Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Isu Ayam Berenzim Babi (Komentar)

Isu Ayam Berenzim Babi (Komentar)

  • PDF
(33 votes, average 4.76 out of 5)

Isu Ayam Berenzim Babi

Komentar Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ayam oh Ayam
 

Teks akhbar harian berikut adalah dirujuk.

Rujuk di sini.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan mengenai penggunaan bahan yang status halalnya diragui dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Jawatankuasa khas itu, yang turut dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bertanggungjawab mengumpul sampel makanan ayam digunakan penternak untuk dianalisis Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan Halal.

Sumber Jakim berkata, jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan berikutan tersebarnya emel, antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam yang diternak di Malaysia bebas daripada diberi makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.

Bagaimanapun, katanya, maklumat awal yang diperoleh menunjukkan ayam diternak dan dijual di pasaran tempatan bebas daripada bahan makanan meragukan kerana penternak menggunakan produk yang dikeluarkan pekilang tempatan.

Beliau berkata, JPH mengawal ketat kemasukan makanan ayam dari luar negara malah pemantauan juga mendapati tiada makanan ayam dari Eropah yang mengandungi enzim babi diimport ke Malaysia.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana ayam di pasaran tempatan sekarang adalah halal dan tidak diberi makan bahan yang diragui status halalnya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam

KOMEN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN :

Alhamdulillah, inilah yang tindakan yang dinantikan. Hanya pihak berkuasa seperti JAKIM yang mempunyai kredibiliti dan kuasa untuk membuat kajian susulan.

Bantuan dan informasi dari Jabatan Haiwan dan lain-lain Jabatan yang mempunyai kemudahan penyelidikan hanya dapat diperolehi dengan mudah oleh sebuah agensi kerajaan yang berwajib.

Inilah tugas utama sesebuah kerajaan, iaitu memberikan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah athar atau hadis yang diperbezakan tarafnya:-

سيد القوم خادمهم

Ertinya : "Pemimpin sesuatu kaum itu adalah khadam bagi kaumnya (rakyatnya)" (Riwayat Al-Hakim & Abu Nuaim ; Terdapat inqita' dalam sanadnya; Hadis Mursal; Al-‘Ajlouni : Hasan Lighayrihi dalam Kasyf Al-khifa, 1/562 ; Kanzul ‘Ummal ; Asna Al-Matalib, 1/162 ; Al-Maqasid Al-Hasanah (Dinilai sebagai Hadis Dhoif), 1/395)

Hasil dari kenyataan JAKIM tersebut, ia secara jelas telah memberikan pengesahan awal bahawa semua ayam yang terdapat di Malaysia adalah selamat dan bersih dari enzim babi tersebut.

Bagi orang awam, kenyataan tersebut adalah cukup bagi orang awam untuk membeli dan menggunakan ayam yang berada di pasaran kerana semuanya telah ditanggung oleh pihak berwajib yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab adalah yang akan dipertanggungjawabkan didunia, alam barzakh dan akhirat.

Adapun bagi pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang punyai kredibiliti dan kemampuan untuk membuat kajian lanjut, mereka amat digalakkan untuk membuat kajian dan pendedahan kepada JAKIM dengan kadar segera demi manfaat seluruh umat Islam. Ia juga amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat 'check and balance' atau sebagai penyemak kedua kepada hasil kajian yang dibuat oleh JAKIM atau Jawatankuasa khas tersebut.

Ia amat baik kerana dapat mencegah mana-mana pihak berwajib dari membuat kerja secara 'melepaskan batuk di tangga' atau 'janji siap'.

Sudut Hukum 

Dari sudut hukum pula, saya tidak sempat untuk membuat semakan dan rujukan dengan teliti. Cuma salah satu pandangan yang pernah diwarwarkan adalah jika bahan-bahan tumbesaran itu dibuat dari salah satu bahan dari babi seperti enzim, kemudian ia digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran tanaman dan sayuran.

Sebahagian ulama kontemporari memberi fatwa ianya adalah halal dan harus untuk menggunakan sayuran itu. Ini adalah kiranya enzyme babi itu hanya menjadi salah satu komponen kecil dari seluruh proses penumbuhan dan tumbesaran tanaman itu.

Ulama kumpulan ini berpegang kepada fatwa berkenaan proses ‘istihalah' atau 'transformasi' bahan dari babi kepada menjadi bahan lain yang bukan lagi babi disebabkan molekul dan susunan zarah babinya sudah bercampur aduk dengan zarah-zarah bahan lain. Hasilnya, ia bertukar sifat kepada bahan lain dan menghilangkan sifat ‘babi' nya itu.

Fatwa ini juga menyatakan jika bahan enzyme babi itu merupakan kandungan utama kepada proses, tatkala itu tanaman yang terhasil adalah tidak halal untuk digunakan oleh umat Islam.

Bagaimanapun, sebahagian ulama lain seperti Dr Md al-Hawari (Mesir), Dr Abd Naseer Abul Basal (Jordan) dan lain-lain menganggap juzuk, zarah atau molekul dari seekor babi mengikut kajian mereka yang bertawliah, tidak boleh berubah walaupun melalui proses 'istihalah' atau 'transformasi' berbeza dengan molekul dari haiwan-haiwan lain. Wallahu 'alam.

Jika dilihat dalam keputusan persidangan ulama Islam bagi isu-isu perubatan di Kuwait pada 22-24 Mei 1995. Mereka ada membincangkan tajuk "Bahan-bahan Haram dan Najis di dalam makanan dan ubat" yang mana keputusannya menyebut :-

Istihalah adalah proses berubahnya sesuatu 'ain kepada 'ain yang lain dimana berlaku perubahan dalam sifatnya sehingga menjadikan sesuatu yang najis berubah kepada bahan baru yang suci dan sebaliknya.

Justeru,

a) Gelatin yang terbentuk dari proses 'istihalah' tulang, daging dan kulit haiwan najis adalah dikira suci dan halal dimakan.

b) Sabun yang dibuat hasil proses 'istihalah' lemak babi atau bangkai telah menjadi suci melalui proses istihalah dan halal digunakan.

c) Krim, gel, minyak dan bahan kecantikan yang mengandungi bahan dari lemak babi adalah tidak harus digunakan kecuali apabila dapat dipastikan proses istihalah lemak babi tadi telah berlaku sehingga 'ainnya ( atau molekul ain) telah berubah ke satu sifat baru. Selagi tidak dapat dibuktikan, ia adalah najis. ( Tamat terjemahan keputusan persidangan di atas)

 

Kita serahkan kepada Panel kajian hukum JAKIM untuk membuat keputusan dalam hal ini disebabkan mereka lebih mempunyai kemudahan untuk menyemak beberapa hal teknikal di atas.

Sebagai akhirnya, mana-mana pihak yang mempunyai informasi yang ‘credible' dalam hal ini juga boleh memberikan info samada melalui ruangan komentar di web ini atau diemailkan terus kepada saya melalui zaharuddin@yahoo.com

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Syawwal 1428 H

18 Oktober 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 19 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Isu Ayam Berenzim Babi (Komentar)