Kewangan Bolehkah Bina Masjid Guna Harta Haram?

Bolehkah Bina Masjid Guna Harta Haram?

  • PDF
(6 votes, average 4.50 out of 5)

Beberapa Isu Bekaitan Harta Haram : Bina Masjid

( Artikel ini diterbitkan di METRO AHAD 17 Disember 2006)

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Dalam penulisan minggu lepas, saya telah menyatakan perihal cara yang disaran untuk melupuskan harta haram sebagai tanda tawbat sebenar. Kali ini saya ingin menyentuh berkenaan keharusan harta haram ini di'derma'kan kepada selain faqir dan miskin.  (sila rujuk http://www.zaharuddin.com/ untuk bacaan lalu)

Para ulama dari empat mazhab telah bersepakat berkenaan kewajiban melupuskan harta haram dengan mendermakannya. Bagaimanapun mereka berbeza ijtihad dalam menentukan samada hanya dua kumpulan tadi sahaja yang berhak untuk menerimanya atau harta itu juga boleh diserahkan kepada apa-apa tujuan kebaikan awam.  

Khas untuk Faqir atau terbuka?

Imam ad-Dawudi (403 H) berkata bahawa urusan dalam hal ini adalah pilihan, dan tiada keutamaan kepada mana-mana pihak faqir miskin atau Baitul Mal. (Al-Mi'yar al-Arab, 4/146)

Manakala kebanyakan ulama Syafie berpendapat harta haram yang tidak diketahui tuannya perlu diberikan kepada pemerintah yang adil (Baitul Mal) untuk disimpan sehinggalah dapat diketahui tuan miliknya untuk dipulangkan kelak. Bagaimanapun jika tiada lagi kemampuan untuk diketahui tuan miliknya, harta itu akan menjadi milik Baitul Mal dan akan digunakan untuk kegunaan kebaikan awam. Hal ini telah ditegaskan oleh Imam Zakaria Al-Ansari As-Syafie. (Nihayatul Muhtaj, Ar-Ramli, 5/187 ; Syarh al-Minhaj, 3/495).

Ibn Taymiah pula menerangkan mazhab Hanbali, Abu Hanifah, Maliki dan kebanyakan salaf berpendapat bahawa harta seperti ini perlu diberikan kepada sesiapa yang lebih utama (untuk menguruskannya). (Majmu' al-Fatawa, 28/592). Pandangan ini juga dikongsi oleh Imam al-Ghazzali yang menyatakan ia boleh diserahkan kepada pemerintah agar ditentukan kegunaan terbaik dari harta itu seperti kegunaan pertahanan Negara dan sebagainya. Imam An-Nawawi  pula menambah, jika pemerintah tidak yakin manakah yang lebih utama, maka diberikan kepada faqir miskin ( Ihya ‘Ulumiddin, 2/185 ; Al-Majmu', 9/429). Bagaimanapun, beberapa ulama terulung di kurun ini Syeikh Mustafa Az-Zarqa dan Syeikh Faisal Mawlawi tidak sependapat dengan pandangan tadi lalu menghadkan harta ini kepada faqir miskin sahaja. (Fatawa az-Zarqa)

Kesimpulannya, berdasarkan hadith Nabi SAW yang mengarahkan harta haram dari rasuah yang dibawa oleh Ibn Al-Latbiyah agar diserahkan kepada Baitul Mal, daging kambing yang diberi kepada Nabi tanpa izin dari tuan miliknya kepada tawanan perang (Abu Daud, 9 /180 ). Maka pandangan yang lebih tepat dalam hal ini adalah dengan tidak menghadkan pelupusan harta haram ini kepada faqir miskin sahaja tetapi boleh melupuskan harta itu dengan salah satu cara di berikut :-

1) Memberikan harta (yang tidak diketahui pemiliknya lagi) kepada faqir miskin untuk menampung keperluan asasi mereka.

2) Memberikannya kepada pemerintah melalui pusat zakat ataupun badan kebajikan yang dipercayai untuk membina masjid, rumah anak yatim, bantuan kepada mangsa bencana dan seumpamanya.

Timbul persoalan berbangkit dari hal ini seperti berikut :-

1) Bolehkah memberikan harta haram ini kepada dirinya (pemegang harta haram) sendiri atau keluarganya kerana mereka tergolong dalam golongan miskin dan faqir.? ; Majoriti mazhab Islam termasuk ulama salaf memberikan fatwa harus untuk individu yang benar-benar dalam keadaan ini menggunakannya iuntuk dirinya atas sebab miskin dan faqir. Ketika itu, harat yang kotor itu, tidak lagi menjadi kotor (Al-Ikhtiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 129 ; Ihya Ulumiddin, 2/145 ; Al-Majmu' , 9/428)

2) Menunaikan haji menggunakan harta haram dari hasil riba, curi dan sepertinya dalam keadaan ia tahu tentang pengharamannya. Dalam hal ini ulama dari mazhab Hanafi, Syafie dan salah satu pandangan dalam mazhab maliki dan Hanbali menyatakan bahawa harta adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi bukan harta halal tidak dijadikan syarat sah sesuatu Haji itu. Menurut pandangan ini, apabila sesroang pergi menunaikan haji dengan wang sebegini, maka kewajiban hajinya telah tertunai cuma pahalanya dan kemabruran haji itu pastinya tiada serta mendapat dosa. Pandangan sebahagian ulama Maliki dan Hanbali pula menyatakan bukan sahaja pahala yang tidak diperolehi malah Haji juga tidak sah. Ini kerana Allah SWT menyebut : "Dan berbekallah kamu dan sebaik-baik bekal adalah taqwa" ( Al-BAqarah : 197 ) dan firman Allah " Sesungguhnya Allah menerima dari orang-orang yang bertawqa" ( Al-Maidah : 27 ) dan hadith Nabi " Sesungguhnya Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik-baik juga". Harta yang haram sudah tentu tidak datang dari hasil taqwa dan tidak juga baik. Sebuah hadith mengisahkan bahawa Nabi pernah ditanya oleh seorang lelaki yang berniaga arak dan berhasrat menggunakan untungnya untuk melakukan ketaatan, Maka Nabi SAW menyebut bahawa apa jua yang disedeqahkan adalah amat kecil disisi Allah dan Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik serta membacanya ayat dari surah al-Maidah : 100" (Sebab Nuzul Maidah : 100 ; Lubab al-Nuqul fi Asbab An-Nuzul, As-Suyuti, hlm 98)

Dengan fatwa para ulama ini, adalah lebih baik dipastikan agar yang lebih kuat adalah memastikan harat untuk ketaatan adalah dari hasil yang baik.

3) Mengunakan harta haram untuk membina surau dan masjid ; Ulama Hanafi, Mazhab Syafie berfatwa harus menggunakan duit haram yang tidak diketahui pemilik ini untuk membina masjid dan surau. (Al-Majmu' , 9/428 ; Hasiyah Radd Al-Muhtar, 2/92) ; Bagaimanapun, terdapat beberapa ulama mazhab Hanafi dan Ibn Qasim al-maliki tidak membenarkannya. Ini kerana sebuah hadith menyebut bahawa Arab Jahiliyah dahulu amat menjaga Ka'bah agar tidak terbina dari duit haram, ini disebutkan oleh Ibn Hisham bahawa pemerintah arab dahulu pernah berkata "Wahai quraisy, janganlah kamu masukkan dalam pembinaannya kecuali dari hasil kamu yang baik, janglah masukkan harta dari pelacuran dan riba" (Mukhtasar Ibn Kathir, 1/126 ; Sirah Ibn Hisham, 1/150).

Kita dapat melihat, seburuk orang Jahiliyah itu, mereka masih menjaga agar rumah Allah tidak dibina dari yang haram, maka kita sewajarnya lebih mampu menjauhinya. Imam Ibn Taymiah juga pernah tidak bersetuju sambil menyebut bahawa kewajiban adalah untuk menjaga rumah Allah dari segala jenis harat kotor ini agar tidak diletak di tempat sebegini mulia. (Majmu' al-Fatawa, 32/88). Justeru, pandangan yang lebih baik diambil dalam hal ini adalah menjauhi wang haram seperti ini dari digunakan untuk membina masjid, terutamanya binaan utamanya. Allah SWT melarang orang-orang kafir untuk memasuki masjid sebagaimana ayat " Wahai orang beriman, sesungguhnya orang musryik itu najis dan janglah mereka mendekati masjid al-Haram selepas dari tahun ini.." (At-Taubat : 28). Kerana itu, wang haram juga juga seoalh-olah kekotoran secara hukum (hukmiah) yang tidak sesuai digunakan untuk binaan seperti masjid.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 22 guests

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Bolehkah Bina Masjid Guna Harta Haram?