Soal Jawab & Isu Pilihan Wang Biasiswa Diguna Untuk Kahwin
  • PDF
(15 votes, average 3.67 out of 5)

 

Wang Biasiswa Diguna Untuk Kahwin

Jawapan Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

sijil

SOALAN 1

Assalamualaikum  Ustaz..

 

Nama saya syafiq,seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan. Bolehkah saya menggunakan duit yg diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan?..Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?

 

Mohon pencerahan  daripada ustaz.

 

JAWAPAN

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

 

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin.

Pun begitu,  perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya. Ini berdasarkan hadis nabi :-

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إِلا شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا، أَوْ حَرَّمَ حَلاَلاً

Ertinya : Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ( Riwayat Abu Daud)

Dan juga firman Allah :

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Ertinya : Wahai orang yang beriman, tunaikanlah kontrak-kontrak kamu ( Al-Maidah : 1)

 

Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

20 Julai 2011

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+3 #8 hukum kahwinalfaruk_alamin6220@y 2011-11-15 22:40
salam... sy nak tanya... ada satu klurga.. prempuan nie kahwin dengan seorang lelaki nie... ayah prempuan nie dah meninggal.. namun ayah kepada ayahnya (datuk) masih ada lagi.. tapi, masa perkahwinan, dia diwalikan oleh bapa saudara ayahnya (adik beradik ayahnya).. imam juga tidak tanya pasal datok masa itu, stahu sy, datuk yg berhak mnjadi wali.. sb adik bradik dia tkde yg lelaki... kalu dtuknya mninggal baru wali dberikan oleh bapa suadra (adik bradik ayahnya) kan? pasngan ini telah mndapat 3 orang anak... nmun suami nya telah mninggal.. persoalannya, adakah perkahwinan ini sah? jika tidak sah, bagiamana dgn anak2, adakah jatuh wuduk jika tersentuh dgn ibu dan adik bradiknya? tolong jelaskan.. thanks..
Quote
+1 #7 hukum pelaburanhalimatus sadiah 2011-09-19 17:50
Assalamualaikum Uztaz.
Saya ada dua situasi tentang pelaburan.
1. Saya melabur sebanyak RM5000 dgn seorang rakan .Saya dijanjikan 10% dr keuntungan jualan bulanan dan bayaran RM200 untuk bayaran pelaburan pokok(rm5000)se lama 2 tahun.Di takdirkan perniagaannya terpaksa ditutup(rugi)da lam 4 bulan perniagaan tetapi beliau masih meneruskan bayaran RM 200 sebulan sehingga selesai pelaburan pokok (RM 5000
Apakah ini dibolehkan.

2. Saya melabur RM10000 dengan seorang kawan.Saya dijanjikan pelaburan pokok tidak hilang malah saya akan diberi RM 250 secara tetap setiap bulan sehinggalah beliau memulangkan RM10000 barulah pemberian bulanan itu dihentikan.(tidak ada penetapan bila wang RM
10000 akan di pulangkan bergantung kepada beliau)
Apakah ini dibenarkan dalam islam
Sekian Terima Kaseh Penjelasan dari ustaz amat saya harapkan,agar saya terhindar dr perbuatan yang tidak dihalalkan dalam islam.
Quote
0 #6 ....ayu 2011-08-14 20:19
:o
Quote
+1 #5 macam mana?ahmad 2011-08-09 14:56
macam mana kalau duit tersebut ialah duit zakat dan baitulmal?
Quote
+2 #4 Sumpah Menjadi MurtadNur Maizura 2011-07-30 19:09
Assalamualaikum Uztaz.

Saya ada kemusykilan, harap ustaz dapat jawab.
Dulu saya pernah bersumpah beberapa perkara, dan saya juga bersumpah lagi dengan nama Allah sekiranya saya meninggalkan mana-mana sumpah saya tadi, saya tidak lagi beragama Islam.
Adakah sumpah tersebut dikira sah sekiranya saya meninggalkan mana-mana sumpah saya?
Bagaimana pula dengan hubungan saya dengan suami, adakah dikira terputus hubungan (cerai)?
Quote
0 #3 Orang KerajaanRosli Jamaludin 2011-07-24 00:10
Salam sjhtera ustaz. Apa hukumnya kita begadai barang kemas di Bank Rakyat @ Bank Agro?
Quote
+1 #2 witchiman 2011-07-23 10:55
bukan duit 2 hany untuk stdy je ke??? :-|
Quote
+5 #1 Mr.Nasrullah 2011-07-22 13:27
Slm. Ustaz, adakah sama hukum/situasinya jika duit tersebut adalah daripada zakat? dan digunakan untuk tujuan2 lain seperti melancong, buat umrah dan lain2.
Syukran.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 91 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Wang Biasiswa Diguna Untuk Kahwin