Buat Semua Dari Saya : 'Untukmu Wanita'
(Jadikan Ia Sebagai Ole-Ole Ramadhan & Syawal 1430 H)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Dalam Kelembutanmu Suburkan Ketegasan
Berlandaskan ilmu Keredhaan Ilahi.
Terimalah..
Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kamu wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.
Menyedari hal ini, buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan buat para lelaki yang sedang berusaha mencari-mencari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak.
Ditulis dalam bentuk gabungan ulasan santai, ilmiah dan sederhana beserta kisah tauladan, cerita, pengalaman, dalil dan fakta. Format umum buku ini pula adalah bentuk soal jawab, hasil kombinasi soalan-soalan yang diutarakan oleh pelbagai pihak kepada saya dalam tempoh empat tahun. Bagi menambahkan manfaat bagi jawapan-jawapan yang telah diberikan, ia diterbitkan dalam bentu buku khusus. InshaAllah, buku ini sesuai buat semua golongan wanita yang minat membaca dan berfikir berkenaan tanggungjawab mereka terhadap Allah swt khasnya, diri mereka dan mereka di sekeliling. Semoga buku ini mampu memberikan sentuhan kesedaran buat mereka yang masih leka dengan tipu daya dunia.
Jadikanlah buku ini pendorong untuk perubahan luaran diri dan dalam diri. Setiap perubahan yang baik mesti dipaksa dan rasa derita dalam berubah tanda ia berada dalam jalan yang benar. Jangan sampai bertangguh dalam perubahan sehingga datang keterpaksaan, kerana apabila perubahan dipimpin oleh keterpaksaan dan kesusahan, ia sama ada sudah terlewat atau hasilnya kerap tidak tulen dan dipenuhi cacat celanya.
Dengan huraian
yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab,
menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga
kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh
penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1:
Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga
Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama
dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.
Buku setebal 214 muka surat itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.
SILA BUKA INFORMASI RASMI DARI PENERBIT DAN CARA BELI DI SINI .
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
7 Ramadhan 1430 H
28 Ogos 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
sy pernah kenal sorang lelaki,sy yakin dia boleh mendidik sy dgn baik, kami bercadang untuk kahwin tp mase tu byk hal yg membataskan kami.lelaki tu sudahpun kahwin dgn pilihan bapanya..tp skrg dia mahu sy blk padanya,jd isterinya..dia berjanji akan berlaku adil,seadil mungkin.sy risau ustaz, kalau nanti berlaku masalah dlm rumah tangganya..sy mahu dia bahagia dgn isterinya..ape yg harus sy lakukan ustaz?
mohon pandangan dan nasihat ustaz..syukran
Berita sedih/kecewa di pagi mulia Jumaat di bulan mulia Ramadhan,
saya dapat tangkap email adik perempuan saya kepada budak tersebut,
isinya adalah 'mereka telah terlanjur'
saya bercadang memberhentikan dia dari Universiti, dan bercadang menghantar ke 'pusat pemulihan secara Islami'
mlm ni saya akan hantar dia untuk ujian yg sepatutnya di Klinik,
soal perkahwinan lansung tidak terlintas difikiran, kerana budak lelaki tersebut hanya "budak peleseran" semata-mata.
ada cadangan/komen dari Uzar atau pembaca ?doakan saya tabah menempuh dugaan ini,
UZAR : masih belum sampai di MPH rasanya buku yang ini, kerana masih baru keluar. Ambil masa beberpaa minggu lagi kot.
Saya ingin bertanya kepada ustaz berkenaan solat fardhu dan solat sunat berjemaah. Adakah dibolehkan solat berimamkan lelaki yang cacat yang melakukan solat secara duduk. Untuk pengetahuan ustaz, suami saya tidak dapat berdiri dengan sempurna kesan daripada penyakit yang dihidapinya. Dia terpaksa solat secara duduk. Saya keliru samada dibolehkan atau tidak berimamkan imam yang tidak sempurna perbuatannya. Saya amat teringin berjemaah dengan beliau terutama untuk solat fardhu dan solat terawih. Harap ustaz dapat memberi penjelasan. Terima kasih atas perhatian ke atas soalan yang saya ajukan.
ikhlas dari
Umaira
Minerva Road, Newtown,
Geelong, Australia
UZAR : boleh tentunya.dia bukan duduk suka-suka tapi duduk kerana uzur, ia diizinkan. Nabi pun pernah imamkan sahabat sambil duduk ketika nabi sedang sakit.
Soalan: Bolehkah berkahwin seorang perempuan yang percaya dirinya Muslim, Sunni dengan Mazhab Imam Shafi'e dan Lelaki Iran yang mengaku dia Islam tetapi tidak mahu mengatakan samada dia shia atau sunni, sekaligus tidak menyatakan dengan jelas mazhabnya?
Terima Kasih
UZAR : syiah difatwakan sesat oleh JAKIM. Difatwakan pembid'ah oleh Al-Qaradawi tapi masih Islam.
Juseru kahwin dengannya adalah sah namun tidak digalakkan jiak t=dia jenis syiah tulen, kerana nanti kena dimut'ahkan.
Nak tanya pendapat ustaz sikit, adik perempuan saya baru masuk asrama. Dalam bilik dia, ada seorang perempuan non-muslim. Dah adat bila tinggal sebilik, mesti tak pakai tudung sesame perempuan kan. Masalahnya, aurat muslimah dgn perempuan non-muslim sama mcm aurat dia dgn lelaki ajnabi. tak de kelonggaran ke kat cni ustaz? atau mcmn.
Syukran
UZAR : saya faham kesukarannya, cuma saya buka jika ada pelawat2 lain yang pernah mengalami dan ada idea memperbaikinya, dipersilakan berkongsi.
saya mempunyai seorang adik perempuan yg taat, dari kecil hinga remaja taat kpd ibu ayah,
tapi semasa SPM dan STPM sikapnya mula berubah, mula menipu keluarga secara diam-diam, mula berubah sejak berkawan dgn seorang lelaki sebaya (pada pandangan saya adalah seorang yg tidak soleh)
sudah puas dinasihati secara baik dan keras, kadang-kadang pelempang pun dapat,
tapi selepas insaf dua tiga bulan perangai tak baiknya datang lagi,
bukan hendak menyalahkan anak org lain tetapi bdk lelaki tersebut adalah punca adik saya berubah, kerana budak tersebut petah berkata dan bermulut manis,
walau dihalang (tukar nmbr telepon, diperhatikan 24jam) tapi masih juga ada cara mereka berhubung setelah keinsafan hilang,
terdetik dihati saya untuk mencacatkan budak tersebut agar terhalang dia untuk mendekati adik saya lagi,
pancaroba melihat adik perempuan membesar di kota Kuala Lumpur
apa komen UZAR ?
UZAR : Jelas ia tidak dibenarkan oleh Islam. Caranya dalah dengan mendidikan dan mengisnafkan adik perempuan saudara. Tanpa response dari wanita, tiada banyak lelaki akan mampu menipu wanita & mempergunakanny a.
UZAR : alhamdulillah, menurut penerbit, buku untukmu umat boleh didapati di kedai-kedai MPH, antaranya MPH Shah alam, buku untukmu wanita, sangat baru keluar dari kilang, justeru masih belum sampai ke kedai buku rasanya. mungkin dalam 1-2 minggu lagi..atau boleh juga hubungi galeriilmu untuk mendapat info terkini.
Apa khabar ustaz? Ramadhan Kareem.
Tahniah atas penghasilan buku ini. Sesuai juga ni dijadikan hantaran pinangan.
Wassalam.
ABCD
UZAR : Bab ahbash, boleh rujuk penjelasan al-Qaradawi dalam kitab fatawa mu'asiroh jilid tiga. Ia cukup untuk menentukan sikap yang terbaik.
Saya tidak berminat untuk mencampuri pertempuran merugikan masa kedua pihak tersebut. tamabahan pula ADA DI ANTARA mereka yang 'melampu batas' dalam berdebat, salah satu sifat munafiq yang disebut Nabi s.a.w.
teringin benar utk memiliki, menilai & memahami buku ini~
sy betul2 terasa dgn ayat ini "Jangan sampai bertangguh dalam perubahan sehingga datang keterpaksaan, kerana apabila perubahan dipimpin oleh keterpaksaan dan kesusahan, ia sama ada sudah terlewat atau hasilnya kerap tidak tulen dan dipenuhi cacat celanya."
sy berusaha mnjaga diri dlm pergaulan sehingga ramai yg mengatakan sy antisosial.Alhamdulillah. tetapi sy masih tdk dpt berubah pd aspek pemakaian,keran a pelbagai sangkaan di dlm benak sy,malah sy takut pd diri sy sndiri,sy takut sy xmampu utk bertahan krn sy mngenali kelemahan & kekuatan sy yg adakalanya berubah-ubah [sudah tentu selari dgn naik turun iman sendiri]
kadang-kadang terasa malu juga berpakaian mengikut kebiasaan,tetap i sy tidak mahu melawan diri saya kerana ianya akan berlawanan dengan nature diri yg bencikan hipokrit.malah sy juga kekurangan daya dorongan daripada keluarga [tidak tinggal dgn keluarga]& dorongan dari sahabat [masing-masing sukakan fesyen].
cuma sekarang ini sy sudah set, insyaALLAH akn melakukan perubahan setelah sy habiskan pengajian [cuma 1 semester lagi] dan mempunyai kerjaya tetap sendiri. kerana pd waktu itu,insyaALLAH sy bebas sepenuhnya,wala upun kini sy juga bebas cuma hanya terdapat pergantungan kewangan dgn keluarga. dan sekarang sy hanya mampu letakkan di tepi dahulu masalah pemakaian sy, dan menambah ilmu yg dapat menguatkan iman & memupuk taqwa kerana sy yakin sepenuh hati, ALLAH memandang hati sy dan bukanlah pakaian, walaupun sy tahu pakaian juga ada sumbangan dalam iman & taqwa.
terima kasih kpd UZAR, byk memberi ilmu kpd sy melalui penulisan-penulisan di sini.sy dpt lihat kebijaksanaan penulisan UZAR & sy juga inginkan kebijaksanaan.amen.
semoga ALLAH merahmati & memberkati kita semua~
salam Ramadhan kareem~
Harap UZAR diberi kekuatan untuk menghasilkan buku UNTUKMU REMAJA.
Alhamdulillah telah keluar 1 buku yg amat penting bagi saya...
Namun bilakah kiranya UZAR nak terbitkan buku Untukmu Pemimpin...khas utk lelaki.
Mabruk
UZAR : Inshallah akan datang. 1/2 dah siap..
masyaAllah... dalam kesibukan pengajian ustaz namun ustaz masih sempat utk menulis dgn aktif... alhamdulillah Allah telah mengurniakan ustaz keberkatan masa... semoga Allah akan terus memberikan keberkatan serta rahmat-Nya kepada ustaz dalam menempuh perjalanan hidup ini...
InsyaAllah saya akan dapatkan buku ustaz kerana tidak lama lagi saya akan mendirikan rumahtangga dan bakal menjadi pemimpin keluarga. harapan saya agar buku ustaz sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menambah ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, adik dan juga bakal anak insyaAllah.
saya meminta agar ustaz dan para pembaca laman www.zaharuddin.net agar turut mendoakan kebahagiaan saya kelak dan yang paling penting agar saya hidup bersama iman dan dimatikan hanya dalam keadaan beriman. terima kasih...
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/
RSS feed for comments to this post