Tuduhan Zina & Liwat : Boleh
Percaya Atau Tidak ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
- Beraqal
- Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
- Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
- Beraqal
- Baligh
- Islam
- Merdeka diri
- BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
Ertinya : dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi,
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.
TAMBAHAN
Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan bekas Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
S.S Dr Mufti Perlis ( sekarang bekas) dinyatakan berkata :-
"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." ( Sumber )
Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut
Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.
NOTA : cuba dengarkan ulasan ringkas saya dalam hal ini di video ini bermula minit 6:57.
Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.
Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.
Kesimpulannya, begini :-
1- Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.
2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)
3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.
4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.
5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.
6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.
7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.
Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
29 Jun 2008
DIHIGHLIGHT KEMBALI ARTIKEL ALAM INI DISEBABKAN KEHNAGATAN ISU INI DI KETIKA INI. ( ulang siar pada4 Feb 2010)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Sy dh brkahwin.Tp sejak akhir2 ni byk penyesalan dtg dlm hati sy.Sy byk dosa.Antara yg sy sesalkn sy dh rugi usia muda krn cinta pd manusia(sekaran g suami sy).Ke2 sy sedih sbb sy x bersihkan diri,x buat solat taubat n x buat solat istikharah sebelum saya berkahwin.Sy juga gagal mempersiapkan diri dgn ilmu2 Allah sebelum berkahwin. Selepas berkahwin sy gagal bimbing suami ke jalan Allah,gagal jadi cth dan isteri yg baik pada dia.Tapi sy terlalu sayangkan dia.Sy selalu x sabar,dan sering buat dia marah. Sy berdoa jika ada wanita yg dpt membimbing suami sy ke jalan Allah sy sanggup membenarkannya.
Seperkara ustaz, bolehkah solat istikharah dibuat bagi yg dah berkahwin mcm sy utk tetapkan hati sy dengan jodoh sy ni? Sy mmg terlalu sygkan suami sy, tp saat ni sy rasa sy nk dekatkn dulu diri pd Allah. Sy nk belajar menyintai Allah dan Nabi Muhammad SAW melebihi segala2nya. Saya tak pasti apa yg patut sy lakukan.
apakah hukum bagi situasi sy ni ust:
sy seorg lelaki yg berumur 19thn...sy pena lakukn perkara yg sangt terkutuk,sy da berazam & bertaubat...tp,sy masih berminat buat bnda tu lagi...& kerap melakukn onani...sy sngt kecewa dgn keadaan diri sy yg sngt kotor dgn dosa2 yg entah bila sy dpt perbaiki 100%..apakh patut sy buat utk perbaiki diri sy yg sangt kotor ni...
sy x pena tingl solat,solat sunat pun sy dpt istiqomahkn..solat taubat..tp,sy masih dpt melakukn dosa besar tu...
muda2hn ust dpt mberi sy motivasi utk jadi hamba Allah yg benar2 beriman
So that we can start to put something in our minds sebelum menuduh orang tak tentu pasal.....
perlu difahami bukan hukum hudud sahaja yang ada
masih ada lagi qazaf dan ta'zir
secara ringkas camni..
kena hudud jika penuduh dapat datangkan saksi 4 orang lelaki
tak cukup saksi bicara secara tertutup
ambil perhatian di sini
kalau ada aduan tidak digugur camtu je bila tak cukup saksi
kat sini yang lain2 tu boleh pakai
DNA, gambar, video dll
masa ni kena guna ta'zir
ada hukuman tapi tak seberat hudud
yang paling penting keputusan dan prosiding mahkamah tak boleh dihebah
kalau ada yang tahu pastu terpercaya/percaya pula orang tu bersalah walaupun disabit mahkamah dia bersalah
yang percaya tu boleh kena hukuman qazaf
sebab yang tahu siapa yang betul2 bersalah cuma pengadu, tertuduh, saksi yang tak cukup tu kalau ada dan Allah
so, qazaf tak semestinya kena pada penuduh palsu dan saksi palsu
kesimpulan apa yg sy dpt fahami ialah: mangsa rogol/liwat wlaupun tidak dpt mdatangkn 4 org saksi sebagai bukti (sabit hukuman HUDUD).. mangsa masih boleh mneruskn pendakwaan dgn mdatangkn bbrp bukti ln sprti bukti DNA, forensik dll (sabit hukuman TAKZIR)... bmakna mangsa masih boleh mdptkn keadilan wlaupun tiada 4 org saksi. Inilah keindahan hukum Syariat Islam yg jarang2 dpt difahami malah kebanyakan org asyik keliru. TERIMA KASIH UZAR.
so skg jika Dr MAZA memahami kaedah ini.. mengapa beliau boleh buat statement sprt ini plk:
"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
MCMN SEORG ILMUAN BLH BT STATEMENT [censored] MCM NI????
jangan kita mudah meletakkan kesalahan pada orang lain jika kita sendiri xtahu siapa yang salah... tapi Allah tahu...
menjaga keaiban orang laiin didunia, insyaAllah Allah akan jaga keaiban kita diakhirat... hukum islam memang dah jelas dan xkan berubah sampai kiamat... islam itu cantik, jadi sama2lah bercakap dan komen2 yang baik dan tidak menyinggung hati sesiapa... insyaAllah..
tindakan Saiful ada sebahgiannya menurut cara Islam dan sebahgiannya tidak. cuba baca ulasan Uzar dgn teliti, jgn mengikut emosi kepartian - ika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.
assalamualaikum , moga UZAR dan keluarga sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu..berkenaan saksi, ada org pernah cakap, kalo kena bawak 4 lelaki, maka mereka pon bersalah sebab x tolong perempuan/org yg dirogol...tengok je. harap ust boleh kongsi ilmu..
sape yg ckp camtu??dia blaja undang2 islam ke??
kalau da 4org laki tu tolong pmpn tu masa dia kena rogol, nape nk salahkn dorg lak?? nilah agenda org yg xsuka undang2 islam..ade je nk buruk-burukkan. kita plak yg da xpandai ni dgr je buta tuli..
hasil daripada melihat video ustaz zaharuddin dan dr asri.
yang berbezanya hanya keadaan dan suasana.
kesimpulan dari ustaz zaharuddin "rujuk no. 4"
dari dr asri "Dr Asri pula berkata, “Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan,” jelasnya."
saya bimbang sebenarnya hal-hal seperti ini akan mengundang perbalahan sedangkan pendapat sama tetapi hanya cara penyampaian yang berbeza.
semoga Allah swt memberkati kita semua.
UZAR : artikel ini ditulis lama dahulu, saya rasa mungkin Dr Asri dah ubah pendiriannya. atau beliau pernah menjelaskan kepada saya ketika di UK, beliau maksudkan apabila seseorg dah tidak yakin 100 % kepd sistem undang2 sedia ada, maka tak ada gunanya masuk mahkamah justeru yang relevan hanyalah mubahalah. Kalau begitu, saya sependapat dgn beliau wallahu'lam.
Terima kasih UZAR! Sesungguhnya artikel ustaz byk membuka mata saya dan Alhamdullilah..memperbaiki diri saya..
Smg kita berada dalam Lindungan ALLAH SWT..
1. saya sgt sedih dengan dunia politik negara kita. saya sagt meminati politik tp bila melihat semua ini saya menjadi sgt takut! takut diturunkan azab oleh Allah S.W.T.
2. Mulai skrg saya tidak mahu lagi memikirkan pasal politik M'sia dan saya nk bekerja kuat mengumpul rezeki utk saya dan keluarga supaya kalau apa2 berlaku di m'sia saya dpt bwk family saya ke negara yg lebih selamat. (sbb saya tahu org yg buat msalah nipun akn lari bla ada msalah besar mnmpa negara).
3. saya sedih tgok ustaz2 yg kdng byk berbeza pandangn. ya berbeza pandangn adlah rahmat dlm islam. tp saya tgok ustaz2 kita byk mgHIGLIGT perbezaan kepada media dan bukan utk dibincangkan spt dituntut oleh agama..
4. saya doa negara saya akan aman dan damai dan sentiasa dirahmati ALLAH. terus terang saya syngkan MALAYSIA, ORG MELAYU tp saya lbh sayangkan ISLAM....
Soalan: Ustaz bagaimana pula bukti melalui kajian scientifik? spt cap jari,DNA & air mani yang terbukti 99% benar.Serta bukti suara,video,gam bar dll..
adakah islam menolak bukti2 sains? utk dijadikan kes bukti? harap ustaz huraikan.. TQ
UZAR : kajian saintifik boleh jadi bahan bukti sabitkan kesalahan takzir dan bukan hudud. Demikian menurut majoriti ulama kontemporari.
cuba dengarkan video yang saya letakkan utk ketrenagan lanjut www.youtube.com/.../ bermula minit 6:57
syukron ustaz =)
Kalau tak pecaya Nuar liwat kan ke lebih baik dari pecaya ..
Sekarang kita tahu undang2 Malaysia tidak menggunakan sistem perundangan yang disyariatkan, malah undang2 syariah sendiri pun tidak memenuhi sepenuhnya tuntutan tersebut. Persoalannya, jika seseorang didapati bersalah dengan undang2 ini, bolehkah kita bersetuju sama, sedangkan ianya tidak diadili dengan sepatutnya seperti yang di kehendaki oleh tuntutan agama?
aku rasa ko ni kena masuk skolah agama belajar ilmu fiqh jinayat....jgn lupe belajar iqra' dan klu dah boleh baca iqra, boleh start blajar tafsir dan perhalusi makna2 dalam alquran...
isu sumpah itu ade bukan yang pasti betul.dan kalu kamu seorang islam kamu mesti tahu doa akan bimakbul selalu atau dimakbul di waktu akhirat kelak.
saya disini bukan seorang yang berpendidikan agama saya orang pertanian tertapi ilmu agama wajib bagi saya untuk menimba,sila faham hukum islam sebelum bagi komen
RSS feed for comments to this post