Upah Dari Google Adsense &
Nuffnang : Haruskah?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
- 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
- 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
- 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
- Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
- Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
- 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
1 April 2010
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Adakah wajar Bank Susu Ibu diwujudkan di Malaysia? Harap penjelasan daripada ustaz. Terima kasih.
Ingin penjelasan ttg Sijil Simpanan Premium Perbankan Islam (BSN) yg baru lancarkan awal tahun 2011. Saya dimaklumkan oleh staff BSN bhw SSP ini telah diluluskan oleh panel syariah BSN dan dibawah aqad mudharabah. Atr hadiah cabutan bertuah SSP ini adlh Umrah. So, bolehkah kita menyertainya?
pengusahamuslim.com/.../...
errr..satu je..kalau banner iklan ada gambar perempuan tak pkai tudung,maknanya pendapatan kita dari iklan haram?
jadi stesen tv juga hasil kan pendapatan haram juga la mksudnya sebab nya mrk lagi lah tayangkan iklan2 yg byk2 yg mana contentnya ramai perempuan buka aurat baik muslim atau kafir.
pengacara juga dan pembaca berita tak pkai tudung.mrk juga merupakan content utk setesen tv.bgaimana pula dengan kes stesen tv ya?
salam,
saya ada satu kemusykilan
adakah ptc(paid to click) ini HALAL hukumnya
1.ptc neobux adalah ptc paling dpercayai
www.neobux.com/?r=ferrari37
2.ptc clixsense adalah ptc tertua
www.neobux.com/?r=ferrari37
3.ptc infintybux adalah ptc paling cepat dapat duit
www.infinitybux.com/.../
saya telah masuk dalam program ini dan kemudiannya terfikir hari demi hari adakah ptc berbentuk ini halal
Ssblm ini sy telah bnyk membeli buku2 panduan perniagaan internet,bahkan mempunyai kemahiran untuk lakukan beberapa skipt dan teknik yang boleh menambahkan pengnjung untuk klik iklan yg dipaparkan,namu n sy tak melakukannya kerana sy tahu sy tak boleh jamin halal haramnya..lihatlah iklan d Nuffnang,kebany akkkanya perkara2 yang berunsur maksiat spt movie & sebagainya..
Usahlah cari rezeki dgn jalan mudah,cari jalan halal Allah pasti menggandakan rezeki dgn melimpah-limpah..bukn nk menjawab,sekada r berkongsi pndgn..wallahua'alm
jika dilihat pada akaun nuffnang, kita dapat tahu dari mana sumber setiap sen yang kita dapat. Sebagai contoh iklan A berapa sen, iklan B berapa sen. Jadi, sekiranya ada iklan yang melanggar syariat yang TERLEPAS dari filter, maka kita sendiri boleh menyalurkan duit yang TIDAK HALAL itu ke arah lain.
Mungkin Ustaz boleh tanya Ustaz Hasrizal dalam bab Nuffnang ni. Dulu ustaz Hasrizal pernah pasang iklan nuffnang dalam saifulislam.com.
Wallahua'lam.
minta tolong ustaz..email ke email saya q0_blackball@ya hoo.com.my
penjelasan yg menarik ...
ramai org yg xtau benda ni.....
izin sedut ye....
Syukran ya ustaz
saya musykil tentang on-line biz ni,kita melabur beberapa ribu dan kita cuma tunggu akan kemasukan downline kita secara automatik, produknya halal tetapi ianya produk Amerika yang kita sedia maklum mereka ni talibarut Israel yang paling supportive dalam menentang Islam. Ramai jutawan Muslim dilahirka dari e-biz ni.Bolehkah sekiranya kita menggunakan kelebihan ini untuk dimanfaatkan kepada ummat Islam? Saya harapkan feedback as soon as possible dari ustaz. terima kasih. :
Autoriti - Kedua-dua syarikat samaada nuffnang atau google mmg mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk melunaskan janji. Tiada risiko langsung yang ditanggung oleh kita/blogger kerana tiada pelaburan yang terlibat. Kita hanya jadi orang tengah yang menyediakan ruang iklan didalam blog. Tapi kepada sesiapa yang cari makan dengan cara ini memang risiko tinggi kerana mereka/blogger berkemungkinan untuk menyalahi polisi (mengunakan teknik blackhat) untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi.
Upah dan cara kiraan - upah dan cara kiraan upah memang kurang jelas dinyatakan. dan ianya bergantung kepada pengiklan/advertiser untuk meletakkan berapa per klik. Ini dibuat untuk melindungi pengiklan daripada mengalami kerugian akibat dari (clickbomb). Jika blogger tahu berapa jumlah sebenar untuk satu klik maka dikhuatiri akan merugikan advertiser. Tapi penguna boleh melihat pendapatan perklik dengan melihat statistik/log selepas system update. Realitinya mmg dipaparkan pendapatan perklik dan blogger boleh membuat angaran sendiri.
Kandungan iklan - Kandungan iklan memang tidak terkawal. Untuk google adsense kandungan iklan bergantung kepada content blog. Jika blogger menulis berkenaan finance maka banyaklah iklan berkaitan finance akan keluar.. blogger mempunya pilihan untuk memilih content yang sesuai. Untuk mengelakkan daripada iklan yang tidak munasabah, content perlulah berkaitan topik yang munasabah. Untuk nuffnang pula iklan boleh difilter tapi hanya general filter sahaja iaitu iklan yaang berkaitan dengan rokok dan arak. Iklan lain seperti iklan konsert dan sebagainya masih lepas. Iklan yang keluar memang tidak boleh dikawal.
Cara pembayaran - kedua2 syarikat meletakkan minimum limit untuk blogger cash out untuk mengelakkan penipuan berlaku. untuk google adsense memang tiada fee dikenakan tapi untuk nuffnang fee sebanyak RM1 dikenakan.
harap dapat membantu sedikit sebanyak.
1. apakah status upah yang kita dapat sedangkan kita mengetahui google menjalankan aktiviti bercampur halal haram..walaupun kita hanya filter untuk sekian iklan sahaja yang boleh diterima..
syukran ust
Salam, UZAR
saya nak tanya, bagaimana kita boleh tahu sama ada iklan itu halal atau haram, sedangkan tiada laporan dalam adsense, iklan yang diklik berkenaan dengan apa.
Hrap UZAR dapat perjelas perkara tersebut. sekian, terima kasih
namun kita hanya dapat duit berdasarkan iklan yang kita siarkan, tapi pendapatan syarikat ada berdasarkan iklan ARAK, macam mana dalam kes ini ustaz?
kire macam kes syarikat san migual la plak daa isk2
Kalu difikirkan sekali , cam termasuk perkara syubhah gak makan duit hasil dari adsense ni ya...huhuhu
Saya ada sedikit kemusykilan tentang program Paid-To-Click samaada dari Malaysia atau negara barat....
Paid To Click akan membayar kepada kia apabila kita klik iklan di website mereka cth: omnibux dan lain-lain
Saya dah try register salah satu program....tapi saya lihat salah satu iklannya ialah FOREX.... Forex tu haram hukumnya...
Soalan saya: Bolehkah kita menyertai program ini, tapi kita tidak klik pada iklan FOREX dan lain-lain iklan yang haram tu...
Terima kasih
Bagaimana pula hukumnya hadiah kemenangan yg diperolehi sebagai contoh dlm perlawanan bola sepak final yang mana dlm perlawanan tersebut ada pemain yang menggunakan tangan untuk menjaringkan gol(secara sengaja atau tidak)akan tetapi pengadil dan penolong pengadil tidak nampak seterusnya membenarkan gol tersebut dan gol itu adalah gol tunggal dlm perlawanan tersebut. Biasanya hadiah untuk perlawanan akhir ini sangat lumayan bukan sahaja wang ringgit tetapi juga sebidang tanah.
jika dilihat pada akaun nuffnang, kita dapat tahu dari mana sumber setiap sen yang kita dapat. Sebagai contoh iklan A berapa sen, iklan B berapa sen. Jadi, sekiranya ada iklan yang melanggar syariat yang TERLEPAS dari filter, maka kita sendiri boleh menyalurkan duit yang TIDAK HALAL itu ke arah lain.
Mungkin Ustaz boleh tanya Ustaz Hasrizal dalam bab Nuffnang ni. Dulu ustaz Hasrizal pernah pasang iklan nuffnang dalam saifulislam.com.
Wallahua'lam.
Tentang polisi google adsense boleh rujuk
www.google.com/.../policies
Ustaz, saya ingin memohon penjelasan dlm kes semakan autoriti spt berikut:
Pihak google akan memberi bayaran [minimum $100] setiap hujung bulan.
Bayaran untuk bulan Januari 2010 akan dibayar pada hujung bulan Februari 2010.
Bayaran untuk bulan Februari 2010 akan dibayar pada hujung bulan Mac 2010.
Dan begitulah seterusnya.
Yang menjadi persoalan ialah apabila pada bulan Mac 2010, akaun kita diban
[ditutup atas kesalahan tertentu] maka kita tidak akan mendapat bayaran bulan Februari 2010.
Sedangkan kesalahan yang kita lakukan itu berlaku pada bulan Mac 2010.
Jadi dalam kes seperti ini, adakah google "lulus" dalam peringkat semakan autoriti ini?
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
wassalam.
RSS feed for comments to this post