Bicara Atas Nama Kasih

  • PDF
(6 votes, average 4.67 out of 5)

Bicaralah Atas Nama Kasih

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

cover_bicaralah_new.jpg

 

Bakat penulisan seseorang tidak akan diketahui wujudnya tanpa praktis. Penulisan bermesej nasihat dan islah yang kerap pastinya mampu membawa seribu satu manfaat, di samping kebaikan hasil mesej yang disebarkan, penulis juga mampu meningkatkan potensi, keyakinan diri dan menajamkan fikiran hasil susah payah menyusun atur ayat, pilihan perkataan dan kreativiti dalam memasukan kandungan mesejnya. Manfaat terbesar tentulah yang bersifat spiritual.

Atas kefahaman dan kesedaran tersebut, melihat bakat terpendam isteri, saya mendorong isteri agar menulis agar kepintaran dan kebijaksanannya tidak hanya terhad kepada kami, ahli keluarga dan mereka yang terdekat sahaja, namun mampu menembusi dan dikongsikan dengan masyarakat umum.

Melalui bimbingan berterusan di peringkat awal dan beberapa cetusan idea pemula yang diberi, isteri saya kelihatan berjaya mengimplementasikannya dengan baik. Sedikit demi sedikit, hari demi hari, penulisannya semakin cemerlang hingga tidak lagi memerlukan panduan dari saya kecuali serba sedikit semakan fakta berkaitan Islam agar setiap data dan fakta yang ditulis punyai asas, selebihnya, hanyalah komentar membina selaku pembaca. Alhamdulillah, berkat hasil penghayatannya terhadap peranannya selaku khalifatullah, bermotivasikan akhirat dan keinginan kepada sebuah masyarakat soleh maka lahirlah buku ‘BICARALAH ATAS NAMA KASIH' ini.

Perlu saya tegaskan, hampir semua kandungan buku ini adalah hasil tulisan isteri saya dengan gaya bahasa dan susunan atur perkataan dan kembangan ideanya yang tersendiri. Hanya beberapa buah artikel sahaja adalah dari penulisan saya.  Bakinya, sumbangan saya adalah terhad dari sudut cetusan idea asal dan semakan sahaja, namun bukan semuanya. Atas dasar itu, dengan persetujuan beliau dan penerbit, nama saya dimasukkan sekali selaku bersama nama penulis.

Apapun, saya gembira, berbangga dan bersyukur ke hadrat Allah atas terbitnya buku sulung beliau. Moga penghasilan ini akan memberi seribu satu macam manfaat ukhrawi buat beliau dan kami sekeluarga, seterusnya menambah kekuatan beliau untuk terus menjadi pejuang melalui tulisan yang mampu menembusi jiwa masyarakat. Ameen Ya rabbal ‘Alamin.

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Ramadan 1431

2 September 2010

 

SAYA TIDAK PASTI SAMA ADA IA TELAH SAMPAI DI KEDAI ATAU TIDAK KERANA MENURUT PENERBIT, BUKU INI BARU SAHAJA SIAP DICETAK &  KELUAR DARI KILANG. Untuk berada di kedai-kedai biasa mungkin mengambil masa dan prosedur pekedai, yang biasanya memakan masa sekitar 2  minggu hingga sebulan. Cara terbaik mendapatkan segera adalah dengan klik link penerbit ( karya bestari di bawah) dan dapatkan info harga & cara bayarannya di sana). Terima kasih atas sokongan kalian semua.

 

 

 

INFO LANJUT BERKENAAN BUKU & CARA BELI RUJUK DI SINI

 





Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bicara Atas Nama Kasih