Fiqh Ibadah Kursus Solat Ust Zaharuddin Bawa Ke Mana?

Kursus Solat Ust Zaharuddin Bawa Ke Mana?

  • PDF
(11 votes, average 4.55 out of 5)

Kursus Kesempurnaan Solat

Membawa Ke Mana ?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.com/ & http://www.zaharuddin.net/

Soalan :

saya tak pernah ikuti kursus solat yg saudara kendalikan. tapi ada juge dengar komen2 yg tak gemar didengar telinga. kata mereka, ust zaharudin nak bawa org ke mana? bincang psl perkara khilaf ni, sampai kiamat pun tak habis. barangkali yg komen pun tak pernah pegi kursus tu juga kot........

- Ibn Abbas -

Jawapan :

Memang suatu perkara biasa yang tidak sihat dewasa ini, gejala tuduh menuduh, cemburu buta dengan kejayaan sambil menidakkan sumbangan orang lain, fitnah tanpa ilmu dan yang sepertinya memang banyak berlaku dalam masyarakat termasuklah di kalangan golongan ustaz-ustaz dan ustazahnya..memang benar bahawa semuanya tidak maksum dan mempunyai kelemahan sebagai manusia.

Nasihat ringkas saya buat orang yang mendengar orang lain mengutuk dan menghina kursus penghayatan solat yang saya kendalikan ini seperti berikut :-

1) Pesanan Nabi SAW :

"Cukuplah seorang itu dianggap penipu apabila ia bercerita setiap perkara yang didengarnya (tanpa usul periksa) " (Riwayat Muslim)

Jadinya, berhati-hati agar jangan menjadi ‘penipu' kerana kejahilan kita sendiri tentang sesuatu perkara.

2) Pesanan Allah SWT dalam displin menerima berita dalam surah Hujarat :

"Wahai orang yang beriman, apabila didatangkan kepada kamu dengan suatu berita dari orang sumber fasiq (atau yang tidak diketahui) hendaklah kamu menyelidik dan mengkaji (sebelum mempercayainya) " (Al-Hujurat: 6)

Kursus Solat Ini Bawa Ke Mana ?

Justeru, saya nak bawa orang ke mana? cerita kat sini pun mungkin bukan nak dipercayai, hadir kursus baru tahu hal sebenar, saya bawa mereka ke mana? Jawabnya; saya BERUSAHA bawa mereka kepada : -

a) Hadith Nabi " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat (mempunyai ilmu) tentang perihal aku solat" (Riwayat Bukhari). Sambil mengutamakan pentafsiran mazhab syafie terhadap dalil-dalil sambil meninjau dan memanfaatkan ijtihad dari mazhab-mazhab lain.

b) kepada memotivasikan mereka agar mengamalkan sunat-sunat dalam solat secara maksimum dan ilmu di samping menunaikan rukun dan syarat solat secara terbaik menurut persepakatan ulama sambil mempelajari dalilnya.

c) saya berusaha bawa mereka ke arah menghayati solat mereka dengan memuhasabah kefahaman bacaan dalam solat dan setiap pergerakan solat mereka, agar benar-benar terbaik fizikal dan spiritual.

d) saya bawa mereka ke arah memahami apakah dosa-dosa terbesar yang menyebabkan solat mereka menjadi tidak khusyu' ..termasuk riba dalam konteks semasa, penyelewengan dalam kepercayaan aqidah (perbomohan, tilikan dll), penjagaan aurat yang tidak sempurna, harta dari sumber & pelaburan tidak halal.

e) saya bawa mereka ke program ilmu agama yang disebut oleh Nabi : Sesungguhnya Allah memounyai sekumpulan Malaikat yang ditugaskan mencari majlis ilmu dan zikir, apabila mereka menjumpainya, maka para malaikat ini akan duduk bersama lalu berkata kepada yang hadir : Marilah minta (doa) dengan apa yang kamu inginkan" (hadith Sohih);

Nabi juga menyebutkan : " Barangsiapa yang mencari satu jalan untuk memperolehi ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.." ( Riwayat Abu Daud, Tirmidzi ; Ibn HIbban : Sohih ; Al-Qaradawi : Hasan ; al-Muntaqa ; no 46 , 1/ 120 )

f) saya bawa mereka agar bekorban sejumlah wang dan masa untuk tujuan kehampiran Allah dan RasulNya..iaitu untuk ilmu dan manfaat akhirat...mgkn ada setenagh orang yg tak pernah menyumbang untuk agamanya, maka kursus ini menyebabkan orang itu berkorban masa cuti dan sedikit wangnya (sbg yuran) untuk hadir..tercelakah itu?

g) Saya berusaha bawa mereka agar insaf dan sebahagian peserta menitiskan air mata keinsafan dan kesedaran atas dosa-dosa yang tidak pernah mereka sangkakan. Terbukti ramai yang menitiskan air mata ini semasa ceramah keempat saya. Sebuah hadith menyebut : "Dua mata yang tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangisi kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga di jalan Allah"

h) saya bawa mereka agar dapat mempelajari selok belok ibadah solat yang dituntut dalam masa sehari secara intensif, dalam suasana pembelajaran moden dan interaktif serta mengutamakan isu-isu pokok dan paling penting. Jika ingin harapkan pelajaran solat di masjid dan surau, sudah tentu memakan masa bertahun-tahun dan banyak lagi.

Orang Yang Mengata Bawa Ke Mana Pula?

Persoalan yang timbul sekarang ini pula ; ust-ust dan orang yang mengata itu ingin mengajak orang ramai ke mana pula ? dengan kata-kata mereka yang buruk berselindung di sebalik nama "risau akan kekeliruan di kalangan awam" dan sebagainya. Kekeliruan akan dapat di atasi jika anda berpengalaman dan tahu mengendalikannya. Secara sedar atau tidak sedar percakapan-percakapan mereka sebenarnya termasuk dalam katergori :-

a- Malis mengumpat ? ; Sedangkan Ini diharamkan oleh Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12.

b- Malis mengata tanpa ilmu ? ; Sedangkan ini dilarang oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana hadith di atas.

c- Malis sangka buruk ? ; Ini sudah tentu dilarang oleh Allah dalam ayatnya : ertinya "Dan adalah lebih baik sekiranya orang mukmin itu bersangka baik terlebih dahulu terhadap sesama mereka". Allah juga menyebut dalam surah al-Hujurat : "jauhilah kamu dari banyak bersangka-sangka ( sangka buruk terutamanya), kerana sebahagian dari sangkaan itu membawa kepada dosa" (al-Hujurat :  12 )

d- Majlis meremeh-remeh program agama dan orang lain? ; Allah menyebut : "Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat" ( Al-Araf : 45)

Ayat di atas menyebut salah satu sifat buruk orang kafir yang kerap cuba menghalang orang pergi kepada jalan Allah dan mempelajari kebaikan dari Al-Quran dan Rasulullah SAW.

Nabi pula mencela sifat meremehkan orang lain dengan kata baginda : "Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain (tanpa hak" (Riwayat Muslim)

Maka kursus saya adalah salah satu usaha membawa orang mengenali dan memahami ayat Allah SWT dan hadith Nabi SAW serta ijtihad para ulama. Maka janganlah termasuk dari kalangan orang yang di sebut di atas. Jika benar, saya bukan orang yang ‘specialize' dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh maka, mungkin bolehlah di beri sedikit peringatan kepada yang ingin hadir, tetapi dalam hal ini, Fiqh dan usul Fiqh adalah bidang kemahiran saya, malah saya telah diuji di peringkat Sarjana oleh syeikh-syeikh dan Prof-prof yang alim di univeristi Yarmouk dahulu. Dengan bimbingan dan ijazah dari mereka, InshaAllah saya amat tahu apa yang saya sebutkan di kursus tersebut. Ini kerana hampir semua kandungannya bukan dari diri saya sendiri tetapi adalah dipetik dari kitab-kitab ulama terbilang silam dan kontemporari.

Kemudian jika mereka benar-benar bijak, lebih baik dan lebih arif serta lebih ‘specialize', sila lah membuat kursus yang seperti saya lakukan ini. Wujudkan alternatif, ini tidak... menghentam lebih disukai tanpa menyediakan alternatif. Ini tidak lain hanya cara orang yang menunjuk pandai kepada orang ramai, sedangkan ia sendiri tidak mengerti dengan dalam dalam bab solat.

Saya jumpa ramai ustaz-ustaz di masjid dan surau sambil mengaku diri sebagai bermazhab Syafie di samping penceramah yang aktif juga (bak kata orang ..laku). Alhamdulillah saya bersyukur, tetapi apabila saya lihat solat sunatnya, amat banyak yang tidak selari dengan pandangan mazhab Syafie yang termaktub dalam kitab Syafie yang muktamad seperti Al-Majmu' , Rawdhah At-Tolibin, Mughni al-Muhtaj, Fat al-Aziz, Al-Umm dan banyak lagi.

Saya tidak akan cemburu atau menghalang orang ramai untuk hadir, saya lebih suak orang meniru idea saya untuk menganjurkan kursus solat ini lebih banyak. Biarkan dunia Malaysia ini meriah dengan kursus solat dari ia meriah dengan kursus jutawan internet, konsert jom heboh, konsert Mentor dan lain-lain. Saya tidak akan menghentam kursus yang lain. Saya suka orang hadir lebih banyak kurus agar mereka boleh gunakan aqal mereka untuk membuat perbandingan selain boleh tampung ruang-ruang yang terlepas pandang dalam kursus saya.

e- Majlis menyekat orang dari hadir ke program yang baik untuk akhirat mereka semata-mata kerana pra-sangka masing-masing. Secara tak langsung, seolah-olah mengempen orang ke wayang "cicak man" agaknya. Ini kerana sudah dihalang untuk ke kursus solat di hari minggu, maka apa yang dibuat lagi ? maka berbondonglah ke panggung wayang, menghabiskan masa di shopping complex, dan lain-lain. Apa kata jika ada yang melakukan maksiat hari itu?. Mungkin ini lebih diredhai oleh si pengata itu dari menghadiri kursus yang saya kendalikan itu. Ini amat buruk kerana Nabi Saw menyebut : "Barangsiapa yang mempelopori (menggalakkan ) sesuatu yang buruk, dan orang melakukannya, maka ia (si pelopor itu) akan dapat dosa sebagaimana dosa yang yang melakukan dosa itu tanpa kurang" (Muslim)

Kesimpulan umum, perlu hadir kursus itu dahulu kemudian anda boleh memberi komentar membina, jangan pula buat alasan yuran sebagai penghalang, seorang pecinta kebenaran semestinya tidak akan terhalang dengan yuran sebegitu.

Saya tahu bahawa penulisan saya dalam modul kursus solat itu tidaklah  sempurna kerana yang sempurna hanyalah al-Quran, dan sememangnya ada banyak komentar membina samada terhadap isi kandungan, cara penyampaian, persembahan power point yang telah saya terima. Kebanyakkannya saya telah terima dan telah samada diperbetulkan atau dikuatkan lagi. Terima kasih. Cara seperti ini saya amat hargai, tetapi cara mengkritik dari jauh dan berani hadir dan berbincang sendiri dengan saya, ia adalah tidak dialukan sama sekali.

sekian

ust zaharuddin

19 Dis 2006



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Kursus Solat Ust Zaharuddin Bawa Ke Mana?