Soal Jawab & Isu Pilihan Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?
  • PDF
(3 votes, average 3.67 out of 5)

Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

pasar_malam

SOALAN

Assalamu'alaikum Ustaz, pertama sekali terima kasih sebab menyediakan platform ini sebagai sumber ilmu..Pertanyaan saya adalah berkaitan jual beli di pasar-pasar malam. Kebanyakkan harga makanan tidak meletakkan harga. Setelah memilih lauk-lauk/makanan dan sebagainya barulah kita membayarnya. Hanya pada ketika itu kita mengetahui harga makanan tersebut... Jika kita bertanya harga setiap satu lauk-lauk/makanan tadi adakah kita terlibat dengan gharar?

Mohon jawapan. Terima kasih

JAWAPAN

Wa'aalaikumussalam,

Sebelum persoalan ini dapat dirungkaikan, elok jika kita dapat sama-sama melihat definisi Gharar menurut istilah Shariah iaitu:

ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم

Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada'i As-Sonai'e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)

 

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya: "Nabi  melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar"  (Riwayat Muslim, 5/3 )

 

Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, semua kategori diatas adalah termasuk dalam kategori ‘jahalah' dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar' atau ketidaktentuan.

 

Memang benar tidak meletakkan harga boleh adalah cara yang kurang baik, boleh membawa syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada ‘gharar fashiyh’ atau KETIDAPASTIAN YANG BESAR yang merosakkan aqad.

Pun begitu, dalam konteks membeli di pasar atau bazaar Ramadhan, tahap gharar ini telah menjadi berkurangan disebabkan pembeli berpeluang bertanya harga sebelum bayar dan seterusnya boleh membatalkan pembelian atau mengurangkan item yang dibeli jika merasakan harga tidak sebagaimana yang dijangkakan.

Selain itu, nilai harga pembelian makanan di pasar-pasar malam adalah kecil dan biasanya  disekitar bawah RM 100 sahaja. Jika makanan pula, biasanya sekitar RM 30 ke bawah purata nilai pembelian. Oleh kerana nilai harga sebegitu telah diketahui biasanya oleh pembeli, ketidaktahuan mereka disaat itu tidak menjadikan gharar dalam kontrak begitu serius sehingga membatalkan aqad, ia digelar ‘gharar yasir’ atau gharar yang kecil.

Ini berbeza dengan situasi jika pesakit bertemu doktor perubatan atau pemilik kereta bertemu mekanik kereta. Dimana biasanya gharar dalam harga dalam kedua contoh ini lebih bahaya kerana ia melibatkan nilai yang besar, sukar ditarik semula, dibatalkan dan pelanggan seolah TERPAKSA MEMBAYAR walau tidak bersetuju dengan harganya.

Oleh kerana itu, elok semua mekanik dan para doktor atau pihak hospital yang beragama Islam kembali menyemak cara mereka mengenakan bayaran, sama ada bebas dari gharar atau tidak.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Nov 2011

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #20 Bayaran PTPTNAhmad 2012-05-10 12:31
Salam ustaz,saya sehingga kini tidak mampu utk membyar balik PTPTN...apa hukum nya?
Quote
0 #19 Guna Harta KerajaanAbu Aiman 2012-05-09 10:44
Assalamualaikum wbt
Ustaz,saya seorang guru agama, apakah harus atau sebaliknya saya menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk memuat turun siri-siri cermah agama bagi tujuan menambah ilmu. Adakah di kira menggunakan harta kerajaan secara "khilsah" kerana melibatkan caj internet dan elektrik serta lain-lain.
Jazakallah Khairan Kathira.
Quote
-1 #18 Ustad tolong tgk nie..!Maula 2012-03-15 15:32
Assalamualaikum ustaz..

saya ingin bertanye ustaz.. kalau perniagaan nasi campur,, adakah terdapat nye unsur gharar..
saya dr universiti tempatan.. saya beli nasi campur salah satu cafe berdekatan..
saya dah bajet2 harga untuk nasi dan lauk2 tersebut..
tp bile baya,,tibe2 harga lagi tinggi.. menjadi tanda tanye bg saya,,
'mne datang nye lebeyh2 nie..??"
jadii ade ke unsur gharar nie..???

satu lagi soklan ustad..
sye ade kenal seorg member nie,, dy nk masuk ISlam.. TApi Dy Seorg GAY (homoseksual)
so,,nk ke saye ckp GAy nie dilarang dalam Islam,,Ataw pown biakan je dlu..??

facebook : fadzrul hakim maula
Quote
0 #17 tentang walishomuni 2012-03-15 11:58
assalamualaikum ustaz..sy nak tanya mengenai wali...kalau seorang perempuan ni sudah kehilangan ayah (meninggal dunia), dan dia ada seorang abang dan adik lelaki..dia juga ada ayah saudara sebelah arwah ayah. dan juga atuk yg dah uzur.. kalau abang dia taknak jadi wali dia, adakah sah nikah dia hanya berwalikan adik lelaki die dan juga ayah saudara dia? sedangkan abang dia masih ada tapi abang dia taknak jd wali dia atas sebab-sebab tertentu. terima kasih ustaz..wassalam..
Quote
-2 #16 Hukum melabur barangan emas di dalam arrahnuRedzuan 2012-03-04 00:27
Salam Ustaz... Saya ada kemusykilan berkaitan dengan pelaburan barangan emas di arrahnu. Barangan emas tersebut di simpan di arrahnu di dalam tempoh masa tertentu. Kemudian ketika harga pasaran emas meningkat, kita menukarkan surat upah jagaan tadi dan menerima keuntungan hasil daripada peningkatan harga emas tersebut. Adakah cara ini menepati syariah dan halal? Adakah saya perlu membayar zakat emas? Sedangkan emas tersebut berada di dalam simpanan bank. Harap tolong jelaskan.
Quote
-3 #15 Penggunaan kad kredit bank konvensionalharis 2012-03-03 14:37
Salam ust.
Saya telah menggunakan kad kredit bank konvensional kira-kira 10 tahun yang lalu. Walaubagaimanap un setakat ini saya masih berjaya untuk mengelak dari membayar sebarang faedah atas penggunaan kad kredit tersebut kerana saya akan membayar kesemua jumlah yang perlu dibayar setiap bulan. Oleh yang demikian saya ingin bertanya samada saya juga terlibat dengan amalan riba? Harap ustaz membantu saya dalam permasalahan ini. Terima kasih.
Quote
0 #14 hukum pinjamanHamimah 2012-02-22 17:40
Assalamualaikum ustaz,

sy ingin bertanya bolehkan kawan saya memberikan saya modal tapi apabila saya bayar balik dia nakkan sedikit dari keuntungan saya. sekian terima kasih.
Quote
+6 #13 hukum dropship dan pre-orderummzuhayrah 2012-02-15 21:53
Salam ustaz,
Saya nak bertanya, tapi tak sure bawah tajuk mana yang paling tepat, saya seorg online seller, setakat ini saya beli barang secara borong yang memerlukan modal yang agak tinggi. Dengan membuat Pre-order, modal yang diperlukan tidak begitu tinggi dan tiada risiko barang tidak laku. Dropship pula tidak memerlukan sebarang modal. Dua perkara ini lebih memudahkan perniagaan online seller. Saya bimbang kedua2 perkara ini jatuh haram kerana barang tidak ada di tangan penjual. Minta penjelasan dari Ustaz.. Terima kasih..
Quote
+1 #12 Gharar utk tiketKamal 2012-01-23 06:45
Tak pasti sama ada berkaitan atau tidak dgn gharar... kalau beli tiket MAS/Air asia... harga lain-lain ikut fleksibiliti dan masa beli... cth kalau beli awal dpt murah dan tak boleh tukar... halal tak? apa pendapat ustaz?
Quote
+2 #11 kutu emasmohd ismailhalil 2012-01-07 08:54
Adakah diharuskan kita mengunakan cara kutu untuk pembelian rantai emas bersama rakan-rakan. bayaran kutu kekal walaupun harga emas meningkat
Quote
-2 #10 ribarazali 2012-01-03 07:20
Assalamualaikum ustaz,
saya bkerja sebagai jurujual kereta, apa kah saya bersubahat dengan riba, wajib kah saya mencari kerja lain.
Quote
+1 #9 syarat warantinor azimah abdul raz 2011-12-13 23:57
assalamualaikum ustaz
saya nak bertanya. apa pandangan ustaz tentang syarat waranti yang terdapat dalam akta jualan barangan. adakah ia bertepatan dengan kehendak syarak.
terima kasih

UZAR : salam, ye bertepatan ia seperti khiyar 'aib dalam fiqh Islam.
Quote
+3 #8 halal ke?..rafiqah 2011-12-11 02:13
assalamualaikum saya musykil dengan kebanyakan produk makanan segera yang ada kat malaysia ni.. ramai pihak mengadu tentang kandungan produk babi dalam pembuatannya... saya bagi contoh blog.... virtualfriends.net/.../...
sehingga dikabarkan hampir semua rakyat malaysia pasti akn makan atau gna produk2 ini. bagaimana kita nak elakan masalah ini.. sesudah kita sedar perlu kita samak atau macam mana??? saya suka mkn mcdonal n pernah makan sushi yang diberi kwn bkn muslim sebelum ini ... saya takut dan menyesal.. terima kasih..
Quote
-1 #7 Service membekal pembantu rumahKak Zaleha 2011-12-07 12:49
Masalah saya, adakah perkhidmatan/transaksi yang saya sediakan ini berkaitan dgn RIBA of any kind? Contohnya :
Indon agent charge saya = RM XXX
Saya charge majikan = RMYYY
perbezaan RMYYY-RMXXX = RMZZZ adalah service charge yg saya kena kan atas khidmat nasihat (+ international call..etc) dan trust/jaminan yang saya jaga supaya majikan tidak di tipu oleh agent indon
Modus operandi :
Agent indon akan minta deposit - deposit akan di minta dari majikan (melalui saya) mengikut progress, biasanya saya akan minta agent uruskan buat passport dulu sebelum saya release payment. Balance payment hanya akan di bayar selepas maid selamat sampai ke tangan majikan.
selepas itu, saya akan sediakan borang permohonan dan advise majikan what to do berkaitan dgn undang2 immigration. saya akan follow thru sehingga semua selesai + sebarang pertanyaan akan di layan walaupun after post delivery.

bersambung...
Quote
0 #6 Service membekal pembantu rumahKak Zaleha 2011-12-07 12:48
Assalamualaikum Ust,

Saya selalu follow ceramah Ust di Tv9 dan Radio IKIM dan saya dah lama nak tanya soalan ni. harap Ust dapat beri jawapan ke personal email address saya dan tidak publish dalam mana-mana blog/web.

Saya menyediakan service membekal maid secara free lance(bukan agensi berdaftar), dulu saya supply new maid tetapi dah quit sebab sering di tipu oleh agent di Indon. Sekarang saya sediakan servis recruit "known maid" saja iaitu bawa masuk orang/maid yang majikan dah kenal. Saya akan engage reliable agent di Indon dan saya selaku org tengah yang menjaga kepentingan agent indon dan majikan.

Masalah saya, adakah perkhidmatan/transaksi yang saya sediakan ini berkaitan dgn RIBA of any kind?
bersambung.....
Quote
+2 #5 Pinjaman Kenderaan KonvensionalMohd Khairuddin 2011-12-05 10:25
Assalamualaikum Ustaz, beberapa tahun lepas saya ada membuat pinjaman kenderaan di bank. Sekarang kenderaan tersebut telah ditarik balik atas kegagalan saya menyempurnakan bayaran beberapa bulan. Sekarang kenderaan tersebut telahpun dilupuskan oleh pihak bank atas alasan tidak dapat dijual. Baki hutang saya setelah kenderaan tersebut dilupuskan adalah RM12,800 dan perlu dibayar bermula bulan ini. Saya tahu pinjaman saya itu adalah konvensional dan memang nak tukar ke islamic tetapi tak dibenarkan oleh pihak bank dengan alasan saya perlu meneruskan bayaran bulanan dengan menggunakan kontrak pinjaman lama. Bagaimana kalau saya nak tukar juga kontrak pinjaman tersebut kepada islamic term dan macamana saya nak buat. Mohon bantuan ustaz.
Quote
+1 #4 CikWani 2011-11-30 12:52
Assalamualaikum Ustaz,
Saya bercadang melibatkan diri di dlm bidang hartanah. Saya ingin memulakannya dengan membeli hartanah lelong (rumah/tanah dll) dan menjualnya pada harga yang lebihh tinggi. Adakah pelan perniagaan saya ini halal di sisi Islam? Berapakah harga jual maksimum yang boleh saya kenakan ke atas pembeli jika hartanah tersebut saya beli pada harga lelong RM20 ribu? Saya harap Ustaz turut sudi menerangkan kesan urusniaga sebegini terhadap ekonomi negara. Adakah ia membawa kemudaratan? Sekian, terima kasih..
Quote
0 #3 Cabutan BertuahUmrah Mahmud 2011-11-23 21:29
Assalamualaikum ustaz
Untuk mengadakan cabutan bertuah dlm mesyuarat PIBG, pihak sekolah telak meminta pihak pembekal buku memberi beberapa hamper.Adakah perkara begini dibolehkan?
Quote
+10 #2 Batasan Pergaulan selepas BerceraiSweety 2011-11-08 15:05
Assalamualaikum ustaz, saya mempunyai kemusykilan mengenai batasan pergaulan suami isteri yang telah bercerai. Bolehkah kemesraan dipamerkan demi alasan anak anak? Boleh kah ustaz huraikan lebih terperinci. Terima kasih ustaz.
Quote
+3 #1 syukran ustaz...wansiti 2011-11-08 13:17
Alhamdulilah terima kasih atas penjelasan ustaz..walau ia nmpak kecil tetapi amat besar bagi peniaga terutamanya jika mereka dikalangan orang terdekat kita..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 106 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?