Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Ayam Logo Halal Tapi Tak Sembelih : Disaman (Ulasan UZAR)

Ayam Logo Halal Tapi Tak Sembelih : Disaman (Ulasan UZAR)

  • PDF
(30 votes, average 4.77 out of 5)

3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Sumber : Berita Harian 

Bacalah Bismilah Sebelum Makan Apa Jua Ayam

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.

"Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.

"Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus," katanya.


 

ULASAN RINGKAS UZAR

Tindakan ini adalah baik bagi meningkatkan kesedaran dan sensitiviti seluruh pembekal dan penjual ayam dan lain-lain bahan makanan yang berlogo halal.

Pengguna mesti menunjukkan 'consumer sovereignty' atau kedaulatan kuasa pengguna dalam bab ini. Menurut teori ekonomi, ‘rule of the game' bagi sesebuah pasaran, jika tuntutan kita terhadap ayam yang bersih dan halal kuat dan tinggi, maka pembekal akan terpaksa atau berlumba-lumba memenuhi tuntutan itu bagi memastikan ia kekal sebagai ‘player' dan mampu memperolehi keuntungan, jika tidak ia terpaksa keluar dari pasaran akibat tidak mampu memenuhi tuntutan pengguna.

Justeru, sebagai pengguna Islam, kita mesti lebih kuat dan lebih bersatu dalam menuntut dan menunjukkan sensitiviti kita dalam hal ini. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa.

Malah, teori dan model tadi juga telah diiktiraf oleh system kapitalis barat sendiri, yangmana mereka mengiktiraf perlunya interaction of supply and demand di antara pembekal dan pengguna. Bagi mereka ia penting bagi mencipta kesimbangan atau ‘equilibrium' yang menjamin apa yang terbaik buat pengguna sahaja kekal di pasaran.

Jangan Hanya Ayam Yang Halal

Namun, perlu dingat, ayam sahaja yang halal tidak banyak membantu dunia dan akhirat kita. Hasilnya, perlu dipertingkatkan lagi tuntutan kita kepada perbankan dan kewangan yang halal, lagi banyak kita tuntut pengurusan kewangan secara halal, lebih lagi industri akan 'terpaksa' memberikan respond, ini sifat pasaran kapitalis yang sentiasa ikut kehendak pasaran,

Ye kita tahu kita telah terperusuk di dalam sitem ekonomi kapitalis yang menguasai dunia, namun jangan kita tewas dengan sistem ini dalam semua keadaan, at least kita pergunakan sistem ini untuk menewaskan produk, perkhidmatan dan sistem yang tidak Islam.

Cerita Pengaruh Pengguna

Semalam (20 Feb 2008) sebuah syarikat kewangan beribu pejabat di Singapura yang sebelum ini memberikan perkhidmatan konvensional dan Islam menjemput saya untuk berbincang dan membantu bagi mewujudkan sebuah syarikat pengurusan dana Islam di Singapura.

Mereka mula menjadi amat bersemangat apabila Pengerusi Al-Rajhi Bank Saudi, bersetuju untuk melabur dalam syarikat ini bagi menambahkuatkan perkhidmatan kewangan dan pelaburan Islam di Sinagpura khususnya dan di rantau Asia umumnya. Tapi syarikat mereka akan menjadi Islam seratus peratus. Alahmdulillah, tidak lagi macam dahulu, poket kanan jual barang halal, poket kiri jual yang haram.

Sama seperti sebahagian ejen jualan insuran dewasa ini. Poket kanan dijual Takaful Halal, tiket ke Syurga, di poket kanan dijualnya Insuran haram, tiket ke Neraka. Mendukacita melihat ejen sebgini yang meletakkan matlamat duit dihadapannya tanpa mengira kesan panjang yang dijualnya itu.

Lihat, Muslim di Singapura sedang bergerak untuk memperkenalkan lebih banyak pengurusan kewangan halal. Malah kerajaan bukan Islam mereka juga meminati cadangan ini. Saya tidak pasti samada apakah yang tersirat di sebalik minat mereka, namun yang pasti ia adalah salah satu kesan dari tuntutan ramai yang mulai makin cenderung kepada pengurusan kewangan Islam.

Lihat bagaimana kuatnya pengaruh pengguna. Demikian juga yang berlaku di Tanah Besar China, Jepun, Thailand dan lain-lain. Mereka bukan diperintah oleh orang Islam, tapi hasil desakan dan permintaan penguna seluruh dunia, mereka akur dan mula membenarkan bank-bank Islam dibuka.

Dalam bab ayam tadi, kita tahu bahawa ayam sembelih bukan sahaja sihat dan baik untuk Muslim, malah ia juga sangat baik untuk bukan Islam, ini kerana darahnya yang telah terpancut keluar semasa proses sembelihan. Lebih jauh dari itu, bukan hanya ayam sembelih menurut Islam baik untuk mereka, malah semua ajaran Islam adalah baik untuk bukan Islam juga, mereka prejudis kerana tiada pendedahan yang benar dan tepat diberikan.

Termasuklah dalam hal ini, sistem politik, ekonomi, kepimpinan, makanan, pakaian dan lain-lain yang menuruti disiplin Islam, pasti sesuai buat semua dan baik untuk semua.

Kesimpulan

Kesimpulannya, proses ini bermula dari diri kita, maka bertindaklah. Mari bertindak menjauhi ayam tidak sembelih, system kewangan tidak sembelih, sistem pemerintahan tidak sembelih, sistem pendidikan tidak sembelih, dan banyak lagi yang belum atau tidak disembelih. Bertindaklah tepat pada masanya sebelum kita disembelih hasil kelemahan sistem ini di dunia, dan disembelih di kubur hasil kerana kealpaan dan tiada kepekaan kita.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Ayam Logo Halal Tapi Tak Sembelih : Disaman (Ulasan UZAR)