Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN
Saya ada menjalankan
perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu
universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate.
Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original,
harganya terlalu mahal.
Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang
menggunakan perisian pirate ini dan
harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....
JAWAPAN
Saya
rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia
adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam
sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru
kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila
software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang
tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah
haram, hasilnya juga haram.
Ia
adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami)
dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof
AL-Qaradawi.
DIA KAFIR
Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.
Hujjah
ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak
dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang
dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada
sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh
Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya
terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan
orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat
Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang
halal.
Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan
haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan
atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya
yang lepas.
PENGECUALIAN
Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -
a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)
b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.
c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.
Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.
Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.
Kembali
kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya
saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk
anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika
perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan
mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
10 Jun 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
1) kalau da fotostat buku2 tersebut, adakah masih kena beli buku yg sama, tp ori nya? tak membazir ke?
2) de duit, tp utk keperluan lain..n cuba utk mterhadkn penggunaan wang..mcm mana?
hrp ustaz dpt membantu..
syukran
ana ingin bertny, kalau ana da fotostat buku2 tersebut..mcm mana? perlu beli yg baru juga ke? tp, x membazir ke nk beli buku yg sama (tp ori nya) ..
n soalan lg, kita de duit, tp, duit tu utk keperluan lain, sbb kalau boleh cuba nk menjimatkn penggunaan kewangan.. mcm mana ustaz?
hrp ustaz dpt mberikn pjelasan bkaitan ini..
syukran ..
1. Apa hukum berkongsi bahan ilmiah yang ada hakcipta terpelihara?
Adakah sy perlu membuang kembali account2 tersebut dan membuat account yang baru?? Ataupun sy msih bleh menggunakan account2 tersebut?
Terima kasih..
Perlukah sy membuang akaun tersebut dan mendaftarkannya kembali??
Terima kasih,..
Microsoft sebenarnya hanya menjual lesen windows bukannya perisian. Buktinya, walaupun pengguna telah membeli CD Windows yang original, mereka dilarang mengubah source-code nya dan penguna itu hanya mempunyai 30 untuk mengaktifkan pengesahan OS mereka. Pengesahan OS itu bergantung kepada persamaan serial-key dalam database mereka dan code-code lain. Hal ini mungkin sama contohnya dengan lesen TV yang dikuatkuasa oleh kerajaan suatu ketika dahulu yang mana siaran TV adalah percuma tetapi pemilik tv perlu memiliki lesen tv. Jika tiada lesen, tv mereka akan disita.
Soalannya:-
Adakah menggunakan perisian windows yang dimuat turun dari internet yang mana pemilik asal cd windows itu berkongsi CDnya kepada umum dikira sebagai haram?
Hakcipta Microsoft Windows adalah terpelihara disebabkan source-code nya adalah tertutup. Apa yang berlaku sekarang adalah manipulasi 'free trial 30 days' yang mana Crackers hanya mengubah 'timing program' menjadikan windows itu boleh digunakan lebih daripada 30 hari. Apa pendapat ustaz? Saya tidak nampak pelanggaran hak cipta melainkan sedikit manipulasi di atas kelemahan system windows itu.
salam ustaz,
adakah perlu diselidik segala perisian dalam komputer, ,kerana kita menggunakannya untuk tujuan perniagaan, mengkormesialka nnya, contohnya membuka cybercafe
sudah tentu kita boleh agak benda itu adalah yang cetak rompak kerana jika original , sudah tentu dibagi cap lesenya , dan perbezaan harganya dalah sangat2 jauh
sekian, terima kasih
cuba ustaz baca pendapat ustaz azhar ni,
sekian, terima kasih
Terima kasih banyak2 kerana maklumat ini. Kini saya lebih tenang untuk membeli laptop.
UZAR : Windows HOME lesennya tidak membenarkan penggunaan untuk tujuan komersil walaupun original
ye ke?
abis perbahasan berkaitan copyright oleh fuqaha' tu takkan la perbahasan kosong...
saya ingin mejalankan perniagaan pusat internet, soalan saya perisian windows yg mana perlu sy beli, adakah windows home atau professional.
terima kasih
UZAR : kedua-duanya boleh asalkan original. Tiada isu pakai home office utk bisnes.
kemudian abah beri saya laptop itu memandangkan saya lebih memerlukan untuk pengajian di universiti..
saya gunakan untuk buat asaimen, cari duit(meniaga), main facebook dll..
soalan: adakah saya berdosa? bagaimana saya nak tebus harta yg saya dapat hasil dari menggunakan laptop tu?bolehkan saya tebus harta itu dengan memsedekahkan duit dengan nilai harga laptop tu ke jalan dakwah?
terima kasih ustaz, harap ustaz terbaca soalan ni,
Pastinya tesis saya ada saham2 dosa & haram. Soalan saya, apakah jalan terbaik untuk *membersihkan* tesis saya dan memastikan rezeki yg saya peroleh dengan menggunakan tesis tu halal sepenuhnya?
Terima kasih.
saya dapati ramai sekarang yang suka download cerita2, lagu2, ayat2 quran dan sebagainya dari internet, dan ramai juga dari kalangan orang yang berilmu agama yang melakukannya. minta penjelasan ustaz adakah boleh walaupun hanya untuk hiburan diri sendiri dan bukan untuk sebarang keuntungan? bukankah ia termasuk dalam istilah mencuri hak orang lain?
sekian
wassalam
Isu ini terlalu meluas zaman ini..sedikit pertanyaan dari saya, bagaimana pulak jika kita penerbit sebuah majalah atau lebih mudah lagi sekarang ini website dan blog, kita mempunyai ruang iklan..
Apa yg menjadi persoalannya penyewa ruang iklan kita tu sebuah syarikat yang menggunakan software cetak rompak dlm perniagaan mereka, atau mereka menjual barangan cetak rompak sedangkan kita mengiklankan perniagaan mereka di website atau blog kita..dan hasil sewaan itu kita ambil.. Apa pula pandangan Ustaz dan jika boleh di hujahkan sedikit...
Terima Kasih..
saya ada seorang kenalan yang berkata dia nak seludup barang dar THAILAND...
dia kata tak pe kita lari dari KASTAM dan CUKAI kerana tu cume kerenah pemerintah, dulu zaman NABI S.A.W. tak ada pun cukai-cukai ni. masa nabi berniaga ke SYAM, tak depun kena banyar cukai, jadi apa salahnya seludup...
saya ada bagi tahu dia mengenai ayat QURAN an-nisa', 4:59... tapi dia kata ulil amri tu just utk yang fully amalkan islam...
pening jugak nak menjawab ni...
Ustaz saya nak tanya, saya menjual handbag tiruan. apa pandangan ustaz.
Bagaimana dengan menjual baju @ jersi bolasepak tiruan yg dibeli dr thailand pada (harga RM 25) dgn kadar untung RM5/10 sehelai?Brg2 tu jelas cop MADE IN THAILAND..Kalau yg original dlm RM 200 keatas..Harap dpt penjelasan ustaz.t/kasih
Bagaimana pula software/skrip yang mulanya telah dibeli secara sah kemudian telah diubahsuai sesuai untuk kegunaan tempatan contohnya telah ditokok tambah fungsi dan dialih bahasa adakah perlu mendapatkan lesen baru setiap kali ingin dijual sedangkan keadaan asal berlainan dari yang telah diubah suai.
Terima Kasih
UZAR : boleh la setakat dengar sendiri.
Tapi saya nak minta pandangan Ustaz; ada yang beritahu saya, jika boleh, setelah kita bakar tu, sebolehnya cari tempat khas untuk ditanam bahan-bahan yang dibakar tu. Dan kalau boleh, pastikan tempat yang ditanam tu, tak akan dilangkah oleh sesiapa. Jadi, apa pandangan Ustaz tentang semua ini?
p/s: maafkan saya, kalau saya tersalah memberi makluman.
RSS feed for comments to this post