Hukum Kerja Peguam, Saksi
& Penjamin Pinjaman Bank
Soalan :
Pak Di :
|
1. adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional? |
Jawapan :
1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63
Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak.
Justerum, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.
2) Jawapan soalan En. Pak Di ni adalah datang dari hadith nabi yang banyak dan juga dari ayat Al-Quran, antaranya :-
a-Ayat Al-Quran : "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan"
b- Hadith : "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.
c- Hadith : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )
Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-
- Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit' yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.
- Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.
- Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.
- Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.
d- Hadith Nabi SAW : "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)
Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.
e- Hadith : "Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah." (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya'la dengan sanad yang baik)
Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.
Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.
Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka soalan pakdi terpaksa saya jawab dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori hadith (c) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct'.
Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya pertama saya adalah Allah SWT menyebut " Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah" (Al-An'am : 116).
Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hokum yang tidak ada nas specific atau dalamkata lainnya ‘Zhonniyah' iaitu tidak Qat'ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT'IE- Tidak berubah menurut zaman).
Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain, seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah 'neutral' @ Harus dari sudut hukum.
Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-
ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره
Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)
Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) - Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.
Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas.
|
Apa beza orang yang bekerja di perbankan riba' dengan seorang peguam jenayah yang menggunakan penal code |
Secara umum ia adalah sama, cuma terdapat perbezaan sedikit dalam hal ini adalah kerana hukum Riba adalah Qati'e sebagai haram dan tidak berubah mengikut zaman dan keadaan, tiada pula bentuk hukuman Riba yang ringan, yang ada hanya satu jenis dosa sahaja. Berbeza dengan hukuman undang-undang Shariah yang terdapat dua peruntukan, iaitu Hudud dan Takzir (Hukuman denda selain hudud yang diputuskan oleh pemerintah Islam menurut maslahat).
Justeru, ‘panel code' ini, bolehlah saya kategorikan dalam jenis Takzir dari pandangan Islam, dengan syarat ia difahami sebaiknya oleh pengamal undang-undang yang beragama Islam itu bahawa apa yang ditegakkannya di mahkamah bukanlah membuang dan mengenepikan hukum Allah SWT, tapi adalah hanya kerana hukum Allah belum diwartakan, lalu kerana sebab itu mereka menggunakan hukum takzir terlebih dahulu terutamanya di ketika tahap bukti-bukti tidak mencecah tahap yang mengharuskan hudud.
Jika begini keadaan nya, maka saya boleh kata, adalah boleh kerjaya seorang peguam civil itu, dan ia berbeza dengan Riba yang jelas. Adapun hukuman jenayah, banyak bentuk dan jenis dalam Islam juga.
Kerana itu jugalah, semua Hakim Syarie yang menghukum zina dengan hukum mahkamah Shariah yang tidak menurut hukum Al-Quran secara sepenuhnya hari ini, perlu berniat dalam hatinya dan iktiqadnya bahawa hukuman 3,5,6 yang dijatuhkan adalah ta'zir sahaja dan bukan menukar hudud kepada 3,5,6 yang ditentukan manusia.
harap ianya jelas..
Sekian
Ust Zaharuddin
7 feb 2007
17 Muharram 1428 H
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Ustaz,
Saya Bekerja di sebuah organisasi yang agak besar di Malaysia.
saya sebagai legal exec bertanggungjawa b mengendalikan tuntutan terhadap ex-staf yg membuat pinjaman dengan organisasi ini. Hutang yang terlibat ialah Pinjaman Perumahan samada konvensional atau Islamic (peminjam pilih)..pinjaman kenderaan dan komputer.
apa hukum sy bekerja di organisasi ini.
adakah wajib bagi sy untuk menukar kerja?
sekian, terima kasih.
Saya ingin bertanya.. adakah ada fatwa yg mengatakan pekerjaan agent hartanah ini haram.. mintak di beri bantuan sebab sy sekarang adalah agent hartanah.. Tq
1) kerana tiada istilah bersalah terhadap seseorang selagi mana dia tidak disabitkan bersalah oleh hakim.
2) si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak sahaja(client) bukan dari kedua2 belah pihak.
3) kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita,iaitu menegakkan kebenaran(terha dap clien)
saya amat tidak setuju dgn penceramah kerana saya berpendapat bahawa pandangan dia juga adalah loop sided, dia sendiri adalah peguam, seolah2 dia menghalalkan dan membela peguam.
adakah betul kita boleh membela semua klien yang datang kepada kita walaupun dia membunuh, atau merogol atau sebagainya, terutamanya bagi mereka yang mengaku ( kerana penceramah tetap menghalalkannya atas dasar setiap insan ada defence,hujah diatas perbuatan)
saya amat hargai pandangan ust, syukran jaziilan
UZAR : Soalan yang bagus dan realistik. menarik untuk dikaji dan dihurai lebih mendalam. Cuma di sini saya sertakan pandangan ringkas dan spontan saya.
Memang benar, ada jenis kesalahan yang perlukan lebih dari pengakuan seseorang. sbg contoh Nabi s.a.w menolak pengakuan maiz bin malik yang mengaku berzina sehingga pengakuan dibuat sebanyak empat kali.
Begitulah, mungkin benar, pengakuan seseorang masih belum mencukupi untuk kita menyakini dia bersalah dan tidak layak dibantu, namun jika selepas pengakuan, bukti-bukti yang terpampang di hadapan kita semuanya menjadi saksi, tatakla itu kita tidak boleh lagi untuk membantu khususnya menyembunyi beberapa fakta dan bukti yang telah kita perolehi di mahkamah.
Jika disembunyikan, ia adalah haram. Sebagaimana Allah mengharamkan seorang saksi enggan menjadi saksi dalam pembelaan keadilan.
Memang benar, keputusan akan dibuat oleh hakim, tapi cuba kita beritahu dengan jelas dan terang kepada hakim bagaimana pengakuan si pesalah beserta bukti-bukti yang kita sendiri jumpa.
Tatkala itu, seorang peguam yang bertanggungjawa b sendiri faham dan tahu apakah hukuman yang bakal dijatuhkan oleh hakim.
Namun malangnya, peguam bela, disebabkan dirinya mewakili pelanggannya, ia kerap menyembunyikan apa sahaja fakta dan data yang boleh menyebabkan pelanggannya didapati bersalah, Ketika itu jelas kerja dan gajinya semuanya haram.
UZAR : gaji dari department yg sama tiada menjadi isu, telah saya huraikan dalam bab gaji kakitangan awam.
situasi sdr memang sukar..patutnya berikan kpd peguam non muslim
UZAR : Sukar untuk beri apa-apa idea yang sesuai dengan keadaan sdr. Cuma itulah hukumnya dan ia tidak akan berubah kecuali di saat dharurat dan hajiat shj.
Post Ustaz sebelum ini,
Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: ((4) yang membawanya
Adakah juruterbang dikategori dalam "golongan yang dilaknat"? kerana seperti ustaz tahu, di dalam kapal terbang, ada dihidangkan arak. Juruterbang itu membawa kapal terbang berisi arak.
2. Jika firma buat keputusan untuk berhenti buat dokumen konvensional mungkin ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana firma dapat lebih banyak arahan bak yang guna prinsip konvensional. Apa altenatif yang ada?
Harap ustaz dapatberi penjelasan.
1. Ana adalah seorang Peguam yang menguruskan jual-beli kenderaan secara konvensional.Adakah pekerjaan Ana haram di sisi Islam walaupun ana Makan gaji dengan firma guaman tersebut.
2. Adakah pekerjaan sebagai Majistret dan Pendaftar di Mahkamah Sivil juga haram di sisi Islam?
3. Apakah hukum menggunakan kredit kad konvensional?
UZAR :
JAWAPAN SEPERTI BERIKUT :-
1) ada dalam artikel dan ada hadis yang jelas berkenaannya.
2) Ia isu lain dan perlukan artikel lain untuk ulas. ringkasnya ia tak sama dengan peguam yg buat dokuemn riba..kadang2 ada yang sama.
3)boleh baca dalam artikel berkaitan kad kredit di web ini
saya tidak faham tentang konsep kad kredit yang digunakan sekarang spt master card, visa dll.
harap ust dapat terangkannya dengan terperinci
UZAR : Sebahagian penerangan boleh dibaca dari buku saya "wang, anda dan Islam", untuk diterangakn di web agak sukar kerana saya tidak dapat memasukkan rajah flow nya.
UZAR : Jawapan terus terang saya adalah ; Ia haram dan berdosa. Cubalah berusaha dengan segara mencari kerja jurugambar di syarikat2 penerbitan lain..mungkin boleh cuba di telaga biru sdn bhd, atau bertugas sbgi jurugambar bukan hiburan..spt berita semasa dll.
Moga dipermudahkan Allah..
UZAR : HARAM JIKA DEDAH AURAT, WAJIB CARI PUSAT APERUBTAAN YANG BENARKAN TUTUP AURAT.. BANYAK SKRG
UZAR : PENDAPATAN TU HALAL, CUMA DIA ADA MASALAH DOSA DENGAN IBU..JUSTERU BINCANGLAH..
bolehkah saya menyertai sebuah bank sebagai perunding unit amanah untuk memasarkan dana syariah-approved dimana ia mensyaratkan saya membuka akaun simpanan konvensionalnya untuk memasukkan komisen? bolehkah jika sebaik sahaja dapat komisen saya terus memindahkannya ke akaun syariah untuk mengelak pemerolehan faedah riba?
UZAR : TIADA JWPN SECARA GENERAL... KENA LIHAT CASE BY CASE
1.1 Zina menurut islam
1.2Zina menurut kristian
1.3Zina menurut buddha
1.4 Zina menurut hindu
masalahnye... 1.2 tu..
bkn diorang tak kesah ke???
aduhs.. lusa nak antar cam ner ek.
internet x semua betul...
somebody help me.........................
Masa tu saya baru saja setahun bekerja dan ia membawa kerumah borang yang perlu saya tandatangani dan meminta slip gaji saya.
Selang dua tahun, ada seorang peguam yang datang kepada saya menyatakan bapa saya telah membeli sebuah kereta mewah yang berharga lebih kurang $130,000.00 tetapi tidak pernah membuat pembayaran sehingga kini.
Saya amat terkilan dan marah kepada bapa saya dan meminta khidmat peguam bela bagi menyelesaikan kes ini. Saya fikir dengan ini akan dapat menyelesaikan masalah ini, rupanya saya tertipu kerana saya telah menghabiskan duit sebanyak $15,000.00 bagi kes ini. Sehingga kini saya tidak tahu akan kesudahannya. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah melihat kenderaan tersebut sekalipun masuk kedalam kenderaan tersebut.
Soalan saya, Apakah saya dikira berhutang and apa hukumnya seorang bapa begini menipu anaknya sendiri. Untuk pengetahuan jua, sejak kecil saya tidak rapat dan jarang bercakap dengan beliau hingga kini disebabkan dari kecil, bapa memang mempunyai tabiat pulang lewat malam dan kadang kadang tidak pulang rumah untuk beberapa hari sehingga memberi nafkah kepada anak-anaknya pun di abaikannya.
Pernah bekerja tetapi dibuang kerja. Tiap-tiap hanya berjalan-jalan dengan kawan-kawannya. Hanya emak saya tempat kami bermanja.
Seorang qadhi malaysia tidak perlu beri'tiqad bahwa tahkimnya tidak bersandar syara' sbb hanya tidak menghukum bunuh atau rajam mujrim yang zani, kerna cukuplah pertimbangan qadhi itu jika ia merasa bukti utk hudud tidak cukup...ada satu maxim, atau mithal dlm undang2, yg mana melepaskan 1000 org yg bersalah, lebih baik drpd menhukum seorang yg tidak bersalah...komen diatas menunjukkan juga ketidakdinamika n fiqh mu'amalah, yg bagi saya yg serba faqir lagi haqir ini, amat menguntungkan komuniti niaga bukan muslim, sbb begitu ketatnya dan rigidnya syurut istihqaqiyah dlm muamalah
KOMEN UZAR : SYUKRAN ATAS PANDANGAN ANDA, JIKA DEMIKIAN SILALAH HUKUM HURMAH KEPADA SEMUA HAKIM DAN QADHI MAHKAMAH SHARIAH ..AGAR AH CHONG DAN VK LINJAM MENJADI HAKIM MAHKAMAH SHARIAH. ATAU PUN MAHKAMAH SYARIAH KOSONG TANPA HAKIM DAN QADHI.
ADAPUN DI BANK IA 'DIRECT' KERANA TELAH WUJUD BANK-BANK ISLAM. JUSTERU ITU ULAMA KONTEMPORARI BERIJTIHAD KERJA YANG DIRECT DENGAN RIBA ADALAH HARAM, YANG TIDAK DIRECT...BELUM SAMPAI HARAM KERANA UMUM AL-BALWA DAN HAJIAT.
ADAPUN QADHI, KEBANYAKN ISU YAG DIBAWA KEPADA MEREKA ISU PERKAHWINAN. ISU ZINA DAN KHALWAT AMAT SUKAR DIBAWA 4 SAKSI ADIL..JUSTERU AMAT SUKAR UNTUK MEREKA (JIKA ADA PERUNTUKAN HUDUD SEKALIPUN) UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN SEBAT ATAU REJAM.
JUSTERU HUKUMAN YANG MEREKA LAKUKAN ADALAH TA'ZIR BUKAN HUDUD. TIADA SEBARANG MASALAH DI SITU SELAGI MANA MEREKA TIADA REDHA DENGAN TIADANYA HUKUM HUDUD.
KERJA MEREKA HANYA SEKADAR MENGURANGKAN MUDARATA BUAT UMAT. "AKHAF AD-DARARAIN"
KOMEN UZAR : KENA LHAT KERJA APA YANG DILAKUKAN.
tq
boleh terangkan ape maksud daman atau jaminan dalam fiqh muamalat?
Saya ingin bertanya,bolehk an tuan terangkan kepada saya dengan lebih terperinci bersama beberapa contoh penggunaan Adat Muhakamah didalam kaedah fiqh dari sudut pemakaiannya didalam pekerjaan
RSS feed for comments to this post