Hal Ehwal Riba Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya

Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya

  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)

Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

duitriba1.jpg

 

Terdapat dua soalan hampir serupa di dalam bab ini iaitu :-

Soalan1

Salam Ustaz, Ustaz tulis:

(Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.)

Maaf kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.

Soalan 2 

Saya kurang faham dengan contoh ketiga riba al-jahiliyyah yang ustaz berikan; berkenaan denda saman lalu lintas. sekadar kefahaman saya yang sedikit ni, riba berlaku dalam akad pinjaman & petukaran barang ribawi. jadi bagaimana perbezaan bayaran denda disebabkan masa boleh tergolong dalam riba yang ini? saya tak dapat nampak konsep pinjaman atau pertukaran barang ribawi dalam contoh ni. kalau boleh ustaz tolong perjelaskan lagi. syukran

 

 

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Buat maklumat pembaca, soalan ini timbul apabila yang bertanya membaca artikel saya yang lalu .

Begini, apa yang perlu saudara faham adalah riba kategori duyun (terhasil dari pinjam dan hutang) boleh terbentuk dari empat cara  berikut :-

1) Pinjam duit dan manfaat sesuatu aset dari kategori Mithiliah: Apabila pemberi pinjam mensyaratkan sebarang tambahan dalam bentuk duit atau manfaat lain = Riba terbentuk.

2) Pembelian secara hutang : disyaratkan kiranya lambat bayar hutang (harga barang yang dibeli), akan ditambah jumlah hutangnya = Riba terbentuk.

3) Diberi pinjam barang (macam dalam contoh perpustakaan) : Sekiranya lambat dipulang barang yang dipinjam akan dikenakan denda BERBENTUK DUIT, tatkala itu = HUTANG TERBENTUK DENGAN JUMLAH TERTENTU contohnya RM 2 jika bayar pada tarikh buku dipulangkan. Namun apabila hutang RM2 gagal di bayar pada tarikh itu, hutang meningkat, APABILA DISYARATKAN PULA jika hutang denda lewat bayar, kos tambahan akan dikenakan = Riba terbentuk. 

4) Denda duit lewat dibayar : apabila tersalah letak kenderaan, denda BERBENTUK DUIT dikenakan, tatkala itu hutang wang terbentuk di antara majlis bandaraya dan pemilik kereta. Pemilik kereta dikira sedang berhutang duit kepada majlis. Apabila disyaratkan pula jika lewat bayar hutang denda itu, jumlah akan bertambah, maka RIBA terbentuk.

Kes anak murid lambat hantar assignment tiada kena mengena kerana tiada hutang duit terbentuk hasil dari kelewatan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

14 Ogos 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 16 guests

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya