Soal Jawab & Isu Pilihan Nama Tokoh Untuk Lariskan Buku : Teknik Promosi @ Zalimi Penulis ?

Nama Tokoh Untuk Lariskan Buku : Teknik Promosi @ Zalimi Penulis ?

  • PDF
(12 votes, average 4.50 out of 5)

Masukkan Nama Tokoh Untuk Melariskan

Buku : Teknik Promosi @ Zalimi Penulis

Jawapan Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Penipuan dalam Industri Buku ?

Soalan

Assalamualaikom

Saya seorang penulis dan telah menghasilkan puluhan skrip/ buku Islamik. Antara karya saya telah saya berikan kepada sebuah publisher ternama tanah air yang kononnya berpaksikan Islam.

Masalahnya sekarang syarikat tersebut hendak mencetak buku saya dengan memasukkan nama seorang penceramah terkenal tanah air (ustaz tv) untuk melariskan jualan sedangkan dia tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam buku ini. Kemudian, bayaran royalti pula terpaksa dipecah dua, tapi dia akan dapat lebih. Dalam perjanjian saya dengan syarikat ini tidak ada disebut perkara ini.

Berdasarkan ilmu yang Allah berikan kepada saya:

1. Perbuatan menggunakan nama orang lain pada buku yang dibuat oleh  orang lain adalah HARAM kerana menipu pengguna. Tidak kira apa pun istilah yang digunakan strategik pemasaran atau pelaris, yang penting  ia adalah penipuan!

Sama sahaja dengan perbuatan peniaga yang meletakkan label atau jenama terkemuka yang berkualiti pada produk yang tidak berkualiti, meletakkan telur gred c pada bakul telur gred a.

2. Yang Ustaz itu pula (kalau layak dinamakan ustaz) mengapa dibiarkan namanya  digunakan sewenangwenangnya, hanya untuk RM (haram). Sama sahaja dengan seorang pelacur!

3. Perbuatan ini juga menzalimi saya yang bersusah payah menghasilkan buku ini. Dan saya tidak redha segala penah lelah saya dirampas dengan cara ini. Saya haramkan semua royalti yang dirampas dari saya. Untuk maklumat ini bukan pertama kali syarikat ini buat macam ni

4. "La talbisul-Haqa bil-bathil.. ". jangan sesekali mencampurkan yang hak dan yang batil. terbitkan buku agama memang baik, tapi gunakan kaedah penipuan adalah batil.

Minta tolong ustaz: Apakah tindakan undang-undang yang boleh saya ambil untuk mendapatkan kembali hak saya?Kepada siapa saya harus mengadu?

Terima Kasih Ustaz

-soalan melalui email-

JAWAPAN :

Pertama : Saya ucapkan tahniah atas kemampuan sdr yang mampu menghasila buku dan skrip islamik buat manfaat seluruh umat Islam. Teruskan dan jangan terganggu dengan cabaran-cabaran yang mendatang.

Kedua : Dari sudut undang-undang, tindakan pihak penerbit yang memasukkan nama seorang personaliti ustaz TV dalam buku karangan saudara adalah tertakluk kepada kontrak yang saudara meterai dengan penerbit.

Saudara menyebut "Dalam perjanjian saya dengan syarikat ini tidak ada disebut perkara ini"

Justeru itu, saya kira isu ini mungkin agak mudah untuk diselesaikan jika benarlah apa yang disebutkan. Ini kerana kontrak bakal menjadi pemutus. Jika tiada disebut di dalam kontrak, saudara mempunyai hak sepenuhnya untuk mencabar penerbit melalui saluran undang-undang. Biasanya penerbit menghormati penulis dan kontrak yang telah dimeterainya. Mereka terdedah kepada mudarat yang besar jika mencabuli kontrak.

Namun, saudara perlu memastikan tiada kluasa di dalam kontrak (perjanjian) tersebut yang boleh ditafsirkan, terdapat hak tertentu diberikan kepada penerbit untuk menambah apa yang patut untuk kebaikan buku walaupun tanpa dipersetujui oleh saudara selaku penulis.

Selanjutnya, jika saudara yakin jumlah kerosakan saudara tidak sampai mencecah RM 25,000 dan merugikan untuk mengambil peguam. Tindakan paling tepat adalah dengan membuat aduan rasmi di Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( Buka di sini ). Ia bertindak seperti mahkamah kecil dan tidak memerlukan peguam.

Saya sendiri pernah menggunakan khidmat Tribunal ini dan saya dapati ianya berkesan. Peniaga yang menipu itu, apabila menerima surat panggilan perbicnaraan oleh Mahkamah Tribunal, dengan segera mereka respond dan menyelesaikannya di luar mahkamah. Ia baik dan berkesan.

Ketiga : Tidak wajar saudara mencerca penceramah agama TV tersebut, kerana kemungkinan besar beliau tidak mengetahui apa yang diaturkan oleh penerbit. Yang ia tahu hanyalah penerbit ingin menggunakan namanya untuk melariskan buku. Justeru pada hemat sangka baik saya, penceramah TV tersebut tidak terlibat dalam proses mengambil hak dan menzalimi saudara. Cuma penceramath TV ini kurang meneliti dari sudut hukum Shariah akan hukum tindakannya itu. 

Tidak wajar juga saudara menyamakan dengan pendapatan seorang pelacur.

Keempat : Dari sudut Shariah ;  saya bersetuju dengan anda tentang kurang wajarnya  penceramah TV itu menerima untuk menjual namanya di atas sebuah buku yang tidak ditulis olehnya. Ia adalah salah satu jenis penipuan untuk melakukan barang jualan yang diharamkan oleh Islam.

Apatah lagi jika ia mengambil hak saudara selaku penulis asal tanpa persetujuan. Malah jika saudara bersetuju sekalipun, ia masih kurang sihat dan syubhat menurut kacamata Islam.

Ia mempunyai beberapa elemen haram yang disebutkan sebagai  ‘Bai an-Najash'. Nabi Muhammad s.a.w menyebut :-

ولا  تناجشوا

Ertinya : "Dan janganlah kamu  secara penipuan terancang (dengan bantuan satu pihak lain) menaikkan harga barang jualan ( Riwayat Muslim)"

Terjemahan English :  "Do not artificially inflate prices against one another"

Menurut Imam Ibn Rejab al-Hanbali , tafsiran an-Najash ini boleh dibuat dalam dua bentuk :-

1) Satu bentuk jualan dimana seorang pelanggan menawarkan harga tinggi bukan kerana ingin membelinya, tetapi hanya untuk mempengaruhi pelanggan sebenar untuk membeli barangan itu lebih tinggi dari harga sepatutnya.

Ini juga banyak berlaku dalam industry lelong dan pasaran saham, dimana terdapat individu yang ‘bidding' dengan harga tinggi padahal ia bukan ingin membeli tetapi hanya sengaja ingin mempengaruhi pasaran agar harga dapat dinaikkan. Ia hanya melakukan atas keinginan pihak penjual.

Majoriti ulama Islam menyebut, jualan sebegini adalah sah tetapi berdosa dan jika harga melambung sangat tinggi dari harga sebenar, pembeli berhak memulangkan kembali dan mengambil harganya semula.

 

2) Tafsiran kedua lebih umum dan luas, apa sahaja bentuk dan jenis penipuan di dalam penjualan dan pembelian yang memudaratkan pihak lain adalah di kira 'najash'.

Allah s.w.t berfirman : " Tiada siapa yang merancang sesuatu kejahatan kecuali kejahatan akan kembali kepadanya" (Surah Fatiir : 43 )

Jika dilihat dari tafsiran Imam Ibn Rejab ini, tindakan penerbit yang dengan senagaj ingin memasukkan nama penceramah popular sebagai penulis sedangkan ia bukan penulis adalah bentuk penipuan dan termasuk dalam kategori Najash.

Saya nasihatkan mana-mana penerbit yang ingin melariskan buku melalui nama tokoh tertentu hanya menggunakan komentar, kata aluan, testimoni atau sokongan terhadap buku sahaja. Dengan itu, bolehlah diberikan sedikit cenderahati kepada tokoh berkenaan. Tidak harus memasukkannya sebagai penulis.

Itu pun mestilah satu testimoni yang benar-benar layak diberikan kepada kandungan buku dan bukan memuji tanpa membaca sedikit pun kandungannya, cuma sekadar memenuhi permintaan penerbit. Jika demikian ia masih tergolong dalam bentuk penipuan yang diharamkan.

Kesimpulan 

Kesimpulan, dari sudut undang-undang saudara perlu merujuk kandaungan kontrak dan elok dibaca bersama peguam, jika saudara tidak mempunyai bajet untuk peguam, tindakan terbaik adalah dengan merujuk dan memfailkan aduan di Tuntutan Tribunal Pengguna malaysia.

Dari sudut Shariah pula, ustaz TV tersebut perlu dimaklumakan akan apa yang berlaku. Jika buku masih belum diterbitkan, batalkan sahaja kontrak dan pergi ke penerbit lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

02 Disember 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #14 EL-SUNNI 2008-04-30 15:34
8) Hak cipta adalah harta intelek seseorang karyawan buku. Bahan tulisan adalah ilmu yang wajib disebar kepada ummah. Walau bagaimanapun hasil usaha dan titik peluh menyebarkan ilmu dengan apa cara sekalipun wajib pula dihargai oleh pihak terbabit seperti penerbit, penganjur ceramah dan sebagainya. Jangan pula pihak terbabit cuai mengambil tanggungjawab sebab nabi berpesan berilah upah sebelum kering peluhnya. Sering kali urusan atas nama agama/dakwah dipandang kerja kebajikan/ikhlas yang tak perlu dibayar sewajarnya.
Quote
0 #13 ibnu_uthman 2007-12-10 21:34
asslamaulaikum....

Itu bukan ustaz tapi rasa baru nak stat....jadi jahat
Quote
0 #12 Nice 2007-12-09 02:09
Nice! :D
Quote
0 #11 TROY 2007-12-05 18:10
ASSALAMUALAIKUM

SAUDARA.....

Saya beru berkesempatan melihat artikel saudara wahbah hari ini. Mengikut pemahaman saya, saudara ada menyatakan bahawa saudara telah menulis puluhan skrip islamik sebelum ini.

Saudara juga memaklumkan bahawa saudara telah memberi skrip saudara kepada sebuah syarikat penerbitan ternama tanahair. Yang menjadi tandatanya ialah:

Jika benar saudara telah menghasilkan puluhan skrip islamik, mengapakan penerbit tersebut bertindak seolah - oleh 'tidak bijak' kerana masih ingin menggandingkan saudara dengan nama penulis - penulis besar??

Adakah saudara tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri???saya sendiri sebagai seorang pembaca akan membeli hasil - hasil penulisan tokoh - tokoh terkenal kerana pada peandangan saya, saya akan lebih yakin untuk membaca hasil tulisan mereka.

Mengapakah saudara bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan syarikat terbabit? adakah saudara tidak meneliti terlebih dahulu isi kandungan kontrak tersebut??

Sekiranya saudara merasakan diri saudara telah dianiaya, dan buku tersebut masih diterbitkan, saudara batalkanlah kontak tersebut dan beralihlah kepada publisher yang lain. saya percaya ada banyak lagi publisher yang akan dapat membantu saudara dari segi royalti kerana apa yang saya faham disini, matlamat saudara untuk menulis buku - buku islamik ini hanyalah untuk mendapatkan royalti semata - mata.

harap maaf sekiranya kata - kata ini menyinggung saudara. saya percaya yang saudara ada bakat untuk menulis dan boleh pergi jauh dalam bidang ini. semoga ada rezeki yang berkat untuk saudara.

sekian, wassalam
Quote
0 #10 Tak setuju12 2007-12-05 02:11
Tahniah saudara kerana berjuang di jalan Allah untuk menulis buku-buku islamik yang berguna kepada umat Islam.

Tetapi,Sebagai org yg banyak menulis buku agama, sudah tentu saudara mengamalkannya dan bukan sekadar menulis utuk mendapatkan duit.

Kerana besar dosanya jika menjual agama kerana dunia. Saya pasti saudara banyak memberi nasihat amal makruf nahi mungkar dalam buku-buku islamik saudara.

Bagaimana pula saudara boleh menuduh orang sesuka hati dengan gelaran yang begitu hina, PELACUR?

Walaupun dia salah, saudara tidak berhak menghina dia sebagai pelacur...ini bukan sikap mukmin dan ajaran dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Fikirkanlah. sekadar menegur sesama islam. Saya tak mahu, umat islam dicemari dengan orang yang pandai berkata-kata dan mengajak orang kearah agama, tetapi diri sendiri hancur.

Maafkan jika terkasar, tetapi ambillah nasihat ini dari sudut fositif demi agama Islam tercinta. jgn biarkan emosi menyebabkan kita dipandang hina.
Quote
0 #9 Muliaddie 2007-12-04 18:14
Sgt bersetuju dgn pandangan ustaz, sebab bila kita membeli buku, kdg2 kita tidak kenal keupayaan penulis tapi kerana testimoni yang diberikan oleh ustaz2 yg dilantik, memberi keyakinan untuk kita membeli buku tersebut.

Diharap ustaz2 yg dilantik memberi komentar ikhlas dan benar2 layak supaya tidak timbul keraguan spt komen UZAR.
Quote
0 #8 Syafinaz Ahmad 2007-12-04 18:13
Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada beberapa kemusykilan berkaitan masalah saudara/i wahbah.

1. Tidakkah saudara/i membaca kontrak / agreement di antara saudara/i dengan pihak publisher? Sekiranya didapati ia menzalimi saudara/i, mengapakah masih diteruskan perjanjian tersebut?

2. Siapakah yang menanggung kos penerbitan/percetakan buku tulisan saudara/i? pihak syarikat atau pihak saudara/i sendiri?

3. Bagaimana pula sekiranya buku saudara/i tidak terjual. Siapakah yang bakal menanggung kerugian tersebut? Saudara/i atau pihak syarikat? Adakah nama saudara/i sudah cukup kuat untuk memastikan buku tersebut laris di pasaran?

Pendapat saya...

Trend menggunakan nama2 besar untuk melariskan sesebuah nukilan bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia penerbitan.

Malah nama2 besar yang wujud sekarang juga bermula sebagaimana saudara/i bermula dalam bidang penulisan.

Saya yakin, apabila nama saudara/i sudah cukup kuat dalam bidang ini, mana-mana pihak pun sudah pasti yakin untuk mengambil saudara/i menulis untuk syarikat mereka.

Namun begitu, saya juga 100% tidak bersetuju sekiranya pihak syarikat merompak hasil penulisan saudara/i! (tanpa persetujuan/pengetahuan saudara/i wahbah).

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk saudara/i.

Semoga usaha kita untuk memeriahkan dunia penerbitan Islam akan mendapat restu dari Allah s.w.t.

S.A
:P
Quote
0 #7 wahbah Zuhaily 2007-12-03 20:29
Asaalamualaikom

Kepada sahabat-sahabat yang memberikan komentar tentang masalah saya, ribuan terima kasih.

Saya terfikir, mungkin sudah tiba masanya kita penulis2 Islam ini mempunyai kumpulan atau perubuhan yang kuat dan boleh menjaga kebajikan kita.

Ia juga boleh berperanan mengumpulkan tenaga untuk menghasilkan karya2 besar. Saya sendiri sekarang sedang mengusahakan tafsir al-Quran.

Bayangkan malaysia negara Islam, tidak mempunyai walau satu pun tafsir al-Quran sendiri.... yang ada hanya dari indonesia dan singapura dan lain2.

Selain itu, kita juga boleh jadi markaz untuk menemukan punlisher dan penulis. Uruskan agrement mengikut undang2, royalti yang adil dan khidmat nasihat .

Sudah tentu kita juga boleh senaraihitamkan publisher yang "lintah darat"

apa pandangan anda?
Quote
0 #6 Shamsuddin Kadir 2007-12-03 17:41
Salam Ustaz,

Saya selaku seorang penulis buku bersetuju dengan pandangan Ustaz agar penulis berkenaan mencari penerbit lain yang bertindak secara adil.

Sekurang-kurangnya Allah menampakkan keburukan penerbit itu, sebelum kita menghantar ke semua manuskrip yang telah kita siapkan.

Terima Kasih
Shamsuddin Abdul Kadir
Quote
0 #5 Asrul 2007-12-03 17:40
Salam,

Saya belum baca sepenuhnya artikel ini lagi, cuma saya baca mukaddimahnya sahaj. Saya harapkan kepada penulis-penulis buku agama, carilah syarikat penerbit buku yang bagus dan mengamalkan dasr islami seperti PTS dan Alaf 21 paling kurang...Apapun bagi saya PTS Islamik adalah terbaik untuk penulis buku agama.
Quote
0 #4 No Name 2007-12-03 17:35
Salam..

Kalau cam spt mutiara hati kata, saya rs cuba pulak bila sykt/org yg cetak rompak right awak tu awak wat camtu kat diorg.

Mean guna cara yg sama spt yg diorg wat kat awak dulu. Sy bkn nk minta awak balas dendam ke ape, tp bila saya di tmpt awak saya rs susah payah nk hasilkan sesuatu brgn bermutu last2 kena cetak rompak..

Psl org kata dakwah itu right Allah saya cuma teringat 1 perkara dr kuliah ustaz di mukim saya, beliau kata begini. 'Saya bg kuliah ni bkn sbb nk duit tuan/puan sekalian. Ape yg saya sampaikan ni, Allah cuma pinjamkn ilmu tu kpd saya. Jadi, xpatut saya kenakan byrn ke ape2 ntuk ilmu yg saya sampaikan ni.'

Jadi di sini, kalau sykt tu copy buku2/artikel terbitan awak byk2 then sedekah je kat masjid or org ramai, xkisah lah sbb atas usaha dakwah diorg kata. Tp, ni dh la diorg cetak rompak right awak kemudian JUAL pulak kat org lain mmg terang2 nk kaut untung atas angin je!
Quote
0 #3 gladiator 2007-12-03 17:34
Assalamualaikom

Syukran Ustaz di atas jawapan yang panjang lebar dan sangat membantu ini. Untuk maklumat, saya masih berjuang untuk mempertahankan hak saya, semoga Allah membukakan hati penerbit ini untuk menerima pendapat saya. Kerana penerbit ini tidak mempunya background agama yang kuat, tetapi dia mendapat nasihat dari seorang lagi penasihat di syarikat ini yang lulusan agama dan pensyarah.

So saya harap dapat dalil dan hujan yang Tuan berikan dapat saya gunakan untuk menegakkan keadilan untuk saya dan semua penulis2 lain.

Selain itu satu lagi persoalan yang sering tidak memihak kepada penulis terutama yang tidak ternama, ROYALTY.

Apakah ada sebarang undang2 yang menetapkan royalti sesuatu bahan karya, misalnya apakah ada had maksimum dan minimum. kerana sekrang ni, seorang penulis hanya mendapat dalam 50 sen satu buku. Dimana saya perlu mengadu berkenaan dengan royalti ini.

Tentang Ustaz TV, ya dia sedia maklum namanya digunakan untuk melariskan jualan dan dia bersetuju dengan syarat dia dapat royalti daripada buku tersebut.

Selalunya lebih banyak daripada penulis sendiri. Malah semua bukunya dipasaran bukan ditulis oleh sendiri. Tapi dia menjaja di TV dan akhbar dia yang buat..., So rasanya perumpamaan pelacur adalah terlalu lembut!

terima kasih Ustaz
wasalam
Quote
0 #2 mutiara hati 2007-12-03 03:35
salam ustaz,

Nak minta view ustaz..
Isu rakam rompak yg berleluasa oleh penjual vcd ceramah atau nasyid yg dirakam rompak...
Mrk ber'fatwa' bhw itu isu agama so tiada hak cipta , ia adalah hak Allah..

Ana pernah terserempak dgn vcd yg dicetak rompak then diberi pakej baru dgn tertulis beli sambil derma dgn tadika sekian2...

Sedang syarikat ana yg punya rights tersebut tidak pernah dirujuk...Ana pun sering terjumpa produk nasyid yg dictak rompak berleluasa dan mendapat minat org ramai...

Harap dapat pandangan ustaz..
wasslam
Quote
0 #1 Penerbit vcd islam 2007-12-03 03:34
:D

Salam ustaz, ana nak minta pandangan ustaz tindakan peniaga vcd yg cetak rompak vcd dan cd dengan alasan bhw dakwah adalah rights Allah...lalu mereka mengondol semahu-mahu tanpa minta izin dgn kami selaku penerbit...

wassalam.right Allah
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Ruangan Iklan










RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 43 guests
You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Nama Tokoh Untuk Lariskan Buku : Teknik Promosi @ Zalimi Penulis ?