Rumahtangga & Keluarga Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

  • PDF
(19 votes, average 4.58 out of 5)

Ketagihan & Nyalaan Nafsu

Seks 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

nyalaannafsu.jpg

 

 

Soalan

 

Assalamualaikum warahmatullah..

Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

Jawapan

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.

Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya sebelum ini :-

Allah swt juga menegaskan :-

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?.  Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

  • Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
  • Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
  • Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah.  Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :  

  • azab api neraka,
  • azab kubur,
  • mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  • kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  • tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  • dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti AIDS,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah  dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN'  DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

 

  • 1.    Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

 

 

  • 2.    Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

 

 

  • 3.    Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

 

 

  • 4.    Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

 

 

  • 5.    Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.

 

 

  • 6.    Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

 

 

  • 7.    Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

 

 

  • 8.    Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

 

 

  • 9.    Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

 

 

  • 10.  Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

 

 

  • 11.  Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

 

 

  • 12.  Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

 

 

  • 13.  Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

 

 

  • 14.  Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

 

 

  • 15.  Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

 

 

  • 16.  Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

 

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

 

 

  • 17.  Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

 

 

  • 18.  Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

 

 

  • 19.  Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

 

 

  • 20.  Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

 

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

 

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #22 saya juga... alaminyamey 2012-01-23 15:28
saya juga alaminya kerna kekadang ia membuak dan terangsang entah mengapa..... tapi, alhamdulilah.., saya cuba atasi.... sejurus demikian, saya x hiraukan rangsangan dan denyutan tapi.., saya cuba dengan banyak membaca tentang ilmu2 untuk menghadapi dalam rumahtangga sebagai wanita, isteri serta ibu... dan itu, lebih rasa sifat tanggungjawab.., serta membaca artikal dan dan pertambahan agama... mudahan saya dalam redhaNYA.. AMIN...
Quote
0 #21 thank youFaRiS 2011-11-19 23:19
terima kasih kerana semua ini. pak cik telah embuatkan say utk melawan nafsu seperti pikir psl seks,melancap tgk video lucah dn byk lg. sekian teima kasih. alhamdulillah
Quote
0 #20 DOA UNTUK ORANG LAINBEAR 2011-05-24 11:16
Sepupu sye slalu buat maksiat dengan teman lelaki die.Ada tdk doa untuk orang jauh.sbb sepupu sye d kg,sye d bndr..Tlg sye...sye x nk die tros lakukan maksiat itu... :sad:
Quote
0 #19 air mata keinsafanmai 2010-10-29 11:22
:cry:
terima kasih kpd penulis...

ujian ini terlalu susah tuk di hdpi.. kdg2 lemah x berdaya..sy jg antra glgn2 y sush mengekang nafsu sblm ni.. dgn adanya cara dn langkah mengawalnya, mga sy pn dpt mengawal nafsu sy , bukn nafsu y mengawal siri sy...
apa ertinya, menangis dgn membazirkn air mta tnpa berazam tuk berubah ke arah lebih baik tuk mengubah diri menjadi insani y d sygi Allah...air mata y jtuh penuh dengan kesedaran dan keinsafan adlh lebih baik strusnya sntiasa berazam tuk mengubah diri menjadi mujahid dn mujahidah fisabillilah..
mga Allah sntiasa merahmati...
Quote
+1 #18 pohon pandangan ustaz..isteri kebingungan 2010-08-19 19:10
Salam ustaz, saya baru berkahwin selama 2 tahun. yg menyedihkan saya, selepas beberapa bulan berkahwin, saya mendapat tahu suami saya terlibat dengan hubungan cinta sejenis. saya mengetahuinya melalui sms di handphone suami.terdapat byk sms cinta, pd mulanya saya sangkakan sms perempuan.tp setelah saya menelefon semua no hp berkenaan, saya terkejut krn smuanya adalah no hp lelaki?seram sejuk dan terketar2 tubuh sy. sejak itu sy mula tertnya2 knpa suami mengahwini sy.mgkin utk cover line & nk pastikan rhsianya sebagai lelaki songsang tdk dihidu sesiapa.bila berkhwin pasti dianggap lelaki normal.

Namun setelah lbh setahun bertahan dgn lakonannya, sy kini makin buntu.sy prnah terfikir, mgkin berpisah adalah jln terbaik.suami seorg yg pns baran dan autokratik.sukar utk ditegur.apa pandangan ustaz? patutkah sy berpisah dgn suami?sy sdh lama memendam rasa, byk menangis & bersabar..apalah ertinya sebuah perkahwinan jika sang suami seorg lelaki songsang?bagaimana hendak mnjd pemimpin keluarga sedangkan diri sendiri tdk terpimpin?

pohon pandangan ustaz..mudah-mudahan dpt dijdkan panduan. Wassalam.
Quote
-3 #17 Tolong SayaNk Berubah 2010-08-16 21:47
:cry:
ustat bantulah saya. saya ingin menhentikan kemaksiatan yg tlalu lama saya lakukan. saya kerap beronani. saya tidak dpt mengawal hawa nafsu saya. bantulah saya ustat
Quote
0 #16 rojakkita serupa 2010-06-24 00:56
kamu 21 masih muda yg dah menjangkau nak pencen pun masih mengalami sindrom yg sama, itulah namanya nafsu tidak kenal umur.

satu saja jln keluar iaitu senantiasa bertaubat dan berjihad melawannya jgn putus asa
Quote
0 #15 okLan 2010-03-15 21:47
Saya terharu membaca atikel yang sebenarnya saya begitu ketagih seks dan sampai kini secara onani dan fantasi ke wajah perempaun saya ingin gauli
Quote
0 #14 nafsuteratai 2010-03-06 19:25
bagaimana pula pesakit yang memerlukan rawatan hingga perlu membuka pakaiannya? adakalanya akibat terdedah anggota tubuh badan pengamal perubatan jugak boleh tergoda akibat iman yang nipis....meskipun isteri di rumah dah ada 4 orang....kuota dah penuh tapi masih cari kat luar lagi..
Quote
+1 #13 saya amat takutana88 2010-02-10 22:16
ustaz saya berusia 21 tahun, dan saya telah ketageh onani...sejak usia remaja lagi..saya dah cuba untuk berhenti kerana saya rasa amat bersalah n takut jika perbuatan saya itu di ketahui org lain..saya rasa diri saya sanggat jahat..saya takut saya akan terjebak dlm lebah hina,...bagi saya, saya mudah rebah dan kalah pada nafsu...saya tak tahu nak buat apa.. :cry:
Quote
0 #12 kajian kesan kpd otaksumber maklumat 2010-01-23 07:30
www.wired.com/.../65772

salam...

banyak lagi artikel berkenaan 'kerosakan' otak terhadap 'sexual disorder' ni..bagi yg berpendidikan wlupun kafir mereka menjauhi diri dan keluarga mereka dari perkara2 ini. mereka buat kajian di Universiti ttg pornography and effect on the brain. menakutkan..sungguh apa saja peraturan Allah kita ikut sahaja klu mau selamat dunia dan akhirat..keji sgtlah manusia yg sorg2 buat maksiat pdhal malaikat kiri kanan malu melihat perbuatannya itu..lebih keji lagi melihat penzina berzina dn seronok pula melihat mereka.nauzubillahimin zalik..semoga Allah pelihara diri kita dn zuriat keturunan kita dari segala benda yg keji..
Quote
0 #11 Qurban ?din 2009-10-22 00:24
Salam Ustaz.

Ada org tua2 kata, kalau buat Qurban, org yg di namakan tu Insya'Allah akan berubah menjadi baik. Betul ke ?

UZAR : JADI BAIK PERLUKAN USAHA DAN MUJAHADAH, TIDAK SEMUDAH ITU. Qurban tu hanyalah salah satu cara untuk mujahadah, dan banyak lagi diperlukan untuk jadi baik
Quote
0 #10 Nafsu GilaManusia Bimbang 2009-09-12 23:47
Salam Uztaz ..

Saya selalu berimaginasi seks lalu saya terasa keluar cecairnya pada siang hari berpuasa....sy berimaginasinya kerana berasa amat bernafsu ketika itu ...bahkan pada siang hari berpuasa....

ADAKAH SAH PUASA / SOLAT SAYA UZTAZ ?

UZAR : puasa sah, tapi pahalanya berkurangan dan berdosa. Cecair tu namanya air mazi
Quote
0 #9 komenamy 2009-09-08 15:38
salam..
pada sy, utk mengekang nafsu mmg memerlukan jihad yg kuat.namun kita mesti igt bahawa sebagai manusia yg mengaku beriman kita pasti diuji.yakinlah bahawa setiap UJIAN yg diberikan setimpal dgn KEKUATAN yg ada pd diri kita.jd usahalah utk mengatasinya kerana ia mmg boleh diatasi dgn kekuatan kita..
Quote
0 #8 Saling mengingati sesama kita.aziz 2009-08-04 16:28
Terima kasih ustaz.

Tip2 ini amat berguna bagi kami yang kurang ilmu agama ni. Bukan kami minta hidayah dari artikel ini, tapi kami yakin tanpa ilmu dan usaha dari pihak diri sendiri hidayah Allah pasti xkan sampai kepada kami.

Kadang2 aku x puas hati pada pengkomen yang belagak pandai. Aku rasa penyoal dah bagi soalan yang baik,xkan bunyik cam trip skit ko xleh nak paham kot.
Quote
0 #7 kawal nafsuazmeer 2009-08-04 05:57
Salam semua,
terdapat beberapa teguran saya kepada penyoal iaitu:

1. Jangan diminta untuk menghentikan terus nafsu itu selama-lamanya, nafsu itu adalah kurniaan dan fitrah manusia, cuma kita perlu mengetahui bila yang perlu dikawal, dipantau,dan diberi peluang.

2. Bila UZAR memberi jawapan sekalipun, namun hidayat tidak semestinya akan turun kepada pendengar atau pembaca. Hidayat ini ada 2 jenis,hidayat yang berpunca dari perbuatan manusia memang ada cuma tidak sebaik dan sekuat hidayat dari ALLAH.

3. Bukan keredhaan ilmu itu yang sepatutnyta digunakan sebagai indikator ilmu yang diterima adalah di iktibar di sisi ALLAH. Cuma ilmu apabila telah mencapai matlamat pengajian nya adalah apabila ilmu itu mampu difahami(tahu,m enghayati dan bermal) dan dihaburkan.

Sekian.
*p/s:Terbuka kepada komentar.
Quote
0 #6 kawal dirituttt 2009-08-03 09:26
Saya pun begitu.. Alhamdulilah sehingga hari ini dapat mengawalnya semga sampai mati.. cara yg saya lakukan iaitu menjauhkan.. dan paling penting sekali kena semat dalam diri, akal dan hati takut kepada Allah.. perasaan takut kepada Allah ini amat penting bagi setiap manusia.. jikalau tiada perasaan takut memang susah..

Bagaimana caranya untuk takut kepada Allah yg saya amalkan.. iaitu dgn berzikir dan sentiasa memuji dan memujanya dan membesar2 serta mengagung2kanya .. fahami setiap erti sebutan zikir.. zikirlah walau dlm bahasa melayu sekali pun.. zikir yg paling baik sekali semasa saya amalkan adalaah ketika bersendirian sperti ketika memandu kereta atau menunggang motosikal kereta ketempat kerja atau balik atau pun sedang berehat.. sentiasa bercakap memuji dgnNya seperti mana kita bercakap dgn manusia.. luahkan kepadaNya.. Hinakan dan merendahkan diri kepadaNya.. dan lakukan setiap hari dgn bersungguh2.. ingat Allah selalu.. Insyaallah ianya akan berkesan.. (kena ingat ketika bercakap dan memujaNya ketika tiada org lain, sbb nnti orang yg tak tahu akan kata kita tak betullah pulak. :-)
Quote
0 #5 Shukran, Tip yg bergunayusufjaafar 2009-07-31 02:42
Masa iman tgh tinggi mmg nafsu akan berjaya ditundukkan, tapi masa iman menurun nafsu dengan mudahnya mengawal diri.

Takut kekadang mengingatkan kekuatan diri yang akan rapuh pada bila-bila masa. Takut akan mati bila tgh melayani hawa nafsu.

Terima kasih Ustaz atas ilmu ini. Saya memang benar-benar memerlukannya dan amat menghargainya.
Semoga Allah meredhai kita semua.

yusufjaafar.wordpress.com
Quote
0 #4 istiqamahkuat ranjau 2009-07-31 02:14
qul amantu billahi tsumma staqeemmm!!!
Quote
0 #3 Doa Jauhi MaksiatMujahidah Sholehah 2009-07-31 02:00
Salam..pertama2nya nk ucapkan terima ksh pd Uzar dgn kehadiran blog yg insyaAllah amat berguna dan bermanfaat. Kpd yg telah membc artikel ini, dharap dpt mempraktikkan apa yg telah disarankan oleh Uzar, insyaAllah. Cumanya ada sdkt perkongsian ilmu, iaitu doa jauhi maksiat yg disarankan oleh Ust. Harun Din ; surah Al-Mu'min (ayat 3). Boleh dibaca setiap lepas solat dan sebelum tido. Elok juga jika diteliti maksudnya. Semoga kita sama2 dpt amalkan doa ini di samping mempraktikkan saranan2 Uzar, insyaAllah...

P/s : Nak mtk pendapat ust; bolehkah seorg wanita bujang dan lelaki bujang bersahabat dan berbalas sms dgn kerap atas dasar konon2nya ingin bertukar2 ilmu pengetahuan agama? Tp kdg2 msj juga benda2 lain spt tanya kabar, tanya berkenaan hal kerja yg tdk menjurus maksiat? Ust rasa perlukah ditruskan persahabatan itu atau lebih baik dijauhkan? Pendapat ust dan rakan2 sy dahulukan dgn ucapan terima kasih. Allah shj lah yg membalas jasa kalian...
Quote
0 #2 pemikiran yg x terkawalauthoR 2009-07-30 08:15
salam ustaz,
benar seperti ape yg dibentangkan. nafsu & kemahuan diri agak susah nk kawal. cthnya masa bulan puasa. dh confirm syaitan (hantu) kena ikat. tapi takut jugak...

bila dlm fikiran dh set nk wat maksiat, pasti akan tiba waktunya perkara tersebut dilakukan jugak walaupun mcm2 usaha dh dibuat. waktunya je dpt ditangguh..

pernah juga berlaku, nafsu baik lwn nafsu jahat. berlegar2 dalam kepala. kebiasaannya yg jahat tu jugak akan menang..

masalahnya ustaz, hari ni mungkin ia dpt dikawal. esok mungkin juga.. tapi ia tidak akan selamanya. pasti akan dilakukan juga perkara maksiat tersebut..

yg sakit,

authoR

UZAR : mujahadah itu adalah usaha berterusan, sehinggalah di hembusan nafas terakhir
Quote
0 #1 Yakinlah pada ALLAHazim 2009-07-30 07:04
Yakinlah pd ALLAH dgn seyakinnya bahawasanya ALLAH dapat mengubah tabiat buruk kita seandainya kita tidak putus asa dan terus berusaha. Banyakkan cakap tentang kalimah dan kebesaran ALLAH,ALLAH akan mggantikan amal buruk kita dgn amal yang baik.Berhubunglah dgn para solehin.Semoga ALLAH terus mberi taufik dan hidayat utk kita kekal terus brtaubat kpdNYA.Amin
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 101 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?