Soal Jawab & Isu Pilihan Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung & Komisyen Wakil

Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung & Komisyen Wakil

  • PDF
(14 votes, average 4.14 out of 5)

Pinjam Kemudian Jual, Ambil

Untung  & Komisyen Wakil

Jawapan oleh : UZAR

Menjual Sebelum Miliki Adalah Ditegah

SOALAN

Saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu.

Tiada akad jual beli lagi kerana dia belum kata nak beli dan belum bagi duit pada saya lagi. Esoknya dia jumpa saya kata dia dah jual kepada anak kawan dia B, dengan harga RM35.

Persoalannya adakah keuntungan yang diambil oleh kawan saya itu dikira RIBA' kerana antara saya dan dia belum lagi berlaku akad jual beli sedangkan dia sudah menjual beg itu kepada kawan dia dengan harga yang lebih tinggi? Harap ustaz dapat jelaskan. Terimakasih

- Melalui ruangan komentar -

Jawapan UZAR :

Sebelum saya menjawab soalan anda, ingin saya terangkan bahawa apa yang anda sebutkan iaitu :

"Saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu. "

Isu Pertama : Jika Rosak Dalam Simpanan

Walaupun tidak ditanya tetapi anda perlu tahu kesan hukum dalam pinjaman ini jika beg tersebut rosak dalam simpanan anda. Ia dinamakan sebagai "Qabdu As-Saum"  قبض  السوم    di dalam istilah Fiqh, dari sudut jenisnya, ia termasuk dalam kategori "Yad Ad-Dhaman"; kesannya adalah jika barang itu rosak semasa dalam pegangan anda, anda perlu gantikannya walau apa jua sebabnya, termasuklah jika berlaku sesuatu yang bukan kelalaian anda seperti tiba-tiba banjir sehingga beg tersebut rosak. Jika ia dicuri, anda juga perlu menggantikannya sama ada mengganti dengan barang yang sama atau harganya [1]  kepada pemilik yang membenarkan anda membawa balik tadi.

Kaedahnya adalah : -

الضمان عبارة عن ردّ مثل الهالك إن كان مثلياً وقيمته إن كان قيمياً

Ertinya : Tangan ad-Dhaman membawa keperluan menggantikan serupa dengan apa yang rosak (jika ia dari jenis harta Misliah (yang serupa antara satu sama lain seperti beras dengan beras yang lain), dan perlu diganti nilainya jika ia dari jenis harta "qimiah" (seperti kambing yang tidak sama antara satu sama lain) [2]

Isu Kedua : Peminjam Jual Dengan Harga Lebih Tinggi Tanpa Makluman

Dalam isu kedua ini, keuntungan yang diperolehi kawan anda itu bukanlah riba,tetapi ia termasuk dalam kategori larangan kerana menjual benda yang tidak dimiliki olehnya lagi.

Namun mungkin ada yang akan mengatakan bahawa situasi yang berlaku kepada anda tadi boleh dianggap sebagai seperti Bai Al-Fudhuli atau belian tanpa disuruh. Contoh : Adik anda beli buku tanpa anda suruh dan kemudian dia datang kepada anda dan minta anda bayar harga buku itu kerana buku itu dibeli bagi pihak anda kerana katanya dia pasti anda akan beli jika anda jumpa buku itu atau lain-lain sebab.

Hukum : Dalam konteks contoh di atas, belian al-Fudhuli ini dianggap mawquf atau hukumnya tertakluk kepada persetujuan anda. Jika anda setuju, ia sah dan halal serta perlulah anda membayar kepada adik anda itu. Jika anda tidak setuju, adik anda perlu menanggung sendiri kosnya dan buku itu miliknya.

Tetapi : Dalam konteks apa yang berlaku kepada anda, pada hemat saya ia tidak boleh disamakan dengan bai al-Fudhuli berdasarkan hadis berikut :-

قال يا رَسُولَ اللَّهِ يَأْتِينِي الرَّجُلُ فَيُرِيدُ مِنِّي الْبَيْعَ ليس عِنْدِي أَفَأَبْتَاعُهُ له من السُّوقِ

فقال لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : "Wahai Rasulullah : Telah datang kepada aku seorang lelaki dan ia ingin dari untuk menjualkan kepadanya sesuatu yang tidak aku miliki, adakah boleh untukku menjual kepadanya apa yang ada di pasar, Baginda menjawab : Jangan kamu menjual benda yang belum kamu miliki" [3]

Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi :

دليل على تحريم بيع ما ليس في ملك الإنسان ولا داخلا تحت مقدرته وقد استثنى من ذلك السلم فتكون أدلة جوازه مخصصة لهذا العموم

Ertinya : Hadis ini dalil haramnya jual benda yang tidak dimiliki dan tidak termasuk dibawah milik dan kemampuannya, diberikan penegecualin dalam bab Bai ‘ As-Salam  kerana terdapat dalil khusus yang mengecualikannya dari umum hadis ini. (Tuhfatul Ahwazi)

Beliau menjelaskan lagi, haram menjual sesuatu yang belum di dalam milik anda tatkala aqad jualan dibuat.

Inilah yang berlaku dalam kes dan soalan anda. Peminjam tersbeut telah menjualnya sebelum membeli dari anda.

Kaedah Jadikannya Halal

Padahal amat mudah untuk mengelakkan transaksi tadi dari menjadi tidak sah iaitu, dengan melakukan salah satu antara dua perkara ini :-

a) Peminjam tadi boleh dengan segera menghubungi anda sebelum menjual dan membeli melalui telefon sahaja, aqad juga melalui telefon. Sejurus anda menjual dan dia membeli dari telefon, dia terus halal untuk menjualkannya kepada adiknya walalupun dia belum lagi membayar apa-apa kepada anda.

b) Jika anda tidak ingin menjualkan kepadanya, melalui telefon juga, anda boleh mewakilkannya atau appoint him/her as an agent. Dengan aqad itu, dia telah menjadi wakil anda, tatkala itu halal baginya menjual kepada adiknya. Adapun untuk menjual dengan harga berbeza iaitu RM 35 sedangkan harga asalnya RM 30. Ia boleh menjadi halal dan haram dalam keadaan berikut :-

  • Haram : Anda selaku pemilik mewakilkannya untuk menjual dengan harga tertentu iaitu RM 30 dan telah disebutkan bahawa komisyennya sebagai agent adalah 10 % dari harga tersebut. Tiba-tiba ia degil atau secara senyap menjual dengan harga yang lebih tinggi seperti RM 35. Tatkala itu RM 5 adalah tidak sah. Jenis pewakilan ini disebut : ‘Wakalah Muqayyadah', apabila ini berlaku bermakna agent anda telah breach atau mengkhianati kontrak wakil.
  • Kecuali jika wakil itu berjaya menjual dengan harga lebih baik dari yang ditentukan seperti RM 35, lalu seluruh kos baru itu diserahkan kepada pemilik, dan komisyen wakil akan berubah kepada 10% dari RM 35 berbanding 10 % dari RM 30 sebelum ini. ketika itu ia adalah harus.[4]
  •  Halal : Anda selaku pemilik menwakilkannya untuk menjual tanpa menghadkan harga tertentu, seperti pemilik sebut "harganya RM 30, dan komisyen anda tertakluk kepada harga yang anda sendiri tentukan ketika jual, jika anda berjaya jual RM 40, maka RM 10 itu adalah komisyen anda, yang penting RM 30 adalah milik saya". Ini dinamakan Wakalah Mutlaqah dari sudut harga.

Dalam kes soalan anda, kesimpulannya adalah pendapatan kawan anda hasil jualan kepada anak kawannya adalah tidak sah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Feb 2008


 


[1] Majalah Al-Ahkam Al-‘Adliyah, no 416 ; Naylul Awtar, 5/297 ; Al-Muhazzab, 1/366

[2] Al-Hamwi ala Al-Ashbah Wa An-Nazair, 2/211

[3] Riwayat Abu Daud, no 3503, 3/283 ; At-Tirmizi : Hadis Hasan dan disetujui oleh Al-Munziri

[4] Majalah Al-Ahkam Al-‘Adliyah, no 1479 ; Al-‘Uqud Al-Musammah, Az-Zuhayli, hlm 287



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan





RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 43 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Pinjam Kemudian Jual, Ambil Untung & Komisyen Wakil