Soal Jawab & Isu Pilihan Fahamilah : Tiada 'Pinjaman Secara Islam' di Bank Islam

Fahamilah : Tiada 'Pinjaman Secara Islam' di Bank Islam

  • PDF
(13 votes, average 5.00 out of 5)

Bank Islam Peniaga Bukan Pemberi Pinjam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ramai yang terkeliru apabila menyebut 'pinjaman secara Islam' apabila merujuk kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Hakikatnya, mereka semua silap, kerana produk bank Islam yang berasaskan pinjaman hampir tiada. Ini adalah kerana sesebuah 'pinjaman' Islam tidak boleh sama sekali dijadikan sebagai medium untuk meraih sebarang keuntungan. Pinjaman tidak lain hanya satu jenis kontrak belas ihsan, untuk menolong mereka yang susah secara percuma sahaja. Hasil dari itu, Allah swt menjanjikan mereka yang memberikan pinjaman tanpa sebarang caj dengan gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda.

Terlalu sedikit  produk bank-bank Islam yang didasari oleh aqad pinjaman, contoh seperti kad Caj oleh Ar-Rajhi Bank dan beberapa lain, yang lain semuanya bukan atas aqad pinjaman. Hasil dari itu, bank-bank Islam berusaha mencari pelbagai konsep lain yang lebih sesuai. Ternyata keuntungan secara halal boleh diperolehi tiga kaedah iaitu:-

 

1)       melalui aqad jual beli, termasuk sewaan

2)       melibatkan diri dalam sistem perkongsian pelaburan dari jenis Mudharabah atau Musharakah.

3)       Melalui konsep ujrah atau upah hasil sesuatu perkhidmatan yang diberi.

Namun begitu, menurut kebiasaanya ketiga-tiga konsep ini digunapakai oleh individu atau syarikat-syarikat persendirian atau biasa bagi memperolehi untung. Ia ternyata amat sesuai dan tepat untuk digunakan oleh industri tersebut.

Oleh kerana sifat dan fungsi sebuah bank berbeza dengan sebuah syarikat jualan biasa, sambil menyedari ketiga-tiga konsep sahaja yang ada bagi membolehkan sesebuah bank untuk memperolehi keuntungan, pihak bank cuba mengadaptasikan konsep-konsep tersebut bagi menyesuaikannya dengan sifat sebuah bank di zaman moden ini. Sebuah bank pada asasnya berfungsi sebagai pemberi pinjaman, itu adalah dalam konteks sebuah bank riba, maka fungsi itu terpaksa ditukar kepada bank Islam sebagai pembiaya yang juga bersifat sebagai 'trader', iaitu penjual dan pembeli.

Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada pembiaya dan penjual serta pembeli, bank-bank Islam banyak menghadapi cabaran undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.

CARA BANK ISLAM

Dalam tulisan ini, saya akan cuba mendedahkan dengan ringkas salah satu cara yang cuba digunapakai oleh sebuah bank Islam bagi menjalankan fungsinya sebagai pembiaya dan juga trader.

Caranya adalah dengan memperkenalkan konsep jualan secara Murabahah. Bagi mengadun kontrak Murabahah  agar ia dapat disesuaikan dengan peranan asas sebuah bank iaitu sebagai pembiaya, financier atau orang tengah (intermediaries) yang pada hakikatnya tetapi ingin bertransaksi seperti syarikat peniaga (trader), beberapa jenis pengadunan kontrak Murabahah  telah dibuat bagi tujuan itu. Ia seperti berikut :-

·         Produk pembiyaan aset atau modal (Financing): Murabahah  antara tiga pihak (Tri-partied Murabahah )

·         Produk Perbendaharaan (treasury) : Komoditi Murabahah

·         Produk pasaran modal (capital market) : Terbitan Sukuk Murabahah

Demikian tadi tiga contoh produk utama yang menggunakan konsep Murabahah  dalam tiga sektor utama perbankan. Namun dalam tulisan ini, saya hanya akan menyebut satu sahaja dari tiga produk tadi.

MURABAHAH DENGAN PIHAK YANG PINTA BELI (MURABAHAH LIL AMIR BISHIRA)

Murabahah  Lil Amir Bishira didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang mempunyai wang (biasanya bank) untuk membeli satu satu aset yang diingi pelanggan dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal (bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. (Al-Murabahah kama Tujrihi Al-masarif Al-Islamiah, Al-Qaradhawi)

Produk ini mempunyai bentuk idealnya dan mempunyai bentuk praktikal yang diamalkan oleh beberapa buah bank Islam di Malaysia. Kebiasaannya konsep ini digunakan untuk produk-produk runcit di bank-bank Islam (retail banking products).

Produk yang menggunakan asas Murabahah  biasanya boleh digunakan untuk pembiayaan aset seperti :

·           kereta, rumah, kapalterbang, kapal

·           alatan mesin untuk kegunaan kilang,

·           bangunan

·           tanah

·           hak cipta

·           hak pemilikan saham

dan lain-lain aset yang bersifat tangible dan intangible.

HUKUM

Majoriti ulama mengharuskan pembelian secara dalam bentuk ini dengan beberapa syarat yang mesti dijaga. Selain syarat-syarat Murabahah yang biasa, kontrak Murabahah antara tiga pihak ini punyai beberapa syarat tambahan, tanpanya jual beli ini dikira batal dan haram.

Keharusan jual beli ini telah lama disebut, khususnya oleh Imam As-Syafie :-

إذا أَرى الرجلُ الرجلَ سلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل، فالشراء جائز, والذي قال أربحك فيها بالخيار , إن شاء أحدث فيها بيعا وإن شاء تركه

 

Ertinya : Apabila seorang lelaki menunjukkan kepada seorang yang lain satu barang lalu berkata : Engkau belilah ia, dan aku akan beli dari kamu dengan tambahan beberapa jumlah untung buatmu, maka lelaki (pertama) itu membelinya, jual beli ini adalah harus, manakala lelaki yang berkata akau akan membeli darimu dengan untung( yang berjanji), adalah terbuka kepada pilihan, sama ada untuk membelinya atau menolaknya . (Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, 3/33)

Proses jual beli sebegini juga turut difatwakan oleh majoriti ulama semasa sebagai harus, termasuk majlis Syariah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) [1], Fatwa muktamar Perbankan Islam kedua di Kuwait tahun 1983 dan juga Akademi Fiqh OIC dalam sidang mereka yang kelima pada tahun 1988.

Antara syarat bagi menjadikannya halal sebagaimana yang dijelaskan secara ringkas dalam resolusi akademi Fiqh OIC adalah ( rujuk Qararat wa tawsiat, Akademi Fiqh OIC, Dar al-Qalam):-

أولاً : أن بيع المرابحة للآمر بالشراء إذا وقع على سلعة بعد دخولها في ملك المأمور ، وحصول القبض المطلوب شرعاً ، هو بيع جائز ، طالما كانت تقع على المأمور مسؤولية التلف قبل التسليم ، وتبعة الرد بالعيب الخفي ونحوه من موجبات الرد بعد التسليم ، وتوافرت شروط البيع وانتفت موانعه .

ثانياً : الوعد - وهو الذي يصدر من الآمر أو المأمور على وجه الانفراد - يكون ملزماً للواعد ديانة إلا لعذر

ثالثا : المواعدة - وهي التي تصدر من الطرفين - تجوز في بيع المرابحة بشرط الخيار للمتواعدين ، كليهما أو أحدهما ، فإذا لم يكن هناك خيار فإنها لا تجوز ، لأن المواعدة الملزمة في بيع المرابحة تشبه البيع نفسه ، حيث يشترط عندئذ أن يكون البائع مالكاً للمبيع حتى لا تكون هناك مخالفة لنهي النبي عن بيع الإنسان ما ليس عنده

Ertinya :

Pertama : Jualan ini apabila berlaku ke atas satu asset, diwajibkan pihak pembeli (bank) untuk memiliknya dengan pemilikan sah menurut hukum syara, maka tatakala itu ia jualbeli yang sah. Iaitu selagi mana pihak yang diminta (biasanya bank) menanggung tanggungjawab dan risiko jika aset rosak sebelum dijual (serahan) kepada pelanggan, dan juga bertanggung jawab untuk menerimanya jika dipulangkan kerana terdapat ‘aib yang tersembunyi pada asset dan sebab-sebab yang mewajibkan pengembalian semula setelah diserah kepada pembeli.

 

Kedua : Janji : iaitu yang diberikan oleh peminta (pelanggan) kepada yang diminta ( bank), janji ini bersifat mengikat (mulzim) ke atas yang member janji dari sudut agama kecuali jika terdapat keuzuran sebenar

 

Ketiga : Kedua pihak saling berjanji : Iaitu janji yang diberikan oleh kedau-dua belah pihak (pihak peminta janji akan beli dan yang diminta janji akan jual), ia adalah harus dengan syarat kedua pihak bebas dan boleh memilih (sama ada untuk meneruskan atau membatalkan), jika kedua belah pihak terikat dan tidak boleh membatalkan janji mereka, tatkala itu janji kedua belah pihak menjadi tidak harus (kontrak batal dan haram), kerana saling berjanji untuk membeli dan menjual adalah sama seperti kontrak jual beli, yang ketika itu memerlukan penjual telah memiliki aset, agar mereka tidak jatuh ke dalam larangan menjual sesuatu sebelum memilikinya.

Kesimpulannya, jual beli secara murabahah ini boleh dan halal dilaksanakan oleh bank-bank Islam dengan syarat-syarat khusus yang disebutkan di dalam resolusi fatwa di atas ringkasannya :-

  • Bank mestilah telah membeli aset dan memilikinya sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Aset yang dijual oleh bank mestilah berada dalam jaminan pihak bank selaku penjual sekiranya terdapat kerosakan dan aib tersembunyi, justeru pihak pelanggan boleh memulangkannya kepada bank jika terdapat rosak.
  • Janji dari satu pihak adalah bersifat mengikat.
  • Janji dari dua pihak tidak boleh bersifat mengikat, kerana ia akan jatuh dalam jualan hutang dengan hutang dan jualan aset yang belum dimiliki.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

12 Mei 2009

 



[1] Ia adalah majlis Syariah yang paling berpengaruh di seluruh dunia dalam mengeluarkan fatwa berkaitan isu kewangan dan perbankan. Dan ahli majlis Syariah mereka dianggotai oleh 20 orang ualam yang paling berpengaruh di seluruh dunia. (rujuk http://www.aaoifi.com/sharia-board.html)



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #46 Hukum berkerja di bankAzri 2012-01-11 23:47
Salam,
Ustaz, apa kah hukumnya bekerja di institut kewangan/bank kovensional sebumbung dgn perbankan islam, spt maybank, rhb bank, public bank?
Adakah gaji di perolehi berunsurkan RIBA?
Sy Ada merujuk dgn pihak jakim, hukumnya harus, sy kurang pasti tentangnya? Boleh ustaz huraikan.
Quote
+1 #45 Pinjaman keretaazman 2011-12-23 11:07
Quoting asma:
assalamialaikum ..
saya ingin bertanya, saya telah membeli kereta setahun yang lalu dengan pinjaman cimb konvensional..apabila saya sedar bahawa kita wajib menggunakan pinjaman islamic, saya telah berurusan dengan bank untuk berusaha menukarkannya kepada islamic loan. namaun pihak bank tidak boleh transfer kaedah pinjman. apa yang boleh saya buat adalah menjual kereta tersebut dan membelinya semula dengan kadar secondhand car. masalahnya sekarang, saya tidak mampu membayar lebihan pinjaman jika membuat refinance..pihak bank juga berkali2 menyatakan tidak ada perbezaan loan konvensional dan islamik. apakah langkah terbaik yang boleh saya lakukan ustaz. saya sangat berharap ustaz memberi penjelasan..

Maaf salah qoute. Masalah puan asma sama dengan masalah saya . Minta ustaz terangkan
Quote
0 #44 perbankan islamHamba Allah 2011-11-26 15:44
Assalamualaikum ya ust... cuma ana nak tanya ust berkenaan dengan perbankan islam.. adakah ust tahu selok - belok dengan terperinci proses perbankan islam di malaysia ini.. atau pun hanya menerima maklumat dari pihak bank itu sendiri tanpa siasat sendiri.. saya merasakan perkhidmatan di bank islam tidak beza dengan konvensional.. kenaper pembiayaan peribadi perlu ada masa yang specifik utk dibayar secara ansuran.. dan bila masa meningkat, total jumlah pun meningkat.. kenapakah tiada kelonggaran dalam tempoh bayaran ansuran dan kenapa jika ada kelonggaran jumlah bayaran balik meningkat apabila masa meningkat.. harap ustaz kaji sekali lagi masalah riba ini.. kerana ramai yang menggunakan ustaz punyer pendapat... saya risau ustaz yang akan menanggung beban dosa yang amat berat kelak..
Quote
+1 #43 pinjaman keretaasma 2011-11-22 23:49
assalamialaikum ..
saya ingin bertanya, saya telah membeli kereta setahun yang lalu dengan pinjaman cimb konvensional..apabila saya sedar bahawa kita wajib menggunakan pinjaman islamic, saya telah berurusan dengan bank untuk berusaha menukarkannya kepada islamic loan. namaun pihak bank tidak boleh transfer kaedah pinjman. apa yang boleh saya buat adalah menjual kereta tersebut dan membelinya semula dengan kadar secondhand car. masalahnya sekarang, saya tidak mampu membayar lebihan pinjaman jika membuat refinance..pihak bank juga berkali2 menyatakan tidak ada perbezaan loan konvensional dan islamik. apakah langkah terbaik yang boleh saya lakukan ustaz. saya sangat berharap ustaz memberi penjelasan..
Quote
+2 #42 Bayaran balik pinjaman..Puan Sue 2011-10-14 14:34
Assalamualaikum Ustaz,

Saya terlibat dengan riba dgn belian kereta secara konvensional dan juga bayaran minima beberapa kredit kad. Bebanan hutang yang meningkat termasuk 3 lagi pinjaman peribadi Islamik telah memaksa saya menggunakan AKPK sebagai cara untuk mengurangkan bayaran balik setiap bulan. Adakah saya berdosa berbuat demikian Ustaz? bila sebelum ini kerana bayaran balik yang terlalu banyak kepada bank, saya dan suami terpaksa bergantung hidup dgn kredit kad untuk tampung perbelanjaan keluarga. Saya juga telah berusaha mendapatkan pembiayaan dari Bank Islam yang lain tapi tidak berjaya. Saya insaf dan takut dgn dosa riba ini Ustaz. Adakah saya akan terus berdosa sehingga selesai hutang2 saya dibayar Ustaz? Mohon penjelasan Ustaz. Terima kasih. Wasallam
Quote
0 #41 PenindasanMuhammad 2011-06-11 14:12
Sistem ini masih mempunyai sifat yg sama dengan sistem konvensional kerana menindas pengguna. Jumalah yg perlu dibayar masih terlampau tinggi berbanding harga sebenar dan masih terdapat unsur interest yg bertambah dgn masa. Pada pendapat saya, seseorang perlu mempunyai pengetahuan dari akar umbi untuk mengulas isu ini, seseorang perlu mengetahui bagaimana wang dicipta terlebih dahulu. rujuk video ini, www.youtube.com/.../
Quote
+3 #40 bai al inahdaniel 2011-05-11 17:05
assalamualaikum ustaz,

soalan: Apakah hukum bagi pinjaman pelaburan ASB yg menggunakan konsep Bai al Inah seperti yg ditawarkan oleh Maybank islamic....mohon penjelasan lanjut...
Quote
0 #39 overwrite loanana 2011-04-27 00:03
as-salamualaikum :-) ,

saya ada buat pinjaman peribadi beberapa tahun lepas. kemudian saya ditawarkan untuk overwrite pinjaman tersebut untuk mengecilkan ansuran bulanan dan memanjangkan tempoh pinjaman dengan interest rate lebih rendah daripada yang terdahulu. mohon pandangan ustaz...
Quote
0 #38 Pembiayaan Peribadi BSN-Perbankan Islam...???sharkawi 2011-04-26 11:14
Salam ustaz..
Mohon pandangan mengenai pembiayaan peribadi BSN yang menggunakan prinsip Bai' al-Inah...berbanding dengan bank Islam yang lain, ia yang paling murah dan menawarkan tempoh sehingga 20 tahun..(cukup menarik)...adakah ia bebas daripada unsur riba' seperti produk bank Islam yg lain???syukran...
Quote
+2 #37 macamanana nak decide ..Konfius 2011-03-29 12:44
salam UZAR....

saya sebagai seorang yang cetek ilmu dalam bidang nie nak tanya skit berkenaan perkara ini. bila saya baca blog yang pro bank kesimpulan yang akan dapat berkenaan topik riba/asb/dll adalah harus/ok berkenaan topik tersebut siap dengan hujan/dalil/hadis/ yang mantap. macam tu jugak bila saya baca blog yg x pro bank kesimpulan yang saya dapat adalah haram siap dengan hujan/dalil/hadis/ yang mantap jugak..so saya sebagai insan biasa yang lemah nie (chewah ayat..) rasa pening la nak decice tentang topik2 yang hot macamnie..so macammana nak buat@decide..
Quote
+1 #36 CIMB Islamic Bankriah 2011-03-26 12:40
ustaz,
adakah CIMB Islamic bank mengamalkn perbankan islam atau sebaliknya?mohon penjelasan. t.kasih
Quote
0 #35 boleh tak saya guna kaedah yang sama?yassir 2011-01-27 22:19
Assalamualaikum .
ustaz boleh tak orang awam/saya guna konsep yang sama macam bank islam seperti berikut:

Rakan saya ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak RM10,000 selama lima 12 bulan. Transaksi bermula dengan saya menjual kereta (atau aset lain seperti bilik rumah)kepada rakan dengan harga tangguh sebanyak RM12 200. Rakan saya dikehendaki membayar balik RM1200 sebulan selama 12 bulan. Seterusnya, saya akan membeli balik aset yang dijualkannya tadi daripada rakan dengan harga RM10000 tunai. Dengan selesainya transaksi ini, rakan saya mendapat wang yang diperlukannya sebanyak RM10,000 dan saya pula mendapat bayaran daripada rakan sebanyak RM12200 termasuk keuntungannya berjumlah RM2200. Halalkan transaksi tersebut atau saya juga perlu melantik penasihat syariah?
Quote
-2 #34 Terang Lagi Bersuluhabu sara 2010-12-29 16:51
Assalamualaikum ,

Dengan segala hormatnya saya ingin meminta penjelasan dari ustaz mengenai Fractional Reserve Banking (FRB) dan Fiat Money. Bolehkah ustaz buktikan bahawa sistem perbankan Islam tidak mengamalkan kedua-dua unsur ini? Bukankankah operasi perbankan Islam bertunjangkan kepada dua unsur ini yang merupakan riba? Saya fikir, kita tidak perlu menjadi ahli fiqh muamalat untuk memahami kekalutan sistem perbankan Islam masa kini. Para peserta 1st World Conference on Riba baru-bari ini telah mendapat penerangan yang sewajarnya. Wallahu A'lam.

UZAR : dtg ke ceramah saya malam ni ( 29 Dis) di masjid ubudiyah atau saksikan live al-Kuliyyah TV3 jam 5-6 petang pada 31 Dis 2010.

Cuma satu nasihat saya, kalau gitu, sdr kena berhijrah ke bulan utk selamat dalam haram krn sistem pentadbiran demokrasi dan ekonomi dan perbankan semua tidak Islam. ke guano?

saya ada jwpannya ilmiahnya, tapi tiada kesempatan utk menulis buat masa ini. dtg dua program tu,inshaAllah akan duba dihurai ringkas. Lisan lebih mudah berbanding tulis.
Quote
0 #33 Perbankan Islamik atau Ekonomi IslamikAmshaliy 2010-12-29 14:37
Aslmkum.. Bagi ana pendapat Imran Husain adalah lebih baik kerana mendekati sunnah Rasulullah dan para sahabat. Sedang PI adalah olahan dari sistem ekonomi kapitalis. Kalau dilihat dari segi fiqh jual beli dsb, ustaz adalah lebih arif, tapi bagaimana kalau kita lihat dari aspek yang menyeluruh, menghalalkan sistem perbankan mengakibatkan sistem kehidupan yang sama seperti sistem kehidupan penjana kapitalis. Bukankah sebaiknya kita berusaha menghidupkan sistem ekonomi islamik dan bukan hanya sistem perbankan islamik. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan kekuatan dalam usaha melepaskan diri dari millah 'mereka'.

UZAR : dalam bab hukum, 'lebih baik' satu hal, 'halal' satu hal. jika nak bincang yg lebih baik..semua kita setuju tapi masalah kita ada org yang sewenangnya kata yang 'baik' itu haram. hanya yg 'lebih baik' shj yang halal. di situlah timbul masalah, krn tak mengaplikasikan ilmu usul fiqh..ada ketikanya, hanya yang 'baik' mampu dibuat dek kerana kita lemah dan tersekat oleh pelbagai halangan. tatkala itu jgn sembrono membantai.

Maslaah sh imran, dia sembrono membantai tanpa kajian terperinci.
Quote
+1 #32 Macamana nak selesai?Mohd Khairuddin Bin Othman 2010-09-29 20:32
Asslamualaikum w.b.t. Ustaz.
Secara ringkasnya.. saya telah membeli sebuah rumah diKlang pada harga Rm130 ribu sekitar tahun 2004.
Oleh kerana saya sudah bertukar kerja dan isteri saya sudah diberhentikan, saya tidak mampu lagi membayar installment bulanan sebanyak 900++ setiap bulan keran BLR pada waktu itu adalah 8.0++. Saya memohon utk refinance melalui bank yg sama baru baru ini kerana BLR telah turun hingga 4.8% dan dengan kiraan yg dibuat oleh pegawai berkenaan, saya hanya perlu bayar lbh kurang 700++ sebulan selama 25 thn lagi. Tetapi permohonan saya tidak berjaya dengan alasan saya telah disaman oleh bank yg lain sebagai guarentor. Persoalan saya adakah logik saya memohon untuk mendapat pinjaman baru dengan kadar rate yg lebih rendah dan bayaran bulan yg lebih rendah tidak diluluskan, tapi pihak bank sanggup lihat saya tidak mampu membuat bayaran bulanan dan akhirnya rumah saya ditarik oleh pihak bank tersebut? Apa kena mengena bank yang saya buat bayaran bulanan sekarang dengan bank lain yg saman saya tu sehingga permohonan saya untuk mengurangkan bayaran bulanan saya tidak diterima?

Minta tolong dari Ustaz. :-? :-?
Quote
0 #31 suMMu hAfIDzAh 2010-09-03 17:55
Bismillah. Ust. yang saya mau tanyakan apa
bekerja di Bank Indonesia di Indonesia, jg termasuk riba?
Quote
0 #30 persolan mengenai insuransacik 2010-08-12 19:36
salam ustaz.. selamat menjalani ibadah puasa saya ucapkan..
persoalan saya berkaitan dengan insurans. bagaimana hendak mengetahui insitusi yang menjual insurans itu mengikut cara islam?
kerana mereka katakan pelaburan mereka dikawal oleh syariah islam & jaminan wang tinggi apabila genap tempoh matang, adakah ini riba?..terima kasih
Quote
0 #29 pinjamanfaizal 2010-07-23 15:16
assalamualaikum ustaz...
sy ni seorg yg ingin memulakan perniagaan(bisn es). blh x ustaz bg cgdn yg terbak kpd sy ttg syarikat perbankkan manakah yg lbih sesuai utk sy buat pinjaman utk memulakan bisnes krana sy tkut trsilap utk buat pilihan sekiranya bank itu mgamalkan sistem riba atau sistem yg haram digunapakai... krana sy tkut sy mmbuat pnjman yg besar tapi haram.. sekian..
Quote
+3 #28 Update status terkini!!cikgu mie 2010-07-06 07:44
salam ya UZAR..
saya sebenarnya ingin bertanya status terkini sistem perbankan di malaysia setakat julai 2010 samaada ia masih sama seperti tahun tahun sebelum ini atau sudah ada cabang cabang lain yang mempunyai cara yang sah di sisi islam..khasnya dalam soal pinjaman peribadi bukannya pembiayaan peribadi..

ini kerana ada kawan kawan saya yang telah membuat pinjaman peribadi di bank islam berhad untuk tujuan perkahwinan mereka.menurut mereka cara pinjaman mereka adalah mengikut cara cara islam..pinjaman yang dibuat adalah berjumlah rm10ribu per 10 tahun.namun mereka hanya mendapat wang sebanyak rm9ribu lebih daripada pinjaman tersebut.kemudian mengikutnya lagi baki wang yang kurang tadi sebenarnya digunakan untuk beberapa perkara iaitu rm600 untuk cagaran dan akan dikembalikan semula kepada si peminjam di akhir masa pinjaman tadi di buat.rm200 lagi adalah untuk takaful.kemudian sejumlah wang lagi ada yang diambil sebagai upah pemprosesan dan mengurus pinjaman tersebut.kemudian jumlah akhir yang perlu dibayar oleh peminjam adalah rm11ribu.saya kemudian bertanya kenapa rm11ribu dan tidak rm10ribu seperti yang dipinjam,dia menjawab itu adalah kerana mengikut kadar pinjaman yang biasanya dikenakan.maksudnya kadar yang dikenakan oleh bank tersebut yang menyebabkan mereka perlu membayar rm11ribu.saya rasa UZAR faham maksud saya.selain itu kata mereka jumlah rm11ribu tadi boleh menjadi kurang sekiranya peminjam membayar semua pinjaman lebih cepat daripada tempoh masa yang ditetapkan.

saya kurang yakin walaupun mereka berkata memang ada akad yang menyatakan berapa yang mereka pinjam dan berapa yang mereka perlu bayar.

persoalannya ADAKAH LEBIHAN WANG YANG PERLU DIBAYAR ITU TIDAK DIANGGAP RIBA???
sepanjang pembelajaran saya dalam soal pinjaman peribadi ini SAYA TIDAK PERNAH MENGAKUI BAHAWA ADA PINJAMAN PERIBADI YANG MENGIKUT CARA ISLAM...jadi saya betul betul berharap UZAR mempu memberi sedikit panduan untuk saya terus berada di jalan yang lurus...
Quote
0 #27 pinjaman peribadi utk berkahwinabgLong 2010-03-31 02:50
Salam,

1)Ust,minta pandangan ust jika buat pinjaman peribadi utk berkahwin..adakah perkahwinan itu tidak mendapat keberkatan ALLAH SWT?

2)minta pandangan ust,saya ingin mendirikan rumah tgga dlm tahun ini,tetapi masalah keewangan keluarga saya amat meruncing..saya jg baru bekerja selepas manamatkan pengajian di universiti,apak ah cara yg terbaik buat saya?atau ada cara lain selain membuat pinjaman bank?
Quote
+1 #26 SEKADAR PANDANGANrais_81@yahoo.com 2010-02-09 17:08
Saya bersetuju dengan mr. Saya rasa ust perlu menghormati pandangan syeihk imran dan ust sendiri buktikan dan jelaskan apa yang diterangkan oleh syeikh imran hosein sebagai sesuatu yang tidak benar. Boleh ust buktikan. Syeikh imran mengatakan murabahah adalah backdoor riba. Ust perlu perjelaskan.. USt tak leh sekadar mempertikai dan mengatakan dia tidak duduk di bumi yang nyata. Pada saya syeikh imran lebih faham di bumi mana dia berpijak kerana beliau mempunyai latar belakang pengajian bahagian ekonomi di geneva. Saya rasa ust Bank Islam sama kes nya dengan ASB . Saya tak paham kena keuntungan yang di ambil bank islam melebihi dari konvesional. SEdangkan maqasid haram riba supaya tidak berlaku penindasan tetapi kenapa tujuan pengharaman riba tidak dapat dicapai dengan sistem islam yang ada pada bank islam. Ust tolong jelaskan.


UZAR : Syeikh Imran memang alim tapi bukan dalam fiqh muamalat, belajar ekonomi tak semestinya laim fiqh muamalat. saya dah jelaskan hal murabaha dalam lain-lain produk bank islam dalam dua tiga buah buku saya. itulah jwpnnya saya dan ia lengkap dan aplikasi dan bukti ia bukan back door riba tetapi aqad yang sah.
Quote
+1 #25 mencari yang halalAB RAHMAN BIN SANIB 2009-12-10 23:12
saya pernah berkerja di bank conventional selama hampir 20 thn. dan kemudian berhenti kerana mahu lari dari riba. Bayangkan keadaan ekonomi sekeluarga ketika itu. Kini saya bekerja di sebuah kilang dengan gaji yg. jauh lebih rendah tapi saya berpuas hati kerana saya bebas dari ikatan riba. Apa pandangan tuan.

UZAR : itu adalah satu pengorbanan yang amat cemerlang, namun dgn pengalaman 20 thn kerja di konvensional, saya kira tidak begitu sukar untuk sdr dptkan kerja di mana-mana bank islam di Malaysia. Berusahalah memohon. inshaAllah dipermudah
Quote
0 #24 Jual beliazah omar 2009-12-04 05:13
Salam,
ustaz, saya ingin bertanya bagaimana cara yang dibolehkan jika saya ingin menjual barang jualan milik adik saya yang juga turut melantik beberapa orang agen lain untuk menjual barangnya itu. Andai dia meletakkan harga tolak barang katakanlah RM80 dan saya menjual barang itu dengan harga RM100 adakah dibenarkan. Harga yang saya tawarkan adalah lebih rendah dari harga pasaran.Sekian terima kasih
Quote
0 #23 Pembiayaan Untuk PelaburanFairuz 2009-10-27 18:11
bagaimana hukum kalau membuat satu pembiyaan peribadi-i di bank dan wang itu diguna untuk melabur dalam dana-dana islam? mohon penjelasan
Quote
+1 #22 sokong bank islamic.majulah islamshahrin 2009-09-14 23:57
bank islamic memang murah dan memudahkan..
kawan saya non muslim pun berminat dengan bank islamic..cuma satu sahaja di cimb islamic 24% untuk cash express..untuk bekerja sendiri dan pekerja swasta..kadar keuntungan agak tinggi la..harus UZAR memberi bank tersebut..pekerja swasta dan golongan peniaga bukan orang yang senang..
Quote
+1 #21 Bank Islamicfaizanns 2009-09-03 18:36
Assalamualaikum Ustaz.

Saya ingin bertanya. Sekarang saya sedang berusaha untuk bertukar dari berurusan dgn bank konvensional kepada bank islamic dalam kata lain untuk meninggalkan riba.

Apa pendapat ustaz mengenai banyak bank islamic muncul sejak kebelakangan ini? Adakah mereka sekadar berselindung disebalik perkataan islamic? Atau kita perlu yakin bank tersebut bebas riba kerana mempunyai syariah committee mereka sendiri?

Cth: Maybank Islamic.. AMIslamic.. Public Islamic Bank dan lain lagi.

Terima kasih ustaz.

UZAR : sama ada mereka selindung atau tidak, para pakar Syariah yang ditugaskan menyemak akan lebih dahulu bertanggungjawa b. Orang awam, tidak perlu lagi risau akan hal betul2 islamic atau tidak.. jika perbincangan di kalangan ahli akademik..ia memang perbincangan dan kritikan yang tiada hujungnya.
Quote
+2 #20 credit card machinefaisal 2009-08-26 19:32
salam uzar,

saya berniaga komputer, sesetengah pelanggan menggunakan credit card mereka utk membeli di kedai saya yang mana saya ada machine tersebut. adakah saya tergolong dlm riba'?

UZAR : Tidak inshaAllah.
Quote
0 #19 AFF Al Rajhi Bankhaikal hassan 2009-07-27 19:45
Salam ustaz.sy pernah btanya kpd ustz dlm kolum MLM menurut syariah 1/6 lepas.cuma sy ingin ajukan pertanyaan kawan saya yang meragui dengan menuduh bahawa rajhi sebenarnya mengambil keuntungan daripada peminjam, jauh sekali ingin membantu umat islam.

saya cuma ingin minta jasa baik ustaz agar dapat mencari ruang untuk study seterusnya mengeluarkan artikel mengenai sistem AFF yang diperkenalkan ini. Kerana bagi sesetangah orang, hujah rajhi mempunyai panel syariahnya sendiri tidak mencukupi.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha ustaz dalam memberi penerangan islam kepada semua yang melayari laman ustaz ini.Semoga ustaz dirahmati Allah hendaknya.salam
Quote
0 #18 KELIRU..ABGNGAH 2009-07-26 19:23
Assalamu'alaikum Ustaz.

Baru2 ini, ada rakan saya yg mempertikaikan mengenai wujudnya buku yang ditulis oleh Sheikh Dr Yusuf Al Qardhawi mengenai "Menghalalkan Riba" yang ditulis pada penghujung 90 an. Dalam buku tersebut ada dikatakan bahawa tidak wujud konsep wadiah di zaman Rasulullah SAW dan ianya diwujudkan kemudian. Selain dari itu, amalan seperti mudharabah, musyarakah dan sebagai nya di bak-bank Islam masa kini tidak menyamai/menepati seperti yang sepatutnya. Mohon ustaz dapat memberi komen dalam perkara ini khususnya jika Ustaz ada terbaca buku berkenaan. Wallahu 'alam.

Jazakallahu khairan kathira..

ABGNGAH
Quote
0 #17 kajianaisyah 2009-07-21 18:30
salam..
ust,sy ingin meminta pendapat n pandangan ust ttg apakah masalah2 dalam kewangan islam atau pun perbankan islam yg masih ada ruang utk dikaji?
klu ust ada cadangan tajuk dsb..

sy berminat utk membuat kajian mengenai kewangan islam atau perbankan islam,namun masih tercari2 tajuk yg sesuai dan yg belum dikaji oleh pengkaji2 lain..
syukran.

UZAR : masih banyak tetapi sukar nak dilistkan. kerana sebahagiannya sangat teknikal. Anatara lain yang boleh dikaji Alternatif Islamic kepada 'Fractional Rseverve system', dan lain-lain
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 110 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Fahamilah : Tiada 'Pinjaman Secara Islam' di Bank Islam