Makluman : Ruangan Baru
'Video & Fikir'
Oleh
ZaharuddinAbd Rahman
Demi untuk menyebarkan lagi nasihat-nasihat yang baik buat tatapan masyarakat, kami cuba melangkah setapak lagi. Saya memulakan perjalanan memanfaatkan media internet untuk menyampai mesej Islam dan kebaikan melalui hantaran artikel ke blog danf orum yang dikira relevan dan popular. Setiap kali selepas menghantarnya, apa yang boleh dilakukan hanyalah ‘menunggu dan melihat' sama ada artikel itu telahdilulus siar atau tidak. Jika tidak disiar, fikirlah cara dan keadah lain untuk menyebarkannya. Antaranya adalah melalui sebaran ke sejumah email individu yang saya kenali dan yang tidak kenali.
Sejurus pulang dari Jordan, saya bertekad untuk memulakan blog dan forum sendiri, tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada populariti blog dan forum lain. Hasil dari itu, lahirlah web www.zaharuddin.com,pada asalnya untuk memuatkan semua hasil usaha tulisan saya sendiri buattatapan dan manfaat ramai.
Dari asal server berkongsi, web diasak dengan pengunjung yang melawat sehingga asyik melebihi had dibenarkan. Kesannya, saya perlu melaburkan sejumlah wang untuk membeli server agak sederhana, sesuai dengan kemampuan yang tidak seberapa. Alhamdulillah lahirlah www.zaharuddin.net dengan server agak tersendiri. Ia kekal sehingga hari ini, walau kerap dilanda masalah ‘down' khususnya apabila di'serang' pengunjung di waktu-waktu khusus.
Selain artikel di web, medium lain adalah menyebarkannya di majalah, akhbar dan kemudian melonjak ke ruang facebook.
LANGKAH SETERUSNYA
Kini, sesuai mungkin dengan minat dan kecenderungan ramai. Saya cuba melihat kemampuan penghasilan video pendek.
Hasratsaya untuk memulakan penghasilan video-video amatur mengandungi nasihat bermula dengan memanfaatkan mana-mana video yang telah sedia wujud dan di highlightkan khususnya di facebook. Lanjutan dari itu, saya kira sudah sampai masa untukpihak saya menghasilkan sendiri video.
Usaha awal, dengan menjemput sesiapa yang berminat untuk berpadu membantu menyiapkan video pendek. Saya tiada kemampuan namun berhasrat membantu menyediakan rangkai dea dan kandungan. Jemputan dilakukan di faceboook zaharuddin.net. Alhamdulillah saya menerima beberapa puluh email dari pelbagai individu yang sebahagiannya berpengalaman professional. Mereka berminat untuk turut serta.
Hampir setiap email telah dibalas dan diberikan gambaran tugasan dan bentuk video yangs aya harapkan beserta mesejnya, namun sehingga hari ini tiada satu pun yang berjaya direalisasikan.
PEMUDA IDENTITI RAHSIA
Usaha dilanjutkan apabila seorang pemuda yang merahsiakan identitinya, menghantar email kepada saya meminta nasihat terhadap video yang dihasilkannya. Sejurus nasihat diberi, beliau meminta untuk saya membantu menyemak kerya beliau akan datang. Dari itu bermulalah kerjasama tidak rasmi antara saya dan beliau.
Sehingga hari ini saya tidak mengenalinya dan masih dirahsiakan nama penuh dan segala latar belakangnya. Hanya sekadar menyemak hasil kerja orang lain ada cabarannya.
CABAR DIRI DAN TERHASIL VIDEO PERTAMA
Lantaran itu, berkat dan hasil mencabar diri, rupanya tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan video pendek melalui movie maker. Selama ini disangka terlalu sukar. Percubaan tersangat amatur saya berjaya menghasilkan video sulung ini. Ia memakan masa selama 3 jam untuk disiapkan. Semoga ada manfaat buat semua. InshaAllah di celah-celah masa kosong yang ada, lagi video akan dihasilkan.
Bagi sesiapa yang ultra sensitive sehingga menolak video yang beserta music. Sedarilah isu muzik adalah isu khilaf. Masing-masing ulama mempunyai hujjah dan tarjihan. Saya bersama dengan ulama yang membenarkan dengan syarat-syarat. Hujjah-hujjahi lmiah telah saya muatkan di dalam tesis Masters saya di Jordan yang telahpun dicetak. Namun sedikit dukacita dimaklumkan, ia masih di dalam bahasa arab dan belum diterjemah ke bahasa Malaysia.
Saksikan video amat amatur bertema nasihat ini dalam dua bahasa (Melayu & English). Dan beberapa video lain boleh disaksikan di ruangan baru dibuka di web ini. Ruangan VIDEO & FIKIR . Silakan melayarinya.
Moga ia menjadi antara amalan soleh kami semua. Eksploitasikan media ciptaan bukan Islam dengan membanjirkannya dengan pengisian bermanfaat. Itulah cara terbaik mendepaninya berbanding 'membantah' di sana sini namun sentiasa tidak dipandang oleh pemiliknya.
Sekian
ZaharuddinAbd Rahman
19Ramadhan 1431
29Ogos 2010
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites