Kerjaya Hukum Kerja Peguam, Saksi, Penjamin Pinjaman Bank

Hukum Kerja Peguam, Saksi, Penjamin Pinjaman Bank

  • PDF
(32 votes, average 4.53 out of 5)

Hukum Kerja Peguam, Saksi

& Penjamin Pinjaman Bank

Soalan :

Pak Di :

1. adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional?

2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA?



Jawapan :


1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63

Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak.

Justerum, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.



2) Jawapan soalan En. Pak Di ni adalah datang dari hadith nabi yang banyak dan juga dari ayat Al-Quran, antaranya :-

a-Ayat Al-Quran : "Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan"  

b- Hadith : "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

c- Hadith : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan
penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-

  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit' yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.
  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.
  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.
  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.


d- Hadith Nabi SAW : "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.

e- Hadith : "Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah." (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya'la dengan sanad yang baik)

Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.


Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.

Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka soalan pakdi terpaksa saya jawab dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori hadith (c) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct'.

Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya pertama saya adalah Allah SWT menyebut " Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah" (Al-An'am : 116).

Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hokum yang tidak ada nas specific atau dalamkata lainnya ‘Zhonniyah' iaitu tidak Qat'ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT'IE- Tidak berubah menurut zaman).

Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain,  seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah 'neutral' @ Harus dari sudut hukum.

Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) - Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas.


Soalan PAK DI :

Apa beza orang yang bekerja di perbankan riba' dengan seorang peguam jenayah yang menggunakan penal code


Secara umum ia adalah sama, cuma terdapat perbezaan sedikit dalam hal ini adalah kerana hukum Riba adalah Qati'e sebagai haram dan tidak berubah mengikut zaman dan keadaan, tiada pula bentuk hukuman Riba yang ringan, yang ada hanya satu jenis dosa sahaja. Berbeza dengan hukuman undang-undang Shariah yang terdapat dua peruntukan, iaitu Hudud dan Takzir (Hukuman denda selain hudud yang diputuskan oleh pemerintah Islam menurut maslahat).

Justeru, ‘panel code' ini, bolehlah saya kategorikan dalam jenis Takzir dari pandangan Islam, dengan syarat ia difahami sebaiknya oleh pengamal undang-undang yang beragama Islam itu bahawa apa yang ditegakkannya di mahkamah bukanlah membuang dan mengenepikan hukum Allah SWT, tapi adalah hanya kerana hukum Allah belum diwartakan, lalu kerana sebab itu mereka menggunakan hukum takzir terlebih dahulu terutamanya di ketika tahap bukti-bukti tidak mencecah tahap yang mengharuskan hudud.

Jika begini keadaan nya, maka saya boleh kata, adalah boleh kerjaya seorang peguam civil itu, dan ia berbeza dengan Riba yang jelas. Adapun hukuman jenayah, banyak bentuk dan jenis dalam Islam juga.

Kerana itu jugalah, semua Hakim Syarie yang menghukum zina dengan hukum mahkamah Shariah yang tidak menurut hukum Al-Quran secara sepenuhnya hari ini, perlu berniat dalam hatinya dan iktiqadnya bahawa hukuman 3,5,6 yang dijatuhkan adalah ta'zir sahaja dan bukan menukar hudud kepada 3,5,6 yang ditentukan manusia.

harap ianya jelas..

Sekian

Ust Zaharuddin

http://www.zaharuddin.net/

7 feb 2007

17 Muharram 1428 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Kerjaya Hukum Kerja Peguam, Saksi, Penjamin Pinjaman Bank