Soal Jawab & Isu Pilihan Hantar Email Dapat Duit ?

Hantar Email Dapat Duit ?

  • PDF
(6 votes, average 4.33 out of 5)

Hantar Email Dapat Duit ?

Soalan

Ada syarikat menawarkan RM1k gaji sebulan. Kerje adalah menghantar email dari rumah. Kontrak  selama 2 tahun. Bagaimanapun, dikenakan deposit RM1k untuk mendapatkan cd yang berisi alamat email untuk dihantar. Halal kah?

-Soalan dari sistem sms 33221-

 

dapat duit ?

Jawapan

Soalan yang diberi tidak begitu cukup bagi saya memberikan pendapat yang tepat. Walaubagaimanapun, dari apa yang saya faham, perlu disemak perkara berikut :-

1) Apakah kandungan email yang dihantar, jika kandungannya bercanggah dengan Islam, justeru hukumnya haram diperingkat pertama lagi.

2) Mengapakah syarikat menawarkan anda bekerja dengan gaji tiba-tiba anda diperlukan untuk membeli cd yang mengandungi email yang perlu dihantar, sepatutnya syaruikatlah yang bertanggungjawab menyediakan bahan dan tugasan, kos adalah dari mereka. Saya tidak pernah lagi berjumpa sebuah syarikat yang menawarkan kita kerja, tetapi memerlukan kita membayar deposit untuk kerja yang ditugaskan.

3) Apakah jaminan gaji RM 1 k itu akan dibayar kepada anda, dan adakah pembayarannya setiap bulan atau sekali sahaja?

4) Adakah syarikat ini berdaftar, dan adakah majikan ini akan membuat caruman KWSP untuk anda?.

5) Bagaimana jika selepas anda mendapat cd, dan membayar deposit, tiba-tiba syarikat tu hilang?. Apa jaminan tadi tidak hilang?, adakah pejabat khusus yang berdaftar atau orang hubungan yang boleh dipercayai.?

6) Adakah anda diperlukan membayar cd lain pada masa akan datang untuk mendapatkan email seterusnya.?

7) Apa faedah yang syarikat dapat dari penghantaran email itu?. Adakah ia sekadar promosi, jika sekadar promosi barangan syarikat, bagaimana syarikat boleh membayar anda RM 1 ribu untuk kerja yang terlalu mudah itu.? Tidak logik

Jika peringkat pertama tadi halal sekalipun, saya menjangkakan, unsur syubhat atau ragu terlalu banyak serta beberapa elemen 'kemungkinan tipu' jelas kelihatan dari point kedua.

Justeru, pandangan saya berdasarkan info pendek yang diberikan, ia sangat besar syubhatnya dan amat hampir kepada haram.

Ini bermakna syarikat memberitahu, ia mengambil anda bekerja tapi anda disyaratkan membeli barangan mereka yang sama harganya dengan gaji anda. Ini bermakna anda akan bekerja tanpa gaji, kerana jika dapat RM 1 k tadi, ia hanyalah duit anda yang dibayar di peringkat mula tadi.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Julai 2007 ( 10.37 pm )



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Hantar Email Dapat Duit ?