Soal Jawab & Isu Pilihan Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan

Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan

  • PDF
(56 votes, average 4.43 out of 5)

Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

ramal.jpg

 

 

 

SOALAN

Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran       

b) Hadith Sohih dan Hasan      

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Januari 2010



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #63 ciksafarina binti mat 2012-04-29 10:08
assalamualikum ustaz..judi spt nombor ekor adalh haram dlm islam.apakah hukumnya jika saya saya gunakn wang yang saya perolehi dari nombor ekor tersebut untuk membayar hutang-hutang saya...dan tidak saya niatkan untuk membeli makanan..cnthnya katakan saya berniat kalau aku menang aku akan guna semua wang nombor ini untk bayar hutang...saya bayr hutang yang dikenakan bunga atau riba dgn wang haram..sekian terima kasih
Quote
0 #62 Perbezaan solat lelaki & perempuan semasa berjemaah.MOHD AZRENIZAL KARIM 2012-02-23 14:18
Adakah boleh makmum membaca al fatihah semasa imam sedang baca al fatihah? Adakah wujud perbezaan solat wanita dan lelaki ketika berjemaah?
Quote
-3 #61 isteri nusyuz dan minta ceraihayati 2011-12-20 18:03
Assalamualaikum .Isteri yg memaki suaminya,keluar tnpa izin dan minta cerai,kemudian isteri nk buat aduan kat pjbt ag nk tuntut nafkah zahir.dia blh dpt nafkah ke ustaz.sblm ni si isteri tlh menolong si suami byr sewa rmh dan byr kereta,isteri nk tuntut semua byrn trsbt.isteri nk crai sbb nk lik smula kat suami lama.tp suaminya x nk ceraikan dia.ustz tlg mcm mn nk selesaikan msalah abg sy ni..mcm2 msg maki hamun isteri pd suami smpi alat kelaminnya pun dikutuk.isteri memalukan suami kat facebook,semua sedara tahu.kami sekeluarga malu.... :sad:
Quote
+2 #60 nama x sesuailinamri 2011-12-19 17:00
Assalamualaikum ..Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi, Ada seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri.....
( deleted by admin kerana tidak mahu menyesatkan pembaca)
Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita PERINGATAN dari Ustaz tersebut, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu xxxx...dari dipanggil xxxx ditukarkan kepada SITI.

Saya mahu bertanyakan kesahihan dari post kawan saya ini.

benarkah Zaquan nama yang x elok?

macammana ejaan arabnya? maksud saya ذكوان اتاو ذقوان؟

bagaimana makna nama NOR MUHAMMAD ZAQUAN ?

harap sangat2 Ustaz dapat membalas email saya ini segera. sekian, terima kasih.


UZAR :

Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..

Saya telah menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam mengajar umatnya jika ditimpa perasaan 'terpercaya' kpd ramalan ghayb sang bomoh & tukang tenung bhw akan berlaku sesuatu yg tidak elok pada diri, maka jangan hiraukan perasaan tersebut & hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat Abu Daud )
Quote
+1 #59 anak ayahabe si 2011-11-10 10:37
Assalamualaikum ustaz....mnurut seorg imam d kampung sya, nama anak sya (Abd Hannan) mmbwa malang dan bala,.smasa ibadah korban dijalnkan semasa umurnya 2 thn, mertua sya telah menulis d kertas nama anak sya 'mohd khairul BINTI Habsah'(nama isteri sya) dan mmberikanya kpd penyembelih lembu utk diniatkan sms penyembelihan lembu..sah ke ibadah korban sya tu?betul ke nama tu sial...mohon penjelasan ustaz..sekian
Quote
0 #58 syirikpokteh 2011-10-31 13:10
salam saudara/saudari seislam semua.swjak zaman dulu ramai orang melayu yang telah melakukan amalan2 syirikseperti berbomoh, menilik,saka dll.kita perhatikan mereka ini orang yang seperti kita, sembahyang,puas a dll amalan wajib dan sunat mereka lakukan juga...
kita patut sedar amalan tradisi dan adat seperti ini wajib ditinggalkan..kerana amalan jahiliah moden seperti ini akan merosakkan amaln/akidah kita.
:zzz
Quote
0 #57 hukum bertunang melalui media elektronik..ana 2011-10-26 05:07
salam..ust,sy nk tnya,skiranya ada seseorng yng ingin merisik kita n kita menerima lamaran seseorng itu melalui telefon,adakah boleh dan adakah dikira sah pertunangan seseorang itu dan apakah hukumnya?tlong ust terangkan dngan lbih lanjut...assalamualaikum
Quote
-6 #56 salam..mujahid 2011-05-24 23:17
pandangan sy ia tidak salah..sebab sy sy xnampak pun ramalan dalam kaedah tarikh lahir..jika kita tahu apa bakat yg kita ada,kelebihan yg selama ni kita ada,dan semua tu,membuatkan kita bertindak menjadi manusia yang lebih baik lagi dari sebelumnya..buka lah sedikit minda anda yang selama ini tertutup..xperlu berpandangan negative bagi mereka yg menganggap ini adalah ramalan dan tilikan..mahukah kita sentiasa berada ditakuk yg lama?cari kejayaan anda..
Quote
0 #55 sakamas 2011-05-15 07:57
Quoting emi:
assalamualaikum ustaz...saya nak tanya..sy ada kawan perempuan(awek sy)..dia ada penyakit iaitu ada saka(harimau)..semakin hari semakin dia tidak kenal saya..family dia pun dah jarang bawak dia pergi berubat..apa yang perlu saya buat supaya dia sembuh dan mengingati saya..sy harap uztaz oleh memberi nasihat atau membantu saya...terima kasih ustaz...assalamualaikum


Sila lawati laman ini: primanara.blogspot.com/
Quote
-2 #54 guna khidmat bomohingin tahu 2011-02-24 21:28
assalamualaikum ..ustaz..bagaimana jika seorang ibu meminta pertolongan dari bomoh untuk berubat supaya anaknya pulang ke rumah.kata si ibu itu sebagai iktiarnyer untuk buat anaknya balik rumah(si anak tak mahu tinggal dengan ibunya lagi sbb berlaku masalah antara mereka)apa pandangan ustaz tentang masalah begini.terima kasih ustaz..
Quote
+14 #53 USAHA, TAWAKAL, DOAkhai 2010-10-25 11:22
TAKPAYAH PEGI KURSUS KAJI TARIKH LAHIR. PERKARA YANG BOLEH DATANGKAN SYIRIK WAJIB DI ELAKKAN. NAK BERJAYA BUKAN SUSAH. RAHSIANYA ADALAH: 1. SOLAT 5 WAKTU 2. SOLAT MALAM (TAHAJUD) 3. SEDEKAH 4. DOA. INSYALLAH APA SAHAJA KITA BUAT AKAN BERJAYA.
Quote
0 #52 encikbadol 2010-10-15 23:35
salam
ustaz saya nak bertanyakan soalan... apakah hukum menggunakan hasil wang atau apa bentuk sekali pun dari hasil alam ghaib.. cth: tarik duit dan sebagainya...minta ustaz boleh jelas kan
Quote
+1 #51 Setiap saat kita mencorakkan kehidupan akhirathakimi sp 2010-10-15 10:18
seorang maulana di masjid seri petaling bagitahu:
setiap saat kita d dunia memberikan kesan pd kehidupan akhirat kita..
jika baik amal kita dn syarat diterima Allah maka insyaallah kehidupan kita diakhirat bertambah baik
jika sebaliknya begitulah kesan sebaliknya
marilah kita berwaspada dlm setiap saat kita didunia dan setiap amal perbuatan kita..
masa hadapan yg lebih utama untuk ditilik adalah kehidupan alam2 selepas mati..
tilik lah ia berdasarkan amal2 yg kita telah lakukan dn keadaan iman kita..
marilah banyakkan berdakwah...dn bersahabatlah dgn alim ulama
kita akan dapati dn rasakan kehidupan kita stp masa adalah penting untuk mencorakkan kehidupan akhirat kita
wallahualam
Quote
-1 #50 Tahun Masehi vs Tahun Hijrahsani 2010-08-20 10:23
takwim masehi dikira mengikut kitaran bumi mengelilingi matahari, manakala takwim hijrah dikira mengikut kitaran bulan mengelilingi bumi. Kedua-duanya adalah betul! Peredaran masa siang dan malam memang mengikut takwim masehi. Kenapa 'rahsia tarikh lahir' dianjurkan menggunakan tahun masehi, saya rasa kerana majoriti pengkajinya menggunakan tahun masehi, mungkin belum ada ilmuwan islam yang berupaya untuk membuat kajian berdasarkan tahun hijrah. Mungkin sebab rekod kelahiran manusia tidak disimpan dalam ukuran tahun hijrah.
Quote
0 #49 Isu kursus tarikh lahirAr Rijal Bil Himmah 2010-06-24 16:50
Ana lihat banyak yang komen dan bertanya tentang bengkel Dr azizan. Ada juga ana dengar tentang sahabat kita ni yang menganjurkan kursus tarikh lahir yang mana agak popular hingga dihadiri puluhan ribu peserta. ana cuma ingin membantu uzar dalam hal ini.

Ada individu mengetengahkan fakta saintifik yang dijadikan hujah untuk membuktikan kebenaran dalam kajian berkaitan psikologi manusia khususnya dalam hal ghaib (atau sesuatu yang tidak nampak atau jelas). Ada juga yang mengaitkan kaji bintang contohnya ilmu bintang 12 dari cabang ilmu falaq syarie. Hakikatknya kita perlu melihat apa asas sebenar dalam memerhatikan isu ini. UZAR menjelaskan segalanya perlu berpandu al-Quran, As Sunnah dan fitrah.

Memang ada kebenaran dalam sesuatu hal khususnya dalam cabang ilmu moden seperti metafizik. Ilmu moden lain yang terkenal seperti neuro linguistic juga dilihat banyak membantu kemauan dunia tetapi kita harus sedar siapakah SANAD ilmu-ilmu ini. Dalam kajian hadith SANAD adalah kepala hadith yakni mereka yang bertanggungjawa b membawa hadith itu sehinggalah dirawi dan dibukukan oleh perawi muktabar. Kajian SANAD adalah penting untuk melihat siapakah juruatur dan penggubah ilmu tersebut. Dari situ pun kita sudah boleh mengajak tujuan sesuatu ilmu itu digubah melalui personaliti penulisnya.

Begitu banyak sebenarnya ilmu dunia yang mempunyai manfaat dan kita pun tidak harus menolak tanpa mengkaji. Tetapi andai kita benar-benar menghayati agama itu sendiri, kita tahu didalam rukun iman adanya qada dan qadar. Qada dan qadar adalah perkara yang tidak diketahui. Jadi apabila ada ilmu yang boleh mengetahui apa yang akan berlaku, ia bukanlah sesuatu yang benar. Ilmu dunia ini hanya mampu memberi projection atau peratusan sejauh mana keberkesanan melalui kajian dan pemerhatian. Tiada ilmu yang boleh menentukan atau memberi ketetapan. Andai ilmu yg disampai Dr Azizan itu memberi ketetapan maka ianya sesat, tetapi jika sekadar projection method, maka ia berilmiah
Quote
0 #48 Saka harimau...emi 2010-06-20 03:45
assalamualaikum ustaz...saya nak tanya..sy ada kawan perempuan(awek sy)..dia ada penyakit iaitu ada saka(harimau)..semakin hari semakin dia tidak kenal saya..family dia pun dah jarang bawak dia pergi berubat..apa yang perlu saya buat supaya dia sembuh dan mengingati saya..sy harap uztaz oleh memberi nasihat atau membantu saya...terima kasih ustaz...assalamualaikum
Quote
0 #47 setuju dgn ahmad hassanHadi 2010-06-18 18:48
saya mata bersetuju dgn ahmad hassan, mg Fazilah dpt menceritakan lebih lanjut mengenai hal kursus itu, demi kebaikan semua.
Quote
0 #46 boleh kak chik jelaskannya lagi..Hadi 2010-06-18 18:34
salam kakchik, mungkin kakchik boleh jelaskannya lagi? demi kebaikan bersama.

t/kasih :-)
Quote
+1 #45 Seminar Dr. Azizan OsmanHadi 2010-06-18 18:09
Salam UZAR, saya telah membayar utk menyertai kursus Dr. Azizan. Namun berdasarkan artikel ini, saya berasa berbelah bahagi utk menghadirinya, kerana saya tak ingin sesuatu yang bercanggah dengan Agama.

Apakah yang harus saya lakukan? Terus menghadiri atau tidak?
Quote
0 #44 RAHSIA tarikh lahir, bulan lahir, nama?Airil Haimi Adnan 2010-06-04 07:30
Assalamualaikum dan salam hormat saudara/i Islamku sekalian,

Adalah menjadi KERUGIAN yang amat besar kepada kaum dan agama kita kalau kita amat mudah disesatkan oleh mereka yang membuat dalil rekaan sendiri berdasarkan 'bukti', 'fakta' atau 'kajian' yang tidak jelas.

SESUNGGUHNYA, agama kita melarang kita memikirkan perkara yang tidak perlu difikir. Agama kita mendidik kita supaya mencari ilmu berdasarkan akal, fikiran yang logik. Adakah 'rahsia' tarikh/bulan lahir atau nama itu LOGIK?


Dari pengamatan saya, saudara/i masih ADA yang tidak mungkin keliru dengan pembohongan 'rahsia' tarikh/bulan/nama dengan PENILAIAN PERSONALITI. Izinkan saya berkongsi sedikit yang saya tahu:

1. Penilaian PERSONALITI (dipanggil PSIKOMETRI), adalah ujian menilai KECENDERUNGAN seseorang. Misalnya, seorang yang pemalu, yang yakin, yang mudah bergaul, dll.

2. Ujian sebegini DIKIRA berdasarkan STATISTIK, yakni membuat perbandingan diri saudara/i dengan sekumpulan manusia lain yang BESAR bilangannya.

3. Ujian-ujian PSIKOMETRI juga hanya mampu menunjukkan beberapa ciri utama personaliti TETAPI tidak kesemuanya.


SOALAN saya:

1. Adakah personaliti manusia merangkumi 'rahsia' tarikh/bulan/nama? Jawapannya, TIDAK!

2. Dapatkah 'rahsia' tarikh/bulan/nama diuji dan dibuktikan secara ilmiah? TIDAK SEKALI-KALI!

3. Secara logik, adakah kita diper[censored] kan oleh 'rahsia' tarikh/bulan/nama? FIKIR-FIKIRKANLAH...


NIAT saya tidaklah untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Tidak dapat kita sangkal ada penceramah motivasi Islam-Melayu kita memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita. AKAN TETAPI, DALAM HAL 'RAHSIA' TARIKH/BULAN/NAMA INI, KITA WAJIB MEMBUKA MATA DAN MINDA DAN MENENTANG KEBATILAN...

Wallahualam.
Quote
0 #43 my commentamhidayah 2010-05-26 09:42
as salam... pada semua saudara,saudari sebagai saudara se-islam saya,saya hadir memberi komen ini hanya sebagai renungan pada anda,ada pun orang2 tua dahulu berkata pada anak dan cucu nya tentang petua2 seperti yang anda pernah dengar atau terdengar adalah amalan,pengalam an yang pernah mereka rasa,alami.. pada saya cukup sekadar dengar,pegang,a mal apa2 petua yag diberikan kerana petua itu datang dahulu sebelum ilmu...
Quote
0 #42 Tarikh Lahir NujumAhmad Hassan 2010-05-25 00:11
Salam Fazilah

Bole ceritakn lebih lanjut berkenaan perkara2 yg boleh menggugat akidah kita tanpa kita sedari seperti yg dikatakan tu? Mungkin baik untuk berkongsi dengan mereka yg belum pernah pergi tetapi dah tanam hajat nak pergi kekursus seperti ini.

Terima kasih
Quote
0 #41 Luh-Maf-fuzAbdul Halim 2010-04-21 10:52
Salam. The point brought up about Khidir is a good one. Another point is about Nuzul Quran - an event in which the whole Quran descended from Luuh-Mahfuz to Baitul Izzah before gradually descended to the prophet. Future events have been prescribed by ALLAH. Everything is preordained as scribed in Luuh-Mahfuz. Every single bit. It's hard to swallow but it's the truth. Suggest further reading on "For Man of Understanding" by Harun Yahaya.
Quote
0 #40 pembohongan rahsia tarikh lahirmamat 2010-04-13 06:08
pembohongan rahsia tarikh lahir

www.youtube.com/.../
Quote
+2 #39 peringatan!!penerjah 2010-04-03 03:00
sebenarnya org yg highly self-motivated tak akan gi motivasi2 camni...org2 lemah takde common sense je sanggup bayo rm50 ....setakat motivasi mcm ni...berlambak free...kat internet,tv, radio..siap boleh record lagi...aparaa!!! lebih baik RM50 tu wat sedekah anak yatim ke apa...bagi kat mak wat belanja dapur ke....dpt pahala berganda-ganda..gi jelah ceramah agama drpd org2 qualify mcm UZAR nih
Quote
+1 #38 Arabic articles dalam bm dan biRahman 2010-03-27 20:23
Salam auni
saya hanya memberikan cadangan.
auni boleh translate menggunakan 'google translate'. begini caranya:-
-buka firefox atau explorer
- taip 'google translate' di kotak 'search', akan keluar senarai carian
- klik pada 'Google Translate'
- masukkan alamat website yang dikehendaki
- tukarkan bahasa 'from : arabic', dan 'to : bahasa melayu'
- klik butang 'translate'

harap ini membantu. jika auni dah ada penyelesaian, abaikan sahaj ok.
affiliate-rahman.blogspot.com
Quote
0 #37 .....nuRuL 2010-03-24 09:04
tak berdosa kerr kalau kita nak meramal masa depan...?
Quote
+2 #36 Pernah mengikuti consutansi.cik loket 2010-03-24 00:27
Sekadar bekongsi pndangan peribadi.

1.Saya pernah membuat private consultansi dengan dua ahli dalam bidang ini. Apa yang saya boleh simpulkan, perkara yg diberitahu ttg diri, ada yg tepat, ada yg ragu.

2.Namun setelah sy renung kembali, ada perkara-perkara yg tidak praktikal, spt lokasi tmpat tinggal / rumah yg boleh mempengaruhi nasib seseorang. Jika tempat tinggal saya sekarang tidak baik, dgn mengikuti kaedah ini, apa perlu sy pindah rumah? - Menyusahkan.

3. Hasil dari renungan, apa yg patut saya lakukan, pada pandangan sy, bukanlah terus mencari ilmu berdasarkan bidang ini, tidak juga membina diri berlandaskan ilmu-ilmu sebegini, namun, binalah diri mengikut apa yg telah ditetapkan oleh Allah pada kita - Dgn melakukan suruhan, dan meninggalkan larangan.

4. Adalah lebih praktikal bagi sy, utk menggunakan masa dan ruang waktu yg Allah berikan, utk menambah ilmu berkaitan cara hidup islam sebenar, berbanding menyibukkan diri dgn bidang ilmu yg ada keraguan.

5. Mengapa perlu byk masa dihabiskan utk ilmu ini, sedangkan jika masa itu digunakan utk memahami islam, spt ke majlis2 ilmu, terbina jua diri berdasarkan sahsiah yg betul.

6.Kita di dunia utk diuji, biarlah bagaimanapun takdir kita, andai IMAN kuat dalam menghadapinya, kita mampu hidup secara hebat. Allah sudah sediakn senjata yg paling hebat iaitu doa.

7.Carilah ilmu utk mendekatkan diri pada Allah, bukan ilmu sekadar utk kepentingan dan kemajuan diri sendiri, utk kepentingan duniawi semata-mata.

Saya harap Allah maafkan sy atas kesilapan sy, andaikata sy menaburkan masa utk mencari sesuatu yg ada keraguaanya, sedangkan masa itu patut digunakan utk mencari ilmu-ilmu yg sahih dan tepat berlandaskan Al-Quran dan Hadis-hadis sahih.


UZAR : good comments
Quote
0 #35 hadiri n nilaikakchik 2010-03-21 06:34
salam,
personally,why not ustaz attend the seminar and ascess rather than hearing all sorts of view n opinion like one of the imam masjid(?negara) did.
Quote
+3 #34 NumerologiNizam 2010-03-19 01:11
Assalamualaikum w.b.t UZAR,
Saya pernah diajar oleh seorg sahabat mengenai konsep numerologi tarikh lahir bg membuat analisis secara am mengenai perwatakan seseorang itu.
Sbg cth tarikh lahir 19.03.1971. Dua digit yg pertama di campur sehingga menjadi satu digit(1+9=10, 1+0=1) menjadi no. pertama. Di campur pula kesemua digit sehingga menjadi satu digit(1+9+0+3+1+9+7+1=31, 3+1=4) menjadi no. kedua, dlm cth ini 1 dan 4
Rumusan daripada nombor2 berikut memberikan personaliti seseorang itu, utk cth diatas,
Nombor pertama beliau ialah no.1 selalunya mewakili seseorang yg mempunyai ciri2 kepimpinan, dan nombor keduanya iaitu no. 4 selalunya mempunyai sifat kedegilan/keras hati.
Tujuan melihat pada analisis nombor2 berikut hanyalah sebagai landasan/panduan utk kita memahami secara am personaliti seseorang itu agar kita dpt menyesuaikan diri kita dgnnya, sbg cth sekiranya kita ingin memahami karektor pegawai atasan, jiran, teman wanita dsb.
Soalan saya adakah ini dibenarkan atau ada kelonggaran diberikan untuknya dipraktikan. Kerana Ustaz ader memberikan komen sebelum ini Quote. "UZAR : Jika sekdar mengaitkan tarikh lahir dgn peribadi seseorang, mungkin itu masih boleh toleran krn memang tidak mustahil melalui data yang dikaji, terdapat persamaan sikap individu yang lahir pada bulan tertentu. sama seperti kesukaan seseorang kepada warna tertentu boleh jadi petunjuk kepada sikapnya."
Harap soalan saya ini bukanlah soalan yang berulang daripada komen2 lain dibawah.
Terima Kasih

Wassalam
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 89 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan