Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Penilaian Samsung Nexus S
  • PDF
(2 votes, average 5.00 out of 5)

 

 

Review Handphone : Samsung Nexus S (Google Phone)

Siaran : www.zaharuddin.net

Penyumbang artikel : Mustakim Adnan

Samsung-Nexus-S-600x470

Sebagai menyahut cadangan zaharuddin.net sebelum ini untuk mewujudkan budaya berkongsi pengalaman dan informasi berguna berkenaan peralatan dan produk yang berada di pasaran. Kali ini produk yang menjadi fokus penilaian adalah mobile phone jenis Samsung Nexus S iaitu Googlephone yang terbaru. Berikut adalah penilaian ringkas dari saya bagi maklumat mereka yang sedang berkira-kira untuk memilikinya.

Sumber maklumat berkenaan mobile phone ini boleh diambil dari:

 

http://www.google.com/nexus/tech-specs.html

Namun berikut adalah ulasan dan review saya berkenaan mobile phone ini untuk manfaat bersama.

  

Spesifikasi:

 

•               OS : Andriod 2.3 (Gingerbread)

•               Provider : Celcom dgn 3G Broadband (Bulanan RM99)

•               Built-in SD 16GB

 

Kelebihan:

 

•        Penggunaan GoogleMap tanpa Navigator. Ini kerana peta Malaysia tidak terdapat keupayaan untuk navigation map. Pergerakan tanda atas googlemap berdasarkan kelajuan kenderaan. Boleh dikatakan 90% tepat. Memerlukan keupayaan Dataline (Internet 3G) untuk menggunakannya. Kalau tiada coverage semasa penggunaan, map akan menjadi pudar, tetapi masih lagi menunjukkan perjalanan secara live.

•        Banyak aplikasi untuk bisnes/kerja yang amat membantu serta percuma.

•   Penggunaan servis-servis google yang memberikan lebih lagi keupayaan. Data seperti dari GMail ataupun Calendar dapat dipusatkan pada satu akaun ataupun boleh dikongsi bersama.

•       Dapat menggunakan GDocs dengan mudah

•     Liabiliti teruji setelah jatuh dari ketinggian 1 meter di atas Tar Jalan. Terkena pada bucu kanan atas. Hanya kemek dan calar sedikit. Masih berfungsi seperti biasa.

•        Bateri mudah serta dapat tahan sehari dalam penggunaan biasa dgn internet dan panggilan.

•        Boleh digunakan sebagai WiFi bergerak kpd Laptop atau Telefon lain dengan mudah.

•        Paparan / skrin yg cerah dan cantik.

•        Walaupun casingnya plastik tetapi masih nampak mahal

 

Kekurangan

 

•        Memerlukan Dataline supaya dapat menggunakan keupayaan sebenarnya dan sepenuhnya.

•        Penggunaan sepenuhnya menyebabkan perlu dibawa charger ke mana-mana. Kebiasaan separuh hari perlu caj sekali lagi.

•        Aplikasi Game memang terhad.

•        Berhati-hati dengan tertekan butang kurang ring volume.

 

Tips

 

•        Untuk penggunaan yg kerap guna internet serta berhubung dgn keluarga, ambil Celcom Family plan dgn Broadband RM99 sebulan. Ini kerana panggilan di antara talian keluarga adalah percuma sehingga 5 line/akaun. Tiada had untuk penggunaan internet seperti maxis.

•        Sekiranya terdapat internet coverage tetapi transaksi data tidak dapat dibuat (guna Browser pun tidak keluar web page). Cuba OFF Phone mode (tukar ke Flight mode), dan tukar semula ke Phone Mode. Ini akan menyebabkan Phone berhubung semula dgn communication tower di kawasan anda berada pada masa itu. Selalunya dalam 90% berjaya menggunakan cara ini.

 

SEKIRANYA anda mempunyai apa jua penilaian terhadap pelbagai jenis produk yang  anda sedang gunakan, sebarang komentar positif atau negatif, boleh disalurkan ke email webmaster@zaharuddin.net

 

Anda juga dialu-alukan untuk menambah ulasan tersendiri berkenaan Nexus S ini di ruangan komentar.

 

Sekian

 

www.zaharuddin.net

28 April 2011




Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Penilaian Samsung Nexus S