Soal Jawab & Isu Pilihan Kontrak Streamyx & Bayaran Penyewa Keluar Awal

Kontrak Streamyx & Bayaran Penyewa Keluar Awal

  • PDF
(9 votes, average 5.00 out of 5)

Bolehkah Tuntut Sewa Jika

 Penyewa Keluar Awal?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

kuncisewa.jpg

 

SOALAN

Saya ingin bertanya berkenaan sewaan di dalam Islam. Boleh ustaz terangkan serba ringkas. Selain itu saya ada rumah disewakan. dalam kontrak ada saya tetapkan, jika penyewa tamatkan sewaan awal, maka dia kena tanggung sewa itu sehingga ada penyewa baru mengambil tempatnya atau tamat tempoh kontrak asal. Contohnya: kontrak 12 bulan, sampai bulan ke 10 dia kena pindah, maka disini dia kena bayar sewa 2 bulan terakhir walaupun dia tak tinggal di rumah tersebut. Adakah kes ni termasuk dalam riba juga? Bagaimana pula dengan perkhidmatan internet streamyx yang memaksa pengguna membayar penuh jika menamatkan kontrak lebih awal?

JAWAPAN :

Pertamanya, tahniah kerana saudara telah bertransaksi dalam urusan sewa menyewa dengan betul apabila kontrak disediakan. Di luar sana, terdapat ramai yang sedang menyewa rumah sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa disertai sebarang perjanjian hitam putih. Sedikit malang kerana saya ada bertemu beberapa individu di Malaysia dan luar negara yang kelihatan berbangga kerana kononnya tuan rumahnya begitu ‘sempoi', mudah dan tidak formal.

Tiada perjanjian, tiada deposit dan lain-lain, semuanya bagus katanya, tidak memeningkan kepala untuk tandatangan di sana sini, tidak perlu cari ‘referees' untuk dokumen dan lain-lain.

Padahal individu tersebut tidak sedar, tidak semua keadaan mudah di atas akan membawa kebaikan buatnya. Mudah memang mudah di awalnya, namun bibmang atas kemudahan itu juga melahirkan ketidakpastian (gharar) seperti boleh dihalau keluar secara tiba-tiba. Tatakala itu, tiada sebarang dokumen boleh yang membantu mempertahankan hak kita selaku penyewa.

Ketahuilah aqad (kontrak) sewaan di dalam Islam adalah :-

1)    AQAD JENIS LAZIM : Ia jenis aqad yang tidak boleh ditamatkan dengan kehendak atau tindakan satu pihak sahaja. Ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang dinamakan aqad lazim.  Namun, jika anda menyewa rumah tanpa sebarang perjanjian hitam putih yang jelas, walau dengan sebaik manapun tuan rumah anda.

Penamatan dari satu pihak mungkin boleh berlaku dan boleh mengakibatkan pergaduhan dan pertengkaran. Telah banyak saya dengar pelajar Malaysia di Jordan dan lain-lain negara yang dihalau keluar dalam tempoh 24 jam oleh tuan rumah mereka, tiada pilihan kerana tiada kontrak untuk menguatkuasakan hak bila berlaku masalah ini. Bila ia berlaku, ia bercanggah dengan hukum Islam kerana ia adalah aqad lazim.

2)    MESTI ADA TEMPOH MULA DAN TAMAT : Tempoh mesti ditetapkan dengan jelas : Bila bermula dan bila tamatnya. Ia amat perlu bagi mengelak sebarang risiko terhadap penyewa dan memudahkan pemberi sewa merancang juga. Namun, rumah sewa sementara saya baru-baru ini tiada tempoh, ini menyebabkan saya kurang selesa dan menjadi sebab tambahan untuk saya keluar segera dari rumah tersebut.

3)    DEPOSIT DIBENARKAN: Hukum Islam membenarkan tuan rumah mengambil deposit yang dinamakan ‘urbun' dalam aqad sewaan. Dan ‘urbun ini adalah termasuk dalam kategori bayaran sewaan juga, cuma ia dibayar in advance' sahaja.

Pengambilan ‘urbun ini dibenarkan atas dalil tindakan Umar Al-Khattab r.a yang melakukannya dengan persetujuan para sahabat yang lain. (Qarar Majma Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dawli no 72 (8/3) )

4)    TANGGUNG JAWAB MAINTANANCE ASAS : Tidak halal untuk tuan rumah untuk mensyaratkan penyewa untuk memperbaiki kerosakan asal atau kerosakan major pada struktur asas rumah yang bukan rosak disebabkan penggunaan penyewa. Adapun, menukar bulb mentol yang terbakar boleh dipertanggungjawabkan kepada penyewa. (Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah, hlm 138 ; Fatwa Majlis Shariah Al-Barakah, no 9/9)

TUNTUTAN BAKI SEWA

Berkenaan soalan sama ada penyewa boleh menuntut baki 2 bulan sewa dari penyewa yang ingin menamatkan sewaan sebelum tarikh tamatnya. Pandangan majoriti ulama Fiqh [1] menyatakan penyewa mempunyai hak untuk perkara tersebut disebabkan hadis :

Ertinya : Orang Muslim tertanggugjawab atas persetujuan mereka, selagi mana tidak mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" ( Riwayat Ahmad 1/312 ; Ibn Majah 2/783 ; sanadnya baik)

Maka atas dasar hadis terbabit dan sifat sewaan yang tidak boleh ditamatkan kecuali melalui persteujuan kedua belah pihak. Apabila tarikh sewaan telah ditetap dan dipersetujui, kedua-dua belah pihak mesti menunaikan janji masing-masing. Apabila penyewa ingin keluar lebih awal, dia tidak boleh menamatkan kontrak sewa tersebut kecuali dengan persetujuan pemberi sewa.

Atas dasar itu, pemilik rumah sewa berhak menerima baki 2 bulan sewaan berdasarkan salah satu antara tiga situasi berikut :-

a-      Bayaran baki 2 bulan itu dijadikan syarat persetujuan menamatkan kontrak lebih awal. Tatkala itu, hadis berkenaan syarat dan persetujuan bersama adalah terpakai dan wang itu tidak termasuk dalam wang haram atau riba.

b-      Baki bayaran 2 bulan itu masih boleh dibayar atas asas sewaan juga, jika itu berlaku, maka penyewa masih tetap mempunyai hak untuk menggunakan rumah terbabit selama baki 2 bulan. Kemungkinan dia boleh membebarkan ahli keluaragnya yang lain memanfaatkan rumah tersebnut, namun ia tertakluk kepada kandungan kontrak. Dalam konetks ini, pemilik rumah pula tidak boleh menyewakan kepada selainnya sepanjang tempoh tersebut.

c-      Baki bayaran 2 bulan itu, diambil atas dasar WANG GANTI RUGI (TA'WIDH) atas pembatalan kontrak sebelum tempoh.  

Ketiga-tiga situasi di atas adalah diharuskan di sisi undang-undang Islam. Walaupun begitu, dikira satu sifat terpuji jika pemilik bersikap ihsan atau memberi sedikit diskaun kepada penyewa sekiranya alasan yang menyebabkan dia terpaksa menamatkan segera sewaan adalah munasabah dan layak dipertimbangkan sewajarnya.

Kesimpulan, selaku pemilik rumah sewa, anda sememangnya berhak dari sudut hukum Islam untuk menerima semua bayaran sewa yang berbaki dan ia bukan riba di sisi Islam, malah ia juga sah di sisi undang-undang berdasarkan kontrak yang ditandatangani bersama. Cuma pertimbangan untuk memberikan potongan terhadap kos sewa tersebut amat digalakkan di dalam Islam terutamanya jika pemberi sewa tidak terkena sebarang mudarat hasil penamatan awal tersebut dan penyewa pula mempunyai sebab yang munasabah.

Kes yang sama terpakai bagi pengguna internet streamyx sebagai contoh, yang mana kita biasanya mengikat kontrak untuk menggunakan khidmat ineternet selama 18 bulan, apabila kita ingin menamatkannya lebih awal, kita dituntut membayar semua baki untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

12  Mac 2010

 



[1] Shariah Standard, AAOIFI, 2008 , hlm 157



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+3 #19 notis berhenti ker 24 jamAIN 2011-11-06 10:26
Assalamualaikum UZAR : persoalan saya dibolehkan ke pihak bekas majikan meminta pekerja jika pekerja memberi notis 24 jam berhenti kerja membayar balik 2 bulan gaji. kalu x bayar dosa ke ustaz?
Quote
0 #18 Kontrak iPhone + planazlan 2011-05-03 20:53
Assalamualaikum Ustaz:

Moga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Mohon pendapat UZAR bagi promosi2 terbaru syarikat telefon yg mane iPhone/smart phone diberi dengan harga lebih murah, jika dibeli bersama pelan yg ditetapkan dengan kontrak selama 2 tahun (cth).

Adakah ini termasuk antara jual beli 2 akad dalam 1 transaksi?

Jawapan UZAR saya dahulukan dengan terima kasih.
Quote
+1 #17 huhuhuhual-mukhsin 2010-08-19 20:25
ustaz,sy nk tnya ni..sy wat part time blajar smbil bekerja..kemudian bos sy pnjam kad pelajar sy untuk melanggan streamyx pakej pelajar untuk kegunaan peribadinya.dahlah tu,netbook die ambil.tak patut kn?.Apakah hukumnya ustaz?
Quote
+2 #16 Pekerja melanggan Pakej Pelajar.Hukumnyasyaima 2010-08-18 17:54
Maaf, terkeluar sedikit dari isu yang dibincangkan.
Saya ada melanggan Streamyx pakej Pelajar yang lebih murah menggunakan kad pelajar anak saudara saya kerana saya telahpun bekerja, setelah mendapat cadangan daripada kakitangan TM sendiri. Netbook yang diterima saya hadiahkan kepada anak saudara saya. Salahkah perbuatan ini?
Terima kasih

UZAR ; saya kira ia masih dibenarkan krn tiada penipuan, kecuali kad pelajar dicipta
Quote
+1 #15 Kontrak StreamyxNAZID 2010-05-31 17:03
Masalah berlaku tidak dinyatakan secara jelas perlu ikat kontrak 12 bulan.Apabila kita ingin menamatkan awal kerana tidak mampu bayar tidak boleh dibatalkan. Bukankah ini penindasan perniagaan. Minta ulasan daripada Ustaz untuk menjelaskannya.
Quote
+1 #14 kongsi pendaptmata_trg 2010-04-24 19:27
salam. pd pendapat sy, duit deposit yg telah dibayar itu dikira bayaran sewa r.. pada kebiasaan, deposit dibayar sbgai jaminan kepada pihak pemberi sewa bagi mengelakkan daripada penyewa lari atau membatalkan contract tanpa ada notis...
Quote
+1 #13 Tempoh tamat contractLan 2010-03-27 23:58
Saya merujuk kepada syarat no. 2 kontrak di atas (Mesti ade tarikh mula dan tamat). Biasanye kontrak streamyx/maxis/dll. menyatakan tempoh minimum sewaan, i.e. seperti contoh 18 bulan di atas. Tapi tarikh tamat di benarkan dibuat bila2 sahaja selepas 18 bulan tanpe ditetapkan dalam kontrak. Ataupon tuan rumah yg mensyaratkan tinggal 2 tahun di sebuah rumah, selepas itu boleh berhenti bila2 masa.

Adakah terdapat unsur gharar dalam kontrak sebegini?


UZAR : kontrak sebegitu memang dibenarkan untuk berhenti, tapi MESTI ada persetujuan dua-dua pihak. tapi ada syarat tertentu speeti notis sekian sekian bulan.. dan lain2 tertakluk kpd persetujuan Tiada gharar jika telah aqad untuk 2 tahun.
Quote
-2 #12 huhuhuyusa 2010-03-23 08:48
lepas ni leh la bwat camni...memandangkan tak riba....batal kontrak sewa setahun ..tuntut ganti rugi sewa 8 tahun...

macam ada tak kena ker?

UZAR ; yang haram dalam harta tak semestinya riba, rompak, curi, ambil harta tanpa keredhaan dan persteujuan pun haram juga.

Mengapa perlu setuju untuk didenda 8 tahun jika batal kontrak?. tiada akalkah untuk fikir dan menimbang?

Jika dah setuju, it your obligation sebab tu budak2 di bawah umur dan individu yang terencat aqal tak boleh meterai kontrak
Quote
0 #11 Bayara Sewa AwalAsnal 2010-03-22 23:44
Salam

Bagi saya, baik kita duduk dulu sebelum bayar sewa sbb kita dah bayar deposit mungkin 2 bulan. Jadi kalau meninggal kita sebenarnya dah terlebih bayar. InsyaAllah niat hadiah pada tuan rumah. Wallahua'lam
Quote
0 #10 http://www.youtube.com/user/YangAkuSegalMohd Azam 2010-03-22 20:48
Kebanyakan soalan-soalan yang saya baca, setakat ni, adalah ada kaitnya dengan isu kontrak. Jadi, silalah benar-benar ambil iktibar akan poin ini, kerana masakan ia tidak penting jika tidak, Ustaz mulakan jawapannya (artikel) dengan mendahulukan poin tersebut. Wallahu 'alam. :-)
Quote
0 #9 Penyewa lari sebelum sain kontrakshidki yusoff 2010-03-15 23:31
Assalamualaikum wrt. wbt.
Jika seorang penyewa duduk menyewa selama dua hari. Tanpa sempat menyain kontrak sewa dia dah keluar kerana alasan tidak munasabah. Walau bagaimanapun duit deposit sudah di bayar (melalui bank in). Adakah tuan rumah boleh memotong kos selama 2 hari daripada duit deposit (sebelum duit sewa dikembalikan semula)
Quote
0 #8 Penyewa gagal menyewaridzuan ramli 2010-03-15 19:28
Ustaz, ringkas cerita. penyewa pada mula berjanji mahu menyewa rumah saya dan meletakkan wang deposit untuk mengesahkannya tetapi mungkir pada akhirnya. bagaimana status wang deposit tersebut? FYi, Saya terpaksa menolak bakal2 penyewa lain yang berminat dan memberi keutamaan padanya kerana dia sudah mebayar wang deposit tersebut.
Quote
0 #7 Bayar Awal lagi bagushamzah 2010-03-15 17:20
Salam, seeloknya kita bayarlah dahulu kerana mana tahu kita meninggal dunia dan hutang duduk tidak dibayar.Sekiranya kita bayar untuk duduk pada bulan tersebut,Contoh nya sekarang ada 29 Mac 2010, maka kita bayar untuk bulan April 2010. Jadi, bulan April tersebut bersih untuk kita duduk dengan selesa(simpan resit bukti pembayaran) dan sekiranya kita meninggal tak sampai habis bulan, kita anggap sahaja sebagai sedekah kepada tuan rumah dan dapat pahala. Bahkan proses undang2 juga dapat berjalan lancar kerana jika tuan rumah halau kita ada hak untuk duduk bulan April tersebut jika dibawa ke mahkamah. Awal lagi elok, bayar hutang awal lagi elok.Wallahulam pendapat saya sebagai seorang saudara muslim.
Quote
+1 #6 motivasicahayapermata 2010-03-14 23:29
assalamualaikum ustz...
sy teringin sgt ustaz tulis artikel pasal motivasi spt bagaimana ustz dapat kekuatan untuk melakukan byk kerja dalam satu masa n bagaiman ustz dapat kekuatan utk melakukan byk kerja?ustz xrasa stres ke?cikgu kat sekolah stres dgn perangai pelajar apa lagi ustz yg terlalu sibuk.adakah buat byk kerja dlm 1 masa ni dibiasakan n dapat dilatih?sy pun nk mencontohi ustz...terima kash.hrp respon drp ustz :-)
Quote
0 #5 kena masanyaasray 2010-03-14 13:12
terima kasih uzar...kena pd masanya, penyewa dah nak tamatkan kontra sedangkan masih ada lg 4 bulan utk kontrak tamat.
Quote
0 #4 Menyalahi Kontrak..Mohd Izwan 2010-03-14 08:07
Assalamu 'Alaikum.
Ustaz, bagaimana pula jika dalam kontrak sewa rumah sbg contoh, pemilik rumah tetapkan hanya 7 org sahaja yang dibenarkan menyewa atau menghuni. tetapi, kami sebagai pelajar memikirkan kos rumah sewa yg mahal dapat dikurangkan bebannya dgn menambah beberapa rakan kongsi lain dan rumah berkenan pula sememangnya boleh menempatkan lebih daripada 7 org tersebut (dalam 9 atau 10 org). Bagaimana pula jika penetapan itu cuma melalui lisan shj, sememangnya tidak disebut dlm kontrak sewa tersebut?
Quote
0 #3 tiada kontrakJeanne 2010-03-13 15:30
Assalamualaikum ...

Sekiranya tiada kontrak, tanpa apa2 perjanjian antara penyewa dan pemberi sewa, adakah penyewa berhak ke atas deposit walaupun menyewa dalam tempoh yang singkat cth 3 bulan dan telah membayar deposit 2 bulan. Maksudnya bulan terakhir sewaan ditolak dgn deposit tersebut dan berhak mendapat baki 1 bulan deposit?
Quote
+1 #2 sewa menyewarebung 2010-03-13 06:38
Assalamualaikum .
Saya ni bujang. Terpaksa pindah ke satu kawasan. Urusan sewa semua tak de masalah. Cuma sewa tinggi, contohnya RM1000. Katakan ada 3 bilik. Saya dah bagitau pengurus sewa rumah tu yang saya nak cari penyewa untuk 2 bilik lagi sebab saya tak termampu nak tanggung sorang-sorang. Pengurus sewa rumah tu tak kesah. So skrg saya ada 2 penyewa bilik. Saya uruskan bayar sewa. Dua bilik bagi RM450 setiap satu jadi Rm900. Saya bayar RM100 dan bil telefon. Halalkah perbuatan saya tu? Ada kawan cakap sewa atas sewa tak halal melainkan dengan pengetahuan tuan rumah. Saya dah maklumkan kepada yang menguruskan sewa rumah tu...
Quote
0 #1 bayar dulu atau bayar kemudianHamidii 2010-03-13 06:10
Ustaz, mana satu lebih baik, bayar sewa dulu baru duduk rumah atau akhir bulan baru bayar( duduk dulu)?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 90 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Kontrak Streamyx & Bayaran Penyewa Keluar Awal