Video & Fikir Facebook & Kilang Dosa

Facebook & Kilang Dosa

  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)

Facebook & Kilang Dosa

 

 

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook.

 

BACAAN LANJUT

 

www.zaharuddin.net

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #12 salamros 2012-04-26 21:13
izinkan saya berkongsi ustaz..tq..
Quote
0 #11 salam ustwardatul 2011-03-27 23:42
thanks for sharing..mohon izin copy ya ustaz
Quote
0 #10 sedarlah wanita......farah syazwani 2011-02-19 17:41
mohon share ustaz ...terima kasih diatas nasihat yang sangat berguna...semoga wanita2 muslimah diluar sana tidak tersasar dari jalan yang diredhai ALLAH...
Quote
0 #9 Keliru...Atikah 2011-02-08 09:35
Saya bertudung , tetapi saya keliru.Apa hukumnye kalau saya meletakkan gambar tanpa bertudung dimana ketika itu saya berusia 2 tahun. Apakah itu dikira sebagai dosa besar juga atau ia boleh mengundang fitnah?
Boleh tak saya mintak penjelasan dari ustz.
Quote
0 #8 peragut dan sikaki pukultertanyaKL 2010-10-29 11:41
assalammualaiku m wbt..
saya ingin bertanya kepada ustaz..mengenai hukum untuk peragut dan bagaimana cara untuk menghukum peragut oleh org awam yang menangkap peragut,.
wasalam
Quote
+1 #7 Soalan?fatamorgana 2010-10-28 15:17
Bagaimana cara nak membuat soalan kepada ustaz ek? Saya ada soalan yang ingin di buat, tetapi, tidak tahu bagaimana..
Quote
+1 #6 tahniahasmawiah ghani 2010-10-05 05:25
tahniah ustaz di atas video yang bermanfaat ini. Saya minta izin ustaz untuk saya publish di FB saya untuk ingatan kepada ahli keluarga,pelaja r2 saya dan saudara seagama saya...Terima kasih ustaz.
Quote
0 #5 setuju dengan msiohafiz 2010-10-02 04:30
salam,lain kali brfikir dlu sblom buat,btol ape yg msio cakap,mudah sgt,lepas tu ,menyesal..tp rsenye nana mybe ikhlas insaf..alhamdulillah
Quote
0 #4 setujuali 2010-09-22 12:50
msio; maafkan sy tetapi sy rs sgt xsesuai komen yg anda post. sdara kte ni jelas skali sgt mnyesal dgn ap yg tjadi dan mengharapkan jawapan yg membantu n membina. jgn la tlalu cpt judge seseorg. setiap manusia melakukn kesilapn, xtlepas sy n anda juga. jgn la mcm ni. org hrpkn bantuan kte, kte x tolong tp kritik pulak. mcm mane klu kte pulak yg berada kt tmpt sdara kte ni.

saya sgt memuji n bsersetuju dgn komen yg sdara akmal berikan. lepas dah puas berusaha, mintak kawan kamu tu remove gmbr2 tu, berdoalah byk2. smoga satu hr nt hati kawan kamu tu terbuka utk mengerti. dan semoga die juga dpt rasekn ape yg sdara nana rs. InsyaAllah, niat baik kte yg mengiringi doa tu bakal didengar Allah. Amin..
Quote
0 #3 berdoa lah..akmal 2010-09-12 20:45
salam, saya bukan lah orang yang pandai dan bijak dalam agama Allah ini.

Tetapi secara am nya, kita sudah mengetahui bahawa Allah memiliki segala sifat-sifat yang dipinjamkan kepada kita (manusia) buat hayat yang sementara ini.

Antara Sifat tersebut adalah Allah Maha Mengasihani dan Maha Pemgampun.

Apa yang boleh kita lakukan adalah bertindak dengan segala usaha yang kita ada dan cuba sedaya upaya untuk menegakkan perintah dan larangan Allah.

Selalu lah berdoa pada Nya, mohon agar dilembutkan hati rakan anda itu dan dalam pada itu saudari perlu berwaspada dengan perintah Allah dalam penjagaan aurat kita.

Saya sekali ingin memohon maaf jika sekiranya saya ada tersilap dan sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah.
Quote
+1 #2 free hair?msio 2010-09-06 15:10
kalo org yg jaga auratnya xakan sekali2 snggup free hair dek kerana gara2 xbwk tudung extra....mdh skali mcm tue....
Quote
+2 #1 Kesalnana 2010-09-01 09:18
saya bertudung ttp prnh free hair bla mandi di kolam krn tdk mbawa tdg xtra. sya bgambar bsama kwn sya dan dia memuatknnya di fb.sya mnyesal dan bdosa bla mbaca kenyataan ustaz. sya meminta kwn syg remove gmbr2 tsb ttp dia tdk mengendahkannya . sya sgt risaw krn gmbr tsb trs brada d fb dan scara tdk lgsg sya trs mengumpul dosa. apa yg blh sya lakukan ustaz?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 94 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Video & Fikir Facebook & Kilang Dosa