Soal Jawab & Isu Pilihan Al-Quran : Surah Terbaik & Bacaan Gagap Lebih Baik?

Al-Quran : Surah Terbaik & Bacaan Gagap Lebih Baik?

  • PDF
(14 votes, average 4.93 out of 5)

Al-Quran : Surah Terbaik Untuk Dibaca & Bacaan Gagap Lebih Baik Dari Lancar?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

quranlight2.jpg

Assalamualaikum wrt,

Berkenaan hadith nabi yang menyebutkan bahawa dua ganjaran bagi orang yang membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala orang yang membaca lancar? Biasanya kalau dengar di ceramah-ceramah, penceramah selalu menyebut bahawa pahalanya melebihi pahala orang yang membaca lancar. Tapi baru-baru ini, saya ada terima email yang memetik dari kitab fadhilat amal dan pendapat yang diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

 

Jawapan

Berpandukan kepada pertanyaan saudari, di sana ada dua kemungkinan, iaitu :-

 

  • 1)    Penceramah tersilap ; Jika ia benar-benar diucapkan oleh penceramah, ternyata sang penceramah tidak melakukan homework dengan baik atau mengambil informasi secara rambang tanpa mempelajari atau merujuk kepada sumber dengan tepat. Hasilnya timbulkan kenyataan silap sebagaimana yang diberi.

 

 

  • 2)    Saudari selaku pendengar tersilap ; mungkin juga, penceramah menerang dengan betul, cuma saudari selaku pendengar yang tersilap menangkap point yang diberikan oleh pencermah berkenaan.

 

Tanpa perlu kita pergi lebih jauh untuk mencari salah siapa, adalah lebih baik saya jelaskan letak duduk sebenar dalam hal pahala membaca Al-Quran walau dalam keadan tergagap dan tersekat-sekat, serta perbandingannya dengan pahala bacaan mereka yang lancar.

Hadis yang sewajarnya menjadi rujukan dalam bab ini adalah seperti berikut :-

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران

Ertinya : Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)

Jika dilihat dari huraian kebanyakan para ulama silam, kecenderungan tafsiran mereka terhadap hadis di atas adalah bukan pada ‘membaca sambil melihat Al-Quran' tetapi lebih kepada membaca secara hafalan. Mungkin disebabkan zaman tersebut, menghafal Al-Quran sudah menjadi kebiasaan hampir bagi semua umat Islam, khususnya para ulama. Justeru hampir tidak timbul masalah membaca sambil melihat al-quran lagi.

Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa maksud orang yang mahir dalam hadis di atas adalah mereka yang bijak dan sempurna hafalan serta tidak sukar membaca ayat-ayat Al-Quran. Manakala mereka yang menghafal dan bacaannnay tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim)

Namun demikian, terdapat juga ulama silam dan kontemporari khususnya yang memasukkan orang yang membaca al-Quran secara melihat mushaf juga di dalam konteks hadis di atas. Ini kerana hadis tersbeut tidak menyebut kalimah hafazan dengan jelas, ia hanya menyebut ‘baca', justeru adalah lebih tepat untuk tidak mengkhususkannya kepada hafazan semata dan menidakkan kelebihan bagi yang membaca dari mushaf.

Pandangan kedua ini lebih tepat dan kuat serta amat bertepatan dengan keadaan umat Islam hari ini yang semakin sedikit di antara mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan baik, walau dengan cara melihat mushaf.

Berkenaan perbandingan yang ditanyakan, ulama besar mazhab Maliki, Al-Qadhi ‘Iyadh berkata hadis di atas sama sekali tidak bermaksud meraka yang tersekat dan gagap lebih baik daripada si pembaca lancar dan tepat, kerana kelebihan yang disebut bagi orang yang mahir iaitu bersama para Rasul adalah jauh lebih besar dan tidak sama sekali mampu ditandingi oleh dua pahala yang diperuntukkan bagi mereka yang kurang mahir.

Memang benar, malah tidak munasabah sama sekali bacaan mereka yang tidak lancar lebih besar pahalanya daripada yang lancar. Jika demikian keadaanya, lebih baik, jangan lancar bacaan sampai bila-bila, bukankah itu tidak logic lagi tidak bertepatan dengan kefahaman aqal yang waras.

Dari penjelasan tersebut, kesimpulannya hadis Nabi s.a.w tadi sebenarnya bukanlah diungkap dengan tujuan membuat perbandingan pahala di antara satu sama lain, tetapi ia lebih kepada penjelasan kelebihan tersendiri bagi kedua-dua keadaan pembaca Al-quran. Bermakna, bagi yang mahir, ada ganjarannya yang tersendiri, demikian juga bagi yang masih belum begitu mahir. Justeru, teruskan usaha bagi yang belum mahir agar mencapai tahap mahir dan setersunya meraih kebaikan yang ditawarkan.

SURAH APA YANG TERBAIK DIBACA?

Timbul persoalan berkaitan surah apakah yang terlebih baik untuk dibaca pada akhir Ramadhan ini.

Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi ini:-

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شافعا لأصحابه اقرءوا الزهراوين البقرة وآل عمران فإنهما يأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان أو غيايتان أو فرقان من طير صواف تحاجان عن صاحبهما اقرءوا البقرة فإن أخذها بركة وتركها حسرة ولا يستطيعها البطلة

Ertinya : Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir. (Riwayat Muslim)

Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.

Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi sa.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.

Salam Lailatul Qadr buat semua.

Sekian,

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Ramadhan 1430 H

07 Sept 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #21 http://instafxschool.combelajar forex 2011-12-30 12:14
asalamualaikum,
salam ustadz, makasih untuk penjelasannya semoga bermanfaat untuk kita semua
Quote
+1 #20 MOHON PENJELASANAbdul Ghani 2011-11-30 15:14
Assalamualaikum W.B.T.
Ustaz, dalam bacaan Al-Quran, "Idram Khalimi Mussaqal" contoh pada hujung ayat Al-Fatihah, wajib 6 harakat. Bagaimana jika dalam Solat 5 waktu kita membacanya kurang daripada 6 harakat iaitu 3, 4, 5. Soalan 1..Adakah ianya batal solat kita.2. Adakah ianyanya wajib Tajuid atau wajib Syarak. Mohon penjelasan. Teriam Kasih.
Quote
+1 #19 Hukum baca quranMamat 2011-08-24 15:26
Salam ustaz. Adakah bagi orang yg tidak mahir sebutan makhraj dan tajwidnya juga tergolongan dalam golongan gagap di atas? Sekiranya saya yg tidak mahir dalam sebutan makhraj dan tajwid, cuba sedaya upaya untuk membaca quran, adakah saya akan mendapat dua pahala seperti yg dinyatakan?

Ada pendapat yg saya dengar, tak patut membaca quran kalau tak tahu hukum tajwib dan sebutan huruf tak tepat, nanti dikira berdosa. Benarkah begitu?
Quote
0 #18 Bacaan surahzik 2011-03-20 19:58
Insyallah kalau kita benar ikhlas dalam memberikan ceramah untuk tujuan membetulkan diri sendiri....Allah pasti akan memberi petunjuk...
Quote
+1 #17 ummu amriummu amri 2011-01-07 10:49
Semasa menunaikan umrah saya amat cemburu melihat warga Arab yg membaca Al-Quran seperti membaca buku cerita sahaja sambil bersandar di dinding.

Bagi saya mereka bertuah kerana sangat faham al-quran kerana ianya di dlm bahasa mereka. Oleh itu saya telah memulakan membaca terjemahan al-Quran berterusan (tanpa berselang seli dgn melihat ayat di dalam bahasa arab). Sememangnya ia sungguh terkesan di hati. Ia seolah satu cerita yang mengasyikkan dan saya telah jatuh cinta dgn al-quran sekali lagi.

Saya bercadang utk mengajak anak2 membaca terjemahan berterusan supaya mereka juga jatuh cinta dgn al-quran dan mengkhatamkan pembacaan tahun ini. Kemudian majlis khatam akan diadakan.

Soalan:
Bolehkah saya mengadakan majlis khatam terjemahan al-Quran?
Betulkah majlis khatam al-Quran adalah adat kita sahaja?
Quote
+6 #16 SalamFaris Faisal 2010-10-12 10:36
Salam ustaz...camne sy nak atasi gagap dalam berbicara....sy memang dilahirkan gagap...so...camne sy nak buat...kadang2 sy rasa rendah diri sgt...
Quote
+3 #15 Ayat seribu DinarMd Jaaffar Faridn 2010-09-20 20:30
Asalamualikumwb rath Utaz,
Nak tanye sikit berkenaan ayat seribu dinar yang selalu di gantung peniaga buat pelaris berniaga..
Tuan, kalau di perhatikan makna sebelum ayat 'Wamaiyyat takillah' tersebut ia dimaksudkankan kepada mereka yang bercerai dan nak rujuk kembali , iddah dan saksi. Manakala sesudah ayat seribu dinar pula menceritakan tempoh masa iddah bagi pompuan yang dah monopause. Apa pulak rasionalnya ayat seribu dinar ini dikaitkan dengan aktiviti berniaga ? Dan ayat ini diambil separuh ayat ..tidak diambil sepenuhnya. Semoga mendapat penjelasan terbaik Utz .Wasalam
Quote
+2 #14 nak tanya>malina 2010-09-05 06:01
ape hukum kalau seseorang membaca al-quran tapi lajhah(sebutan) dia tidak betul?
Quote
+3 #13 keliru yg amat sngat...mohd hakimi b ismail 2010-08-08 06:39
assalamualaikum ...
saya keliru sbb byk ustaz yang cakap menuntut ilmu kat internet ni tidak digalakkan....sbb bila kita belajar dari internet cam blog ni....bila disoal oleh allah kelak....siapakah yang harus dipersalahkan jika sesuatu ilmu yg dipelajari itu tidak betul....adakah internet perlu disalahkan?....

sbb byk yg diajar di blog ustaz dan ruangan yg lain mempunyai ilmu yg tidak diajar oleh ustaz2 atau surau2 kat tempat saya.....macam mana ni ustaz....saya sngt keliru.....
sbb ada yg cakap belajar kat internet dan tanpa berguru ...maka gurunya adalah makhluk ketiga....

tolong beri penjelasan ustaz.....
Quote
0 #12 HukumAisyah Khadijah 2010-05-02 10:28
salam ustaz, nak tanye, apa hukum menghafal quran tanpa guru?
adakah dibenarkan? sbb saya dengar kawan saya cakap tak boleh belajar tanpa guru, nanti berguru dengan syaitan

kalau menghafal sesama rakan [walaupun rakan tu bukan sorang hafiz, macamne pulak hukumnya?

syukran jazeelan.


UZAR : harus..cuma better semak hafalan dan bacaan dgn guru atau rakan yang hafiz atau ustaz yang mahir bacaan al-quran atau semak melalui kaset bacaan syeikh2 arab.
Quote
0 #11 hadis dhaifHuzairul 2009-11-27 08:31
salam ustaz....apa maksud beramal dgn hadis dhaif dan mcm mana nak beramal dgn hadis dhaif....
Quote
0 #10 kelirumusafir88 2009-11-14 06:47
salam uzar,

mungkin soalan saya terkeluar dari tajuk di ats,sy x tau di mana perlu saya letakkan soalan ini,

ceritanya begini,saya seorang penuntut di salah sbuah ipta,di sini saya bergiat dalam sebuah kelab yg islamic,kelab yg membawa saya ,mengenal usrah,ketika mula bergiat aktif,saya ada membeli sehelai baju yang dianggap sebagai baju rasmi kelab,masalahny a,di bahagian bawah belakang baju itu ditulis satu ayat yang juga dikenali sebagai tema kelab,salah satu perkataan dalam ayat tersebut ada tertera perkataan Al-Quran(di dalam tulisan rumi). sedangkan apabila baju itu dipakai,perkata an AL-QURAN itu akan ditindih ketika saya duduk.apakah hukumnya uzar?adakah saya telah berdosa menindih perkataan Al-Quran tersebut?
:sigh: :cry:
jazakallah..

UZAR : tiada masalah
Quote
+1 #9 Bacaan yg sebenarnyaAbd Jabbar 2009-10-29 16:37
Salam Uztaz,

Bagaimana pula perbandingan ganjaran bacaan orang yg lancar/sedap didengar tapi tidak faham berbanding dengan orang yg kurang sedap tapi memahaminya? Ada ceramah saya dengar kena baca dengan sebenar bacaan ("haqqa tilawatih" - surah baqarah mohon maaf/periksa jika tersilap), iaitu kita kena baca dengan pemahaman yang baik jika tidak hampir sia-sia.


UZAR : baca sedap ada ganjarannya dan nabi juga arahkan

baca dan faham juga ada fadhilat tersendiri

masing2 ada fadhilat tersendiri dari dalil yang berbeza..justeru tidak pertembungan antara keduanya..
Quote
+2 #8 3 golongan dilaknat al-QuranHana 2009-09-24 21:28
Salam Lebaran,
Uzar,
Adakah kenyataan ini daripada hadis Rasulullah?
"Terdapat 3 golongan apabila dia membaca al-Quran dia akan dilaknat oleh Rasulullah, iaitu:
1) Dia tahu bahawa bacaan al-Qurannya tidak lancar tetapi tidak berusaha untuk memperbetulkann ya.
2) Dia membaca al-Quran dengan lancar tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya.
3) Dia membaca al-Quran dengan lancar dan memahami isi kandungannya tetapi tidak beramal dengannya."

Mohon penjelasan menmgenai sumber rujukannya.

Terima kasih
Quote
0 #7 surah al-ikhlasmohd 2009-09-23 08:37
salam ustaz dan pungunjung.. mohon perbetulkan jika salah di bawah ini datang dari email fwd atas fwd.. boleh bincangkan secara ilmiah...

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

' Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrah i m '

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
' Barang siapa membaca Qul huwa ' llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka ' . Inilah yang dinamakan membaca Qulhua ' llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur ' an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur ' an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu.. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.


Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Quote
0 #6 assalamualaikum nizam 2009-09-15 18:48
ustaz saya ingin bertanya, bolehkah kita membaca surah-surah pendek sahaja sebagai amalan harian kerana hanya mampu membaca surah-surah pendek sahaja dengan sempurna dan lancar sedangkan apabila membaca surah-surah panjang gagap dan tidak lancar.

UZAR : boleh dan usahalah sedaya yang mampu
Quote
+1 #5 ...zulkifli 2009-09-15 10:55
Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar,

Surah Al-Israa' ayat 9
Quote
+1 #4 kelebihan surah al-ikhlashafizlidin 2009-09-12 06:58
salam ustaz. baru2 ini saya ada mendengar ceramah dr seorg ustaz. dia menyatakan kelebihan membaca surah al-ikhlas sebanyak 3 kali adalah sama seperti membaca 30juzuk al-quran. adakah ia benar? nampak seakan tidak logik pula.
Quote
0 #3 Re: AlQuranMiss 2009-09-11 17:45
salam ustaz,
Saya ingin bertanya dunia semakin canggih dengan kehadiran model telefon bimbit, kewujudan thumbdrive, MP3 Player, Laptop. Persoalan saya di sini kadang2 kita memasukkan Zikrullah dan Alquran berbentuk MP3 di dalam peralatan tersebut, Boleh kah kita membacanya tanpa Wuduk? Bagaimana pula perempuan yang kedatangan haid boleh kah dia turut membaca? terima kasih ustaz...
Quote
0 #2 re: Al-Quran :Miss 2009-09-10 19:31
salam ustaz,
Saya ingin bertanya dunia semakin canggih dengan kehadiran model telefon bimbit, kewujudan thumbdrive, MP3 Player, Laptop. Persoalan saya di sini kadang2 kita memasukkan Zikrullah dan Alquran berbentuk MP3 di dalam peralatan tersebut, Boleh kah kita membacanya tanpa Wuduk? Bagaimana pula perempuan yang kedatangan haid boleh kah dia turut membaca? terima kasih ustaz...
Quote
0 #1 hadis dhaiffikry 2009-09-09 10:47
salam,uzar...
betui ke ada pandangan mengatakan boleh beramal dgn hadis daif dlm fadhail amal sprt kelebihan baca surah2 tertentu dll??..
jazakalla..
salam

UZAR : BOLEH..displin beramal dengan hadis dhoif perlu dijaga, antaranya jangan terlalu yakin ia adalah kata-kata nabi s.a.w. kerana yang ia dhoif dan untuk elakkan kita menisbahkan sesuatu kata yang bukan perkataan nabi kepada Nabi.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 105 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Al-Quran : Surah Terbaik & Bacaan Gagap Lebih Baik?