nilai duit sebagaimana sumbangan asal? Terima kasih.
Quote
0 #87 aidil fitriMOHD RIZAL BIN OSMAN 2011-08-26 03:30
semoga kita kembali kepada fitrah kejadian kita yang asal. Suci seperti kapas atau anak yang baru lahir. kemabalilah kepada ajaran Islam yang sejati bukan mengikut ajaran hawa nafsu.
jadikan hariraya ini ibadat bukan adat.Hari raya kita berbeza dengan hari raya jahiliyah dan musyrikin.Renungkanlah bersama.
Quote
0 #86 salam aidilfitriintan alyssa amir 2011-08-26 01:17
terima kasih untuk perkongsian ini...
semoga Allah merahmati kita semua.. :-)
Quote
0 #85 mohon sharebj 2011-08-26 00:10
jazakallahu....
Quote
+2 #84 Mohon di gunakan dalam tazkirah sekolahRezan 2011-08-25 21:52
Terima kasih UZAR atas artikal yg amat besar menfaatnya.. mohon di salin utk kegunaan keluarga dan sekolah.
Quote
0 #83 salamfaiza 2011-08-24 13:27
mohon copy ye ustaz..syukran
Quote
0 #82 mohon izinbasidh 2011-08-22 01:34
mohon izin ustaz untuk diringkas dan dicetak untuk bahan tazkirah bersama rakan
Quote
+3 #81 kerap ziarah kubur arwah suami semasa dalam iddahkak Nisha 2011-01-26 09:38
Assalamualaikum ustaz,
Saya baru sahaja kematian suami. Bolehkah ustaz menulis artikle tentang larangan untuk isteri semasa iddah. Saya juga selalu ziarah kubur suami bersama anak-anak semasa iddah. Boleh kah? Bagaimana dengan kenduri kendara terutama keluarga terdekat, bolehkah saya menghadirkan diri? Saya tidak mampu untuk bertanya kepada ustazah saya, kerana tidak boleh menahan air mata yang keluar. Ia juga berguna untuk semua, supaya semua orang faham samada balu atau bukan. saya mengharapkan jasa baik ustaz.

Wassalam
Quote
+12 #80 aurat kaki ada rukhsoh?syafeeq 2010-09-20 06:19
salam ustaz.
saya baru berkahwin 6 bulan yang lalu.berkenaan dgn aurat isteri,saya tekankan termasuk memakai handsocks dan sarung kaki ketika diluar rumah.ketika didalam rumah ada tetamu yg bukan mahram(ipar & rakan2)atau dirumah saudara-mara,saya turut menyuruh isteri berpakaian sedemikian.tetapi isteri kerap mengeluh kerana sarung kakinya kerap basah & cepat kotor jika memakai stokin di dlm rumah.saya ingin bertanya,adakah sebarang rukhsoh atau khilaf ulama' berkenaan dengan situasi yg saya kemukakan?adakah dibolehkan tidak perlu menutup kaki jika berada dirumah.mohon sangat penjelasan ilmiah ustaz.syukran.
Quote
+1 #79 adab di perkuburansyarief 2010-09-14 20:32
asSalamu 'alaikum..

ustaz, bolehkah melangkah atau pijak di atas kubur orang?

bagaimana pula hukum memakai kasuk/selipar di kawasan perkuburan?
Quote
0 #78 mohon kongsimaznah 2010-09-10 04:59
salam..
mohon izin utk dikongsi dgn rakan2 fb saya.. tkasih
Quote
0 #77 salamsiti fauziah 2010-09-08 20:52
mohan share yer ustaz...tq
Quote
0 #76 salam UZARbandi 2010-09-07 17:02
salam UZAR..artikel yg menarik dan padat.terima kasih di atas perkongsian ilmu.mohon share dan copy.
Quote
-1 #75 Lailatul qadarhamba yang jahil 2010-09-06 18:19
Salam.....
semoga Allah mengampuni UZAR,nak tanya sikit,boleh tak malam lailatulqadar tu berlaku 2 kali dalm 1 tahun?contoh berlaku pada malam ke 21,dan berlaku lagi pada malam ke 27?
Quote
0 #74 Islamnmy 2010-09-06 15:26
salam UZAR....t/kasih atas artikel ini. Mohon izin utk copy & hantar pada rakan2.
Quote
0 #73 mohon kongsi..shuk 2010-09-06 08:49
UZAR,mohon izin kongsi artikel ni.. terima kasih..
Quote
0 #72 Mohon utk memetikwm afendi 2010-09-06 06:51
Salam

Saya memohon untuk memetik artikel ini.

tq
Quote
0 #71 [ Syukran ]Hadi Rofiee 2010-09-06 05:54
Terima kasih Ustaz kerana sentiasa memberikan peringatan2 yg bermanfaat.

:-)
Quote
0 #70 takbir rayamsio 2010-08-24 08:30
ada yang mengatakan tidak boleh takbir raya kalo xsambut raya...mintak penjelasan dan dalil..syukran
Quote
-3 #69 adab ziarah kuburazer 2010-08-07 03:30
salam ustaz,

saya nak tanya beberapa soalan moga ustaz sudi menjawab..

1: apakah hukum satu keluarga menziarahi kubur beramai-ramai termasuk wanita dan kanak2 selepas sembahyang raya tetapi hanya lelaki dewasa membaca yasin di kubur tersebut?

2: apakah hukum selepas membaca yasin dan berdoa, kesemua sekeluarga tersebut menyiram air mawar dan menabur bunga di atas kubur..apa hukumnya ustaz?

3: boleh ustaz terangkan adab menziarahi kubur yang dibenarkan dalam islam secara detail..

sekian terima kasih ustaz..salam
Quote
0 #68 korban4g 2009-11-20 20:00
raya haji

salam ustaz

saya nak tanya skit
saya ada berniat tuk buat korban pd thn ni...setompok ja dlm makna lain berkongsi dengan org lain
anak lelaki saya dah buat akikah thn lepas setompok juga
adakah setompok telah cukup untuk akikah anak lelaki saya

dan bolehkah saya tukar niat korban itu kepada niat akikah untuk anak saya

wassalam

UZAR : boleh selagi belum disembelih dgn niat korban.
Quote
0 #67 solat raya bagi wanita iddahayies 2009-09-21 18:11
ustaz.. tolongla saya.. saya inginkan kepastian.. bolehkah seseorang wanita yg beriddah kematian suaminya (4 bulan 10 hari) pergi sembahyang raya?.. saya confius sbb ada orang kata tak boleh kuar rumah kecuali untuk keperluan syara' sahaja.. harap ustaz dapat membantu.. plz
Quote
0 #66 Eidulfitri....Megat Ismail Akil 2009-09-19 00:03
Assalamualaikum w.b.t...


SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI,
MINAL AIDIN WAL FAIZIN,
BUAT USTAZ SEKELUARGA,
MOGA RAHMAT ILLAHI MELIMPAHI
BUAT KITA SEMUA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Quote
0 #65 35. karimdin 2009-09-18 07:11
sambutan hariraya aidilfitri satu hari aje..org Melayu aje sambut sebulan
Quote
0 #64 typodin 2009-09-18 06:43
Alif kat Allah tu kan hamzah wasal..jadi kalau baca terus alifnya tak disebut..ustaz tak lesalah taip..wallahhuaklam
Quote
0 #63 terima kasihhusna 2009-09-17 22:04
jazakallahu khairan kathira
Quote
0 #62 kitab yg baikZul 2009-09-17 20:04
Salam uzar, minta pendapat uzar ttg kitab2 yg wajib atau baik utk dimiliki dan dibaca bersama keluarga..? ada cdgan rakan kitab spt al-azkar.

UZAR : Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi

Mukasyaftul qulub oleh imam ghazzali ( dah ada terjemahan)

Talbis Iblis oleh ibn jawzi


dan banyak lagi.
Quote
0 #61 ramadan dan idilfitriFauzan Bin Zahari 2009-09-17 18:13
Assalamualaikum ustaz. Saya melihat satu fenomena yang pelik. Bulan ramadan tidak begitu meriah disambut tetapi bulan syawal berlainan. Seawal ramadan telah telah dibuat persiapan. Lihatlah iklan di tv dan media cetak, jualan sempena ramadan sehingga terlupa awlawiyyat untuk menunaikan ibadah di bulan yang sedang dihadapi.
Quote
0 #60 TypoZairy 2009-09-17 14:51
Salam UZAR

Barangkali UZAR tersilap taip di bawah subtopik RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA, taqabballahu yang sepatutnya ditaip 'taqabbalallahu'. Mungkin yang kurang mahir membaca matan asal hadith tu akan lebih suka merujuk terjemahannya sahaja, maka berterusan dia dalam kesilapan. Moga teguran ni dapat memberikan amal jariah kepada kita semua

UZAR : ok syukran..ya typo.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 81 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat