Soal Jawab & Isu Pilihan Jual Tudung Kepada Remaja Tak Sempurna Tutup Aurat

Jual Tudung Kepada Remaja Tak Sempurna Tutup Aurat

  • PDF
(11 votes, average 4.64 out of 5)

Hukum Jual Tudung  Kepada Remaja

Tak Sempurna Tutup Aurat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Soalan

a'kum uzar....saya betul-betul hendak tahu. Harap uzar dapat huraikan sedikit secara ringkas. Bulan Ramadhan ni saya ada niat nak jual tudung kepala tapi apa hukumnya kita jual tudung yang ramai wanita-wanita dan remaja-remaja sekarang yang memakai tudung bawal contohnya, kain tudung bidang  45, kalau dipakai pasti akan nampak leher dan telinga (sebab mungkin nipis sikit cuma tidaklah terlalu nipis), kadang-kadang  dada pun tak ditutup...harap sangat ustaz dapat jawab..hukum asal jual kan harus?.

-ruangan komentar- 

Tudung saji kah?

 

Jawapan

Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.

Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembel yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.

Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.

Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]

Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman[2] menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-

أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر

Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3]

Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.

Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. [4]

Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.[5]   

Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan menggunakannya untuk menutup auratnya dengan baik, maka jualan itu menjadi makruh.  



[1] Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islamiy wa Adillatuh, p. 5:3458

[2] Al-Buyu' Al-Darrah, hlm 265, cet Dar As-Salam

[3] Mukhtasar Al-Muzani, 1/84 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/334

[4] al Muhazzab, Al Syirazi,, 1/267, Mukhtasar al Tahawi, al Tahawi, hlm.280.

[5] Ibid, As-Syirazi, 1/267; Al-Majmu', 9/ 345



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Jual Tudung Kepada Remaja Tak Sempurna Tutup Aurat