'Set Off' Hutang Dengan Servis
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

SOALAN
Ustaz, katalah ada seorang berhutang dengan saya sebanyak RM 12,000 tanpa sebarang faedah, dan berjanji akan membayarnya dalam masa 1 tahun, iaitu RM 1,000 setiap bulan. Disebabkan beliau seorang yang pandai membaca Al-Quran, bolehkah saya memintanya mengajar anak saya mengaji dengan upah sebanyak RM 200 sebulan yang akan ditolak dari hutangnya tadi, maka jadilah setiap bulan hanya perlu membayar RM 800 sahaja. Adakah ini dibenarkan atau jatuh dalam hukum riba?
JAWAPAN
Riba adalah apa sahaja pemberian hutang wang yang mensyaratkan sesutau pulangan yang melebihi jumlah yang diberi. Pulangan itu sama ada dalam bentuk wang juga, atau manfaat-manfaat lain.
Melalui soalan yang diberikan, hutang RM 12,000 yang diberi tanpa faedah, maka ia adalah HARUS.
Kontraknya juga menetapkan pembayaran dibuat dalam tempoh 1 tahun. Dengan bayaran RM 1,000 setiap bulan, ini juga dibenarkan.
Kemudian, disebabkan khidmat atau servis mengajar mengaji, melalui aqad yang berasingan iaitu aqad ujrah ‘ala amal ( upah atas kerja ) dia akan menerima bayaran sebanyak RM 200 sebulan, yang kemudian saudara ingin memotongnya dari jumlah RM 1,000 yang wajib dibayar olehnya.
Isu memotong hutang sebegitu dinamakan Al-Muqassah di dalam Fiqh Islam, ia hanya dibenarkan jika kedua-dua pihak bersetuju. Jika pihak pengajar al-Quran tadi tidak bersetuju, maka hendaklah saudara menepati janji dengan membayar RM 200 setiap bulan, kemudian dia pula akan tetap dengan janjinya untuk membayar RM 1,000 sebulan pada waktu yang berlainan.
Setiap orang mempunyai keperluan tersendiri dan tidak dapat dijangka keperluan seseorang pada waktu tertentu. Oleh itu, penolakan secara kontra itu hanya boleh menjadi HARUS bila persetujuan dicapai oleh keduanya.
RIBA ATAU TIDAK?
Ia boleh jatuh dalam riba dan boleh tidak jatuh dalam hal ini. Ia akan menjadi RIBA jika bayaran upah biasa (harga semasa) bagi pengajaran Al-Quran di kawasan saudara adalah RM 500 sebulan, namun disebabkan pengajar itu mempunyai hutang maka ia dikurangkan kepada RM 200. Jika itulah sebab pengurangan itu dibuat, transaksi itu mempunyai elemen riba yang dilarang.
Itu adalah kerana, secara tersembunyi, saudara sudah dikira mengambil hak tenaga pengajar hanya kerana dia berada keadaan berhutang dengan saudara. Ia dikira manfaat tambahan disebabkan hutangnya. Tatkala itu ia termasuk didalam larangan Baginda Nabi s.a.w.
Namun, jika bayaran upah yang diberi tiada terkesan sama sekali dengan posisi hutangnya pengajar tadi, dan semua pertimbangan dibuat tanpa mengambil kira hutang tadi. Ia adalah halal dan diharuskan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
28 Feb 2011
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
SAYA INGIN BERTANYA ADAKAH DIBOLEHKAN MEMBELI BARANG DI COURT MAMOTH DENGAN BARYARAN TERTANGGUH? ADAKAH UNSUR RIBA DISITU?
Berkaitan dengan topik di atas. Saya telah memberi hutang kepada seseorang, 10000, dia perlu membayar balik dgn amaun yg sama secara ansuran setiap bulan.
masalahnya, dia telah gagal melunaskan hutang tersebut setiap bulan. dan telah tertangguh beberapa tahun. adakah boleh jika saya minta dia bayar lebih dari amaun hutang, disebabkan kelewatan dia melangsaikan bayaran hutang tersebut?
terima kasih.
berikut adalah keratan dari surat perjanjian penerima pinjaman kepada peminjam. Soalan, adakah ia mengandungi unsur riba? Jika ya, bagaiman untuk diperbetulkanny a.
TK. Minta jwb ke email saya..
..........IN CONSIDERATION OF the Lender loaning certain monies (the "Loan") to the Borrower, and the Borrower repaying the Loan to the Lender, both parties agree to keep, perform and fulfill the promises and conditions set out in this Agreement:
PROMISSORY NOTE
PROMISSORY NOTE FOR VALUE RECEIVED, BORROWER promises to pay to the order of LENDER, the sum of RM10,000.00 together with profit thereon at a rate of 20 percent ( %) per annum on the unpaid balance with profit to be compounded annually (hereinafter, "the Loan Amount").............
Walaupun Malaysia mengamalkan perbankan islam, ia tetap mengenakan interest kepada para penghutangnya. Persoalan saya di sini, walaupun interest yang dikenakan adalah atas persetujuan kedua belah pihak(dimana orang yang berhutang terpaksa juga menandatangani perjanjian) akan tetapi yang berlaku sebenar adalah mereka(pihak bank) tetap memotong separuh dari wang bayran balik bulanan penghutang. Adakah itu riba?
UZAR : sila rujuk pelbagai artikel lain di bahagian perbankan dan insuran, inshallah ada jwpannya di sana. Moga beroleh kefahaman yang jelas,
saya telah membeli emas, emas tersebut saya beli sebahagian duitnya saya telah meminjam dengan kawan saya RM 1000.00 (untuk mencukupkan jumlah duit kat tangan dah ada separuh).kemudian, saya membeli emas tersebut dan membayar emas tersebut cash..hutang kawan saya itu saya bayar secara bulanan sehingga selesai..apakah hukum membeli emas melalui cara tersebut? adakah juga termasuk dalam kategori membeli emas secara hutang? harap ustaz dapat berikan jawapannya..terima kasih
1-Mohon penerangan mengenai Wemma Builder.
2-Betul ke UZAR dah approve Wemma Builder ni sah disisi Syara'. Sila rujuk :
www.facebook.com/.../
Terima Kasih.
Saya nak bertanya berkenaan dengan tarikh perkahwinan. dakah larangan tertentu mengadakan majlis perkahwinan pada bullan dan hari tertentu.
Kebanyakan "filehosting service" seperti rapidshare dan hotfile.com digunakan untuk memuat turun bahan cetak rompak (filem, lagu dsb). Servis ini mempunyai akaun premium di mana mereka yang membelinya boleh memuat turun tanpa had. Tidak semua yang memiliki akaun premium memuat turun bahan cetak rompak, tapi boleh dikatakan 90% berbuat demikian. Soalan saya, adakah halal jika saya menjadi 'reseller' kepada servis ini?
saya juga memilih untuk melabur dalam syarikat tersenarai di BSKL yang patuh syariah/syariah compliant, maklumatnya ada di sini :
bursamalaysia.com/.../...
Jika saudara mempunyai kemudahan 'online trading' status syariah lebiha mudah diketahui, hanya perlu klik pada nama syarikat/kaunter itu..
Maaf saudara saya cuba menjawab, setahu saya setiap kaunter di BSKL mempunyai label patuh syariah. cuba saudara layari website bursa malaysia untuk kepastian.
Ustaz saya ingin pandangan atau cadangan bagaimana cara mahu mengenal pasti syarikat2 di BSKL yang menjalankan perniagaan berasaskan syariah..sebab saya baru bljr2 menjadi pelabur dalam jmlh paling minumum..
harap soalan saya memberi manfaat kepada orang lain juga.
Kalau tak silap pengamatan saya, jumlah yang diberi pinjam ialah RM12,000. Tetapi di bahagian jawapan, UZAR menyatakan RM10,000. Adakah jumlah ini betul atau 'typo error'?
Wassalam.
UZAR : Ye typo, thanks ia telah dibetulkan.
RSS feed for comments to this post