Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?
  • PDF
(77 votes, average 4.62 out of 5)

Perlukah Memulangkan Wang

Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

gifts.jpg

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1.   Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

 

2.    Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya. 

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

 

3.   Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ). 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata: 

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :  

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN 

·        Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

·       Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

·        Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

·        Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

·        Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

 



[1] Boleh baca di link berikut http://www.shareah.com/index.php?/records/view/action/view/id/1021/

[2] Fatwa nombor 7631, bertarikh 14/10/1404 Hijrah

[3] Fatawa az-Zarqa

[4] Ahkam al-Mal al-Haram, Dr Abbas, Baz, hlm 402



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #103 en.uzair 2011-05-26 09:09
Quoting FARID TAJUDDIN:
Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,
Apakah halal atau haram pendapatan saya menggunakan perisian cetak rompak untuk melaksanakan kerja saya. Saya adalah seorang jurugambar yang menggunakan perisian adobe photoshop cetak rompak untuk menyunting gambar-gambar. Saya tidak mampu membeli perisian original kerana harga terlalu mahal iaitu RM 2,000.00 berbanding cetak rompak hanya RM 5.00 sahaja.


Encik Farid boleh membaca artikel ustaz zaharuddin di link yang diberikan tentang masalah yang berlaku.

zaharuddin.net/.../...
Quote
0 #102 Komision Dari Hasil Penjualan Dana Bukan IslamicKhairul 2011-05-11 18:59
Assalamualaikum s Ustaz,

Saya ingin meminta pendapat ustaz tentang kes saya ini, apa yang sedia maklum tujuan perunding kewangan (Consultant) membuat urusan jual beli dana unit amanah adalah untuk membantu individu lain/pelabur untuk menjana pendapatan lebih...Konsep ini tiada unsur penipuan, setengah pendapat wang komision yg diperolehi tidak boleh digunakan.....

Harap ustaz beri ulasan tentang kes saya ini....

Wassalams

Khairulzaman
Quote
0 #101 sedihannn 2011-02-11 22:46
sedih betul dengan sesetengah pandangan yang hanya mengikut perasaan. Tolong hormat UZAR sebagai ilmuan.
Quote
0 #100 Ilmu...Rahim 2011-02-04 18:59
Salam....isu ni terpulang dekat kita la utk menilainya...Kalau kurang berilmu tanya la...ustaz. Isu politik nie hanya dunia je...tak ke mane pun... :roll:
Quote
0 #99 Anda Ada 60 Saat ASTROmuamalah_player 2011-01-16 18:22
Salam Ustaz. Baru2 ini ASTRO telah menyiarkn rancangan "Anda Ada 60 Saat" di saluran 132 setiap hari Sabtu 9 mlm. Dlm rancangan ini peserta ditawarkn dgn hadiah wang mencecah RM500K. Peserta2 perlu melalui 10 cabaran. Pd setiap peringkat, peserta akan dberi wang jika permainan pd peringkat itu berjaya. Peringkat pertama ditawarkn hadiah wang RM1K, peringkat ke2 RM2.5K, peringkat ke3 RM5K, peringkat ke4 RM10K, peringkat ke5 RM25K dan seterusnya hingga peringkat ke10. Terdpt 2 peringkat wang peserta selamat w/pun permainan x berjaya. Ia adalah pd peringkat pertama (RM1K) dan peringkat ke5 (RM25K). Contohnya peserta bermain pd peringkat ke4, peserta telah memiliki RM10K..Lalu peserta meneruskn permainan peringkat ke5 yg menawarkn wang RM25K ttpi peserta gagal dlm permainan..maka wang RM10K tadi hangus & peserta hanya mendapat RM1K shj. Apakah pandangan Syariah berkenaan permainan ini? adakah permainan ini yang disebut judi @ maysir? Mohon reaksi Ustaz..Salam..
Quote
+3 #98 utk Kedah dgn Pro- Islammawar 2010-12-02 12:28
Quoting aman:
Quoting Pro-Islam:
Ustaz makanlah dgn anak beranak Ustaz duit tu,nanti Guan Eng bagi makan babi pun Ustaz akan kata boleh.Sorilah kami tak mau makan benda2 syubhat apatah lagi haram :D


sembang kemaih sungguh... siap boh nick Pro-Islam lg... hebat sangatkah amal ibadah dia nie??? hebat sangatkah ilmu hadis/fekah/siasiah islamiyah orang tua nie??? orang cerita bab kisah duit haram, syubhah... yg dia nampak babi memanjang... inilah akhir zaman, bila kebenaran diperkatakan, idea/hujah tarak... yg dia tau baling batu sembunyi tangan...



utk Kedah dgn Pro- Islam: Dua2 mangkuk ni.... korang ni nampak sgt bengap ....lain kali baca habis2! Fahamkan terjemahan hadis dan aper yng ustaz terangkan.... bagi pendapat semberono.... menampakkan ke[censored]an sendiri.... balik blaja syariah la korang ni....kurang ajar dgn orang beragama..... ilmu x cukup nak bercakap !!!
Quote
-2 #97 Unsur yang mendatangemann albiraqi 2010-11-30 15:51
Assalamualiakum ustaz,

Memandangkan ustaz telah menjawab masalah ini dengan nada khusus untuk kes wang di pulau pinang, dan bukannya secara umum wang pemberian hasil judi, saya ingin tampilkan beberapa aspek untuk dinilai semula..

1. Mengharuskan pemberian wang judi akan memberi nilai tambah untuk syarikat judi terus beroperasi di Malaysia. sedangkan Malaysia merupakan negara majoriti umat Islam.

2. Syarikat ini akan diberi penglepasan cukai daripada kerajaan kerana membantu fakir miskin di Malaysia, ini membantu syarikat tersebut terus maju dan mendapat promosi. sedangkan sebagai umat Islam kita mengidamkan agar syarikat ini lenyap kerugian dan menutup segala pintu-pintu membantu syarikay seperti ini.

Wallahua'lam.

UZAR : terima kasih atas respon tapi nampaknya sdr belum atau tidak membaca sambungan artikel ini yang telah tulis. baca di sini zaharuddin.net/.../...
Quote
0 #96 sokong 100%ar-razi 2010-11-27 10:14
saya setuju dengan pendapat ustaz..sebab dalam qoedah fiqiah pun ada menyebut tentang at-taisir bisebab aj-jahlah.jadi x de masalah..
Quote
0 #95 sharekampung 2010-11-23 12:44
mohon share.. terima kasih
Quote
-2 #94 en.aman 2010-11-22 15:00
Quoting Kedah:
Assalamualaikum , terlebih dahulu saya nak uaakan bebanyak maaf. Kenyataan dan dalil usaz tidak bertepatan. Mana mungkin wang judi nak bagi anak bini. Yang dibagi orang tua bukanya fakir. Even fakir pun xbpleh amik wang haram.

ustaz bagi la anak bini makan. Kmai rela mati dari makan hasil lumbe kuda!


tak tau nak habaq apa dah oghang jenih nie... diikutkan jika dibilas mata & telinga mereka ini dgn nas & hujah sekalipun pasti tak bersih pasai hati dah hitam metallic...
“Maka bertanyalah kepada org yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Anbia’: 7)
Quote
0 #93 en.aman 2010-11-22 14:51
Quoting Pro-Islam:
Ustaz makanlah dgn anak beranak Ustaz duit tu,nanti Guan Eng bagi makan babi pun Ustaz akan kata boleh.Sorilah kami tak mau makan benda2 syubhat apatah lagi haram :D


sembang kemaih sungguh... siap boh nick Pro-Islam lg... hebat sangatkah amal ibadah dia nie??? hebat sangatkah ilmu hadis/fekah/siasiah islamiyah orang tua nie??? orang cerita bab kisah duit haram, syubhah... yg dia nampak babi memanjang... inilah akhir zaman, bila kebenaran diperkatakan, idea/hujah tarak... yg dia tau baling batu sembunyi tangan...
Quote
+3 #92 kepada semua yg dungu pasal agama------hukum agama dah cantik dahuhak 2010-11-01 22:55
korg kalau yg x tahu pasal agama, x payah lah nak bertelagah mcm bdk kecik yg mmg x tahu pape...
dah jelas kan uzar bagi dalil dari ulama' ngan hadith2, so ape korg nak pertikaikan lagi????????
ko x caye ulama'? ko x caye Al-Quran? ko x caye as-sunnah?
ingat skit nabi pesan kat kite supaya berpegang teguh ngan 2 perkara, Al-quran dan As-sunnah, barulah kite x sesat....
jadi yg jenis manusia yg pertikai kan sumber Al-Quran & As-sunnah ni ptt kite gelar sesat ke x? saya x nak komen pape.... so pk lah sndiri....
Quote
+1 #91 confuse??BOMBASTIISLAM 2010-11-01 17:21
:sad: saya setuju dengan pendapat ustaz. tetapi kurang setuju bila ustaz beri pendapat, jika daripada segi hukum islam...blalala....tetapi dari segi strategi politik...saya tak tau....saya cukup tak setuju. maaf...saya cuma terfikir..bukankah islam tu ad-din atau cara hidup yang menyeluruh..termasuk politik...maaf sekali lagi...sebab penulisan ustaz seolah memisahkan islam dan politik...
Quote
0 #90 mohon kebenaranalhasnawi 2010-10-18 15:24
salam Tuan syeikh..saya mohon kebenaran untuk copy artikel ke dalamblog saya..harap dilepaskan..syukran..
Quote
-3 #89 sumber judiKama 2010-10-17 12:31
berdasarkan pendapat2 dan komen2 yang mengharuskan wang dari sumber judi, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa cita2 untuk menghapuskan penjualan/penghasilan arak, perjudian, rumah maksiat dan lain2 sumber wang haram mungkin tidak akan tercapai. antara sebabnya tidak mengapa mengambil wang itu kerana yang mengerjakan perusahaan itu bukan diri kita sendiri dan dosa pula ditanggung oleh orang lain. ini juga akan menjadi alasan oleh pihak tertentu untuk tidak mengotakan janji2 mereka untuk mengharamkan unsur2 maksiat ini.

ramai yang sedar ini semua ada kaitan dengan politik. dulu ramai yang tuduh, gaji yang diterima dari kerajaan hukumnya haram sebab bercampur dengan duit judi. mungkin hari ini, tuduhan itu sudah boleh ditarik balik. ;-)
Quote
0 #88 Alternatif kepada perisian cetak rompakGula Kapas 2010-10-16 09:17
Quoting FARID TAJUDDIN:
Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,
Apakah halal atau haram pendapatan saya menggunakan perisian cetak rompak untuk melaksanakan kerja saya. Saya adalah seorang jurugambar yang menggunakan perisian adobe photoshop cetak rompak untuk menyunting gambar-gambar. Saya tidak mampu membeli perisian original kerana harga terlalu mahal iaitu RM 2,000.00 berbanding cetak rompak hanya RM 5.00 sahaja.



Beralih saja ke Linux sebab dia free dan banyak pilihan perisian.

Cuba baca pasal Sabily... Linux for Muslims...
*http://en.wikipedia.org/wiki/Sabily
*http://www.sabily.org/website/en/sabily/what-is-sabily.html

Saya sendiri guna Ubuntu :D
en.wikipedia.org/.../...)

Kalu nak editing software untuk raster, guna GIMP
en.wikipedia.org/wiki/GIMP

Kalu untuk vektor, guna Inkscape
en.wikipedia.org/wiki/Inkscape
Quote
+3 #87 Mr.Ibnu 4z 2010-10-16 00:32
Quoting adzamed:
Quoting Muhammad:
Walaupun hukumnya harus, tetapi ia dinyatakan secara jelas daripada sunber judi, bukannya 'consolidated fund'. mungkin warga emas ini was-was statusnya. jika was was elok dijauhkan. Sama juga makan belanja rakan yang menang ekor.kan was was tu.

Menarik tuh...boleh bagi sumber info yang menyatakan dengan jelas wang tersebut datang dari sumber judi? Jangan pulak tunjuk surat yang penuh dgn typing error tuh!!!


Clearly mentioned, harus/halal hanya utk org yg memerlukan.. Kalo ada member2 yg mng duit ekor pastu belanja kita makan.. tanyalah diri sendiri adakah kita tergolong dlm golongan yg memerlukan.. or ringkasnya kita ni fakir miskin ke?
Quote
+2 #86 ilmu...halil 2010-10-14 16:54
alhamdullillah,

Ilmu ini luas bagai lautan,
rupe ye byk lagi hukum hakam yg kita tidak tahu,
tak habis ngaji kot....
itu yg kita berbalah,

semoga kita sesama islam mendapat rahmat allah.
Aminn...

:-)
Quote
-17 #85 semua ini politikPAS dungu 2010-10-13 22:15
pemberian wang ihsan di Pulau Pinang semua orang tahu ianya politik semata-mata..[censored] org Melayu ikut telunjuk cina nak buat aper..itu la jadi kalau bukan Melayu jadi ketua..majoriti Islam di Malaysia adalah Melayu..PAS tak nampak..dah tersasar jauh dari perjuangan Islam..keluarkan dalil sebab nak support parti..[censored]!!
Quote
+4 #84 mradzamed 2010-10-11 22:28
Quoting orang:
Sorry I don’t understand, so to have JUDI in a country to used the money for the poor is OK. Yearly produce money to give for the poor if ok now ???? If the opposition party have taken over the state …. Why not take out JUDI all out like they say they can than support JUDI as it provide money for the poor ……. Please could someone explain.

Why don't you take your case to the federal govt first? Tax from gaming, liquor, tobacco & entertainment oulets are used to pay the federal govt servants' salary, including those muftis, imams, religious teachers...what say you?
Quote
-2 #83 mradzamed 2010-10-11 22:20
Quoting Muhammad:
Walaupun hukumnya harus, tetapi ia dinyatakan secara jelas daripada sunber judi, bukannya 'consolidated fund'. mungkin warga emas ini was-was statusnya. jika was was elok dijauhkan. Sama juga makan belanja rakan yang menang ekor.kan was was tu.

Menarik tuh...boleh bagi sumber info yang menyatakan dengan jelas wang tersebut datang dari sumber judi? Jangan pulak tunjuk surat yang penuh dgn typing error tuh!!!
Quote
+1 #82 SetujuJubah Wanita 2010-10-11 20:59
Salam.. sy setuju sgt dgn Ustaz mengenai hal ini. klau nak ckp sumbangan tu haram, maknanya ramai la rakyat malaysia ni yg mkn duit haram sbb kerajaan pun dpt hasil yg besar dr sumber yg haram.

[Jubah Wanita - Butik Online]
Quote
0 #81 was2 wisufikj 2010-10-11 11:49
ustaz, dalam FB ada menghina nabi muhammad s.a.w terang lagi bersuluh dgn lampu touchlight, boleh search FB draw muhammad day. adakah kita dikira bersubahat?
dan adakah millatfacebook alternatif selain FB.

confius.
Quote
0 #80 Bagaimana?kj 2010-10-11 11:43
Salam, bleh tolong bagitau camney nak download pdf ?
saya try tak leh pun ? @ camney nak copy tanpa bleh di edit ?

yg kuraNG ILMU.
Quote
-9 #79 Hasil juditerus terang 2010-10-11 11:07
Kalau dah tahu wang hasil judi tak payah la ambik. LGE dah declare wang itu hasil judi. Tak payah di politik lah issue ini. Furthermore, recepients kpd wang ehsan ini adalah warga emas dan bukan semua nya faqir. Berpada2 lah menggunakan nas-nas utk politik kepartian.
Soalan kpd Usataz, apakah hukumnya hasil pendapatan/penggajian dari pekerjaan ditempat haram seperti kilang minuman keras, tempat judi atau tempat2 maksiat?.
Quote
+6 #78 Baca dengan baikapat 2010-10-11 10:35
Pelik juga ramai yang masih bash penerangan ustaz walaupun rasanya penerangan ustaz sudah cukup lengkap,
Isi yang penting
1. Harus terima jika anda fakir atau miskin, kalau kaya tak payahlah ambil - sedekah semula untuk maslahat umum
2. Judi bukannya diperbolehkan atau dihalalkan, sebab judi masih lagi haram, haruslah dicegah, dosa judi masih tertakluk kepada yang melakukannya

PS: ramai yang pergi beli nombor ekor pakai kopiah (apara...) buat malu agama jer
Quote
+3 #77 setujumutaza 2010-10-11 00:50
sy setuju pandangan uzar atas dasar ilmiah. Keharusan itu ada, maka pergunakan keharusan itu untuk maslahah kita.
Quote
+7 #76 maafTaheran 2010-10-09 19:47
Sekadar teguran...jgn cemarkan website UZAR dengan komen2 yg kurang membina.... Harap semua ikhlas nak menegakkan syiar Islam dan bukannya untuk menegakkan mana2 parti politik... Islam for all.....Maaf kalau tersiinggung.

UZAR : kami setuju, namun ada yang terlepas kerana terlalu banyak komen dan tidak semua sempat dibaca dan dipantau.
Quote
-1 #75 EncikFARID TAJUDDIN 2010-10-06 10:45
Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,
Apakah halal atau haram pendapatan saya menggunakan perisian cetak rompak untuk melaksanakan kerja saya. Saya adalah seorang jurugambar yang menggunakan perisian adobe photoshop cetak rompak untuk menyunting gambar-gambar. Saya tidak mampu membeli perisian original kerana harga terlalu mahal iaitu RM 2,000.00 berbanding cetak rompak hanya RM 5.00 sahaja.
Quote
0 #74 Duit tambahanNasir 2010-10-06 10:09
Salam Uzar, Saya seorang juruteknik di sebuah IPTA, ada satu masa tu saya diberi kerja menjalankan sebuah mesin di tempat kerja saya untuk pelajar-pelajar dari sebuah univ. dari Indonesia. Saya diberi saguhati untuk kerja tersebut melalui cek dari peruntukan yang diberi dari pihak univ. pelajar2 indon itu dan diketahui oleh bos saya. Soalan saya, bolehkah saya ambil dan guna wang itu sedangkan saya melakukan perkara tersebut dalam waktu kerja yang saya menerima gaji tiap2 bulan. Saya harap sangat dapat penjelasan dari Uzar, terima kasih.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Ruangan Iklan










RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 39 guests
You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?