Soal Jawab & Isu Pilihan Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?

Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?

  • PDF
(33 votes, average 4.58 out of 5)

Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

brokenheart.jpg

 

SOALAN

 

Assalamualaikum ustaz

 

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

 

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.

 

Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

 

Soalan saya

 

1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?

 

2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?

JAWAPAN

 

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

 

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.

 

Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

 

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya. Oleh kerana itu di dalam Islam, jika bertunang,

 

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat  kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.

 

Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari  yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.

 

Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.

Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :

1)  Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu  kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

 

2) Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

 

Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

 

3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.

 

Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 Ogos 2009

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+2 #109 sayang vs kelirusiti 2012-01-10 08:51
sy ada seorang teman lelaki dan kami ada perancangan untk berkahwin..tapi,kdg2 hbungan kami ni xsperti pasangan lain..kami slalu juga bergaduh..adakah itu ptunjuk yg antara sy dan dia tiada jodoh..?minta nasihat dan pandangan apa yg harus dibuat untuk menanangi masalah ini..
Quote
+2 #108 Mencintai dan masih menunggu tunangan orangLokman 2012-01-02 05:43
Salam Ustaz

Saya bercinta dengan seorang gadis sewaktu saya masih di luar negara dan dia di Malaysia selama 5 tahun. Kami sudah merancang untuk bertunang dan bernikah setelah saya pulang ke Malaysia. Namun setelah saya pulang ke Malaysia, ada sedikit konflik terjadi dalam perhubungan kami kerana keegoan saya. Sewaktu saya masih belajar di luar negara, dia sudah banyak menolak lamaran dan pinangan orang lain kerana saya. Namun pada hari raya kelmarin dia menerima pinangan orang lain yang juga sahabat baiknya. Dan pada bulan lepas dia sudah bertunang dan saya mengetahui semua ni seminggu selepas pertunangan dia. Alangkah hancur dan patahnya hati saya Ustaz. Saya masih sayang dia dan saya masih berharap agar dia menjadi yang halal bagi saya.Dan dia juga masih mempunyai perasaan terhadap saya

Apa yang harus saya lakukan sekarang Ustaz. Adakah saya perlu redha dengan kehilangan dia. Apakah hukumnya jika saya masih menunggu dia?
Quote
0 #107 perlukan penjelasansue 2011-11-09 10:52
assalamualaikum ustaz.
saya ada persoalan..ayah saya orang luar dan tidak mempunyai pengenalan diri tetapi dia telah menetap di malaysia selama lebih 20 tahun..jadi saya ingin bertanya adakah saya akan mengalami masalah wali ketika hendak kahwin kemudian hari?
minta ustaz terangkan....
Quote
+1 #106 ikhtiar jodohfarah 2011-10-29 01:21
Assalamualaikum ...minta pendapat...saya telah berikhtiar jodoh dgn seorang ustaz...cara pengubatannya dgn melekukan solat hajat..dan menggunakan ayat2 Al-Quran..adakah cara ini terdapat dlm islam?
Quote
0 #105 keliru...hamba keliru 2011-09-27 22:22
salam ustaz,,,sy ingin meminta pendapat ustaz...sy ade sorang kekasih dan sudah 5tahun bercinta,,ayah sy dan ayah kekasih sy pn tidak menghalang percintaan kami..untuk makluman ustaz sy skrg sudah di sem akhir di universiti..manakala kekasih sy pula tinggal 2tahun lagi pengajiannya...kami nk sgt2 kahwin untuk mengelakkan maksiat diantara kami,,,ayah sy memberi lampu hijau kami kahwin walaupn ayah tahu kekasih sy x mampu menunaikan nafkah tetapi masalahnye ayah kekasih sy tidak bersetuju dgn alasan kekasih sy masih belajar...km pernah terfkir untuk khwin tanp pgetahuan ayah kekasih sy sj..tp kami tidak sampai hati untuk membelakangkan orang tua...apa yang patut kami lakukan ustaz,,,??
Quote
0 #104 inginkan nasihat ustaz.hamba buntu 2011-09-24 22:15
salam.

ustaz,saya benar-benar buntu dan tidak tidak tahu apa yang terbaik untuk diri.hanya kepada Allah saya berdoa dan berserah diri.
Ustaz,saya mengimpikna seorang suami yang dapat membimbing saya dan sama-sama bergiat aktif dalam bidang dakwah.Namun yg datang adalah sebaliknya.Kini,saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang amat mencintai saya.Tunang saya amata mencintai saya kerana saya banyak membimbing dia terutamanya dari segi agama.Saya sebenarnya sering bersedih,kerana dia tidaklah seorang lelaki idaman saya yg dapat membimbing saya.Saya amat berharap mendapat seorang suami yg dengannya kami dapat bergiat aktif dalam bidang dakwah.Saya amat rindukan suasana dulu mengikuti program-program usrah dan badan dakwah.Saya telah melakukan solat istikharah hampir setahun dan masih lagi keliru.Namun setiap kali cuba meninggalkan tunang,ada saja perkara yg membatalkan niat saya.Namun dalam masa yg sama saya sering bersedih.Harap dapat memberi nasihat.Terima kasih
Quote
0 #103 Melayu MistikHafiz 2011-08-14 06:37
Bila baca komen-komen, saya rasa masyarakat Melayu adalah masyarakat yang percayakan unsur mistik, mimpi, gerak hati dan firasat. Semua mimpi, bahkan debaran jantung pun dikatakan membawa maksud dan minta ditafsirkan. :lol: Sedangkan mencari jodoh itu bukanlah semata-mata solat istikhara atau berbuaya-bergeli friend. Mencari jodoh memerlukan sistem atau tatacara yang lebih logik, contohnya, melalui perantaraan orang tua, Unit Baitul Muslim, taaruf dan sebagainya. Begitu juga kesesuaian pasangan, bukan dengan gerak hati semata-mata. Ciri-ciri pasangan, status dan penerimaan keluarga perlu diambil kira.
Quote
+2 #102 keliru..along 2011-08-09 12:52
salam ustaz..sy dh mjlinkan hbgn gan sorg laki hmpir 4thn lbh...tp bru2 ni die putskan hbgn cz die xnk kecwkan sy dn skitkan hati sy..b4 sy terima die sy selalu doa kalo die terbek utuk sy,sy mntk Allah bukekn pintu hati sy..dn pntu hati sy dh tbuke utuk die..kami jrg kuar dn msj gan call jrg2...tp sejk kami bpisah hati sy selalu bkate kami berpisah semntre cz mungkn Allah nk plihare hbgn kaami,dn sy pow selalu istikrh dn ati sy ttp pd die..tp sy tkot nk pcyekan sume 2 cz tkot kualiti soalt sy xsmpurna...mcmne ustz leh kew sy pcye..dn sy selalu rse satu ari kami ttp bersatu mase tu die dh halal utuk sy..mntk pndgn ustz..smpi skrg sy masih bharap dn berdoa yg die adlh jodoh sy dunia dn akhirt cz kalo bley sy nk syg sorg jew laki dlm hdp sy..die yg pertama dan terakhir..
Quote
0 #101 kelirualong 2011-08-09 11:59
salam ustaz...sy dh 4thn mjalinkan hbgan gan sorg laki ni..ktorg jrg jumpe..cume msj atau telepon..2 pow jrg2...bru2 ni die dh putuskan hbgan kami cz de slh fhm dn mungkn slh sy ...tp ustaz sy mmg syg kan die..b4 sy terima die sy selalu doa kalo die terbek utuk sy,sy mntk Allah bukekan pntu hati sy...dn pintu hati sy dh tbuke utk die.tp ustaz sy selalu rse yg die adalah jodoh sy..dn pas sy putus sy selalu wat istikarah mntk ptunjuk dn hati sy mmg pada die...dn sy selalu doa agr Allah jodohkan sy gan die cz sy nk bina kuarge yg sentiasa beriman DAN bertakwa kpd ALLAH bersama-sama gan die..dn sentiase mgharapkannya tp ustaz soalan sy..boleh kew sy pcye gan kate hati sy yg terlalu kuat utk die..dn kdg2 sy tkot istikarah yg sy buat 2 skdr mainn perasaan jew cz kdg2 kualiti solat kte pow..blom tentu sempurna...mntk pendpt ustaz. mcm ne...dn smpi skrg sy xpnh lepas solat hajat,istikarah dn berdoa pd Allah cz sy xnk cpt putus asa cz kalo boleh sy nk dijodohkan gan die..
Quote
0 #100 putus hubungan dengan kekasaihjaja 2011-06-17 20:58
salam...ustad sya nk tnya cra mcm mana sya nk ptus dgan kkasih sya?fmly sya xsuka pda dy sya pon dah xthan perangai dy..dy slalu ugut saya klu kmi putus dy xbhgia sya pon xkan bhgia.dy slalu ugut2 sya..apa hrus sya lakukan,.tolong lah ustad..sya dah nk gila dgan perangai dy mcm ny...
Quote
+1 #99 emailnur 2011-05-08 12:32
salam, mohon minta email ustaz untuk bertanya pendapat berkaitan dgn masalah saya boleh? terima kasih
Quote
0 #98 cara rujuk yang sahfarah 2011-05-01 13:53
asalammualaikum ustaz..saya nak tanya..adakah sah rujuk dengan cara bersetubuh?
Quote
0 #97 perlu bimbinganhamba lemah. 2011-05-01 12:12
assalamualaikum ..

sy dan bf bpisah demi mengelakkan dr melakukn zina lg kerana kami sudah bosan hidup bgelumang dosa.kami belum mampu untuk kawen.

jauh disudut hati sy bdoa supaya kami dpt btaubat dan mjadi hamba lbh baik dan ditemukn sekali lg untuk menjalin hubungan halal.semoga kami lbh bsedia ketika itu.

timbul perasaan takut jika tnyata die bkn jodoh sy.

adakah salah untuk sy bdoa spy sy dpt bkahwin dgn die?
adakah salah jika jodoh sy bkn die tetapi bdoa spy Allah memanjangkn jodoh sy dgn die?

terima kasih.
Quote
0 #96 buntu@kelirumie 2011-04-07 13:20
assalamualaikum wbt...
ustaz, 3minggu lepas saya berkenalan dengan duda yang telah kematian isteri dan ada 2org anak yg berusia 7thn dan 3thn. dia telah ajak saya kawin dlm masa terdekat ini.
persoalannya....
1) apa pandangan ustaz kalu sy mmenerima lamaran nya itu? kdg2 saya rasa blm bersedia lg utk kawin dlm masa terdekat ni. namun kita masih berkawan dulu sehingga la saya bersedia utk menerima nya.
2) saya takut tak dapat untuk bimbing n mjaga anak2nya dan mjaga bakal mak mertua nnti. apa perlu saya buat ustaz... harap ustaz bg pnjelasan. terima kasih...
Quote
0 #95 mas kahwinhasnur hamid 2011-03-29 12:23
assalamualaikum wbt ustaz...tumpang bertnya...

sijil premium BSN dijadikan mas kahwin..,minta pandangan ustaz...
Quote
0 #94 soalanhurun safiah 2011-03-19 05:21
salam wbt

saya nak tanya, untuk orang yang ber couple sampai ke jinjang pelamin, perbuatannya sebelum kahwin dikira zina juga kan walaupun dia akhirnya kahwin dengan orang itu?
Quote
+2 #93 macam mane?Sakinah 2011-03-10 13:01
Quoting d-ra:
Ustaz,saya berumur 28 tahun,tapi sampai skg saya tiada berteman,,say tak pandai mencari..saya tahu jodoh itu Allah tentukan,tp kita juga kena berusaha.Masalah sy,sy tak pandai mencari...dan takut kecewa seperti dulu...Tolong saya,,,apa yg patut saya buat?Saya suka org,org tak suka sy,,,begitu juga sebaliknya,,,

terima kasih..

bantulah,
d-ra


betoll..jodoh da ditentukan..tapi tak salah kan jika kita usaha? pada saya..perbaykkan solat hajat..istikharah dan zikir padaNya..sy phm mcmne rasenye ditinggalkan..padahal hati saya kuat ngn die..sy yakin Die akn bantu umatnya yg tidak lpenah upa padaNya--
Quote
0 #92 macam mane?Sakinah 2011-03-10 12:00
Quoting adie:
awak...awk kena usahakan juga untuk mendapatkan dia.tidak semestinya berdoa sahaja.bimbang nanti dia dikebas orang.awak juga yang akan merana nanti.selMAT MENCUBA!

salam..
macm mane nk usaha kn tu?
mmg la bimbang dia akn dikebas org..
mksud awk..solat hajat..istikharah..

terima kasih
Quote
0 #91 macam mane?Sakinah 2011-03-10 11:19
assalamualaikum ustaz..

saya nak tnye 2 soalan..

1. jika seorang bf tinggalkn gf nye..tetapi gf nye tu kate.. hatinya kuat pada bf tu..ape makne tu ustaz?

2. si gf tu plak penah mimpi..yg bf die tu tunang or kawen ngn perempuan laen..tu ape maksudnye ustaz?

skrg si gf tu lebih dekat pada Allah-alhamdulillah

terima kasih ustaz..
harap dapat bantu..
saya kesian tengok kawan saya sedih selalo...asyik menangis..

terima kasih ustaz
Quote
0 #90 kekasih menjauhi dirizulfikar 2011-03-09 21:23
knapa kekasih saya selalu menjauhi diri dari saya sejak akhir2 ini..?? :cry:
Quote
+2 #89 jodohRobi mardani 2011-02-05 10:31
asaalamualaikum pa ustad...saya sudah menjalin hubungan selama 2tahun rencana saya ingin menikah saya dan calon saya sudah sepakat semenjak saya di batam tapi pas dia pulang ke kampung daerah jawa tiba tiba dia berubah bapaknya memberi persyaratan klo mau nikah sama anaknya harus tinggal di jawa tepatnya di daerah klaten per syaratannya HARUS punya rumah klo tidak...???? dan dia calon saya hanya bisa menuruti orang tuanya,dengan alasaan ingin membahagiakan orangtuanya,,,p a ustad apa yang harus saya lakukan untuk nikahnya secara materi ksaya pas pasan palagi harus punya rumah...
Quote
-1 #88 Saya Tidak Percaya JodohPuteri 2011-01-30 00:17
Kalau tilik itu suatu yang syirik, percaya pada jodoh juga satu perbuatan khurafat.

Bagaimana dengan seorang pemuda gila yang percayakan jodohnya adalah seorang artis popular yang menjadi kegilaan ramai contohnya? Haruskah dia jalan terumbang-ambing asyik memikirkan cara-cara untuk mendapatkan cinta tersebut kerana amat yaqin dengan firasat jodoh ini?

Sudahlah.. Itu ucapan saya kepada golongan lelaki yang selalu berselindung di sebalik istilah 'takde jodoh' ni. Cakaplah saja "Habis manis, sepah dibuang.."

Habis cerita.
Quote
0 #87 makna mimpi istikharahkulyana 2011-01-08 15:01
salam..
saya buat solat istikharah 3x kali yg ke3 saya bermimpi seorang lelaki telah datang kpd di mana saya dduk membelakangkan dia, dia duduk di sebelah saya saya berpaling dan dia adalah org yg saya sbut ketika doa smasa solat istikharah saya, kmi duduk berdua kemudia dia tunjukkan gambar2 dari dalam laptop dia, keadaan dia pd msa tu kurang sihat dia asik terbatuk2 shj, saya tya dia dah mkn ubat ke kmudian dia kata dia demam dan menyuruh saya mrasa dahi dia. dgn tgk yg berlapik saya merasa dahi dia, mmg pnas. kemudian dia dduk di sebelah kiri saya pula dan minta izin untk mletakkan kpala dia di bahu saya.. saya mgelak dan berkata, dia perlu membayar 22.50 dahulu sblm buat demikian.(22.50 adlh nilai mas kawin). mohon bantuan saya yg buntu apakah petanda dari mimpi saya,,.....
Quote
0 #86 Solat Istiqharahmus99 2010-12-31 23:22
Bukankah dah ada jalan penyelesaian untuk mendapat petunjuk yang Allah sediakan dengan Solat Istiqharah? kenapa gunakan tilik pulak.
Quote
+1 #85 kelirucik fifi 2010-12-20 21:18
saya ingin bertanyakan kepada ustaz. dia dan saya telah putus, namun kami masih sayang antara satu sama lain, tapi dia bakal bertunang dengan orang lain. saya dan dia brdoa seandainya dia atau saya memang dijodohkan bersama, kami bersyukur pada Yang Maha Esa, kalau sebaliknya, kami memohon supaya dijauhkan bayangan masing2 di fikiran kami.Namun selepas itu, saya sentiasa memikirkan dia dan dia selalu ada dalam ingatan saya begitu juga dengan dia, dia juga rasa apa yang saya rasakan. Adakah ini suatu petunjuk dari Allah dan saya jua mahu bertnya, benarkah ikut kata hati mati, tapi adakah benar kata hati juga merupakan petunjuk dari Allah.
Quote
+1 #84 adakah itu tanda jodoh?hamba 2010-12-18 02:59
salam,ustaz..nak tanya, btul ke kebanyakan orang cakap

yang kalau seseorang itu jodoh kita, bila jumpa, ada satu

perasaan berdebar2 @ jantung berdegup yang

menandakan itu jodoh kita? dan adakah jika ia bukan

jodoh kita, kita xberasa apa2 perasaan pun kepada

seseorang yg menaruh hati kpd kita?

syukran ustaz sudi menjawab..
Quote
+3 #83 Putus CintaEmee Mamee 2010-12-16 17:02
Jangan terlalu memilih jodoh ...asalkan seorang yg bertaqwa....
Quote
0 #82 maksud ber'tawassul'Shah 2010-12-16 12:29
Apakah maksud ber'tawassul'? saya difahamkan oleh kawan, ber'tawassul' ini hampir kepada syirik.. adakah ada ber'tawassul' yang dibenarkan dan tidak?
Quote
0 #81 Masalah cintaSaif 2010-12-16 03:27
Assalamualaikum Ustaz. Sedih saya melihat manusia yang masih suka dengan syirik & khurafat dalam menangani masalah cinta. Asas akidah kebanyakan kita nampaknya masih lemah, ustaz. Sekadar meluahkan kesedihan.
Quote
0 #80 Susah nak jumpa jodohKak Long 2010-12-15 23:51
:sad: ... Knp ye? Lagi dicari, lagi jumpa org yang silap.. Dari hidup sendiri, baik berdua.. Tapi dgn siapa orgnye.. Disangka perangainya elok, lagi lama kenal lagi byk perangai dia yg buruk terkeluar. Walaupun kita semua bukan insan sempurna, masih ada ruang lagi untuk kita bertolak ansur atas setiap kekurangan masing2.. Tapi kalau byk sgt kurangnya.. Alahai, rasa tertekan juga dibuatnya
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 109 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?