Soal Jawab & Isu Pilihan Projek Perkongsian Pintar Ternakan Kambing : Komen Hukum

Projek Perkongsian Pintar Ternakan Kambing : Komen Hukum

  • PDF
(38 votes, average 4.55 out of 5)

Projek Perkongsian Pintar Ternakan

Kambing : Komen Hukum

Berniaga Kambing ?

 

Soalan

Salam Uztaz.

Saya mendapat tahu tentang peluang perniagaan ini ( disertakan bersama ) maklumat tentang perniagaaan diatas.

Saya bercadang untuk terlibat dalam projek ini, namun saya ada rasa was² dgn konsep perniagaan dan pembahagian keuntungannya.

Memikirkan, mencari yang HALAL itu fardhu bagi saya, dan muslimin dan muslimat yang lain, saya nak minta jasa baik ustaz

Untuk memberikan nasihat dari segi syara' tentang perniagaan ini samada boleh diceburi atau sebaliknya.

Semoga Ustaz sudi membantu.

Sekian, terima kasih.

Wasallam

Aini

(melalui email)

KOMENTAR RINGKAS SAYA

Saya beberapa kali menerima pertanyaan berkenaan perniagaan kambing yang dikatakan amat baik.

Komentar ini tidak menumpukan kepada syarikat dan latar belakang syarikat, justeru setiap pihak yang ingin turu serta perlulah melakukan semakan sendiri terhadap lesen dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk menjadi sebuah perniagaan yang sah.

Komentar ini hanya menumpu kepada modul perniagaan yang dijalankan.

Sekali baca, perniagaan ini dibuat menggunakan aqad Bai al'Inah ( iaitu jual satu barang dengan harga tunai (cth RM 550) dan kemudian penujual membeli balik barang tadi dari pembeli dengan harga lebih tinggi (cth RM beli 900) dengan bayaran secara tangguh.

Bai Al-Inah bentuk sebegini adalah konsep jual beli yang diterima oleh kebanyakan ulama Malaysia, tetapi ditolak oleh ulama Timur Tengah.

Namun, jika dilihat lebih lanjut, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dipantau dari sudut Syariah bagi menjadikannya halal. Anda boleh rujuk komentar saya di bwah setiap nota dan info program (saya perolehi melalui email dari orang yang ingin masuk)

Bagaimana Program ini Berfungsi?

1. Anda sebagai pihak pertama bersetuju membeli _____ ekor kambing dengan harga RM550.00 seekor.

Komen UZAR : Ini ok

2. Anda memberi kuasa kepada syarikat untuk membela dan menggemukkannya selama 2 bulan (60 hari).

Komen UZAR : Ini mesti punyai aqad wakalah (agent) dan mestilah dipisahkan dari aqad belian pertama di atas tadi. Bermakna, pelanggan mesti diberi ruang pilihan samada untuk melantik syarikat sebagai wakil atau ingin membela sendiri.

Jika ia secara automatic, ia boleh membatalkan aqad belian kerana berupa paksaan. Ia juga akan tergolong dalam transkasi jualan dengan syarat yang tidak berkaitan dengan jualan.

Jika tiada paksaan, dan anda selaku penjual sukarela berjanji untuk menjual semula, ia harus dan halal menurut kebanyakan Ulama Malaysia. 

3. Anda bersetuju untuk menjual balik kambing itu kepada syarikat setelah 2 bulan dengan harga RM900 seekor dan syarikat akan pasarkan kambing tersebut

Komen UZAR : Bila ini berlaku, bermakna proses Bai al-‘inah akan berlaku tetapi persetujuan ini mestilah hanya dimeterai pada tarikh jualan itu (iaitu selepas 2 bulan) dan bukannya secara sekaligus di hari yang sama.

Jika penjualan semula berlaku pada hari yang sama, ia adalah batal dan haram dalam Islam kerana ia akan tergolong dalam jenis Bai al-kalik bil al-kalik atau Jual hutang dengan hutang yang diharamkan oleh Nabi s.a.w sebagaimana sabda Nabi :-

نهى النبي عن بيع الكالئ بالكالئ

Ertinya : Nabi s.a.w melarang dari menjual hutang ( tangguh serahan barang dijual) dengan hutang ( tangguh serahan harga bayaran) " ( Riwayat Malik, 2/797 ; terdapat keraguan pada sanad hadis ini tetapi Ibn Hajar menyebut, ia telah ijma' akan pengharaman walaupun jika hadis tidak sohih, rujuk Talkhis al-Khabir, 3/26)

Selain itu, kedua-dua aqad belian pertama tadi dan jualan semula oleh pelanggan mestilah dipisahkan dalam dua aqad yang berbeza. Jika ia diletakkan dalam satu aqad, ia adalah haram dan batal.

4. Syarikat akan memotong RM150.00 (RM2.50 x 60 hari) sebagai kos penjagaan. (kos makan, minum, garam jilatan, perubatan, kebersihan kandang)

KOMEN UZAR : Ini pada prinispnya adlaah halal tetapi cara wording oleh pihak syarikat adalah tidak tepat, ia tidak sepatutnya dinamakan ‘potong' tetapi ia sepatutnya dinamakan upah penjagaan atau wakil. Ia disebut di dalam Fiqh Islam sebagai "Ujrah al-Wakalah", ia adalah harus di dalam Islam.

5. Syarikat akan bayar RM200.00 keuntungan kepada pembeli selepas tempoh 60 hari (tidak termasuk 7 hari  bekerja untuk memproses bayaran).

KOMEN UZAR : Ini juga silap dalam ‘wording'nya, ia tidak sepatutnya dinamakan ‘syarikat akan bayar keuntungan', tetapi ia mestilah disebutkan sebagai "syarikat akan membuat pembayaran harga belian sebanyak RM 200 sejurus selepas 2 bulan iaitu di ketika pembelian dibuat oleh syarikat, pembayaran adalah dengan cara beransur selama 12 bulan"

Apabila ia disebutkan membayar keuntungan, ia menyerlahkan niat syarikat yang melakukan transaksi ini sebenarnya ingin melakukan pelaburan dan bukannya ingin melaksanakan transaksi jual beli. Ia mestilah dipantau. Jika ia pelaburan ia adalah dikira haram kerana ia pelaburan dengan jaminan keuntungan. 

6. Wang pokok RM550.00 seekor akan digunakan untuk membeli kambing seterusnya.dan proses jual-beli ini akan berulang secara automatis sehingga salah satu pihak menghantar notis 30 hari untuk menamatkan kontrak. Wang RM550.00 akan di kembalikan kepada pembeli.

KOMEN UZAR : Transaksi ini adalah meragukan dan perlukan ulasan lanjut. Bagaimana proses jual beli boleh dibuat secara automatis?. Dari wording yang diberi di atas, ia seolah-olah wujud konsep pelaburan bertempoh matang pula.

Saya menjadikan saya sukar memberi komen tetapi ia menjadikan wujudnya unsur meragukan atau syubhah dalam bab ini.

Jika yang ingin dimaksudkan adalah secara automatic jual beli akan berterusan lagi dan lagi pada masa akan datang, saya juga masih kurang faham kerana jika saya hanya beli seekor kambing sahaja, pembayaran harga oleh syarikat selepas saya menjualkannya kepada syarikat akan beterusan sehingga bulan ke 12.

Kerana ia adalah harga jualan saya, tanpa mengira saya masih ingin membeli lagi kambing lain nanti.

Jika demikian, apa yang secara automatik? Adakah jual beli selepas 12 bulan itu? 

7. Sekiranya berlaku kematian kambing pihak syarikat  akan menggantikannya senilai, kecuali kematian kerana bencana alam dan wabak. Bayaran akan dibuat melalui cek atau bank-in cek.

KOMEN UZAR : Pihak syarikat berfungsi sebagai wakil penjaga, jika mereka dengan sukarela memberi jaminan ini kepada orang yang mewakilkan ( anda), ia adalah syarat dan persetujuan yang diterima oleh Islam.

Namun, menurut konsep wakalah atau wakil dalam Islam, pihak wakil tidak akan bertanggungjawab jika kambing mati kerana sebab-sebab yang bukan diakibatkan dari kelalaian wakil seperti bencana alam.

8. Ladang kami terletak di Pengerang dan Mersing Johor. Pejabat di Larkin, JB. Datanglah ke pejabat atau ke ladang kami untuk melihat sendiri untuk lebih yakin. Syarikat sah berdaftar. Ini bukan skim cepat kaya.

KOMEN UZAR : Semua pihak yang membeli kambing mestilah melawat dan menyemak sebelum menyertai program ini. Ia bagi mengelakkan penipuan.

9.  Apakah yang akan terjadi selepas setahun? Selepas setahun pihak syarikat akan memulangkan modal asal pembeli  atau Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, PPPPKJ akan berterusan sehingga salah satu pihak ingin menamatkan perjanjian PPPPKJ.

KOMEN UZAR : Terdapat maslaah dalam wording ini, tiada istilah modal sepatuytnya digunakan dalam bab ini, kerana ia bukannya pelaburan tetapi adalah aqad jual beli, dalam jual beli tiada istilah 'pulangkan modal asal'.

Yang ada hanyalah harga jualan sahaja (yang merangkumi modal dan untung), apabila ia dibuat dalam bentuk ini, jelas kepada saya bahawa pihak syarikat tidak cukup memahami apa yang sedang mereka ingin lakukan.

Ia boleh membawa risiko Syariah, Justeru sewajarnya pihak syarikat mengambil penasihat Syariah yang berwibawa bagi membantu mereka. Jika tidak, mereka akan terjebak dalam aqad yang salah dan batal.

10.  Apakah bukti pembelian kambing? Setelah menandatangani perjanjian Jual-Beli PPPPKJ, anda akan diberi sijil hak milik kambing yang akan dikeluarkan oleh pihak syarikat. Di dalam sijil tersebut akan tertera no tag kambing milik anda.

KOMEN UZAR : Ia baik, malah ia adalah wajib disemak oleh penjual samada tag dan sijil ini berautoriti dan mewakili kambing yang sebenar.

8.  Bolehkah saya menamatkan perjanjian ini sebelum tempoh setahun? Ya. Anda harus memohon secara bertulis kepada syarikat sebulan sebelum tarikh menamatkan perjanjian. Modal asal anda juga akan dipulangkan kembali.

KOMEN UZAR : Di sini sekali lagi syubhah berlaku, modal akan dikembalikan?? Cukup pelik ada modal akan dikembalikan dalam proses jual beli.

Bagaimanakah keuntungan kambing dikira?

            Contoh:

Pembelian Seekor Kambing -RM550

    Pembelian 10 Ekor Kambing -RM5,550

Tempoh

Keuntungan

Tempoh

Keuntungan

Bulan Ke-2

RM200

Bulan Ke-2

RM2,000

Bulan Ke-4

RM200

Bulan Ke-4

RM2,000

Bulan Ke-6

RM200

Bulan Ke-6

RM2,000

Bulan Ke-8

RM200

Bulan Ke-8

RM2,000

Bulan Ke-10

RM200

Bulan Ke-10

RM2,000

Bulan Ke-12

RM200

Bulan Ke-12

RM2,000

Jumlah Setahun

RM1,200

Jumlah Setahun

RM12,000

+ Modal Asal

RM550

+ Modal Asal

RM5,500

Total

RM1,750

Total

RM17,500

KOEMN UZAR : Cara kiraan ini ok, cuma terdapat kesalahan dalam istilah dan dibimbangi ia juga akan membawa keislapan pada aqad.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jika anda bertanya saya, saya kelaskan sebagai KIV DAN SYUBHAH. Ini kerana transaksinya masih bercampur di antara aqad yang benar, syarat yang meragukan dan aqad dan syarat yang salah.

 Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Nov 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Projek Perkongsian Pintar Ternakan Kambing : Komen Hukum