Soal Jawab & Isu Pilihan Perbankan Islam : Isu Berbangkit Dalam Pemilikan

Perbankan Islam : Isu Berbangkit Dalam Pemilikan

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

Perbankan Islam : Isu Berbangkit

Soalan : Berwarna coklat diutarakan oleh sms.roslan@gmail.com

Jawapan saya : berwarna hitam

 

Soalan 

Asssalmualaaikum.

Saya mengkaji dokumen S&P dan geran rumah, abang saya tentang pembelian rumah ini dari sebuah Bank yang mendakwa menggunakkan Islamic Finacing, namun ada perkara yang saya lihat tidak betul (dari kacamata saya, mungkin Ustaz yang arif boleh menjawabnya, semoga hati saya tenang)

Respond : Saya telah menyebutkan dalam satu artikel saya dahulu, Perbankan Islam masih dalam proses pematangan dan penyempurnaan. Justeru dalam proses itu, sudah pasti ada kekurangan yang berlaku. Bagaimanapun, kekurangan ini tidak menjadikannya haram dan batal. Sebagaimana seorang yang baru masuk Islam, dan tidak solat lima waktu kerana masih dalam proses pemahaman dan peningkatan. Ia termasuk dalam kategori di maafkan. Yang penting, proses itu ke depan (iaitu semakin baik ) dan bukan ke belakang.

Justeru, jika dari kaca mata saudara ia ada masalah, tidaklah dapat saya nafikan secara 100 % pandangan kacamata itu. Kerana ia sememangnya berlaku akibat kekurangan ilmu pegawai-pegawai yang diberikan tugasan.


1) Dalam geran sebenarnya kita tidak beli dari bank, tukar nama adalah dari Pemaju ke Nama pemilik rumah. Kalau geran rumah dijadikan ukuran pertukaran pemilikan maka sebenarnya rumah itu dibeli oleh pihak kita dengan pemaju, pihak bank tidak ada.

Respond :

Perkara ini telah dibincangkan oleh ulama seluruh dunia. Keputusan dan fatwa mereka terutamanya Majlis Penasihat Shariah di Malaysia memberikan keringanan dalam hal ‘nama pada geran tanah', kerana ia hanya dianggap sebagai ‘formality' dan ‘prosedur' sahaja , ia tidak menjejaskan proses ‘qabadh' , kerana pertukaran milik telah berlaku secara ‘qabadh hukmi' (meaning possession of the asset by the bank is completed before it is being sold back). (Rujuk ‘Aqd Al-Bai, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, dengan tambahan )

Proses pertukaran ini telah diiktiraf apabila hak ke atas aset boleh dibuktikan melalui dokumen S & P Agreement, ‘Power of Attorney' dan ‘charge' asset dari pelanggan kepada pihak bank. Tatkala itu , 'beneficial ownership' aset itu telah menjadi milik bank.  

Justeru, dalam Islam, meskipun ‘title' dan nama pada geran tanah atau rumah belum selesai proses di Pejabat Tanah yang memakan masa yang lama itu, aset tersebut sudah boleh di jual beli ataupun disewakan. Kerana yang menjadi rujukan Islam adalah aqad dan juga possession. Menurut Fiqh Islam, pengesahan hak milik (possession) boleh dibuat dalam pelbagai bentuk bergantung kepada asset, sebagai contoh ‘at-takhliyah' atau mengosongkan rumah, serahan kunci dan lain-lain. Islam adalah flexsible dalam hal ini selagi kepentingan dan hak kedua-dua pihak terjamin.


2) Proses kedua, bank beli - akad, kedua kita beli dengan bank dengan harga ansuran. Bank dari segi faktanya telah merancang aktiviti ini, apaakah ini dibenarkan oleh syarak? Setakat pembacaan saya yang kurang arif, ramai ulama mengharamkan pembelian bersyarat, yang mana pihak bank membeli dengan syarak kita kena beli dengan ansuran. Saya lupa hadis ini. Tapi bagaimana mungkin kita melakukan dua jual beli dalam satu akad...mafhum hadis.
(Jadi kenapa dalam geran tidak ada semua ini)


Respond :

Benar, perancangan bank untuk menjual semula juga telah di bahaskan panjang lebar oleh ulama seluruh dunia. Sheikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ( At-Tafahum al-Janibi fil ‘Uqud al-Muta'addidah Aw Al-Murakkabah, Buhuth fil Mu'amalat, 3/37) menerangkan proses perancangan tersebut di gelar sebagai ‘At-Tafahum al-Janibi' atau (persefahaman sampingan antara bank dan pelanggan); ia diperdebatkan oleh para ulama, akhirnya kebanyakan ulama di timur tengah dan Malaysia bersetuju tetapi dengan syarat :-

  • a- Dokumen persefahaman sampingan itu tidak dianggap sebagai kontrak jual beli, tetapi hanyalah janji dari satu pihak untuk menjual atau membeli sahaja. Dalam praktis di Malaysia, dokumen ini dipanggil " Master Facility Agreement" , dan adakalanya ia klausa persefahaman tadi di masukkan terus di dalam "Letter of Offer" ( LO).

Justeru itu, LO, Master Facility Agreement (MFA) di anggap sebagai al-Mufahamah dan kontrak sebenarnya berlaku secara bay al-mu'atah. ( Dr Aznan Hasan, Penggunaan Bai' Inah dan Tawarruq : Perspektif hukum, Muzakarah Cendiakawan Nusantara, BNM, 28 Jun 2006)

  • b- Aqad S & P di antara kedua-dua bank dan pelanggan mestilah tidak memasukkan sebarang ikatan antara dua transkasi jual dan beli semula (linkage between two contract), bagi mengelakkan larangan Nabi SAW dua aqad dalam satu. Ini bermakna, master facility bukanlah satu aqad, ia hanya janji. Aqad sebenar penjaualan dan pembelian adalah ‘Asset Sale Agreement' (ASA) dan ‘Asset Purchase Agreement' ( APA). Kedua-dua kontrak ini tidak boleh ditautkan antara satu sama lain bagi mengelakkan dua transaksi dalam satu.

Adapun berkenaan pembelian bersyarat. Tiada pembelian bersyarat dilakukan dalam aqad yang dibuat oleh bank-bank Islam, setiap ASA dan APA dibuat secara berasingan tanpa ikatan antara satu sama lain. Cuma persefahaman di ikat dalam MFA dan LO. Ia telah diijtihadkan oleh Para ulama semasa tempatan dan antarabangsa sebagai harus dengan syarat-syarat ayng disebutkan di atas.


3) Dalam SMP pun sama tidak ada perkara yang jelas tentang bank memiliki rumah tersebut. Saya lupa istilahnya. Persoalannya kalau dalam geran tak betul cara muaamalatnya dan dalam S&P (akad) tak jelas akadnya maka di mana akad yang benar?

Respond :

Dalam S & P sangat jelas siapa yang menjual dan siapa yang membeli. Para ulama telah menasihatkan seluruh bank-bank Islam di malaysia agar menyebut dengan teliti asset yang dijual dan dibeli.  Secara praktisnya, saya melihat syarat-syarat ini dipatuhi, saya tidak pasti bagaimana sdr menyebut tiada.

Ini kerana, aqad atau kontrak itulah sebagai pemindahan milik dalam Islam. Ia juga diktiraf oleh undang-undang Malaysia. Selain itu, PA dan ‘Charge' ( jika perlu) tadi. Ia dtelah dibincangkan teliti oleh para Penasihat Shariah, malah setiap line dalam dokumen Master Facility, ASA, APA, PA, Charge, Debenture dan lain-lain, semuanya telah disemak satu demi satu dan dipastikan kesan setiap satu dokumen terhadap hukum Islam. Justeru, tidak perlulah merasa ragu lagi.


4) Tidakkan proses yang dilakukan oleh Bank itu sebenarnya helah untuk mengelak riba?

Respond :

Samada helah atau tidak, ia adalah cara yang mampu dilakukan ketika ini bagi memastikan setiap aqad, hak milik, ‘dhoman' terhadap asset telah dipenuhi dalam setiap transaksi. Perlu difahami bahawa tidak semua helah mengelak Riba itu haram.

Malah ternyata dalam hadith bagaimana Nabi SAW sendiri pernah mengajar melakukan teknik helah ini bagi memperkemaskan aqad bagi menukar transaksi dari haram kepada halal. Imam al-Bukhari juga menamakan bab yang mengandungi hadith ini sebagai " KITAB al-Hilah". Sebagai contoh, hadih

وَعَنْ أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا على خَيْبَرَ فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ فقال رسول اللَّهِ أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا قال لَا والله يا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ من هذا بِالصَّاعَيْنِ وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلَاثَةِ فقال رسول اللَّهِ  لَا تَفْعَلْ بِعْ الْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا

Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya : Adakah semua tamar dari Khaibar sebegini?, jawab lelaki itu : Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa' ( 3 kilogram) dari tamar kami dengan mengambil  2 sa' ( 6 KG ) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa' ( 6 kg ) tamar ini dengan 3 sa' ( 12 kg) . Nabi bersabda : JANGAN KAMU LAKUKAN ITU ( kerana ia Riba al-Fadhl), dan juallah terlebih dulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu." ( Riwayat Al-Bukhari, no 4001, 4/1550)

Lihat bagaimana Rasulullah mengajar untuk berhelah, kerana apabila tamar ditukar dengan tamar, Nabi SAW sebelum ini telah mensyaratkannya agar dibuat dalam satu masa dan sama timbangan bagi mengelakkan riba al-fadhl dan riba an-Nasiah. Ini bermakna tindakan lelaki tadi yang menukar 3 kkg tamar dengan 6 kg tamar yang berlainan jenis adalah haram dan riba. Bagi elakkan riba itu, Nabi saw mengarahkan agar menjual tamar yang dimiliki terlebih dulu, kemudian apabila telah mendapat duit bayaran barulah membeli tamar yang berlainan jenis yang dikehendaki tadi. Dengan demikian ia terselamat dari riba walaupun ‘end result' dari transaksi tadi adalah sama.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Julai 2007


 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 16 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Perbankan Islam : Isu Berbangkit Dalam Pemilikan