Perbankan Islam dan BFR
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Soalan
Antara alasan mereka yang tidak mahu menggunakan pinjaman perbankan Islam adalah kadar BFRnya juga tidak tetap. Bolehkan perbankan Islam berbuat demikian?
JAWAPAN
Sebenarnya soalan ini telah pernah saya jawab satu ketika dahulu di sini. Namun saya cuba menerangkan sekali lagi dalam huraian yang sedikit berbeza.
Ini adalah satu fakta yang sering gagal difahami orang awam. Sebenarnya apabila bank Islam menggunakan Base financing Rate (BFR), itu adalah merupakan kelebihan kepada pelanggan. Begini, BFR digunakan untuk produk yang pelbagai disebabkan buat masa ini semua perbankan islam beroperasi di bawah payungan system kewangan konvensional. Justeru, dalam hal menentukan jumlah keuntungan yang disasarkan oleh sesebuah produk, rujukan dilakukan kepada Base Lendng Rate (BLR) konvensional, namun ia dinamakan BFR kerana perbankan Islam hanya menggunakan BLR untuk semakan harga pasaran di dalam Malaysia, lalu istilah itu ditukar kepada BFR kerana bank-bank Islam tidak memberi pinjaman (lending) tetapi memberi pembiayaan (financing) melalui kontrak-kontrak yang sah di sisi hukum Islam. Antaranya mereka menggunakan kontrak BBA, selain itu ia juga diguna untuk produk AITAB (Sewa beli), Musharakah Mutanaqisah dan lain-lain.
Tanpa ingin menyentuh apa-apa isu berkaitan kesahihan kontrak dan produk itu (kerana semuanya telah panjang lebar dibicarakan), jawapan ini hanya memfokuskan jawapan ringkas yang terus menjawab soalan sahaja. Tanpa merewang kepada isu-isu lain.
Pengguna perlu memahami jika BFR itu digunakan dalam produk di bawah kontrak BBA, ia jelas satu advantage kepada pelanggan kerana kontrak BBA mewajibkan bank dan pelanggan bersetuju atas satu harga yang akan dibayar secara ansuran pada masa hadapan. Harga tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi kadar peratusan (rate) agar ia sesuai dengan system yang sedia ada di Malaysia. Biasanya kadar harga jualan (untuk pembiayaan rumah) yang termeterai di dalam kontrak dikenakan oleh bank-bank Islam akan berada pada paras 8 – 10% (kiraan secara monthly rest).
DIMANA GUNANYA BFR?
Setelah itu, bank itu akan memberikan komitmen bahawa pembayaran bulanan yang perlu dilakukan oleh pelanggan akan dirujuk kepada BFR.
Katalah kadar asal dipersetujui adalah 10 %, ( kadar ini biasanya kurang disedari oleh pelanggan kerana amat ramai yang tidak membaca kontrak mereka), seterusnya pihak bank biasanya akan memaklumkan pembayaran tahun pertama, kedua dan ketiga adalah BFR – 1 %.
Maka jika BFR berada pada kadar 6.25 peratus. Ini bermakna pelanggan hanya perlu membayar 6.25 % - 1 % = 5.25 peratus sahaja. Walhal kadar asal YANG DIPERSETUJUI adalah 10 peratus. Itulah yang dinamakan rebate atau diskaun bagi memastikan kadar yang dikenakan oleh bank-bank Islam kekal kompetetif dengan kadar bank-bank Konvensional. Itu yang perlu difahami oleh pelanggan,
BFR adalah satu mekanisme yang diguna bank Islam untuk mengira diskaun yang boleh diberikan kepada pelanggan. Dalam contoh kita tadi bermakna pelanggan diberi diskaun sebanyak 4.75peratus untuk bulan tersebut, jika tiba-tiba BFR turun pada bulan hadapan, jumlah diskaun akan mengembang juga, demikian sebaliknya tetapi sekiranya BFR meningkat melebihi 10 peratus, Bank Islam akan terhad kepada caj 10 peratus sahaja kerana itulah kadar asas (maksimum) yang telah dipersetujui. Bukankah itu amat baik untuk pelanggan?
Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank Islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun.
Kaedah dan penggunaan ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking, RHB Islamic Bank dan banyak lagi bank Islam yang lain.

Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR :Contracted Profit Rate
Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional.
JIKA PELANGGAN INGIN TAMATKAN AWAL
Dalam pembiayaan perumahan, asset atau kenderaan yang tempoh matangnay selama 30 tahun, 10 tahun atau 9 tahun. Jika tiba-tiba pelanggan dalam tempoh 5 tahun sebagai contoh, ingin menjual asset terbabit. Resolusi Majlis Shari’ah bank Negara Malaysia telah mewajibkan semua bank-bank islam untuk memberikan diskaun kepada pelanggan mereka di ketika pelanggan menamatkan kontrak hutang mereka sebelum tempoh matang. Baca lanjut. Kiraan diskaun biasanya mengikut formula yang telah sedia ada di dalam system komputer bank-bank.
Ini bermakna, inshaAllah kita tidak akan mendengar lagi keluhan, mana-mana pelanggan pembiayaan perumahan dan lain-lain aset dari bank Islam, yang ingin menamatkan tempoh pembiayaannya sebelum tempoh hujung, tetapi dikehendaki membayar harga penuh maksimum yang sepatutnya dibayar untuk tempoh matang pembiayaan, sebagai contoh biasanya pembiayaan perumahan mencecah tempoh 25 tahun.
Isu mengapa bank Islam layak mengambil keuntungan kerana bayaran beransur oleh pelanggan telah dihurai dalam artikel sebelum ini. Buka sini.
Selain itu, orang ramai juga tidak boleh membandingkannya di antara satu bank dengan bank yang lain kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi, bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
Kesimpualan jawapan kepada soalan, majoriti pakar Shari’ah di dalam dan luar Negara bersetuju dengan penggunaan BFR dalam system penentuan harga, keuntungan dan diskaun yang akan dikenakan oleh bank Islam. Dalam masa yang sama usaha berterusan sedang dijalankan untuk mengusulkan sistem benchmark Islam yang tersendiri. Boleh buka artikel ini untuk bacaan lanjut dalam hal tersebut.
Usaha penambahbaikan sentiasa berjalan, namun ia memakan masa dan kerjasama serta kefahaman dari banyak pihak.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Oktober 2010
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
2. Gunalah bahasa yg baik, kerana perbincangan ini bertujuan baik. JANGAN guna huruf besar. Apa yg anda katakan itu benar, pada waktu khilafah Islam wujud kat muka bumi. sekarang belum lagi, wasatiyahlah wahai manusia.
3. Riba adalah Ghazwul Fikr. Riba boleh menjadi halal.? Jika dilaksanakan terhadap Kafir harbi (memerangi Islam-skrng secara Ghazwul Fikr, dulu yalah, guna pedang,sekarang mereka belum berani, guna Riba dululah). Tetapi Islam menyatakan memaafkan lebih baik. Pilihlah yg mana mampu. Selebihnya banyak lagi khilaf utk dibuka utk minda anda semua. Laukaanu ya'lamuun.
Allahu a'lam bissawab. Jalan-jalanlah melihat alam. Bnk pengajaran disampingnya wahai manusia2 yg diberi akal.
1. Belajar dimana saja, ada musuh agama. Walaupun Universiti Al-Azhar, atau di Jordan. Rektor2, pensyarah2 mereka ada yg kafir, tetapi mereka mempelajari Islam hingga hafal bukan shja hadis2 malahan sanad2nya skali. UZAR mesti tahu ini.
University of Wales UK, lagilah bnyk. Tetapi UZAR hanya smbung PhD, bukn degree (asas di Jordan), InsyaAllah sistem penapisan baik buruk adalah teliti, dan saya/kita doakan agar sentiasa begitu.
UK (United Kingdom) adalah kolonial fitnah, USA (United States of America) penyambungnya sekarang dan pelengkapnya UNI (United Nation of Israel) apabila 'mereka' rasa sesuai utk melaksanakannya . Ini bukan ramalan, jika ikhlas, anda mampu fikirkan sendiri.
2) Ada pandangan mengatakan setiap pinjaman yg diluluskan oleh bank akan menyebabkan duit tercipta secara automatik dalam pasaran. Contohnya bank luluskan pinjaman RM10000 dan pelanggan perlu bayar balik RM20000 dalam 10 tahun. Duit tambahan RM10000 akan tercipta dengan sendirinya dalam pasaran dalam 10 tahun padahal pada asalnya Bank Negara hanya cetak RM10000. Ini menyebabkan nilai duit jatuh seterusnya menyebabkan yang kaya terus kaya ((jika peminjam beli harta macam tanah dan sewakannya) dan yang miskin terus miskin (akibat nilai duit jatuh). Sebab itulah ada yang mengatakan semua pinjaman adalah haram kerana memudaratkan ekonomi. Saya menyesal kerana telah ada 2 pinjaman peribadi di perbankan Islam disebabkan keinginan membeli tanah. Apa pandangan Ustaz?
Semoga Ustaz sentiasa dirahmati Allah..terima kasih.
UZAR : Pandangan saya, sebaiknya sdr menjauhi menggunakan transaksi di mana2 bank secara sepenuhnya, jangan juga menyimpan di bank-bank Islam, apatah lagi di bank konvensional kerana keyakinan sdr menjadikannya haram untuk saudara seorang sahaja.
Namun untuk org ramai yang tiada kemampuan untuk meniru cara keimanan saudara, mereka diharuskan untuk bertransaksi dengan bank-bank Islam walau fractional reserve system digunakan dalam pasaran hari ini.
secara ikhlas dan terus terang, saya juga menunggu2 untuk melihat semua bank dan sistem duit kertass untuk collapse dan berdoa dapat saya saksikan dengan mata kepala sendiri agar ketika itu satu sistem baru sepenuhnya dapat dinaikkan, namun saya bimbang itu hanya harapn2 kosong dan terpukau dengan idea yg terlalu idealistik tanpa kefahaman suasana dan kejahilan semasa. Itu bakal menyebabkan kita habis waktu mepertikai tanpa digunakan untuk pelajari dan mengajar kontrak2 asas kewangan Islam yg masih dijahili oleh majoriti.
Dalam kejahilan umat Islam terhadap konrak asas kengan Islam, tiba2 ingin dinaikkan sistem kewangan Islam tanpa fractional resevere system bakal menghasilkan sistem yg hancur krn ketidaksediaan muslim itu sendiri.
Saya ada 2 soalan yg lama bermain di minda..harap sangat dapat dijawab oleh Ustaz atau siapa2 yg boleh bertanggungjawa b atas jawapan2nya..
1) Saya ada pinjaman peribadi islamik di 2 perbankan Islam. Jika bank2 tu collapse atau tutup, macam mana status hutang saya? adakah dicover/diselesai oleh takaful? saya hanya mampu bayar bulanan, bukan lump sum jika apa2 jadi pada bank. Apa pandangan Ustaz?
Semoga Ustaz sentiasa dirahmati Allah..terima kasih.
UZAR : deposit dgn bank2 sama ada konvensiona dan Islam telah dijamin oleh PIDM iaitu kerajaan Malaysia
manakala yg sdr tanyakan, ye saya tunggu bank Islam itu collapse, inshaAllah saya akan berikan jawapan apa hukumnya.
Mohon penjelasan...Sy bercadang utk menjual rumah yg sy beli hasil dr pinjaman konvensional...apakah boleh sy gunakan wang keuntungan dr jualan tsb....(minta tolong dijawab ke emel)
Islam itu mudah, jangan kamu menyusahkan.
Kalu nak diperhalusi, wang yang kita pegang tiap2 hari tu kemungkinan besar datang dari org yang berurusan dengan pembelian babi. Dia pegang babi kemudian dia pegang duit. Duit tu dah jalan dari satu tangan ke satu tangan kemudian dah dapat kat kita. Tu macam mana tu?
Quoting azlan abdul aziz:
sy bkerja di sebuah syrkt logistic &warehousing, dimana kami mberikn servive kpd pelanggan dan yg sy dpt tahu ada mengenakan interest kpd pelanggan utk kadar2 tertentu. jdi utk beralih dr sistem konvensional ini kpd islamic system,mungkin kita perlu mnukar kaedah interest trsebut.tp bg non muslim,tntu mereka akan brtny..bgmn nak untung bisnes kalau xmngenakan interest trsebut. jd dlm sistem islam, ada tak jaln lain yg boleh memuaskan hati dan mndpt situasi win-win dr ke-dua2 pihak? (kami yg mberi service dan juga pelanggan kami)
ustaz yang dikagumi,
saya bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang kewangan islam. Saya mohon pandangan ustaz tentang tajuk-tajuk kajian yang boleh saya lakukan
kalau tidak silap guru-guru di University of Wales adalah orang-orang bawahan lucifer.....dan dengan objektif utama melatih orang-orang yang akan melaksanakan semua sistem-sistem lucifer di dalam pentadbiran negara.....
Mereka ini akan menghapuskan sistem keagamaan sebenar dan mewujudkan One World Religion, iaitu satu budaya kehidupan yang mengharmonikan sistem sekular dan kapitalis ke dalam sistem Islam sebenar....
UZAR : guru saya hanya dua org di universiti Wales, iaitu Prof. Dr Mawil Izzi Din Al-Iraqi ( org Iraq Muslim Sunni dan ikhwan serta tingi akhlaq) manakala seorang lagi adala Carol iaitu guru bahasa inggeris.
InshaAllah saya tak sejahil dan semudah itu untuk dipengaruhi oleh anasir kafir.
Salam En. Ismail,
Anda perlu faham konsep asas pembiayaan di mana yang jadi lebih 100000 tu sebab anda beli dari bank, bukan beli dari pemaju.
Di bank konvensional anda pinjam 100000 berserta interest dari bank kemudian membeli dari pemaju.
Sebaliknya di bank Islam, merekalah yang membeli dari pemaju dan anda pula membeli dari mereka (bank Islam). Dalam Islam anda boleh "jual" sesuatu barang melebihi harga yang anda beli, tiada masalah dalam syariah. So mana ribanya? Anda beli dari bank, so bank jual pada anda pada harga + keuntungan. Tiada riba disitu.
Jika anda hendak keluarkan dalil, sila takrifkan dulu makna Riba berserta jenis-jenisnya. Harap maklum
Nak mintak panduan... bagaimana nak mengenalpasti insurans kenderaan/perumahan adalah halal dan mengikut syariah... adakah KURNIA insurans itu mengikut syariat. Ataupun adakah TAKAFUL mngeluarkan perkhidmatan insurans perumahan/kenderaan?
Saya bercadang nak membeli rumah dan kereta. Pinjaman islam tiada masalah. Cuma sangkut hal2 insurans ni...sebagaimana saya memilih Takaful untuk perlindungan diri, harap ada jalan keluar untuk maslahah ni...
Saya ada ingin bertanya.
1. Mengikut pengetahuan ustaz, ada tak bank yang mengamalkan 100% pembankan islam?bukan sekadar 'window' islamic banking..kalau ada boleh ustaz senaraikan.
2. sekiranya
serangan bertalu2 dengan pelbagai tuduhan tentang Perbankan Islam menggunakan jenama ISLAM memeras umat Islam di malaysia..
tapi bukan saya lah kata..saya minta bantuan mohon pencerahan dalam perbincangan di laman foum ini sebab saya tak mampu nak jawab :
UZAR : Abaikan sahaja.
Terima Kasih Ustaz
UZAR : mereka ada penasihat shariah yg bertanggungjwab , rujuk nama2 mereka di www.rhb.com.my/.../main.html
saya ada memberi saham unit trust melalui public mutual seperti Public Ittikad Fund,Public Mutual Balanced dan Public Divident Fund..saham ini dikatakn saham yang mematuhi kehendak syariah,soalan sya adakah kita sbagai orng islam boleh mempunyai saham-saham seperti ini?
bagaimana pula dengan saham ASNB? mengikut kta sestengah orng divident daripada ASNB adalah haram manakala sesetengah pula kata halal..boleh ustaz beri penjelasan?....
Zaharuddin Abd Rahman kini sedang menjalani kursus PhD di dalam bidang Syariah dan Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom.
Boleh ustaz umumkan di sini siapakah guru Ustaz? Siapakah guru kepada guru Ustaz? Siapakah guru kpd guru2 Ustaz?
Ustaz jgn tersalah sangka. Tujuan saya hanyalah utk memastikan saya yg jahil ini dpt sumber ilmu Islam yg benar dan sahih. Sedangkan ilmu hadis pun mempunyai sanadnya apatah lagi ilmu cabang.
Wallahu'alam.
"#28 BBA — arisfadzilah 2010-11-12 18:01
Saya dapat pembiayaan pembelian rumah BBA untuk tempoh 23 tahun, contoh RM94,000.00 dan bank jual RM195,000.00. Bank baru keluarkan 10% progress contoh RM11,000.00. Tapi dalam tempoh 8 tahun rumah tak siap, pemaju keluar surat tak boleh di siapkan, dah bayar ansuran RM50,000.00. Bila nak buat pembayaran awal@cancel loan, bank kira2 saya kena bayar lagi RM4,000.00.
Soalan : adakah islamik? dan saya perlu bayar untuk benda yang tak ada,"
Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :
الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة
Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh.
sila banyakkan pembacaan kerana Islam melatakkan asas untuk kita menimbang setiap perkara baru yang muncul dalam kehidupan.. selama mana perjalanan sesuatu perkara itu selari dengan Islam maka semestinya kita terima... emosi dalam perbahasan mestilah dijauhi dalam mencari fakta kebenaran.. semua perjalanan yang dilakukan oleh mereka yg ahlinya adalah mengikut panduan dan pemikiran ulama' yang muktabar.. adalah lebih baik saudara memperbanyakkan pembacaan demi bersama-sama kita memberi sumbangan dalam membawa kehidupan kepada keadaan yang Islam kehendaki..
Boleh ustaz buktikan perbankan Islam yg diamalkan di Malaysia bebas dari amalan riba'? Boleh ustaz buktikan perbankan Islam di Malaysia bebas dari penindasan? Boleh ustaz buktikan bank2 di Malaysia termasuk bank Islam bebas dari amalan riba'?
Salam,
nampaknya Encik masih belum faham perkara asas. Ini bukan pinjaman. ini adalah financing, satu perniagaan. kita beli dari bank, bukan dari developer. bank yg beli dari developer. sebab tu, bank mengambil untung dan memberi kebenaran untuk kita membayar secara ansuran. sama seperti kita membeli barang dipasar.. berniaga mesti ada untung...
1. tolong hormat etika menulis dalam internet. JANGAN guna huruf besar. tolong hormat Ustaz / Guru.
2. berdebat secara berhemah dgn menggunakan FAKTA dan RUJUKAN. kalau anta rasa anta betul, sila keluarkan hujah dan reference anda, sy pasti Ustaz akan reply.
menulis membuta tuli menampakkan kelemahan anta shj.
Sistem perbankan moden menuntut 'ever expanding money supply' di mana kebanyakan mata wang terhasil secara pinjaman. Sistem yang saya maksukan adalah Fractional Reserve Banking. Adakan sistem yang sama digunakan dalam Islamic Banking?
EMPAT GOLONGAN MANUSIA DILAKNAT ALLAH DAN RASULNYA IAITU 1)ORG YG MEMBERI RIBA.2)ORG YG MEMAKAN RIBA 3)ORG YG MENULIS PERJANJIAN RIBA 4)DAN DUA SAKSI.SAIDINA BILAL RA MENUKAR DUA BEKAS KURMA DGN SATU BEKAS KURMA,DITEGUR OLEH NABI S.A.W,WAHAI BILAL ITU ADALAH INTIPATI KEPADA RIBA...MCM MANA PULAK BELI RUMAH CONTOHNYA RM100000....SAMPAI KEPADA BANK ISLAM JADI LEBIH RM100000 DAN IA TIDAK DIPANGGIL RIBA.BAGI SAYA RIBA TETAP RIBA WALAU APA NAMA PUN KITA BERIKAN..AL MUDARABAH ,AL MUSYARAKAH DAN LAINNYA IA TETAP RIBA...IA DILARANG KERAS OLEH ALLAH DAN RASUL...SETIAP PINJAMAN YG ADA IMBUHAN ADALAH RIBA.
org awam sendiri kena byk membaca cthnya website ni
Tetapi bagaimana dalam masa 2 tahun saya ubah pembiayaan islamic ini kepada 'government loan', adakah caj sama yang dikenakan sebagaimana bank konventional. TQ
Orang ramai tidak nampak kebaikan ini kerana BFR/BLR negara berada pada kadar lebih 10% berlaku hanya dalam tempoh yang lama (10 tahun sekali??)
RSS feed for comments to this post