Soal Jawab & Isu Pilihan Hukum Gaji Kerja di Kilang Keranda

Hukum Gaji Kerja di Kilang Keranda

  • PDF
(7 votes, average 4.43 out of 5)

Hukum Gaji Kerja di Kilang Keranda

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

coffin.jpg

 

SOALAN

Assalamualaikum, ust, saya ada 1 soalan, apakah hukum seseorang Islam bekerja di kilang membuat keranda orang bukan Islam yang terdapat patung berhala pada keranda itu, dan adakah halal gaji yang kita dapat daripada pekerjaan itu?...Terima kasih

JAWAPAN

Bagi menjelaskan isu ini, asas yang perlu difahami adalah sama ada boleh atau tidak kita bertugas dan membantu dalam pembuatan barang ibadah agama lain yang jelas mensyirikkan Allah.

 

Tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal sebegini sebagaimana terdapat perbezaaan dalam menentukan hukum menjual sesuatu barang harus kepada pembeli yang diketahui akan menggunakannya untuk tujuan haram. Namun secara ringkas menurut pandangan saya, gaji inidivdu yang bertugas di tempat sedemikian adalah syubhah.

 

Jika sekadar membuat keranda, saya kira ia adalah nenutral dan HARUS kerana keranda hanyalah satu kemudahan untuk mengebumikan mayat. Namun begitu, isu berbeza di ketika wujudnya berhala atau apa-apa tanda kepercayaan agama selain Islam di keranda tersebut seperti salib, gambar berhala yang disemabhnya dan sebagainya.

 

Apabila invidu Muslim terlibat dalam pembuatan berhala atau simbol-simbol yang diketahui adalah satu item mensyirikan Allah, gajinya dikira tidak bersih di sisi Islam.

 

Adalah jelas dari firman Allah larangan dalam membantu kemaksiatan Allah SWT berfirman:

 

Ertinya : ... janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." ( Al-Maidah : 2)

 

 

Sebuah hadis menyebut :-

 

Ertinya : "Barangsiapa yang mengulurkan bantuan untuk membunuh seorang Islam walaupun dengan sepatah kalimah, ia akan bertemu Allah s.w.t di akhirat kelak dengan tertulis di antara dua matanya, orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t" ( Riwayat Ibn Majah)

 

Hadis ini jelas melarang sebarang kerjasama dari seorang Muslim Mukmin dengan apa sahaja perbuatan dan pekerjaan yang tergolong dalam dosa, seperti membunuh dan mensyirikkan Allah. Menyiapkan keranda yang mempunyai patung berhala dikira satu tugas yang menyokong kesyirikan. Justeru ia perlu dijauhkan.

 

Nabi s.a.w bersabda :-

 

Ertinya: "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya." (Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih)

 

KESIMPULAN

 

Sekiranya pekerja Muslim hanya membuat keranda tanpa sebarang berhala dan tanda keagamaan, menurut hemat saya ia adalah HARUS  (seperti gambar hiasan coffin yang disertakan di atas) kerana menjual item tersebut secara neutral. Namun apabila keranda itu disertakan dengan ciri-ciri kesyirikan seperti berhala, tulisan puja dan pujian tertentu kepada selain Allah, tatkala itu pendapatan pekerja Muslim akan tergugat kehalalannya. Wajarlah ia dengan segera menamatkan kerjaya di kilang sebegitu. Wallahu'alam.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Julai 2010



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #8 dagangan emasyang ingin tahu 2011-11-18 00:19
Assalamualaikum m..ustaz saya sudah membaca tentang artikel dagangan emas. Tetapi saya masih lagi musykil.Saya sedang bekerja di syarikat dagangan emas.Sebagai pekerja ,saya melakukan kerja harian iaitu dengan aktiviti dagangan tersebut. Adakah saya melakukan syubhah. Haruskah saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja?
Quote
-1 #7 pembakar mayathannah madihah 2011-08-09 16:45
bagaimana pula kerja sebagai seorang pembakar mayat non muslim di pusat krematorium.
Quote
0 #6 angkut kerandayol 2011-03-01 12:37
saya transporter, hanya bawa keranda bukan muslim dari kilang ke kedai seluruh malaysia, hanya keranda...!!! tpi saya tak pasti samaada ada atau tidak lambang agama lain, kerana yg saya pernah jumpa... keranda tiada sebarang lambang. ianya kerana keranda yg dibuat bukan khas utk kristian, budha atau hindu... ianya utk semua kecuali islam..! jadi tiada simbol..!!
Quote
0 #5 gaji kerja d kilang kerandarosli 2010-09-27 01:00
Sekiranya pekerja Muslim hanya membuat keranda tanpa sebarang berhala dan tanda keagamaan, menurut hemat saya ia adalah HARUS (seperti gambar hiasan coffin yang disertakan di atas) kerana menjual item tersebut secara neutral. Namun apabila keranda itu disertakan dengan ciri-ciri kesyirikan seperti berhala, tulisan puja dan pujian tertentu kepada selain Allah, tatkala itu pendapatan pekerja Muslim akan tergugat kehalalannya. Wajarlah ia dengan segera menamatkan kerjaya di kilang sebegitu. Wallahu'ala
Saya nak tanya apa maksud tergugat kehalalannya,pe ndapatannya halal ke haram.
Quote
+5 #4 Hukum Pendapatan Dari Hasil Jualan TokekNur Halimah 2010-09-15 16:36
Assalamualaikum Ustaz

Saya ingin bertanya apakah hukum atau kedudukan pendapatan yang kita perolehi dari hasil penjualan binatang yang bernama tokek/tekek (gecko). Binatang dari spesis cicak (rupa seakan dhab atau biawak)ini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerana kegunaannya untuk tujuan kajian perubatan.

Maklum balas segera dari pihak ustaz amatlah diharapkan.
Quote
+1 #3 masalah perkerjaan.nasir 2010-08-24 07:27
saya,berkerja sbagi seorang teknikal.. di sebuah hotel!! untuk pengetahuan ustaz,hotel itu menjalanjan berbagai jenis perniagaan ,hiburan,cafe dan termasuk juga casino!!
hasil keuntungan nya adalah? 75% adalah dri casino dan selebihnya!! perniagaan lain..!
soalan adakah gaji yang sy terima daripada syarikat tersebut adalah haram ??
kerana syarikat tersebut mendapat keuntugan daripada hasil yang haram!!
Quote
0 #2 ingin tahuashman 2010-08-05 01:04
ustaz,bagaimana pula hukum bagi mereka yg bekerja d pasaraya2,kedai serbaneka seperti 7e yg secara jelasnya terlibat dalam aktiviti mnjual minuman keras?rata2nya ramai d kalangan melayu islam yg bekerja d tmpt2 trsebut.adakah mereka perlu brhnti?harap uzar dpt mmberikan ulasan.

UZAR : telah diulas, cuba buat carian di bahagian kerjaya
Quote
0 #1 Pekerjaan Munsyi AbdullahNajibah 2010-08-04 22:39
Assalamualaikum wbt

Entri ustaz yang ini mengingatkan saya mengenai kerjaya Munsyi Abdullah (pengarang Hikayat Abdullah) sebagai seorang jurutulis & penterjemah. Beliau telah terlibat dengan penterjemahan Injil ke dalam bahasa Melayu ketika berada di Melaka dan di Singapura. Berdasarkan hukum orang yang bekerja membuat keranda yang mempunyai lambang agama lain, ini bererti kerja menterjemah Injil seperti Munsyi Abdullah juga boleh dimasukkan dalam kategori sama.

Mohon pencerahan daripada Ustaz. Terima kasih.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 92 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Hukum Gaji Kerja di Kilang Keranda