Status Insuran MCIS Zurich : Halal atau Haram?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Ramai pengguna terkeliru dengan status MCIS Zurich Insurance, ada sebahagian daripada mereka bertanya kepada saya serta bertegas kononnya MCIS adalah halal dari sudut hukum Islam kerana mempunyai penasihat Syariah. Namun demikian, telah saya jelaskan berkali-kali, penasihat Syariah MCIS hanya menjaga bab saham amanah yang diterbitkan oleh syarikat terbabit dan bukannya berautoriti menyemak system insuran MCIS. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.
Telah saya jelaskan berkenaan hal ini dalam artikel dan juga respon di ruangan komentar. Buka dan baca pelbagai respond saya berkenaan hal ini dari pelbagai pihak di link .
Malah isu syarikat Insuran Konvensional yang mempunyai beberapa dana pelaburan patuh Syariah ini telah saya tuliskan sebelum ini. Alhamdulillah, kini hasil dedikasi kajian dan usaha seorang sahabat, kini status Insuran MCIS Zurich sama ada ia ia pengendali insuran halal (takaful) atau sebuah insuran konvensional yang beroperasi tanpa menuruti Syariah terjawab.
Berikut adalah jawapan rasmi pihak Bank Negara Malaysia, sebagai respon kepada soalan khusus yang diutarakan oleh seorang yang prihatin.
Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya ( iaitu penulis asal info ini bukan UZAR) melalui emel ;
Soalan saya :
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya ingin bertanya :
Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel
Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini
mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru
status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu
saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAPAN DARI BANK NEGARA
Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.
Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.
Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.
Sekian, terima kasih.
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Boleh baca lanjut
kajian beliau di web ini .
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 April 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
sedihnya...;( sy br saje surrender polisi tokio marine asia life sbb br tau sket2 psl insurans konvensional n takaful ni..hr ni baru aplly medical card bwh koperasi guru.. masa dgr taklimat tadi, dia ckp, dana tu dari Dana Jati..boleh percaya ke? sekarang ni ustaz boleh bgtau sy tak maknanya, apa hukum sy amek medical card dr koperasi guru tu yg MCIS Zurich pembayarnye.. ustaz hanya perlu cakap HALAL atau HARAM je.. *banyak lg yg sy perlu pelajari..sekarang ni, apa yg saya baca belum sepenuhnya sy faham..jd ustaz tolong lah ye..
Tuan2 dan puan2, TAKAFUL ini hanyalah "lesen" yg dibeli daripada BANK NEGARA.
Cukup sekadar niat kita ambil insurans sbb perlukan perlindungan dan simpanan..
kalau mcm tu,nk makan MCD,STARBUCKS dan lain2,kalau kita tahu duit tu pegi mana,mmg kita xnk makan. Memudaratkan kita nnt.. cukup sekadar kita tahu ia halal untuk dimakan dan niat hanyalah nk makan. :)
Sekian,Terima Kasih..
Saya nak buat pembatalan dengan MCIS ini. Tapi, saya kurang faham apa yang perlu saya buat. Perlukah saya ke HQ MCIS ni untuk beri balik dokumen dan perlukan buat surat rasmi mengenai pembatalan tersebut.
Harap dapat bantu.
ustaz ana inginkan kepastian adakah pelaburan ASB terbahagi kepadsa dua iaitu islamic dan conventional? adakah ia halal? syukran ustaz.....
afyan.com/.../...
refer sini
zaharuddin.net/.../...
Kekadang ustaz kena dengar juga pendapat orang yang dangkal macam saya. Saya sedih dengan jawapan UZAR tempohari di FB. Tidak sepatutnya seorang ustaz berkata begitu. sepatutnya UZAR berfikir sebelum berkata. UZAR pun tahu, apa itu ADIL...tajuk blog ini juga sudah cukup untuk UZAR memburukkan syarikat ini. Saya setuju dengan apa yang UZAR tulis mengenai takaful & insurans konvesional. Saya setuju semuanya 100%. saya juga setuju dengan artikel BNM tu. Tapi pernahkah UZAR tanya pendapat Majlis Syariah MCIS yang mengharuskan insurans di MCIS? jgn lah UZAR jawab ia bukan kerja UZAR? Dengan ilmu pengetahuan yang Tuhan anugerah, inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang Ustaz. Fahamilah UZAR, saya da dengar dari mulut Dato Ismail Yusof. Bolehkah UZAR berbicarawara dengan Dato Isamil kenapa dia berkata begitu? Adakah permintaan saya ini berat bagi UZAR?
UZAR : RUJUK JABATAN PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL BNM dalam isu ini. memang layak sgt saya beri jawapan sebegitu di FB, malah juga layak di sini. Kerana itu adalah tugas dan tanggung jwb mereka, tidaklah menjadi kerja saya utk mendengar ulasan dato' ismail krn itu tugas dan runag kuasa BNM.
minta maaf krn masih menanyakan hal yg smaa ttg MZ ni. Ibu dan bapa saya m'harapkan saya m'beri p'bezaan atr takaful dan MZ ni, malah mrk lbh nmpk MZ ni beri lbh bnyk kebaikan dr yg lain. Cthnya dlm program "simpanan dan p'lindungan' di mana mrk akan menyimpan rm100 setiap bulan utk 22 thn, MZ akan m'beri p'lindungan bila kemalangan b'laku dan akhirnya, slps 22 thn mrk akan diberi rm22000. Jd, bg mrk ini adlh keuntungan yg lumayan.
Sbnarnya, saya sendiri yg kurang ilmu pengetahuan dan kurang faham konsep gharar, maisir dan riba' dlm sistem insurance ni. Mungkin ada unsur2 itu dlm program MZ yg baru shj saya ceritakan sbntr td, tp, saya x tahu mcm mana nak explain ttg ini kpd parents saya.
Harap2 sgt ustaz boleh bantu saya, sbb saya hrp sgt parents saya x melibat'n diri dlm insurance yg haram ni ustaz.
terima kasih bnyk2!
minta maaf krn masih b'tanya soalan mengenai hal MCIS Insurance ni. Harap dpt bantu saya utk explain perkara ni kpd kedua2 ibu bapa saya.
Saya m'punyai sepupu yg bekerja dgn MCIS Zurich ni dan dia m'ajak ibu bapa saya utk masuk insurance ni.
Soalannya: menurut ibu bapa saya, apa yg mereka ingin lakukan ialah menyertai sistem 'simpanan dan perlindungan'. Menurut mrk, apa yg dilaku'n dlm sistem ini, mrk menyimpan wang contonhya RM100 setiap bulan untuk 22 thn. Jika b'laku sebarang kemalangan, mrk akan m'beri p'lindungan. Slps 22 thn, mrk akan m'dpt RM22000. Jd, mcm mana situasi in ye?
Ibu bapa saya juga m'harapakan saya m'beri p'jelasan ttg bezanya MCIS dgn takaful. Saya x b'pengetahuan ttg perkara ni, dan utk fahamkan dan m'cari maklumat mungkin m'ambil masa, jd boleh ustaz terangkan?
terima kasih.
cuba anda tengok syarikat lain sama...
Fikirkan jgn jadi Batat dunia..??
MCIS Zurich Insurance : Halal atau haram??i4 Votes
STATUS MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT PENANGGUNG INSURANS YANG MEMPUNYAI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH : SATU TINJAUAN
Oleh: Mohamad Saifudin bin Gahnehman
1. Latar belakang kajian
Kajian ini dijalankan ke atas sebuah syarikat penanggung insurans yang dinamakan MCIS Zurich Insurance. Kekeliruan timbul di kalangan masyarakat awam tentang status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini apabila syarikat ini mewujudkan Majlis Penasihat Syariahnya sendiri sejak tahun 2002. Sebagai makluman hanya syarikat pengendali takaful sahaja yang disyaratkan untuk mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan syarat ini tidak tertakluk kepada syarikat insurans konvensional.
1. Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini dan akan cuba mengetahui peranan Majlis Penasihat Syariah Syarikat ini.
2. Method Kajian
Kajian ini menggunakan metod pembacaan sepenuhnya ke atas artikel dan laporan yang dikeluarkan oleh MCIS Zurich Insurance Berhad dan pihak-pihak lain.
3. Latar belakang MCIS Zurich Insurance
MCIS ditubuhkan pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entiti untuk beroperasi secara efektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat ranking ke 59 dalam Fortune Globals 500 pada tahun 2005. Zurich Financial Services Group (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dengan rangkaian global dan anak-anak syarikatnya serta pejabat-pejabat di Amerika Utara dan Eropah, juga Asia Pasifik, Amerika Latin dan lain-lain pasaran ditubuhkan pada tahun 1872 dan berpusat di Zurich, Switzerland. Syarikat ini menggaji lebih daripada 60,000 orang pekerja di lebih daripada 170 buah Negara.
Pada tahun 2004, mereka mencatatkan pendapatan kasar sebanyak USD 49.0 billion melalui premium dan yuran polisi di serata dunia juga termasuk USD191.1 billion hasil daripada pelaburan kumpulan. Perjanjian bersama dan penggabungan antara kedua syarikat ini bukan sahaja gabungan yang kuat bahkan meletakkan MCIS Zurich sebagai syarikat penanggung insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa.
Pada hari ini, MCIS Zurich dengan bangganya berdiri sebagai peneraju insurans am dan hayat dengan keseluruhan aset melebih 2.9 billion dan pendapatan premium kasar menghampiri RM500 juta. MCIS Zurich menggaji lebih daripada 500 orang pekerja dan 5000 agen dan beroperasi melalui 26 cawangan yang terletak di ibu-ibu negeri dan Bandar-bandar utama.
4. Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich
Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich terdiri daripada 5 orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dan dan pengalaman dalam syariah sebagai pelengkap kepada industri insurans.
MCIS Zurich (MZ) merupakan syarikat insurans konvensional pertama di Malaysia yang mempunyai Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Syariah ini berperanan untuk memberi konsultansi dan nasihat kepada pengurusan, melakukan kajian dan pembangunan ke atas pelbagai perkara berkaitan insurans melalui perspektif syariah dan mengambil bahagian dalam pameran dan berinteraksi dengan 5000 pekerja agensi MZ di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan etika dalam penjualan produk-produk insurans.
Penubuhan majlis ini juga adalah inisiatif MZ untuk menjaga kebajikan 400,000 pemegang polisi yang mana 50% daripadanya adalah pelanggan Bumiputra. MZ juga bercita-cita untuk memasuki pasaran Takaful dengan adanya Majlis tersebut.
Majlis tersebut diketuai oleh pengerusinya iaitu Y.Bhg Prof Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain iaitu seorang tokoh dalam pengajian Islam dan falsafah. Beliau memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan di antara tahun 2003 dan 2005 dan sekarang ini berkhidmat sebagai Rektor di Kolej Islam Darul Ridzuan di Ipoh.
Ahli-ahli Majlis yang lain adalah Y.Bhg. Sohibus Samahah Dato? Ismail bin Yahya, Mufti Terengganu, Dr Shofian bin Ahmad, tokoh dalam kontrak undang-undang Islam, Professor Madya Mostafa Kama bin Mokhtar, tokoh dalam pengajian Islam dan Tuan Haji Mustapha bin Md Nasir, ahli lembaga pengarah MCIS Zurich Insurance Berhad[ii].
5. Analisis
MCIS Zurich adalah sebuah syarikat liability awam berhad yang diperbadankan dan bermaustautin di Malaysia serta berlesen di bawah Akta Insurans 1996. Aktiviti utama adalah menjalankan pengunderaitan ke atas insurans hayat dan insurans berkait pelaburan dan semua perniagaan ke atas insurans hayat. Dari sudut perundangan menunjukkan bahawa MCIS Zurich menjalankan peniagaan insurans konvensional yang secara jelas mengandungi unsur-unsur riba, gharar dan maisir. Secara jelas juga didapati asas perniagaan dan aktiviti utama perniagaan bertentangan dengan syariat Islam[iii]. Insurans konvensional telah diputuskan haram melalu[iv]i:
1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh-tokoh ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mereka. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.
2. Majlis Kesatuan Ulama? Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
3. Majma? al-Fiqh al-Islami al-?Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , nyawa dan lain-lain daripada jenis harta.
4. Majma? al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.
Dari segi pelaburan pula MZ menawarkan empat jenis dana iaitu MCIS Zurich Dana Seimbang, MCIS Zurich Dana ekuiti, MCIS Zurich Dana Pendapatan, dan MCIS Zurich Dana Jati. Daripada empat dana tersebut hanya dana Jati sahaja yang dilaburkan mengikut hukum-hukum syarak di mana ia dilaburkan dalam ekuiti yang diluluskan syarak, pasaran kewangan dan sekuriti pendapatan tetap dalam nisbah yang berbagai namun demikian dana ini lebih cenderung kepada pelaburan dalam ekuiti. Dana-dana yang lain pula tidak dilaburkan mengikut syariat yang mana sebahagiannya dilaburkan kepada syarikat-syarikat tidak tersenarai dalam senarai patuh syariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
MZ juga memperolehi pendapatan selain daripada premium yang dibayar oleh pembeli insurans. Antaranya ialah kadar faedah daripada pinjaman diterima, kadar faedah terakru, kadar faedah daripada sekuriti hutang korporat dan urusniaga forex. Jelas di sini pendapatan lain syarikat datangnya daripada sumber kadar faedah yang jelas diharamkan oleh Islam[v].
Merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan, ia tidak lebih hanya sebagai penasihat syariah untuk tujuan memberikan nasihat kepada pihak pengurusan dan untuk menjaga hal-hal berkaitan etika para pekerja MZ. Selain itu, mereka juga bertanggung jawab untuk melakukan kajian berkaitan insurans dari perspektif syariah. Walaupun begitu, peranan dan fungsi Majlis penasihat ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah Pengendali takaful dan bank-bank Islam kerana fungsi mereka ialah memastikan perjalanan operasi, produk dan sebagainya adalah berlandaskan syariah dan halal. Berbeza dengan MZ yang mana perniagaan terasnya adalah jelas haram. Dengan kewujudan Majlis Penasihat Syariah tidak bermakna MZ adalah sebuah syarikat insurans Islam.
6. Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian yang dijalankan ini adalah MCIS Zurich adalah sebuah sebuah syarikat penanggung Insurans konvensional yang mengamalkan perniagaan yang mengandungi unsur riba, gharar, dan maisir yang jelas hukumya haram di sisi Islam. Walaupun mempunyai Majlis Penasihat Syariah, tidak bererti perniagaannya sah menurut Islam.
Sumber :
ustazsaifudin.wordpress.com
Sekian,Terima Kasih..
Walau bagaimana pun, penanya boleh menalipon bahagian khidmat pelanggan MCIS PJ untuk kepastian.
sy mmg dah join mcis nih...dan bercadang nak brenti dah..bgmn dgn duit pampasan yg akan diterima oleh sy nanti?adakah ia yg hasil halal atau riba?
Kalau anda jadi penjual Kerepek Pisang Kedai B - jangan marah pada orang lain. Sebaliknya marah pd kedai sbb tak pohon logo halal JAKIM atau boleh marah pada jakim sbb tak luluskan permohonan (kalau memohon).
dah lama keluar fatwa....
www.youtube.com/.../
Saya baru masuk mcis dalam sebulan..Bagaimana saya nak tamatkannya?? Adakah akan ada apa-apa bayaran atau denda dikenakan?? Harap Uzar atau kalian semua dapat membantu..
RSS feed for comments to this post