Status Program Derma Wang Pos
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN
Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.
Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta'awun atau tolong menolong.
JAWAPAN
Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.
Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -
· Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui
· Pelabur
· Pengusaha
· Bisnes yang halal / Pekerjaannya
Antara syarat sahnya pula :-
· Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
· Tiada jaminan modal selamat.
· Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.
Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.
Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.
Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta'awun' (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.
ELEMEN RIBA
Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma' memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.
Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab' atau ‘hadiah bersyarat pulangan' (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru'at' kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah'.
Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.
Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta'awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.
ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.
Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma' yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.
Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." ( An-Nisa : 29)
Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah
أخذ المال بغير عوض
"mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal" (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)
Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata
"Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya" (Al-Jami' fi Usul al-Riba)
Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :
أن الربا يقتضي أخذ مال الإنسان من غير عوض، لأن من يبيع الدرهم بالدرهمين يحصل له زيادة درهم من غير عوض
Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)
Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.
Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.
Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Syawal 1430 H
7 Oktober 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
visit:
pelabur.blogspot.com/
Sudah lama saya mencari jawapan kepada hibah. Harap ustaz dapat membantu. Apa definisi hibah, konsepnya, kedudukan sari segi syarak, selain tanah apakah wang tunai juga boleh dihibahkan, syarat dan rukun hibah, perlukah ia didokumenkan. Di harap Ustaz dapat memberi penjelasan dalam hal ini.
Jazakallah
Ustaz Hassan,
Apa yang saya belajar di sekolah, Ustaz saya memberitahu bahawa Qada' dan Qadar itu adalah ketentuan Allah yang mana ianya telah tertulis di Lauh Mahfuz semenjak azali lagi. Namun demikian beliau mengingatkan kami, janganlah hanya berserah kepada nasib semata-mata tanpa sebarang usaha. Sesungguhnya takdir yang telah tertulis bagi seseorang boleh diubah dengan doa yang dimakbulkan Allah.
Bukan begitu ustaz? Maaf saya tidak berapa arif dalam bab agama.
1)Saya nak bertanya adakah jawapan kepada semua persoalan di sini memang benar dan pasti dijawab terus oleh UZAR?
JAWAPAN:SAYA YAKIN UZAR SEORANG YG JUJUR DAN AMANAH DGN ILMUNYA.TIDAK TIMBUL ISU UZAR JAWAB TERUS ATAU TIDAK YG PENTING DI JAWAB SECARA ILMIAH DAN MENEPATI SOALAN.
Adakah UZAR memberi jawapan setelah pergi @ bermuzakarah dengan pengasas program wang pos (contohnya WHR) sebelum membuat tafsiran halal @ haram program ini?
JAWAPAN:TAK SEMESTINYA KENA JUMPA PENGASAS WHR.MUNGKIN SHJ UZAR TELAH JUMPA DAN MUZAKARAH DGN SYKT LAIN YG MENJALANKAN KONSEP YG SAMA DGN SYKT WHR.CUMA SAYA NAK NASIHATKAN ANDA DAN SESIAPA SHJ YG MENYANGKA GOLONGAN ILMUAN AGAMA YG MENJELASKAN HUKUM SESUATU PERKARA (SEPERTI UZAR) HANYA MENGHUKUM SECARA SEMBRONO SHJ SUPAYA ANDA CHECK BALIK IMAN ANDA.MUNGKIN ADA YG SOMETHING WRONG...
Adakah setiap harga jualan buku buku dan cd/vcd/dvd tentang agama ISLAM oleh Ustad Ustad adalah berpatutan dan apakah hukumnya kalau nawaitu hanya untuk keuntungan dunia bukan untuk akhirat ?
JAWAPAN: INI SOALAN YG MELIBATKAN HATI.HANYA ALLAH SHJ YG MENGETAHUI.SELEBIHNYA ANDA KENA TANYA DGN EMPUNYA DIRI
Ustaz kater ??rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -
Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui >> saya tgk jumlah wang pos tu, jumlah pelaburannye diketahui dan tepat.
Pelabur>> sebagai peserta, kita adalah pelabur sbb kita keluar duitkan?
Pengusaha >> sbb company tu yg buat plan ini, maka syarikat adalah pengusaha. betul tak ustaz?
Bisnes yang halal / Pekerjaannya >> saya nampak businessnye halal. salahkah pemahaman saya berdasarkan fakta yg ustaz beri?
Antara syarat sahnya pula :-
Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama. >> nisbah keuntungan dijelaskan terlebih dahulu kepada peserta. macam kes ASB kita tak dpt persetujuaan aper2 pun, adakah ianya haram? sbb konsepnye pun serupa
Tiada jaminan modal selamat. >> saya kaji nampak mmg company tidak jamin wang selamat. Sbb wang pos tu, pejabat pos la yg beri jaminankan....sebab tu kita dikeneekan dalal bagi setiap wang pos kita tu..... saya dah jadi bingung jap.....harap leh bantu
Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu. >> syarikat tidak memberi jaminan untung tertentu pun, semuanya berdasarkan kiraan matematik. 2+2=4 mana mungkin jawapan 10? betul tak ustaz? ASB, ASN pun tak beri jaminan pulangan tertentu.....camner ni ustaz, insurance pun tak beri jaminan pulangan....tolonglah saya
berdasarkan point ini, saya nampak seolah-oleh nampak semua bentuk pelaburan didalam insurance, wwang pos, asb, asn, asw, sijil simpanan premium, kutu, infect keje ngan company yg uruskan business tu pun leh jadi ttak sah....
camner ustaz, bantulah saya dan rakan paham situasi inie.
Soalan pertama.. Saya nak bertanya adakah jawapan kepada semua persoalan di sini memang benar dan pasti dijawab terus oleh UZAR?
Soalan Kedua.. Adakah UZAR memberi jawapan setelah pergi @ bermuzakarah dengan pengasas program wang pos (contohnya WHR) sebelum membuat tafsiran halal @ haram program ini?
Soalan ketiga.. Adakah setiap harga jualan buku buku dan cd/vcd/dvd tentang agama ISLAM oleh Ustad Ustad adalah berpatutan dan apakah hukumnya kalau nawaitu hanya untuk keuntungan dunia bukan untuk akhirat ?
Saya hanya sekadar ingin bertanya kerana apa yang saya pelajari dan pesanan orang tua saya bahawa WAJIB bagi semua perkara yang hendak dilakukan kerana ALLAH Taala jua dan hati yang suci bersih.
Wasalam.
UZAR : saya dah rujuk..sdr pulak amacam?
ada berpendapat ia dapat membantu terutama org melayu,islam...Seperti kata uzar,niat kita nak besedekah,tp dalam masa yang sama nak mengharapkan balasan lagi tinggi iaitu nak duit ribu riban,padahal hanya menderma RM30 je..Katakan la cik penulis nie masuk.then banyak la 'derma' kepada org lain dgn harapan nak dptkan ribu2 nie...Tp satu sen pun xdapat?apa perasan????ke time tu nak niat sedekah dgn ikhlas?sebelum nie ikhlas dh jatuh no 2 sbb gilakan wang pos yang bakal dihantar oleh org..Kita nak menolong buat cara nak menolong.jgn sampai menyimpang xtentu punya sehinggakan harapkan pahala,dosa pulak bertimbun.Banyak lagi cara nak membantu sesama islam + melayu..kalau pandangan ustaz pun nak pertikai..ntah le nak kata apa...
sekian...maaf jika terkasar
Nasihat saya kalau Allah dah takdir anda dilahirkan untuk miskin takkan jadi kaya punya walau anda doa & solat beribu juta kali dan memyertai bermacam-macam program cepat kaya...Anda semua tetap miskin..syabas UZAR sebab semua program cepat kaya memang Haram.
Apakata, kita masukkan Yayasan Anak Yatim ke dalam Skim Wang Pos, dan kita duduk di bawahnya, dan mula menyumbang serta mendapatkan kawan-kawan atau downlines, di mana semua mula menyumbang kepada Yayasan Anak Yatim tersebut. Apakah hukum-hakamnya jika Yayasan Anak Yatim tersebut mendapat wang sumbangan wang pos?
UZAR : riba itu tetap terjadi sama ada ada unsur paksaan atau redha. Illah riba adalah 'beza nilai' dan bukan paksa atau tidak. kalau tak dapat memahami, sila rujuk buku-buku yang ditulis berkenaan riba. tambah ilmu, nescaya jalan akan terang.
percayalah...
Kata Imam Syafi'i selanjutnya,Ibn u Saib menceritakan dari ar-Rabi' bin Khaitsam-dia termasuk salah seorang tabi'in besar-dia pernah berkata seperti berikut"Hati-hatilah kamu terhadap seorang laki-laki yang berkata:Sesungg uhnya Allah telah menghalalkan ini dan meredhainya,kem udian Allah berkata kepadanya:Aku tidak menghalalkan ini dan meredhainya.Atau dia juga berkata:Sesungg uhnya Allah mengharamkan ini kemudian Allah akan berkata:"Dusta engkau,Aku samasekali tidak pernah mengharamkan dan tidak melarangnya"
terima kasih kerana keterangan diatas ye ustaz...
kerana saya baru kena invite untuk masuk program wang pos ni...
para ahli dia org berkata konon2 program tu halal kerana diasas oleh seorang Datok...saya masih was was..
insyaallah kini saya dah tahu jawapannya..
terima kasih ya..
RSS feed for comments to this post