Catatan Buku Buku Baru Julai 2009 : Untukmu Umat

Buku Baru Julai 2009 : Untukmu Umat

  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)

Buku Baru Julai 2009 : Untukmu Umat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

untukmuumatlatest.jpg

 

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian dan selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala rasul dan nabi. Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Buku "Untukmu Ummat" ini adalah satu usaha saya berkongsi buah fikiran dan nasihat keagamaan dalam kehidupan semasa umat Islam hari ini. Bukanlah apabila sesuatu nasihat itu diberikan bermakna, pemberi nasihat adalah terbaik dan paling sempurna, tetapi ia merupakan nasihat saya buat diri ini juga. Namun kerana kita hidup bermasyarakat, dalam usaha mencipta masyarakat soleh dan solehah, kita tidak boleh menjadi baik seorang diri, kita harus bercampur dengan masyarakat dan saling bantu membantu bagi mewujudkan masyarakat yang baik.

Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan.

Tulisan di dalam buku ini dibuat dalam bentuk nasihat pendek beserta beberapa dalil bagi menghampirkan masyarakat dengan nas al-quran dan hadis, namun ia diolah secara separa santai sesuai bagi bacaan golongan muda, dewasa dan veteran. Termasuk juga ahli akademik, orang biasa dan para pekerja professional.

Janganlah membaca buku ini dengan anggapan saya menyerang anda, tetapi bacalah ia dengan nada yang tenang dan memujuk, nescaya hati dan minda kita akan sama-sama mampu dibuka bagi meresap kebaikannya.

Manusia tidak terlepas dari kesalahan, justeru tidaklah saya boleh terlepas dari kesilapan dalam penulisan ini, jika terdapat sebarang kesilapan ia bukan satu yang disengajakan.

Akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan buku ini lahir di dunia nyata dan saya berdoa agar ia mampu memberatkan timbangan amal soleh saya di akhirat kelak. Jutaan terima kasih diucapkan buat isteri tercinta dan anak-anak yang menjadi penenang di waktu tekanan dan rakan-rakan yang membantu, tidak lupa kepada anda selaku pembeli buku ini. Semoga ia mencapai hasrat asal pembeliannya.

Saya sertakan adalah sebahagian tajuk kandungan buku ini, semua kandungan ini ada tercatat di web saya namun kelebihannya, terdapat beberapa isi yang diubahsuai, dipotong dan tambah semasa proses editing. Manakala susunan bahasa juga lebih baik dan tersusun, terdapat juga rujukan yang ditambah berbanding coretan di web saya.   

Bagi sesiapa yang ingin mendapat ilmu dari penulisan di dalam buku ini secara free, boleh membacanya terpisah-pisah di web ini. Sesiapa yang ingin membacanya dalam bentuk yang lebih selesa, bentuk buku, ia dijual dengan harga yang minima oleh pihak penerbit, demi kemaslahatan semua.

Sila DAPATKANNYA DI SINI .

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Julai 2009

 


 

 

BAHAGIAN SATU:

 

NASIHAT BUAT DIRI dan UMAT

 

• KISAH BENAR dan MOTIVASI DIRI

Tercabar dan Mencabar

Semester Berikutnya

Apa Rahsianya?

Cerita Berbelas Tahun Dahulu

Tulisan Khat

Cabaran Bahasa Arab dan Sarjana

Mencabar Demi Ilmu

Bahasa Inggeris

Motivasi Diri

Laman Web

Tugas di UIAM dan Masa

Berapa Ramai yang Akan Berdoa?

 

• JANGAN TERIKAT

Hilangkan Ikatan Hati dengan Harta

Mengidam Pahala Seperti Para Sahabat

 

• SIKAP MALAS, SUSAH dan SUKA MELOMPAT

Anda Baca Kontrak?

Malas dan Melangkau Dalam Menuntut Ilmu

Kesimpulan

 

• ANDA INGIN BERJAYA?

Belajar Metodologi Berfikir

Menilai Cara Pemikiran Ulama

Keperluan Role Model (contoh ikutan)

Kesan Tidak Mempelajari Metodologi Role Model

Artikel, Dalil dan Nota Kaki

Jangan Lupa Audiens

 

• PENGALAMAN BERSAMA ULAMA BESAR DUNIA

Bersama Syeikh Wahbah Al-Zuhayli

Berkhitan Bagi Wanita

Nikah Misyar

Buku Terbaru Syeikh Wahbah Al-Zuhayli

Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Bergurau

Bersama Syeikh Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah

Bersama Syeikh Mufti Taqi Uthmani

 

• ISLAM MENURUT FITRAH DAN AKAL MANUSIA

Utamakan Dalil daripada Logik

Tempoh Bertenang dan Tidak Bertegur Sapa

Hakim, Fitrah dan Tempoh Bertenang

Kemampuan Akal Manusia

Ulama Tiruan

Redha dengan Hukum

 

• ORANG DEWASA tetapi IMANNYA BAYI

Cubaan Saya Menjawab

Itulah Jawapannya

 

• AL-QURAN DIHINA MUSUH, KETIDAKPEDULIAN JUGA DIANGGAP MENGHINA

 

• YANG MENARIK KASIHMU?

Sami Yusuf

Kitakah Itu?

 

• IMAM ABU HANIFAH DAN ULAMA KERAJAAN

Kisah Abu Hanifah dan Ujiannya

Abu Hanifah Mengkritik Fatwa Ulama Kerajaan

Ujian Hadiah dan Harta

Cabaran Ulama dan Ilmuwan Islam Dewasa ini

 

• KAWAL GELODAK SYAHWATMU DARIPADA ONANI

Sebeban Alasan

Virus Bermula

Kesimpulan

 

• AKAL DI DALAM KUBUR

 

• MERDEKAKAH KITA?

Jangan Merdeka Fizikal Tetapi Kering Iman

Kes Semasa dan Penyelesaian

Tabuk Antara Bukti Kejayaan Pengisian Merdeka di

Madinah

Kelebihan yang Tidak Dimanfaatkan

Silibus Pengisian Kemerdekaan Fizikal

 

• NASIHAT BUAT RAKAN SALAFI DAN KHALAFI

Fahami Target

Peranan Penyokong

Peranan Syaitan

 

• UJIAN BAGI SI PINTAR

Tekanan Perasaan

Tekanan dan Kebosanan

Kehidupan Pensyarah

Jangan Dipaksa Diri

Lagi Ujian Si Pintar

Para Ilmuan Agama yang Pintar, Sabarlah

 

• TEMUDUGA KERJA: APA KUNCI KEJAYAANNYA?

Soalan Biasa

Tahap Pertama

Tahap Kedua

Tahap ketiga

Soalan Penutup

 

BUSY BODY VS TIDAK PEDULI

Busy Body Orang Putih

Orang Putih dan Kanak-Kanak

Pensyarah Aktif dan Tidak Aktif

Aktivis Politik

 

• PENYAKIT: SIBUKNYA, HEBATNYA

Dahsyatnya Aku, Sibuk Betul

Paling Alim

 

• MENGAPA PERLU BERPRASANGKA

Jenis Prasangka

Sangka Buruk yang Harus

Sangka Buruk yang Haram

Sebab Berlakunya Prasangka

Pertama : Kerana Aliran Politik

Kedua : Kerana Aliran Pemikiran dan Anutan

Ketiga : Pertikai Kebaikan dan Keikhlasan

Orang Lain

Kesimpulan

 

• SILAT, KUNG FU dan KEKUATAN SEBENAR

Super Fly

Jeet Kune Do

Jet Li Pakar Wushu

 

• DAKWAH REMEH dan RANTING?

Isu Remeh Sahaja

Tiada Dakwah Melainkan dengan Berpolitik

Kepartian?

 

• JANGAN KURANG ADAB NANTI HILANG BERKAT

Hak Saya atau Anda ?

Kesimpulan

 

BAHAGIAN KEDUA

 

Nasihat Buat Lelaki dan Wanita

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Baru Julai 2009 : Untukmu Umat