Soal Jawab & Isu Pilihan Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan

Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan

  • PDF
(14 votes, average 4.71 out of 5)

Minta Semula Hutang Yang

Telah Di Halalkan

www.zaharuddin.net

 

Tarik menarik hutang
 

Soalan 

Assalammualaikum,

Ustaz, saya mempunyai masalah iaitu mengenai HUTANG.

Kawan saya ada meminjamkan wang kepada saya dan beliau telah menghalalkan semua hutang tersebut. Kini beliau meminta saya menjelaskan hutang yang telah dihalalkan itu.

Saya jadi risau dan keliru mengenai perkara ini. Minta Ustaz  tolong jelaskan apa hukumnya kawan saya yang meminta wang itu dan apa yang perlu saya lakukan. Adakah saya wajib jelaskan hutang yang telah dihalalkan tersebut?

Baru-baru ni abang iparnya datang jumpa saya dan mengarahkan saya supaya menjelaskan hutang itu. Saya sudah terangkan kepadanya dia telah halalkan tapi dia tetap berdegil juga.

Kini ianya menjadi masalah yang besar pula melibatkan keluarga kedua-dua pihak. Kawan saya itu tetap mahukan saya supaya bayar semula. Beliau jua telah memburuk-burukkan saya kepada semua orang. Sedih dan pilu bila seorang kwn buat saya mcm ni.

Tolong beri pandangan dan pendapat apa yang perlu saya lakukan.


Hamba Allah,

(melalui email)

Jawapan

Islam menggalakkan umatnya menulis hutang dan disertai dengan saksi bagi mengelakkan pertikaian, lupa dan yang paling berbahaya adalah menemui kematian dalam keadaan tiada siapa yang sedar akan hutang kita yang masih tidak berbayar.

Jika ketika berhutang memerlukan tulisan, demikianjuga tatkala ianya di'halal'kan atau dalam kata lain, disedeqahkan oleh si pemberi hutang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis" ( Al-Baqarah : 282)

Apabila kedua-dua amalan yang diajar oleh Islam ini tidak diaplikasikan, fenomena di atas mudah berlaku.

Dalam konteks Islam, ketika hutang itu telah dihalalkan secara berlafaz atau sms oleh si pemberi hutang, ia bermakna pemberi hutang telah member sedeqah atau derma kepada anda.

Konsep menghalalkan hutang sehingga menjadi sedeqah ini dipuji oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :-

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

Justeru, di ketika ia telah menghalakan hutang itu, aqad ‘hibah' atau sedeqah telah termeteri dengan sempurna, kerana antara syarat utama sah hibah dan sedeqah adalah ‘qabadh' atau penerimaan hadiah. Maksudnya jika jiran saya berkata dia ingin menghadiahkan motorsikalnya kepada saya, tiba-tiba sebelum sempat ia menyerahkan kuncinya, ia telah meinggal dunia, tatkal aitu. Hibah belum sempurna dan saya tidak boleh menuntut hadiah itu kerana saya masih belum terima atau ‘qabadh' motorsikal tu. 'Qabadh' motoriskal adalah melalui terimaan kuncinya.

Dalam kes anda, anda telah pun 'qabadh' wang itu kerana ia [ada asalnya adalah hutang. Tatkala itu peneirmaan hadiah telah sempurna.

Adapun, ia menarik semula hadiahnya atau apa yang telah dihalalkan. Pendirian Islam dalam hal ini adalah seperti berikut :-

1) Sabda Nabi s.a.w

الْعَائِدُ في هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ في قَيْئِهِ

Ertinya : "Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)

Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)

Nabi juga bersabda :

ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده

Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)

2) Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebegaia yang disebut oleh Ibn Abbas r.a

الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر

Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"

Dalam kes anda, keluarga dan individu yang menghalalkannya menafikan ‘halal' yang telah diberikan dan kemblai menuntut hutang dan memburukan anda pula.

Jika telah sampai ke peringkat itu dan anda telah berusaha memhamakannya dari sudut hukum Syariah tetapi ia berdegil, adalah lebih baik jika anda berusaha membayar jumlah ‘hutang yang dihalalkan itu', hukum haram dan dosa hanya akan ditanggung oleh mereka kerana dikira memakan harta orang lain secara haram.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

18 Nov 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #36 kekeliruan :(jazirah 2010-10-04 03:42
assalamualaikum ustaz.
saya nak minta pandangan ustaz masalah kami sekeluarga .untuk pengetahuan ustaz ayah saya baru meninggal dunia .akan tetapi arwah meninggalkan kami dengan banyak hutang tanpa pengetahuan kami .dan kami sekeluarga tidak mampu untuk membayar hutang arwah.serta arwah juga meninggal bekas2 isterinya.dan disini kami mempunyai kesulitan.arwah bekerja di sektor kerajaan dan ganjaran yg diperolehi perlu dibahagikan pada anak2nya.pada masa yang sama arwah juga mempunyai hutang yang banyak .pada pandangan ustaz kepada pihak siapakah kami perlu adukan masalah ini?adakah pihak pejabat agama dapat melakukannya kerana pembahagian wang ganjaran mengikut faraid dan adakah hutang arwah dapat dilangsaikan?sesungguhnya kami sekeluarga sangat terkejut dengan apa yang telah arwah tinggalkan dan kalukan kepada kami sekeluarga.
diharapkan ustaz dapat membantu serta memberikan pandangan kepada kami sekeluarga yang sesungguhnya berada didalam kebingungan dan kekeliruan :sigh:
Quote
0 #35 salam... saya musykil ustaz....fazli 2010-06-17 09:50
bpk sedara saya berhutang ngan saya selama sebulan... dengan perjanjian die akan langsaikan dalam masa sebulan.. selepas sebulan dia takbayar walaupon diminta.. adakah menjadi kesalahan jika saya mendesaknya kerana keadaan saya pon terdesak sekarang... itulah sahaja sumber duit yang saya ada buat masa sekarang...
Quote
0 #34 di inayanoriza 2010-02-04 22:46
saya sedang menghadapi maasalah yg amat besar.Baru2 ini saya menerima surat dari Mahkamah Tinggi KL utk menghadirkan diri pd 2/3/10 kerana pinjaman yg dibuat oleh saya lebih kurang 13 tahun yg lalu dgn BBMB ketika itu.

Pinjaman tu adalah utk Sykt tempat saya bekerja iaitu diSg. Besar, Selangor. Saya adalah salah seorg Pengarah melayu. Pinjaman itu bukanlah utk kegunaan saya tapi guna nama saya utk buat pinjaman. Amountnya RM40,000/-

tapi sekarang dah jadi RM71,682.29. Kilang tu pun dah tutup pd tahun 2001. Dana Harta dh ambil alih. Pernah beritahu pd MD yg juga Pengarah sykt (org Sri Lanka) menantu dia org mat salleh (org British memang kaya) masing2 lepas tangan. Pernah menulis surat pd mat salleh kira2 2-1/2 tahun yg lalu tapi senyap je. Org Sri Lanka tu pun dah mati pd Mar'09. Yg merananya saya sbb saya disini. Mereka berada diluar negara tak menjadi maasalah. Tak tahu mcmmana nk selesaikan. Takut saya dicharge bankruptcy alahai!!

Bakal menantu saya org Singapura. Alamat tak dptlah saya kesana nanti. Itu tak menjadi maasalah, skrg saya amat2 tertekan dgn maasalah ini. Saya rasa saya mmg dianiya. Dah tak tahu apa nk buat...

Harta pun bukannya ada, duduk pun rumah sewa.

UZAR : saya amat bersimpati dgn masalah yang puan hadapi. saya doakan agar ia dapat diselesaikan dgn sebaik mungkin. Perbinnagan dgn peguam saya kira amat penting bagi memastikan jalan penyelesaian terbaik.
Quote
0 #33 Minta HutangMas 2009-10-15 00:35
Saya pernah berada dalam situasi ini dan saya sebagai pemiutang. Saya telah membantu seorang kwn mendapatkan jawatan di pejabat saya dan meminjamkan sedikit wang kpdnya krn dia dlm keadaan terdesak.

Selepas beberapa bulan, kawan saya telah membuat fitnah dan memburukkan saya pada rakan sepejabat dan bos saya dan dia juga telah memulaukan saya.

Pada fikiran saya, ini helah utk dia melarikan diri dari membayar hutangnya dgn menyakiti hati saya, saya tak mungkin akan meminta dia byr hutang. Akibat dari tekanan di tempat kerja, saya telah berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri.

Sebelum berhenti kerja, saya ada menghantar e-mail kepada kwn saya bahawa saya berterima kasih kerana dia mengajar saya erti seorang sahabat malah saya memaafkan segala perbuatannya.

Tentang hutang, saya telah mengatakan: jika dia tak membayar hutang saya, anggaplah saya sedekahkan buat anaknya, bukan rezeki saya... dan kami bukan lagi kawan.. tapi jika dia bayar hutang saya, kami tetap kawan.

Sehingga kini, 4 tahun berlalu kawan saya itu belum langsaikan hutangnya, pernah kami bertembung beberapa kali di majlis2 keramaiaan dan dia bersikap seperti tiada salah apa2 malah langsung tidak menyebut ttg hutangnya itu. Pernah beberapa kali saya menerima panggilan, sms dan e-mail dari dia untuk berbaik dengan saya tapi saya tak hiraukannya.

Tak mungkin lagi saya bersahabat dgn seorang penipu! Walaupun saya tidak pernah mengungkit atau meminta dia membayar hutang, tapi tetap di dalam hati tertunggu2 bilakah dia akan menyebut tentang hutangnya itu...

Saya pernah menceritakan perihal buruk kawan saya itu pada kawan2 yang lain dgn niat mengelakkan mereka agar tidak tertipu dengan kawan saya yang suka berhtang itu. Dan ternyata sikap suka meminjam wang kawan saya ini masih tidak berubah walaupun dia dah bertukar tempat kerja lain... Sekarang, saya mahupun dia telah kehilangan seorang sahabat baik kerana HUTANG. Benarnya seseorang itu apabila berhutang, bicaranya juga akan menipu.......
Quote
0 #32 teringat lak...butterflower 2009-05-07 13:19
ade sorg member ni pernah 'terhilangkan' rm 700 yg diamanahkan kat dia (mintak tolong bank in/transfer ke maybank org lain) n dia janji nak byr balik. aku xtuntut duit tu melainkan keadaan mendesak (laptop rosak, fon rosak, nk byr buku, yuran) bersemester2 pun dia xbyr2. tiap2 kali lepas dr 'azab' xde duit (tbe2 duit pa-ma masuk or org pinjamkan duit) mmg aku x mintak la sbb tau dlm keadaan mendesak pun dia xnak byr, dah xmendesak sbb sumber lain tu, xyah la nak desak2 dia plak. dlm ati sampai fed up nak mintak sampai la keadaan mendesak yg seterusnya tapi tiap2 kali pun xdapat. dia bukan org susah pun (rasanya la sbb dia berlagak dpt duit loan + duit parents bagi + duit kakak, abang bagi dan duit makan, transport disponsor oleh bf dlm bentuk blanje n free ride g kampus/jalan2, siap dpt fon harga 1k lg). dia penah ckp dia dah byr sikit (tapi xde proof, n xde plak dia ckp bayar saki baki hutang tu, ade la lg 400-500 kalau btul dia 'dah byr sikit' tu). yg xbley blah siap nak tipu akak n kawan aku mintak duit (konon pinjam sampai akak aku mintak aku dulukan, xmalu btul) n ade plak tipu kwn aku lg sorang konon nak buat reunion member2 skola, dia mintak member tu kutip duit (nasib baik dia tau kes aku lalu terima nasihat aku utk x amik ape2 duit dr member2 lain). yg lagi sakit ati tu few months ago aku o9 kat ym, budak yg kaki songlap duit tu pun o9, dia tegur aku ckp aku yg lama menghilang walhal dia yg lari tiap2 kali aku try contact (sejarah plg kurang ajar aku call/sms mintak dia byr balik, dia xnk jwb, aku call pki public phone dia jwb, dgr je suara terus letak, aku call lg skali dia terus off fon). sampai skg kalau tau ade event yg aku dtg dia sure xtunjuk muka (mcm mase member kawin)

berbalik psl hutang. aku fed up sampai aku ckp dlm ati 'lantak ko la, aku malas nak pk. anggap je duit tu bkn rezeki aku. nk byr, byr. xnk byr, sudah. jwb sendiri la nanti' n aku xsure aku ade niat halalkan ke x. huhu~
Quote
0 #31 Jangan buat mudah bila berhutang.mohd. nor 2009-04-03 17:46
Saya nak cerita tentang masalah berhutang yg memang sangat menyakitkan hati.Kadang2 org akan ambil kesempatan terhadap kita kerana nampak muka kita ni muka org baik2.Kisahnya begini.Saya mempunyai seorang sepupu yg sgt akrab , baik tutur kata, manisnya kata-kata. bekerja sbg juru jualkereta dgn Perodua Simpang kuala, As.Saya amanahkan kepadanya untuk jual kereta saya yg telah langsai hutang dari bank.Dia dtg ke rumah saya bawa anak bini,sembahyang .setelah dpt tt pada borang milik ,dia jual kereta tersebut berpakat dgn kedai use car.mereka jual rm 18,500.00.Enam bulan baru saya tahu kereta tersebut telah dijual setelah meragui kejujurannya dan semak sendiri Di JPJ.Selama ini dia asyik pembohong bermcm2 cerita katanya proses terlalu lambat.Sekarang sudah 3 tahun berlalu ,satu sen pun tak bayar, telefon tak jawab cuma sms janji nak bayar tiap dari bulan ke bulan tapi asyik menipu saja.Setelah berjumpa dgn rakan karibnya sekarang saya tahu,mmg kerja cari makannya menipu, berbohong dan khianati amanah org.Bukan saya seorang yg terkena malah ramai lagi yg terkena, malah jiran sendiri pun dia pekena.Dah puas ibunya nasihat tetapi dia berbohong pula ibunya dgn cerita tak betul.ibunya pula kata kat saya...kenapa hang jual kereta kat dia? sbb Rashidi b Hasan anak kesayang sejak kecil.Saya repot polis, malangnya tiada apa-apa tindakan walaupun dah 3 tahun dan pegawai yg urus kes saya dah pun bertukar.Bila call ...semua ok,ok. ..nanti dia call saya semula, tapi habuk pun tarak.Saya pasrah. saya serah segalanya kepada Allah.Namun sekali-kali saya saya tak halal hutangnya yg berjumlah 18,000.00.PENGAJARANNYA jgn mudah percaya dengan orang walaupun sepupu sendiri.Kepada sahabat-sahabat yang tinggal di A setar hati-hati orng yg bernama RASHIDI B HASSAN seorang juru jual kereta.
Quote
0 #30 zisma76 2008-06-10 23:41
saya masih tertanya2 apakah status kita yang masuk skim pelaburan sijil simpanan premium BSN serendah RM10.00, dan jika bernasi baik kita terpilih untuk mendapat hadiah yang di tawarkan dr yg termahal hingga terendah.Dalam fahamn saya ianya spt tidak bebankan mana2 pihak, kerana ia berdasarkan cabutan bulanan. tapi apa pandangan ust :-?
Quote
0 #29 MARDZIAH MOHD HADANI 2008-04-12 06:59
ASSALAMUALAIKUM USTAZ....
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI ISU PERNIAGAAN DALAM SYARIKAT QI SAMADA IANYA HALAL ATAU HARAM. INI ADALAH KERANA MASIH ADA KERAGUAN DALAM PERNIAGAAN INI.
ISU LAIN IALAH PERNIAGAAN INI MELIBATKAN PENJUALAN EMAS DAN PERAK YANG MANA KECENDERUNGAN BERLAKUNYA RIBA ADALAH TINGGI. HARAP USTAZ DAPAT MENJAWAB SOALAN INI UNTUK MENDAPAT LEBIH KEPASTIAN. TERIMA KASIH
Quote
0 #28 ibnubadri 2008-01-31 03:10
Saudara.. elok bayar je lah hutang dia tu... Senang, dia pun tak rugi (dia dapat balik duit dia)... saudara pun tak rugi( dulu dah pernah ditolong guna duit dia)... dua-dua tak putus persahabatan - win-win situation. Jgn dok berbalah siapa benar siapa salah... masing-masing tak ada bukti bertulis. Tak ada saksi. Jadi, tak tau siapa yg betul. Mungkinkah dia yg bersalah? Atau mungkin juga saudara yang tersalah faham?...

kesimpulannya: bayar je lah. anda tak rugi satu sen pun
Quote
0 #27 ahmad 2008-01-19 21:37
بيع الدين له عدة الصور
1\بيع الدين المؤجل للمدين بثمن مؤجل
2\بيع الدين الحال للمدين بثمن مؤجل
3&4\بيع الدين الحال للمدين بثمن حال,وكذا بيع الدين المؤجل للمدين بثمن حال
5&6\بيع الدين الحال وكذا المؤجل لغير المدين بثمن حال
7&8\بيع الدين الحال وكذا المؤجل لغير المدين بثمن مؤجل
minta ust huraikan.terima kasih
Quote
+1 #26 syam 2008-01-16 06:34
Biasanya org bila nak berhutang janji manis sangat, tetapi bila masa nak bayar kita pulak yang macam minta sedekah kat dia. Yang hairan tu orang suka berhutang untuk menambahkan harta atau membuat benda2 yang tak berfaedah. Kalau saya orang tu memang betul susah nak makan, memang terdesak memang rasa boleh halalkan saja hutang-hutang tapi kalau nak menunjuk-nunjuk dengan orang , itu yang timbul sakit hati. Tetapi sebaik-baiknya jangan lah kita meminjam dengan orang. Macam-macam boleh berlaku, dari kawan jadi lawan. Lebih baik pinjam dengan bank ke, lagi baik dan tidak menyusahkan kawan-kawan. Kadang-kadang kita bukan nak bagi pinjam sangat tapi bila kena desak-desak tidak sampai hati untuk menghampakan. Satu lagi takut pula kalau kita tak bagi akan memudaratkan pada diri kita. Tapi bila bagi lain pula yang berlaku, kebanyakan bila susah cari kita, bila dah senang tak peduli pun.
Quote
0 #25 pemuda harapan 2008-01-15 18:21
saya nak tanya ustaz pasal satu urusniaga melalui internet ynag kini semakin berkembang dikalangan muda mudi terutama mahasiwa. nama syarikat tersebut iaitu QI Creating Synergy yg mana saya difahamkan berasal dari China dan taukeh besar di Malaysia iaitu Dato' Vijay Eswaran. minta pandangan ustaz
Quote
+1 #24 ummualinuha 2008-01-03 17:33
sebaiknya jangan suka berhutang :-)
Quote
0 #23 irene 2008-01-03 03:51
sy ada seorang kakak yg pernah meminjam duit sy untuk membeli brg2 perkhawinanya dulu.Dia bgtau pd sy dia akan mempulangkan duit saya apabila sy berkhawin kelak,namun apabila tiba perkhawinan sy dia buat tak tahu..sy pernah meminta pdnya ttapi caranya membuat sy hampa kerana mempercayai pd harapan yg diberikanya pd sy dulu.skrg sudah 3thun dia masih x membayar duit sy lg.sy xtau mcm mana lg meminta duit sy kembali.sedangkan dia berkemampuan utk membayar sedikit demi sedikit.klu rm100 mgkin sy bleh halalkan tetapi lbih dr itu.ntah la sypun x fhm......
Quote
0 #22 intan 2008-01-02 21:30
salam..

dalam kes hamba Allah di atas..sepatutnye kawan dia tu xpatut la nak buruk2an orang..tu pon dah jadi 1 dosa..memang la kita sebagai penghutang mesti ada sebut akan bayar balik hutang dia..tapi bila si pemiutang cakap dia halalkan hutang tersebut..jadinye xde la kita usaha untuk bayar balik hutang tu..tapi itu bukan sebab untuk si pemiutang memburuk2an kita..wallahualam..
Quote
0 #21 jelly 2007-12-08 03:16
pada pendapat saya, walaupun hutang anda suatu masa dulu sudah dihalalkan, kemudian diminta bayar semula, saya rasa bayar saje la. sbb anda lihat saje skrg ia sudah membawa kpd situasi yang menghuru-harakan sampai keburukan anda diceritakan kpd org lain.

saya penah mengalami masalah yg sama. meminjam kpd anak buah sendiri. jadi malas nak bising2. namun slps hampir 9 thn, hutang yg tak sebyk mana belum dijelaskan. kalau anak buah saya miskin, saya halalkan tp melihat keadaan dia yg senang dan ada bisnes sendiri takkan la setakat 200 rgt tak boleh nak jelaskan.

saya tak minta byr sekaligus. cukup la diansur secara bulanan, ini tidak saya yg terpaksa menebalkan muka memungut hutang. ada ke patut????

lg satu kalau adik-beradik nak pinjam duit, biasa saya bagi je yg mana mampu. tak perlu bayar, saya anggap pemberian itu sbg hadiah/sedekah. kalau hutang saya kene tuntut, tak pun kalau tak dibayar saya la yg susah nak minta peminjam byr hutang. jadi nak senang bg je takat yg ada.
ingat mcm ni je la, jgn kita berhutang dgn org (kalau tiada keperluan yg sgt mendesak) dan segerakanlah bayar hutang jika ada ada rezeki lebih, jangan tangguhkan.
Quote
0 #20 ashiqeen 2007-11-29 03:17
harus ke tinggal kan janji
Quote
0 #19 Norliah A. Rahman 2007-11-25 00:03
Saya telah memberi hutang kepada seseorang dan memberi peluang tempoh agak lama untuk menyelesaikan hutang kerana ambil kira kesusahan yang dihadapi,tapi ada ketika nya saya dapati ada kelapangan dipihaknya namun tidak byk diusahakan
utk selesaikan.

Saya ada memberitahu kpd mereka yang saya akan menghalalkan hanya setelah saya meninggal dunia...apa pendapat utz
Quote
0 #18 fReeDoM 2007-11-22 01:47
salam..

hmm....sokong tuh!

apabila kita berhutang, dalam diri ni tetap ada janji untuk membayar balik hutang itu..sbb namanya "hutang", maka niat kita tetap untuk membayar balik.. ianya suatu janji!

Ustaz!..sy nk tahu! apakah perbezaan antara hadiah dan hutang yang dihalalkan!

" Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 ) "

ayat ni menjelaskan hutang wajib di bayar dan juga sebaiknya juga ia di sedekahkan. 'hutang wajib di bayar' dan 'sebaiknya disedekahkan' tidak akan bercanggah sama sekali!

membayar hutang itu wajib bahkan ia suatu janji yang wujud semasa kita berhutang, bayar la hutang itu.... si pemiutang itu ingin mensedekahkan atau tidak itu terpulang padanya..yang penting kita langsaikan hutang dan janji kita, redhakan segala niat dan keadaan serta wang kita untuk membayar hutang itu, barulah kita bergelar sebagai insan yang sudah selesaikan hutang kita, jangan berdendam padanya... kemudian pujuklah dia supaya dia memohon maaf atas perbuatannya memburuk-burukkan kamu kepada semua orang, dan mintak dia tarik balik kata2nya yang telah menghalalkan hutang itu dengan cara sama dia menghalalkan tempoh hari supaya dia tidak bersalah atas katanya yg ingin menghalalkan hutang itu..
"Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)..

- samaknya betul2 sehingga bersih! supaya dia bertaubat dan kelak tidak lagi di andaikan sebagai seekor anjing..begitu juga insan yang memegangnya -

ini sebaiknya..
..kewangan si A kini sudah stabil dan dia membayar hutangnya kepada si B dengan rela hatinya,ikhlas tanpa ada sebarang keraguan, dan si B kini menyedekahkan kepada si A sejumlah wang yang sama dengan jumlah hutang yang dibayar oleh si A kepadanya...harap si B juga ihklas dan bukan terdesak.
Quote
+1 #17 Sukirman 2007-11-22 01:44
Terdapat maksud dalam sebuah hadis nabi seperti yg pernah ditulis oleh UZAR dlm website ni:

"Orang yg berhutang, apabila diberikan amanah dia khianat, apabila dia berjanji dia mungkir, apabila dia bercakap dia berbohong".

Memang betul. Majoriti orang yg berhutang daripada orang lain tak kiralah samada kawan sendiri, saudara sendiri mesti mempunyai kesemua tiga ciri-ciri yg nabi sebutkan tu. Apabila dia menjadi seorang penghutang, maka ketiga sifat ni pun akan muncul dlm diri mereka.

Nasihat saya kepada mereka-mereka yg berhutang, bayarlah hutang anda itu. Kalau dah ada duit, dahulukanlah duit anda itu utk langsaikan hutang anda. Jangan fikir nak enjoy saja.

Saya juga pernah mengalami seperti saudara-saudara di sini yg pernah menjadi mangsa penipuan si penghutang. Seorang kawan berjanji kalau ada duit dia akan bayar. Tapi, dah lama-lama dia tak bayar. Tau-tau jer dia dah beli motor baru siap tunjuk kat depan saya lagi. Yg seorang lagi pun sama, tapi tak bayar jugak. Tau-tau dia gunakan duit yg dia pinjam dari saya utk join EMPAY. Kan ke program haram EMPAY tu? siap ajak saya join lagi bawah dia.

Semua kejadian yg menimpa saya ni amat bertepatan dgn hadis nabi yg disebutkan di atas.

Hadis ni saya tujukan khas utk mereka-mereka yg suka berhutang. Ada lagi satu maksud hadis nabi yg saya ingat:

"Barangsiapa yg sengaja melalaikan dan melambatkan pembayaran hutangnya, maka Allah SWT akan memusnahkan hartanya di dunia. Barangsiapa yg berusaha dan bersungguh-sungguh hendak membayar dan menjelaskan hutangnya, maka Allah SWT akan permudahkan jalannya".
Quote
0 #16 ikhlas 2007-11-21 16:39
Salam,

:-) itu dlm kes berhutang..saya pula pernah terlibat dalam satu keadaan yg sama..cuma yang membezakannya ialah dia menghadiahkan kepada saya bukan atas permintaan, selepas 3 tahun minta hadiah tu balik... sedangkan banyak juga pemberian yg saya berikan kpd dia melebihi harga hadiah tersebut...
saya telah meminta pandangan ustaz dimana ianya telah menjadi hak kita dan atas kita hendak memulangkannya atau tidak..
manusia sukar dijangka dan boleh bertindak diluar jangkaan.. oleh itu sehingga sekarang saya masih berhati2 jika org hendak memberikan hadiah kpd saya...

untuk iktibar bersama..jika hadiah yg diberi tanpa dipinta boleh diminta semula.. inikan pula hutang..
wallahualam...
Quote
0 #15 AZZRI 2007-11-21 16:39
SEMUA PANDANGAN YANG DIBERI MINTA SAUDARA BAYAR HUTANG, BAYAR LA. SAKIT HATI OOOOO KALAU ORANG BERHUTANG TAK BAYAR. MESTI MASA SAUDARA BERHUTANG SAUDAR BERJANJI BILA NAK BAYAR. SO BAYAR LA. HUBUNGAN PERSAHABATAN PUN BOLEH TERJALIN SEMULA.

KADANG-KADANG ORANG YANG BERHUTANG ADA JUGA 'TRICK' YANG DIGUNAKAN SUPAYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG MENGHALALKAN HUTANG TERSEBUT.

-MAHA SUCI ALLAH-
Quote
0 #14 fadli 2007-11-20 23:06
kita xwajib la byr balik ek...cume yelah nak nyedapkan hati die, die pon pernah tlg kite dlu, apa la kirenye kita bantu die plak... tlg die plak..ttg buruk2kn tu...maafkan je lah...doa hidayah utk die...
Quote
0 #13 CyberCeti 2007-11-20 22:50
Org yg berhutang ni pun selalu satu mcm punye perangai. Bile nak mintak hutang, budi-bahase lembut sekali..sampai gigi pun ikut lembut. Tapi bile part nak bayar hutang....dot dot dot dot...
Apalagi kalau dah 'dihalalkan'. Hepi sakan lah walaupun dah mampu bayar balik.
Quote
0 #12 naji 2007-11-20 16:53
salam

biasanya org yg bg hutang malu utk minta blk, apatah lg bila dah halalkan. mgkn dia benar2 terdesak sekarang dan xda jln lain melainkan bukak balik buku2 lama. katakan pdnya yg anda plk pinjamkan wang kpdnya dan sekiranya dia x mmpu byr blk, anda awal2 lg dah halalkan.
Quote
0 #11 layar-keinsafan 2007-11-20 02:46
pada pendapat saya,baik anda membayar hutang tu..tuk puaskan hati pihak pemberi hutang..jika tidak bayar.mungkin dia akan melakukan sesuatu di luar jangkaan..

jika diamati anda telah menerangkan kepada pihak pemberi hutang tentang situasi sebenar dari segi syariat,tetapi mereka tidak paham.so,mereka akan mengambil jalan yang mudah untuk mendapatkan kembali hutang tersebut walau bagaimana cara sekalipun..mungkin maraka terdesak untuk menggunakan wang tersebut seperti anda sewaktu anda berhutang dahulu..
Quote
0 #10 azrri 2007-11-20 02:46
Saudara, saya rasa saudara bayar je hutang tu, saya sokong pendapat ndekku, mungkin saudara hutang dah lama dan tak bayar. Dia nak minta pun mungkin saudara tak mampu ketika itu dan dia halalkan. Dan ketika ini saudara mampu, bayar lah. Kira dia ok la bagi hutang kat saudara, ingat jasa dia. Pengajaran dari cerita saudara JANGAN BERHUTANG KALAU TAK MAMPU NAK BAYAR, DAN JANGAN MENGELAK DARI MEMBAYAR HUTANG. AKAN TIMBUL MASALAH SEPERTI YANG SAUDARA HADAPI. WASALAM.
Quote
0 #9 ibn_uthman 2007-11-20 02:44
askum....naperla sy kena block ni

ADMIN : mungkin bukan sdr yang di block tetapi orang lain , tetapi kerana ip adressnya hampir dengan sdr, ip saudara turut terkena.
Quote
0 #8 taliban 2007-11-20 02:42
sabar lah ianya ujian dari allah
Quote
+1 #7 sweetsunnah 2007-11-20 02:41
Allah telah menjelaskan kpd kita cara2 berhutang, ttp manusia yg tidak menuruti. Saya rasa dah jadi satu penyakit masyarakat bila ambil mesti nak free apa lagi bila bab wang. Buangkan pemikiran tersebut.

Telah jelas firman Alllah di bolehkan memberi penangguhan dlm penyelesaian hutang. Yg penting hutang mesti diselesaikan.

Dlm kes di atas elakkan api permusuhan dgn berusaha menyelesaikan hutang tersebut. Mungkin si pemberi hutang memerlukan di waktu ini.

Ingatlah antara pesanan Luqman Hakim kpd puteranya: Hindarilah hutang! Hutang menyebabkan org yg berhutang menjadi hina di waktu siang dan menjadi beban fikiran di waktu malam. Wallahua'alam
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 117 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan