Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Menilai Produk, Membaca & Manfaat Ramai
  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Menilai produk, Membaca & Manfaat Ramai

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

baby_baca

Islam adalah agama yang sangat menggalakkan umatnya untuk membaca, berfikir, mengkaji, meneliti dan seterusnya menyaring maklumat dan memilih yang terbaik diyakini menyampaikan diri kepada keredhaan Allah.

Ayat pertama diturunkan adalah Iqra’, firman Allah:

إقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Ertinya : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu ( Surah Al-Alaq)

Malah menurut riwayatnya Malaikat Jibrail mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga Nabi boleh membacanya. Ia seolah jelas satu mesej, umat Islam perlu mengulang-ulang pembacaan bagi mendapatkan penghayatan sesuatu ilmu kebaikan.

Malah Al-Fatihah dan solat serta shahadah juga kita ulangi setiap hari menunjukkan pengulangan itu punyai sesuatu yang signifikan di dalam kehidupan.

ELEMEN POSITIF DI BARAT

Pengalaman menetap di UK selama hampir 3 tahun, benar-benar mengajar saya bahawa internet benar-benar merupakan sumber maklumat. Di negara maju ini, anggota masyarakatnya suka untuk berkongsi pegalaman BERMANFAAT masing-masing buat tatapan yang memerlukan. Amat bertepatan pula dengan sikap sebahagian besar dari mereka yang suka ‘mencari’, mengkaji’ , ‘berfikir’ dan ‘membaca’.

Apabila sikap ini berterusan diamalkan, jumlah masyarakat yang mendapat manfaat membesar dan perkongsian ilmu menjadi semakin meriah. Tindakan ini bukan sahaja memberi banyak faedah yang bersifat langsung buat para pengguna dan masyarakat malah secara tidak langsung ia juga mampu ‘menggerunkan’ peniaga dan pengeluar barang jualan dari sebarang sifat ‘cincai’ dan sambil lewa dalam penyediaan barang bermutu dan berkualiti. Tentunya, bimbang dikritik pedas oleh penggunanya di medium internet yang berwibawa dan kerap dicari oleh para pengguna lain.

KONGSI PERBANDINGAN HARGA

Saya teringat, di ketika musim perayaan Krismas hampir, berlumba-lumba kedai menawarkan potongan harga. Namun, di waktu ramainya manusia mengambil peluang membeli belah itu, berita melaporkan terdapat satu kumpulan warga mereka yang dianggap ‘ekstrem’, sehingga gagal membeli walau telah berpusing-pusing berjam-jam di kedai-kedai besar.

Mengapa?

Kerana mereka sangat-sangat bimbang gagal mendapatkan harga termurah di pasaran. Mereka sangat merasakan PERLUNYA MEMBUAT SEMAKAN PERBANDINGAN HARGA di internet terlebih dahulu bagi mengelakkan kerugian. Malah mereka juga lebih yakin boleh mendapatkan yang lebih murah di kedai-kedai online. Sebahagian besar anggapan itu ternyata benar kerana sememangnya kedai-kedai biasa sukar menandingi harga kedai-kedai online disebabkan mereka tidak mempunyai kos sewa premis.

Hasil dari itu juga, lahirlah aplikasi percuma di iPhone seperti ‘Red Laser’ yang sangat popular, ia boleh mengimbas (scan) bar code setiap produk dan serta merta mengeluarkan senarai harga termurah bagi produk yang sama di pasaran. Saya amat kerap menggunakan kemudahan itu dan ‘terselamat’ beberapa kali dari tersilap membeli dengan harga mahal di kedai.

Bukan sekadar itu, malah menyedari ramainya masyarakat mereka yang melayari internet bagi menganalisa, hasil  dari kreativiti peniaga di United Kingdom, berlumba-lumba pula dibuka web perbandingan harga (comparison website) yang lebih canggih seperti moneysupermarket.com, gocompare.com, confused.com dan banyak lagi. Pengasas web moneysupermarket iaitu dianggap web perbandingan terawal dan terbesar di UK telah berjaya menjadi billionaire melalui web tersebut. Ia cukup efisyen, berkesan  dan sangat memudahkan proses menyaring harga yang termurah. Peniaga juga diberikan rating menandakan kredibiliti dan kebolehpercayaan mereka.

Cukup menarik, sehingga saya pernah mencadangkan kepada seorang usahawan bumiputra yang saya kenali untuk membuat satu web sebegitu bagi pengguna Malaysia. Namun sehingga kini, menemui jalan sedikit sukar kerana kepakaran IT adalah bukan dari cabang perniagaannya.

Di Malaysia atau web-web hasil peniaga Malaysia pula bagaimana?

Teringat betapa susahnya saya ketika cuba mencari harga sesuatu peralatan elektronik seperti TV LED jenama Samsung di Malaysia. Saya mencari bagi membandingkan harga tv yang sama di UK, namun sukarnya memperolehi harga di Malaysia. Banyak lagi perkakas elektronik yang dijual di Malaysia melalui internet atau paling kurang memaparkan harga tapi banyak yang gagal.

Berbeza di UK, terlalu amat mudah mencari harga apa sahaja item dan produk di internet. Mereka cukup aktif dan hampir semua mempunyai tahap keselamatan medium jualan maya yang baik. Jelas, rakyat Malaysia masih bertatih dalam kematangan menggunakan internet untuk tujuan yang bermanfaat.

PENILAIAN PRODUK (PRODUCT REVIEW)

Bukan sekadar web yang menyediakan perkhidmatan perbandingan harga, malah lebih penting adalah pelbagai web yang tersusun dan tinggi krebiliti yang menyediakan khidmat perkongsian penilaian terhadap item yang digunakan.

Terdapat web yang menyediakan penilaian terhadap pembersih vakum, oven, cooker, kereta, motor, basikal, broadband dan macam-macam lagi. Sifat mulia yang ditunjukkan adalah mereka menyedari kuasa pembeli dan bagaimana seseorang pembeli yang ‘sakit hati’ atau ‘makan hati’ dengan sesuatu produk mampu memberi manfaat kepada pengguna lain. Itu cukup bagus malah bertepatan sekali dengan kehendak dan saranan Islam yang sentiasa menggalakan umatnya agar membantu individu lain dari terperosok ke dalam lubang berbahaya.

Saya masih ingat begitu memanfaatkan web review seperti dibawah ketika ingin membeli ‘juicers extractor’ bulan lepas.

http://www.ukjuicers.com/knowledge/choosing-your-juicer

http://www.reviewcentre.com/reviews8918.html

Saya kira, inilah cara penggunaan internet yang masih kurang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Memang benar, masyarakat Malaysia tergolong kategori pengguna internet yang tinggi dan besar, namun sedikit sedih apabila jika diteliti, kebanyakkan masa membaca dan menulis yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia di internet hanya berkisar dan berpusing kepada facebook, myspace, youtube, twitter dan sebagainya. Sebahagian besar darinya tentulah dari jenis bahan bacaan terlalu ringan dan tidak memberikan banyak faedah. Lihat web pada ranking tertinggi yang menjadi tumpuan orang Malaysia di link ini.

Masih ramai pengguna dan peniaga yang tidak mengoptimumkan peranan internet sebagai medium penting dalam perniagaan, peningkatan ilmu, kemahiran dan lain-lain yang bermanfaat bagi jangka pendek dan panjang. Internet masih banyak dihabiskan untuk hal-hal remeh dan bersifat ‘sampah’. Rugilah..

KURANG BACA DAN TULIS BUKU

Terkebelakangnya masyarakat Malaysia dalam membaca dan berkongsi yang bermanfaat kelihatan lebih jelas sehingga jumlah tajuk buku baru yang dihasilkan di Negara kita amat jauh ketinggalan dari Negara-negara maju seperti USA, UK dan lain-lainnya.

Cuba lihat jumlah statistic tajuk buku baru berikut dan juga di sini ;

1. United Kingdom (2005) 206,000 [2]


206000

2. United States (2005) 172,000 [2]


172000

3. China (1994) 100,951 [3]



100951

4. Germany (1996) 71,515 [4]



71515

5. Japan (1996) 56,221 [3]



56221

6. Spain (1996) 46,330 [4]



46330

7. Russian Federation (1996) 36,237 [4]


36237

8. Italy (1996) 35,236 [4]



35236

9. France (1996) 34,766 [4]



34766

10. Netherlands (1993) 34,067 [4]


34067

11. Brazil (1994) 21,574 [5]



21574

12. Canada (1996) 19,900 [5]



19900

13. Switzerland (1996) 15,371 [4]


15371

14. Poland (1996) 14,104 [4]



14104

15. Belgium (1991) 13,913 [4]



13913

16. Sweden (1996) 13,496 [4]



13496

17. Finland (1996) 13,104 [4]



13104

18. India (1996) 11,903 [3]



11903

19. Australia (1994) 10,835 [6]



10835

 

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.

Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).

MARI KONGSIKAN PENILAIAN PRODUK

Kalau tidak mampu untuk membaca buku atau menulis buku, marilah kita sama-sama menulis sesuatu yang bermanfaat di web dan blog. Kalau tiada ilmu berkaitan Islam yang boleh dikongsi, saya ingin menjemput semua pembaca berkogsi sesuatu yang lebih mudah.

Bagi menambah manfaat web saya agar tidak hanya terhad kepada info berkaitan hukum Islam dan motivasi sahaja, dengan ini secara rasminya saya menyeru kepada rakan-rakan pembaca dan pengguna untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan apa sahaja produk di dalam Negara kita, agar maklumat dan pengalaman baik atau buruk tuan-puan semua dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pembaca ke arah mencantikkan budaya membaca sihat di internet.

Oleh yang demikian, saya akan sediakan satu ‘bahagian’ khas ‘Nilai Produk’ di salah satu ‘button menu’ inshaallah. Penilaian tuan-puan semua terhadap produk-produk seperti :-

  1. Peralatan elektrik seperti aircond jenama tertentu dengan model tertentu, vaccum, computer dan yang sepertinya.
  2. Produk khidmat dan servis seperti broadband celcom, wimax, unifi, streamyx atau perkhidmatan post paid celcom, professional movers, firma guaman, bank, basuh kereta insuran, takaful ,  dan sebagainya.
  3. Produk makanan dan minuman termasuk yang bersifat ubat-ubatan.
  4. Kenderaan seperti kereta, SUV, MPV, Van, Lorry, motor dan lain-lain.
  5. Supermarket dan yang sepertinya.
  6. Restoran dan kedai-kedai makan.

Semua penilaian dan komentar boleh dihantar ke email webmaster@zaharuddin.net dan akan pihak kami pertimbangkan untuk siaran secepat mungkin berdasarkan ketepatan huraian dan kejelasan olahan serta kebolehpercayaan komentar.

Saya telah cuba mulakan sebelum ini dengan mempersembahkan review awal iPhone-4, dan saya dapati agak ramai yang memanfaatkan artikel terbabit, malah saya juga berjaya mendapat nasihat baru dari pengguna lama iphone 3GS.

InshaAllah saya akan tambah pelbagai penilaian selepas ini buat manfaat pengguna dan pembaca lain. Pun begitu, saya menyedari akan ada pihak yang cuba secara tidak adil membuat tohmahan kurang asas, fitnah dan emosi terlebih. Hal sebegitu akan ditapis setakat kemampuan inshaallah.

Apa yang kita utamakan adalah pengalaman individu dan bukannya ‘hear say’ atau ‘rumours’ serta ‘gossip’

KESIMPULAN

Saya sedari Sebenarnya potensi kita selaku rakyat di sebuah negara sedang membangun adalah besar, tidak dinafikan kita punyai ramai individu yang ada pandangan unik dan tersendiri, bijak memberi nasihat dan sebagainya. Namun kebijaksanaan itu tidak akan mampu melepasi sempadan diri kecuali apabila ia dicatatkan dan dikongsikan.

Banyak pula ilmu yang didengari dari sumber berwibawa, namun ilmu tersebut akan hilang jika tidak ditulis dan dihafaz serta disebarkan.

Seorang ulama silam berkata :

ما سمعت شيئا إلا كتبته، ولا كتبت شيئا إلا حفظته، ولا حفظت شيئًا إلا انتفعت به

Ertinya : Tiadalah yang kamu dengari sesuatu kecuali hendaklah kamu tuliskannya, tiada (patut) apa yang kamu tuliskan kecuali kamu hafal ia, dan tiadalah apa yang kamu hafal kecuali sepatutnya kamu menfaatkannya (untuk diri dan sebaran)

Imam As-Shafi’e rahimahullah berkata :

اعلموا رحمكم الله أن هذا العلم يند كما تند الإبل، فاجعلوا الكتب له حماة، والأقلام عليه رعاة

Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya ilmu ini mesti diikat sebagaimana diikatnya unta, maka oleh kerana itu jadikanlah kitab-kitab itu baginya penjaga yang mempertahankannya dan pena-pena itu juga penjaga.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

21 April 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Menilai Produk, Membaca & Manfaat Ramai